Anda di halaman 1dari 9

TEKS JURU ACARA

MAJLIS MAKAN MALAM PERSIDANGAN LINUS 2011


Tarikh : 6.12.2011
Masa : 8.00 MALAM
Tempat : HOTEL ROYALE BINTANG, KUALA LUMPUR

Pengumuman sebelum majlis:

Hadirin yang dihormati,

Disini terdapat beberapa pengumuman sebagai panduan dan makluman kita bersama
sepanjang majlis berlangsung sebentar nanti.

1. Mohon kerjasama kepada semua hadirin agar dapat mematikan telefon bimbit masing-
masing atau meletakkannya dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung bagi
memastikan kesempurnaan perjalanan majlis.

2. Majlis juga memohon kerjasama hadirin sekelian agar dapat memenuhkan tempat
duduk di bahagian hadapan terlebih dahulu agar majlis nampak lebih berseri.

3. Mohon kerjasama semua hadirin untuk berdiri ketika tetamu khas kita memasuki dewan
sehinggalah selesai nyanyian lagu Negaraku.

4. Jasa baik tuan-tuan dan puan-puan juga dipohon agar dapat bersama-sama dalam
majlis ini sehinggalah tamat sekitar jam........................nanti.

Sekian dimaklumkan,

semoga mendapat perhatian dan kerjasama hadirin sekalian, terima kasih.


Mengumumkan ketibaan,

Yang Berbahagia Dato’ Sri Abdul Ghafar bin Mahmud

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Ke Majlis Makan Malam Persidangan LINUS Kebangsaan 2011....

Tetamu masuk diiringi muzik gamelan

Nyanyian Lagu Negaraku

Hadirin dipersilakan duduk

Yang Berbahagia,

Dato’ Sri Abdul Ghafar bin Mahmud

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Yang Berbahagia,

Dato Ibrahim bin Mohamad,

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengarah-Pengarah Bahagian , Kementerian Pelajaran Malaysia

Seterusnya,

Yang berusaha,

Dr. Noorliza binti Hj. Zakuan

Ketua Pejabat Pengurusan Pelaksanaan ( DMO )

Kementerian Pelajaran Malaysia


Wakil-wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri seluruh Malaysia

Wakil-wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah seluruh Malaysia

Pegawai-pegawai Fasi LINUS dari seluruh Malaysia

Para Pembentang kertas kerja Persidangan LINUS Kebangsaan 2011

Dan.....

Yang dikasihi

Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan dan hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum....WRT.....Salam Sejahtera..... dan Salam 1 Malaysia.....

Awal Bismillah, pembuka bicara

Sekalung senyuman, saya tautkan

Salam perpaduan, buat semua

Hadirin sekalian, warga budiman

Sungguh riuh, tiung berperi

Bersahut-sahut, selang kedidi

Girang rasa, tidak terperi

Bertemu tuan-puan, yang baik budi

Hadirin sekalian,

Selamat datang ke Majlis Makan Malam Persidangan LINUS Kebangsaan 2011, Kementerian
Pelajaran Malaysia bertemakan....LINUS ASAS TRANSFORMASI NEGARA.
Sekali lagi majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih dengan kesudian Yang Berbahagia Dato’
Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, kerana sudi meluangkan masa
bersama-sama kita pada malam ini......

Mari kita berikan tepukan yang gemuruh buat tetamu kehormat kita malam ini......

Hadirin sekalian,

Nasi ada, lauk pun ada

Sayang lada, terlupa bagi

Pantun ada, madah pun ada

Sayang tiada, berdoa lagi

Kalau pergi, Tanjung Keramat

Jangan lupa, bawalah pukat

Bersama kita, memohon rahmat

Moga majlis, mendapat berkat

Dengan ini,

Majlis sukacitanya menjemput........................................................................................................

Dari..................................................................................................................................................

Bagi memimpin bacaan doa.

...................................................bacaan doa.......................................................................................

Terima kasih diucapkan kepada .........................................................................................................

atas lafaz doa itu tadi, semoga majlis kita pada malam ini akan berlangsung dengan jayanya.
Hadirin sekalian,

Majlis makan malam pada hari ini merupakan satu agenda yang istimewa buat kita semua kerana
seluruh warga kerja yang terlibat di dalam program LINUS berkumpul untuk berbincang dan
bertukar-tukar fikiran demi memartabatkan dunia pendidikan di Malaysia dan secara langsung
merealisasikan tema persidangan LINUS Kebangsaan kali ini iaitu....LINUS ASAS TRANSFORMASI
NEGARA.

Hadirin sekalian,

Terbang sekawan, si burung merbah


Terbang hingga, ke Tanjung Dara
Padamu tuan, kami persembah
Santapan kasih, juadah mesra

Seterusnya,
Tanpa melengahkan masa, santapan enak di depan mata...dipersilakan.....Yg. Bhg Dato’ Sri Abdul
Ghafar bin Mahmud dan tetamu kehormat yang lain serta hadirin sekalian menjamu selera.

Hadirin sekalian akan dipersembahkan dengan satu persembahan powerpoint yang diberi nama
”kenangan indah di Persidangan LINUS 2011”....sama-sama kita saksikan.....dan selamat menjamu
selera.

........................................hadirin menjamu selera/ muzik dipasang perlahan...................................

Mohon perhatian,

Majlis kita akan diteruskan selepas ini dengan rangkaian ucapan ...mohon semua hadirin
mengambil tempat....terima kasih

........................................................selepas 5 minit.............................................................................

Hadirin sekalian,

Alhamdulillah,
Rasanya juadah telah di jamah,
Perut yang lapar telahpun kenyang,
Hati yang gusar kini telahpun gembira,
Tibalah masanya, sesi ucapan mengambil tempatnya.
Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan,
Pengerusi Jawatankuasa LINUS,
Yg. Bhg. Dato Ibrahim bin Mohamad,
Pengarah,
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM
Menyampaikan ucapan sempena Majlis Makan Malam Persidangan LINUS Kebangsaan
2011....dipersilakan.

............................................................ucapan Yg.Bhg Dato’ Pengarah...............................................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih, atas ulas-ulas bicara dan untaian kata-kata yang sungguh
bermakna daripada Yg. Bhg. Dato Ibrahim bin Mohamad, Pengarah, BPK, KPM sebentar tadi.
Semoga apa yang disampaikan tadi akan menjadi satu suntikan semangat kepada kita agar
berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia khasnya dalam
menjayakan program LINUS ini.

Hadirin sekalian,
Masa berlalu, begitu pantas
Detik yang dinanti, telah pun tiba
Saat yang dihitung ,kini menjelma

Terbang di awan, burung jentayu


Sayang mati,gugur ke bumi
Tampillah tuan, kami merayu
Bersama amanat, bekalan kami

Kain sutera, beli di kota


Di pakai orang, di waktu malam
Padamu tuan, kami meminta
Kata azimat, penutup kalam

Dipersilakan....Yg. Bhg. Dato Sri Abdul Ghafar bin Mahmud


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Menyampaikan ucapan......dipersilakan

..........................................ucapan Yg. Bhg. Dato Sri KPPM.................................................................


Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan dan amanat dari Yg. Bhg. Dato Sri Abdul
Ghafar bin Mahmud sebentar tadi.
Sesungguhnya....bak kata orang sudah terang lagi bersuluh....nyatalah di sini betapa pentingnya
peranan kita sebagai pendidik memantapkan P&P di dalam kelas sekaligus membantu anak didik
kita menguasai kemahiran Membaca, Menulis ,Mengira dan Menaakul (4M) sebelum mereka
melangkah ke tahap dua persekolahan di arus perdana.

Hadirin sekalian,
Seterusnya,
Dipersilakan......Dr. Norliza binti Hj. Zakuan mengiringi Yg. Bhg Dato Ibrahim bin Mohamad bagi
menjemput Yg. Bhg Dato Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, KPPM, tampil ke hadapan kerana kita
acara istimewa.

..........................................................gimik, lampu di malapkan........................................................

Asam paya, di dalam hutan


Mari dipetik, bersama rokan
Sambutan hari lahir, itulah kejutan
Buat tetamu khas, yang kita raikan

Hinggap di ranting, si anak lebah


Ranting patah, menimpa rakit
Bersama iringan, kek dipersembah
Sudilah Dato Sri, potong sedikit

...............................acara memotong kek diiringi dengan lagu selamat hari lahir...............................

Seterusnya,
Dipersilakan Yg. Bhg Dato Ibrahim bin Mohamad, menyampaikan cenderamata kepada Yg. Bhg
Dato Sri Abdul Ghafar bin Mahmud sebagai kenang-kenangan di malam jamuan makan ini.

Demikianlah tadi,
Majlis ringkas penuh bermakna,
Daripada kami semua warga KPM untuk Yg. Bhg Dato Sri,

Dengan iringan doa kami panjatkan,


Semoga Yg. Bhg Dato Sri sentiasa dalam lindungan,
Sihat dan sejahtera hendaknya biarlah berpanjangan,
Dapat meneraju KPM yang kita banggakan.
Hadirin sekalian,

Umpama,
Burung pulang ke sarang,
Umpama,
Ayam pulang ke ladang
Umpama,
Ikan pulang ke lubuk
Umpama,
Sirih pulang ke gagang
Begitu jugalah majlis kita pada malam ini ,yang hampir sampai ke akhirnya.

Izinkan saya,
Gulungkan layar bahtera,
Rangkaikan mutiara kata,
Halakan kemudi ke dermaga,
Labuhkan sauh ke dasarnya.

Hadirin sekalian,
Sekian sahaja Majlis Makan Malam Persidangan LINUS 2011 kita pada malam ini, saya mewakili
seluruh Jawatankuasa persidangan ini :

Menghulur tangan, memohon ampun dan maaf,


 Andai kata, tersalah susun
 Andai tutur, tersalah tempat
 Andai madah, tersalah bait
 Andai gurauan, tersalah erti

Sekian,
Selamat malam dan
Wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum ....WKT

..................................................haaaaaaaaa LEGA .........................................................................


MOHD AZAHAR MADAR
PENOLONG PENGARAH
UNIT PRASEKOLAH DAN PERMATA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KPM
012-6263177
Email : mohdazaharmadar@yahoo.com

Mohon mana yang baik boleh di ambil contoh dan jika perlu penambahbaikan bolehlah tuan puan
lakukan mengikut kesesuaian majlis tuan puan.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai