Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 4

Bincangkan perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Berikan contoh.

Perkembangan bahasa merupakan suatu proses perkembangan yang awal terkembang di dalam
kehidupan seseorang manusia. Bahasa ialah satu bentuk komunikasi sama ada verbal atau non-
verbal. Bahasa juga bertindak sebagai pemangkin terhadap perkembangan seseorang kanak-
kanak. Perkembangan ini terus dijana melalui proses komunikasi yang berlaku antara kanak-
kanak tersebut dengan orang dewasa ataupun individu kanak-kanak lain yang seusia mereka.
Justeru, kefahaman dan idea-idea dapat diransang melalui interaksi yang berlaku ini.
Perkembangan Bahasa amat penting bagi menjamin perkembangan kognitif kanak-kanak. Ianya
bermula daripada mudah kepada yang lebih kompleks.

Terdapat tiga peringkat perkembangan bahasa yang perlu dilalui kanak-kanak. Peringkat
pertama bermula ketika bayi. Pada peringkat ini sebutan yang dibunyikan tidak menunjukkan
mana-mana bahasa tetapi setiap sebutan menunjukkan usaha bayi untuk menunjukkan signal.
Dari situ sudah wujud satu bentuk interaksi. Perkembangan peringkat bayi berterusan sehingga
berusia 13 - 18 bulan. Semasa usia ini, bayi sudah mula mengingati beberapa perkataan penting
yang sering diulang-ulang setiap hari seperti perkataan makan, tidur serta panggilan kepada ibu
bapa. Semasa usia mereka 18 – 24 bulan, mereka susah mula berinteraksi dengan memadankan
dua perkataan. Perkembangan bahasa kanak-kanak ini berkembang secara bertahap mengikut
usia dan faktor sekeliling mereka. Pada usia ini kanak-kanak akan mula menggunakan perkataan
semasa mereka bermain atau ketika bersendirian dan kebanyakan daripada mereka sudah boleh
melakukan arahan-arahan mudah. Justeru, kanak-kanak seharusnya diransang perkembangan
bahasa mereka sejak awal.

Pada peringkat seterusnya ialah peringkat umur 2 hingga 3 tahun. Semasa di awal usia 2
tahun, kanak-kanak akan mula bercakap dengan menggunakan perkataan-perkataan yang mereka
fahami sahaja. Mereka akan mula berineraksi dengan bercerita apa yang mereka lakukan kepada
orang dewasa. Ransangan dan bimbingan daripada orang tua amat penting. Perkembangan
bahasa kanak-kanak dilihat pesat pada peringkat ini. Semasa berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah
mula pandai menyusun ayat yang lebih sempurna. Perbendaharaan kata mereka juga semakin
bertambah. Pada peringkat ini, pengaruh sosial turut menyumbang terhadap perkembangan
bahasa mereka. Orang dewasa terutamanya ibu bapa haruslah menggalakkan kanak-kanak untuk
berinteraksi dengan masyarakat sekeliling mereka.

Semasa usia 4 tahun, perkambangan bahasa kanak-kanak dilihat berbeza dengan kanak-
kanak 3 tahun. Semasa usia ini, mereka sudah bijak menggunakan bahasa di dalam situasi dan
keadaan tertentu. Mereka cenderung lebih banyak bercakap, suka bertanya pelbagai soalan dan
susunan ayat mereka lebih kemas dan sempurna. Mereka juga sudah bijak menjawab soalan dan
memberi pandangan atau komen meeka sendiri terhadap sesuatu. Semasa di usia 5 tahun
penggunaan bahasa yang lebih kritis dapat dijana oleh kanak-kanak seusia mereka. Ibu bapa dan
guru di sekolah seharusnya menjadi penggalak kepada mereka kerana pada usia begini kanak-
kanak kurang keyakinan diri. Peringkat seterusnya, kanak-kanak ini akan mula belajar membaca
di mana perbendaharaan dan perkembangan bahasa mereka akan lebih pesat.

(428 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai