Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

________________________________________________________________

HBML3403 : LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK SEMESTER SEPTEMBER 2010 TUTOR DR. ROSLI BIN AB. RAHMAN Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu DISEDIAKAN AHMAD ZAWAWI BIN IBRAHIM @ MUDA NO. MATRIK 720211115031002

NO. TELEFON 013-9833827 TARIKH


13 NOVEMBER 2010

BIODATA PELAJAR

NAMA

: AHMAD ZAWAWI B. IBRAHIM @ MUDA

NO. FAIL JPN : ( D 38509 ) NO. KP : (BARU)720211-11-5031 (LAMA) A 2101582

NO. MATRIK : 720211115031002 AMBILAN MAJOR MINOR SEKOLAH : SEPTEMBER 2008 : BAHASA MELAYU : 1. BAHASA INGGERIS 2. PENDIDIKAN KESIHATAN : SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PERMAI, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN

ALAMAT RUMAH : LOT 2730, DESA REBANA, 18500 MACHANG, KELANTAN NO. TELEFON : 013-9833827

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor, Dr. Rosli bin Ab Rahman di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan rakan seperjuangan yang turut sama menyumbang idea bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

ISI KANDUNGAN ---------------------------------------------------------------------------------------------------------Halaman BIODATA PELAJAR PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN Soalan 1 1.0 Pengenalan 2.0 Kepentingan Ilmu Linguistik dalam kehidupan masyarakat 3.0 Kesimpulan Soalan 2 1.0 Pengenalan dan Latar bellakang Kajian 2.0 Objektif Umum 3.0 Sampel / Responden Kajian 4.0 Hasil/Dapatan Kajian 5.0 Cadangan dan Rumusan Rujukan Lampiran i 1 3 6 8 9 11

SOALAN 1 : (LINGUISTIK) tanggapan umum mengatakan bahasa ilmu linguistik hanya perlu bagi mereka yang terlibat dalam bidang bahasa sahaja. Dalam konteks kehidupan umum, manusia menggunakan bahasa untuk tujuan tertentu. Hal ini bermakna keperluan bahasa dalam kehidupan manusia sangat besar (Arbak Othman: 2009). Berdasarkan kenyataan tersebut, hasilkan kertas kerja ilmiah berdasarkan tajuk Kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat. 1.0 PENGENALAN Linguistik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang sifat,struktur, fenomena, apa-apa sahaja benda yang berkait dengan bahasa dan bahasa tersebut juga bukanlah tertumpu kepada satu-satu bahasa sahaja malah pelbagai bahasa di dunia ini selagi bahasa itu masih wujud dan mempunyai penuturnya, maka bahasa tersebut akan dikaji. Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau studi ilmiah mengenai bahasa (Matthews 1997). Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut: The scientific study of language and its structure, including the study of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics, comparative linguistics, and structural linguistics. * J. Lyons (19680, Bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik Aitchison (1987), Ilmu yang bersifat saintifik. Linguistik mengkaji aspek-aspek bahasa secara empirikal, iaitu kajian yang dilakukan secara sistematik. 1

*Abdullah Hassan (1984), Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. *Harimurti Kridalaksana (1994), ilmu tentang bahasa; penyelidikan bahasa secara ilmiah. *Zulkifley Hamid (2006), Ilmu tentang bahasa dan cara bahasa berfungsi untuk membantu manusia mencapai pelbagai matlamat atau hasrat dalam kehidupan seharian. *Ronaald W. Langacker mendefinisikan linguistik sebagai the study of human language. *David Crystal ( 1873 ) mendefinisikan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. *John Lyons ( 1968 ) juga mentakrifkan linguistik sebagai kajian yang saintifik terhadap bahasa. *Kamus Dewan ( Edisi Ketiga : 1994 ) memberikan pengertian linguistik sebagai kajian saintifik tentang bahasa dan perkara-perkara yang berkenaan bahasa. Jelaslah bahawa disiplin linguistik merupakan ilmu yang menerapkan kajian yang empirik, analitis, objektif, dan saintifik tentang sesuatu bahasa. 1.0.1 RUMUSAN PENGERTIAN LINGUISTIK

* Ilmu pengetahuan yang objeknya bahasa lisan dan tulisan. * Mempunyai ciri: sistematik, rasional, empiris, pemerian struktur, pembahagian dan aturan bahasa. * Ciri tersebutlah yang dikatakan ilmiah. * Linguistik ialah kajian bahasa secara ilmiah. * Linguistik dapat dianggap sebagai sains. *Sains ialah pengetahuan yang disusun dalam satu sistem yang berteraskan pengamatan, kajian dan pengalaman untuk menentukan hakikat dan prinsip tentang perkara yang dikaji.

2.0

Kepentingan Ilmu Linguistik dalam Kehidupan Masyarakat Sebelum kita membincangkan kepentingan ilmu linguistik, terlebih dahulu saya

ingin menerangkan serba sedikit apa itu pengertian masyarakat. Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Segala pengertian yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masing-masing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individuindividu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial. Berbalik kepada kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat, ianya sekarang telah berkembang sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat (ICT). Antaranya hubungan bidang linguistik dan sains komputer tidak lagi sekadar hubungan satu hala (iaitu komputer berguna kepada linguistik). Apabila bidang linguistik terkomputasi semakin berkembang, kepentingan bidang linguistik kepada sains komputer juga meningkat. Ini kerana untuk menyelesaikan masalah berkaitan linguistik, komputer perlu diberi maklumat tentangnya. Contohnya, Jika berkaitan masalah analisis morfologi, komputer perlu maklumat tentang peraturan dan ciri pengimbuhan, serta kaedah-kaedah berkaitan morfonologi bahasa (Chang May See, 1980, Ranaivo Bali, 2001; Mohd Yunus et al, 2007, Femphy Pisceldo et al, 2008).

Perkembangan penyelidikan untuk tujuan analisis linguistik berkomputer sudah bermula di Malaysia sejak tahun 1980 (Chang May See, 1980). Unit Terjemahan Melalui Komputer (UTMK), di Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan beberapa kerjasama dalam menghasilkan perisian berkomputer untuk analisis linguistik terkomputasi. Antaranya dalam projek Getha (Chang May See, 1980) dan kerjasama dengan DBP membangunkan korpus bahasa Melayu. Pada zaman ini aplikasi komputer boleh dikatakan telah mempengaruhi hampir semua bidang penyelidikan, termasuklah bidang linguistik. Bidang linguistik terkomputasi (computational linguistic) merupakan satu bidang yang mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pengkajian bahasa. Bidang ini bukan sekadar menggunakan komputer untuk menyunting dokumen. Tetapi ia mengkaji bagaimana memanfaatkan keupayaan komputer untuk menyelesaikan masalah dalam bidang linguistik, merangkumi sub-bidangnya seperti pragmatik, semantik, sintaksis dan nahu, morfologi dan fonologi. Amnya aplikasi komputer dalam bidang linguistik lebih tertumpu pada penggunaan korpus dalam mengkaji ciri-ciri dan bentuk bahasa dalam kegunaan masyarakat seharian. Penggunaan komputer untuk mengurus korpus sangat relevan. Apabila mengungkapkan tentang ciri kamus, Asmah Omar menyatakan, The dictionary should be considered as a storehouse for lexical items which from time to time can be taken out to be given various functions in the language usage of speakers in definite situations in the course of human interactions (1975: 345). Ilmu Linguistik juga mempunyai peranan sebagai alat komunikasi antara kerajaan dengan orang ramai, antara sektor awam dengan swasta dan korporat. Begitu juga sektor swasta dan korporat dengan pelanggan dalam negeri atau sebaliknya. Bahasa Melayu tidak ketinggalan digunakan dalam penyampaian maklumat bagi segala bentuk iklan, nama khas, pengumuman, arahan dan seumpamanya dipamerkan di tempat awam atau di khalayak ramai atau siaran melalui media massa. 4

A. Aziz Deraman (2006) dalam kertas kerjanya bertajuk Kebudayaan, Pendidikan dan Bahasa Melayu menyatakan bahawa bahasa Melayu sudah mengambil tempat yang sewajarnya dan dimartabatkan sebagai bahasa nasional Negara-negara serumpun selepas kemerdekaan Indonesia (1945), Malaysia (1957) dan Berunai Darussalam (1984). Bahasa Melayu berjaya dalam banyak lapangan kehidupan sebagi bahasa ilmu, alat komunikasi dan pemersatuan rakyat. Ilmu Linguistik juga berpengaruh dan berperanan besar dalam memupuk kesenian bangsa dengan penghayatan dan penyertaan yang menyeluruh. Tamadun silam seperti yang pernah dilalui oleh orang Yunani-Romawi, tamadun Islam, tamadun India dan tamadun Cina banyak mengekalkan fikiran dan perasan kesenian bangsanya melalui bahasa. Peranan kesusasteraan, yakni persuratan dan penulisan, terletak di sini. Bahasa memupuk resam, nilai dan norma sesuatu bangsa. Dalam situasi politik-ekonomi dan sosial yang berubah, bahasa tetap mampu mengisi keperluan sesebuah tamadun. Linguistik adalah ilmu mengkaji bahasa. Kajian linguistik pula untuk melihat bentuk bahasa bahasa dan ada juga kajian yang meliputi perkaitan antara bahasa dan penutur serta masyarakat sekeliling. Jadi semestinya linguistik mempunyai kepentingan dan memberi sumbang yang tersendiri kepada masyarakat, lebih-lebih lagi kepada pengguna sesuatu bahasa. Antara kepentingan dan sumbangannya adalah seperti berikut: 1. Kegunaan ilmu linguistik ialah untuk menghuraikan segala aspek bahasa terutama sekali berkaitan dengan struktur dan sistem dalam sesuatu bahasa 2. Kajian linguistik memberi pemahaman kepada masyarakat tentang cirri- ciri bahasa dan peranan yang boleh dimainkannya. Contohnya untuk pembangunan sesebuah negara yang akan atau baru merdeka, satu bahasa perlu diangkat sebagai bahasa rasmi untuk berfungsi sebagai bahasa pembangunan dan pembagunan. Dalam hal ini juga, bahasa tersebut dapat digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat yang bersifat pelbagai kaum 5

3. Seorang kaunselor, selain memerlukan pengetahuan yang baik dalam bidang tersebut, mereka perlu mahir dan mengetahui selok belok ayat dan perkataan yang sesuai bagi mempengaruhi pesakit atau pelanggan mereka. 4. Kepada juru bahasa ataupun penterjemah, mereka perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang baik dalam bidang linguistik. Ini kerana penterjemahan akan melibatkan faktor bahasa dan kebudayaan. Untuk itu, kedua faktor ini mesti dipertimbangkan supaya hasil terjemahan dapat disampaikan dengan maksud yang sejelas-jelasnya. 5. Kajian linguistik berguna secara khusus kepada orang-orang yang terlibat dengan bahasa, seperti guru dan perancang bahasa. Kepada guru-guru bahasa, pengetahuan tentang ciri-ciri bahasa seperti struktur dan sistemnya akan memudahkannya memberikan huraian serta penjelasan aspek-aspek bahasa yang diajar kepada para pelajar. Umpamanya dalam struktur susunan bunyi, aspek sebutan, perkataan atau ayat bahasa Melayu. 3.0 Kesimpulan Kita boleh melihat kegunaan linguistik itu dalam bidang neurologi, matematik, sains maklumat, logik, falsafah, epistemologi, sejarah sosial, kesusasteraan, filologi, antropologi, sosiologi, psikologi, dan pedagogi. Baru-baru ini linguistik juga digunakan dalam terjemahan melalui komputer. Kini, bidang Linguistik semakin mendapat tempat di mata dunia malah orang ramai sama ada golongan profesional mahupun tidak, mereka semakin mengerti akan kepentingan bidang Linguistik dalam aspek kehidupan mereka. Malahan, isu yang berkaitan dengan bahasa iaitu Linguistik mempunyai semakin ramai jumlah penyelidik dan penyelidikan yang dibuat semakin mendapat perhatian global.

SOALAN 2 : (SOSIOLINGUISTIK)

Hubungan bahasa dan masyarakat sangat erat. Bahasa adalah cerminan budaya dan akal budi manusia dan penuturnya. Bahasa bukan sekadar media komunikatif semata-mata tetapi bahasa adalah lambang jati diri bangsa (Arbaie Sujud:2009). Berasaskan pernyataan tersebut, hasilkan satu kajian ilmiah berhubung tentang keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penggunaan bahasa Malaysia. Laporan kajian perlu mengambil kira beberapa perkara antaranya: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Pengenalan dan latar belakang kajian Objektif Kajian Sampel/ responden kajian Hasil/ dapatan kajian Cadangan dan rumusan

ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI PELAJAR TAHUN 5 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PERMAI GUA MUSANG, KELANTAN

1.0

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini bertujuan membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran menulis terutama kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5. Seramai orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat, kata nama khas dan dalam ayat. Tinjauan awal dibuat melalui ujian diagnostik & Ujian Pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik pen warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Berapa langkah telah dirancang bagi memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran menulis huruf besar pada permulaan ayat dan pada kata nama khas.

2.0 i.

Objektif Umum: Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar. Objektif khusus:

i.

Menguatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat dalam ayat dan selepas tanda noktah

ii.

Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar

3.0

Sampel/Responden Kajian Kajian ini melibatkan 5 orang murid tahun 5 . Murid-murid yang cemerlang juga kadang kala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi bagi murid yang lemah dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Oleh itu, saya menjalankan program kajian tindakan ini bagi mengatasi masalah tersebut.

4.0

Hasil/Dapatan Kajian Daripada kajian yang dilakukan, didapati murid banyak melakukan kesalahan ke atas penggunaan huruf besar. Daripada 15 soalan latihan yang dikemukan, tiada seorang pun yang dapat menjawab betul semua soalan tersebut. Kesalahan paling ketara adalah kesalahan penggunaan huruf besar pada kata nama khas. Contohnya penggunaan kata nama khas bagi manusia dan benda. Bagi soalan pertama, hanya seorang sahaja murid yang dapat menjawab dengan betul. Kebanyakan pelajar juga didapati salah menggunakan huruf besar pada permulaan ayat. Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kesalahan yang dibuat oleh pelajar, lihat jadual di bawah:

5.0

Cadangan dan rumusan Antara cadangan untuk mengatasi masalah tersebut adalah:

Latih tubi menyalin ayat atau tulisan. Terapkan konsep tatabahasa dalam ayat. Arahkan murid menyalin ayat dalam huruf kecil sahaja. Kemudian terangkan kepada murid di mana fungsi huruf besar dalam ayat yang di salin. Sediakan lembaran kerja tulisan. Praktis tatabahasa-salin Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Galakkan murid menulis perkataan berdasarkan gambar. Menggunakan keratan akhbar, minta pelajar menyalin ayat yang mengandungi Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang diperoleh daripada keratan akhbar. Permainan bahasa. Lain-lain cara tetapi tidak mengelirukan pelajar. Sesungguhnya murid tersebut boleh dididik dengan sempurna sekalipun mereka telah dibesarkan dalam persekitaran yang tidak kondusif untuk belajar. Maka tanggungjawab seseorang pendidik adalah perlu bagi membantu mengatasi permasalahan murid tersebut. Selain daripada itu, para ibu bapa dan pihak sekolah perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengendalian proses pembelajaran supaya murid ini mendapat input yang bermanfaat.

11

Guru-guru lain juga perlu mengenali dan melibatkan diri dengan aktif dalam proses membantu murid. Guru perlu kreatif untuk mengaplikasi bahan pengajaran agar dapat membantu murid mengatasi masalah. Pemberatan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan tergesa-gesa, tindakan akan menyebabkan keciciran berlaku. Seharusnya guru perlu menitikberatkan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Contohnya, kemahiran membina ayat dengan betul dan menulis dengan betul. . Sekiranya murid-murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar pada pemulaan ayat, atau penggunaan untuk kata nama khas dalam ayat, maka menunjukkan kelemahan yang tidak dipandang serius terhadap proses P&P guru selama mereka berada di sekolah rendah. Perkara ini perlu diatasi dengan segera kerana kemahiran menulis di peringkat sekolah menengah akan terus berlangsung sehinggalah dari peperiksaan PMR, SPM dan STPM.

12

RUJUKAN Asmah Omar. Essays on Malaysian Linguistics. Dewan Bahasa dan Pustaka. KL, Malaysia. 1975. A. Aziz Deraman, 2006. Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Dalam Menghadapi Wawasan 2020 dlm. Sastera Kebangsan Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan, 1984. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Awang Sariyan, 2006. Persuratan dan Peradaban Nasional Abad Ke-21: Gagasan dan Krangka Strategi Untuk Peradaban Melayudlm.Persuratan dan Peradaban Nasional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan, 2006. Penerapan Tata Bahasa Dalam Karya Kreatif dlm. Sastera Kebangsaan Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamzah Hamdani, 2006. Sastera Kebangsaan Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusof Haji Othman, 2006. Persuratan dan Peradaban Nasional Penjana Sains dan Teknologi dlm.Persuratan dan Peradaban Nasional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah karim, et. All. 1993. Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shamsudin Othman, 2006. Hala Tuju Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dlm. Persuratan dan Peradaban Nasional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai