Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN B [ 15 markah ]

[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada faktor pencemaran udara.


Tulis ulasan tentang faktor-faktor pencemaran udara tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

RANGKA JAWAPAN:

Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyumbang pencemaran udara. Antara faktor
tersebut termasuklah aktiviti perindustrian dan pembangunan. Pihak industri
sewajarnya lebih bertanggungjawab walaupun bidang perindustrian merupakan
sumber pekerjaan kepada penduduk.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi faktor udara


tercemar. Sepatutnya, setiap rakyat mengutamakan pengangkutan awam yang dapat
mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya. Selain itu, pembakaran hutan secara
terbuka juga menjadi faktor udara tercemar. Segelintir anggota masyarakat
mengabaikan kepentingan alam sekitar dengan melakukan pembakaran terbuka.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani masalah


pencemaran udara di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai