Anda di halaman 1dari 1

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN GENERASI E-SUKAN SEKOLAH 2022

1. Program #GES2022 adalah siri yang ke-3. Anjuran sepenuhnya GENBIJAKESPORTS dan mendapat
kerjasama dari JPN Perak, Kedah & Johor untuk MLBB & KPM untuk E-Football. Surat boleh rujuk di
group telegram Pengurus.

2. Terbuka kepada sekolah yang berdaftar di bawah JPN dan KPM.

3. Jenis E-Sukan adalah Efootball & Mobile Legend Bang Bang. Perlawanan sepenuhnya dijalankan
secara dalam talian & tiada yuran dikenakan.

4. Perlawanan untuk #MLBB hanya melibatkan 3 buah negeri sahaja : PERAK | KEDAH | JOHOR.
Setiap negeri mewakili 128 pasukan dari kategori sekolah rendah dan 128 pasukan dari kategori
sekolah menengah.

5. Perlawanan untuk #Efootball melibatkan semua sekolah yang berdaftar di bawah KPM dan
terbahagi kepada 2 zon. Zon A dan Zon B. Setiap zon mewakili 64 individu. Rujuk link tournament
untuk zon anda.

6. Setiap sekolah boleh menghantar maksima 2 pasukan/pemain sahaja dan selagi slot masih kosong.

7. Setiap pasukan WAJIB melantik seorang guru sebagai pengurus pasukan dan seorang kapten dari
kalangan pemain.

8. Setiap sekolah WAJIB mendaftar nama sekolah sebagai nama pasukan, contoh : SMK PUTRIJAYA
1/A & SMK PUTRIJAYA 2/B (sekiranya daftar lebih dari 1 pasukan)

9. Peserta TIDAK DIBENARKAN menukar apa2 info selepas pendaftaran Termasuk IGN (IN GAME
NAME)/ ID PEMAIN. Sekiranya IGN/ID yang didaftarkan sebelumni tidak boleh digunakan, pasukan
tersebut perlu bermain TANPA peserta tersebut dan menggunakan pemain simpanan (sekiranya
ada).

10. Setiap pendaftaran akan mengambil masa 24 jam atau selewatnya 48 jam untuk kami luluskan
pada waktu bekerja sahaja (Isnin – Jumaat | 8.30pg – 5.30ptg).

11. Pendaftaran yang TIDAK MEMATUHI syarat akan menerima notifikasi melalui email TIDAK DILULUSKAN
dan pengurus perlu mengisi semula mengikut syarat yang ditetapkan dengan menggunakan email
yang baru, no dan data yang baru.

12. Setiap pengurus disediakan 1 group Telegram untuk bantuan teknikal dan penganjur, pastikan
pengurus TIDAK BERKONGSI link group tersebut kepada murid atau pihak yang tidak berkenaan.

13. Pihak penganjur hanya berusan dengan GURU aka pengurus pasukan sahaja, murid tidak
dibenarkan untuk mewakili guru sebagai pengurus pasukan.

14. Pihak penganjur juga berhak MENYINGKIRKAN PESERTA sekiranya melanggar mana-mana
terma dan syarat yang telah dimaklumkan di atas tanpa notis bertulis. Keputusan
PENGANJUR adalah muktamad.

15. LIKE & FOLLOW socmed kami di bawah :


FB : https://www.facebook.com/GenBijakESports.Events/
IG : https://www.instagram.com/genbijakesports/
TikTok : https://www.tiktok.com/@genbijakesports/

Anda mungkin juga menyukai