Anda di halaman 1dari 4

KISAH KESABARAN NABI AYUB MENGHADAPI WABAK ( TAJUK BERCERITA- LELAKI)

KANDUNGAN CATATAN
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t Salam

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif tunggak Kata aluan
keadilan, hadirin-hadirat, seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Terima kasih pengacara budiman


Para hakim penegak keadilan (Pantun)
Qisasul Anbiya’ jadi pengajaran
Ketabahan Nabi Ayub Alaihis Salam.

Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Kisah Kesabaran Nabi Ayub dalam
menghadapi Wabak. Tajuk
Kawan-kawan,

Nabi Ayub merupakan cucu nabi Ishak dan cicit nabi Ibrahim .Beliau diutuskan
kepada masyarakat bangsa Rom. Allah telah mengurniakan kepada Nabi Ayub Pengenalan
dengan kemewahan, harta yang melimpah ruah, dan anak yang ramai. Nabi
Ayub hidup bahagia bersama isterinya Siti Rahmah dan kesemua anak-anaknya
di daerah Syria. Baginda sangat suka bersedekah dan berbuat baik kepada fakir
miskin.

Kawan - kawan, kita perlulah mencontohi sifat pemurah dan suka menolong
orang susah seperti Nabi Ayyub dengan cara bersedekah, berzakat dan
Pengajaran
menolong orang susah. Oleh sebab itu, umat Islam perlu menghulurkan
bantuan kepada penduduk Syria yang menjadi pelarian dan memerlukan
bantuan akibat pergolakan yang berlaku di sana.

Ya Kawan-kawan…
Iblis sangat cemburu melihat ketaatan dan kelebihan yang dikurniakan oleh
Allah kepada nabi Ayub. Pada suatu hari. Iblis dengan penuh iri hati bertemu Isi 1
dengan Allah sambil berkata,

” Ya Allah, Hambamu yang bernama Ayub tidak jujur dan berpura –pura taat Huraian
kepada perintahmu , kerana takut hartanya hilang”

Dengan izin Allah, maka iblis berusaha menguji keimanan Nabi Ayub. Baginda
diuji dengan penyakit kulit yang sangat dahsyat menular keseluruh tubuhnya
Kudis memunuhi seluruh badannya, dari kepala hingga ke kaki, bahkan
mengalir mengalir darah bercampur nanah. Ulat-ulat jatuh dari kudis di
badannya. Dalam tempoh itu, hatinya tetap redha. Lidahhya saban hari tidak
putus-putus mengalunkan zikir kepada Allah.

Habis hilang
semua harta,
Kini diuji penyakit pula, Sajak
Disisih dipulau
semua tetangga,
Namun hatinya tetap kepada Allah.
Bertepatan dengan firman Allah dalam surah As-Sod ayat 44:
dalil

‫ص ِابرً ا ِنعْ َم ْال َع ْب ُد ِإ َّن ُه َأوَّ اب‬


َ ‫إ ّنا َو َج ْد َن ُه‬
“Sesungguhnya Kami mendapati Ayub itu seorang yang sabar lagi tabah”

Ya kawan-kawan
Setiap orang yang beriman itu akan diuji oleh Allah. Sabar…kasih sayang dan
saling tolong menolong adalah sifat terpuji yang perlu ada dalam diri kita apabila
ditimpa penyakit. Ujian pandemik covid 19 yang telah melanda dunia sejak
tahun 2019 sangat menguji keimanan kita. Namun sebagai orang yang beriman,
kita hendaklah sentiasa redha dan bersangka baik dengan ujian Allah.
Kawan-kawan,
Iblis terus menggoda tanpa henti selagi impiannya memesongkan akidah nabi
Ayub tidak tercapai. Apakah yang berlaku seterusnya? Isi 2

Iblis mula mengatur strategi


Dugaan datang silih berganti
Isteri tercinta melangkah pergi Pantun
Kepada Allah berserah diri

Iblis tidak senang melihat ketaatan dan kesabaran isteri Nabi Ayub lalu
dibisikkan hasutan agar dia berkeluh kesah di atas keadaan Nabi Ayyub. Nabi
Ayub mengetahui tipu daya iblis itu, seraya bermunajat kepada Allah.
“Wahai Allah, sesungguhnya isteriku telah dihasuti syaitan. Andai aku diberikan
kesempatan untuk sembuh akan ku sebat isteriku 100 kali sebatan sebagai
hukuman.”
Huraian
Kawan-kawan,
Nabi Ayub sabar menanggung penyakit kulitnya selama 18 tahun sehinggakan
tiada lagi daging yang tinggal di badannya,. Apabila matahari menyinari, maka
sinar itu seakan-akan tembus bahagian belakangnya. Melihatkan kesabaran
Nabi Ayyub, lantas Allah menurunkan Wahyu di dalam surah sod ayat 42……

ِ ‫ارْ ُكضْ ِب ِرجْ ل َِك ۖ ٰ َه َذا م ُْغ َت َس ٌل َب‬


ٌ‫ار ٌد َو َش َراب‬
Mafhumnya :“ Hentakkan kakimu , inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk Dalil
minumanmu….”
Kawan-kawan nak tahu,
Setelah mengikut suruhan tuhan
Air diminum badan dibersihkan
Hilang segala penyakit di badan
Hingga tiada sebarang kesan. Pantun
Ya kawan-kawan…..
Setelah itu, isteri yang taat kembali memohon ampun dan Nabi Ayub
melaksanakan sumpahnya isteri dirotan 100 kali mengunakan rumput sebagai Isi 3
hukuman.
Kunci kebahgiaan keluarga ialah kesetiaan dan kasih sayang yang
berpanjangan. Kini institusi keluarga semakin rapuh. Menurut Datuk Dr.
Fadzilah Kamsah, 65% pasangan muda bercerai disebabkan proses pendidikan Isu Semasa
agama yang longgar serta kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga. pengajaran

Alangkah kecewanya iblis….akhirnya mengakui ketabahan Ayub alaihissalam


menghadapi dugaan .Segala kekayaannya dikembalikan. Maka, benarlah janji
Allah di dalam Surah As - Sod. Ayat 43 :

ِ ‫َو َو َه ْب َنا َل ُه َأهْ َل ُه َوم ِْث َلهُم َّم َع ُه ْم َرحْ َم ًة ِّم َّنا َوذ ِْك َر ٰى ُأِلولِي اَأْل ْل َبا‬
‫ب‬
Dalil
Mafhumnya : Dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali)
keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula
sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai
fikiran.
Ya, kawan-kawan, Penutup

Demikianlah kisah ketabahan seorang nabi. Ini menjadi teladan buat kita
semua, bahawa apabila ditimpa musibah, Allah lah tempat untuk kita memohon
pertolongan dengan sabar dan redha. KepadaNya lah kita mengadu semua
masalah melalui doa, solat dan amal Ibadah lain. Sesunguhnya doa itu adalah
kekuatan bagi setiap mukmin.

Selepas kesusahan ada kesenangan,


Sabar dan syukur jadikan azimat, Pantun
Kisah Nabi Ayub jadikan teladan,
Agar menjadi mukmin yang hebat.
Sekian wabillahi taufiq…..

Anda mungkin juga menyukai