Anda di halaman 1dari 2

JOM KBAT : SOALAN 2 : Sebagai warganegara

Malaysia, bagaimanakah anda menzahirkan diri sebagai


“Bangsa Malaysia” yang tulen?

Sebagai warganegara Malaysia, saya akan berusaha untuk


menyemaikan semangat patriotic dalam diri. Hal ini dpat meningkatkan
sikap saying akan Negara yang lebih mendalam. Saya juga tidak akan
memburuk-burukkan nama Negara agar maruah Negara terpelihara.
Sebagai contoh, saya akan menyemarakkan aktiviti yang berunsurkan
patriotik seperti perarakan kemerdekaan. Hal ini bukan sahaja dapat
meningkatkan sifat cinta akan Negara malah juga akan menarik minat
masyarakat yang lain untuk menyertai aktiviti seperti ini dan sekali gus
meningkatkan perpaduan sesama kaum. Jelaslah bahawa dengan dengai
menyemai sifat patriotic yang mendalam terhadap negara, saya dapat
menzahirkan diri sebagai seorang warganegara yang tulen.
Selain itu, saya juga akan bergaul rapat dengar rakan dari bangsa
yang berlainan. Hal ini kerana sejak berakhirnya perbalahan kaum pada
13 Mei 1969, kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan
semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Saya akan
mengelakkan diri daripada terlibat dengan pergaduhan antara kaum agar
semangat perpaduan tidak diabaikan. Sebagai contoh, saya akan
menghor mati budaya kaum lain seperti sambutan Tahun Baru Cina dan
Deepavali. Perkara ini juga akan menyebabkan hubungan antara kaum di
negara kita semakin mesra. Perbalahan antara kaum juga dapat
dikurangkan. Kesimpulannya, perpaduan kaum amat penting bagi negara
kita yang mempunyai perbagai kaum. Jadi dengan memupuk semangat
perpaduan dalam diri, saya dapat menjadi seorang warganegara yang
tulen.
Akhir sekali, saya juga akan memartabatkan bahasa kebangsaan
iaitu bahasa Melayu. Hal ini kerana sejak kebelakangan ini, Bahasa
Melayu sering dirosakkan dan dicemarkan dalam kalangan generasi
muda. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana negara kita telah
mengeluarkan akta Bahasa Melayu. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia,
tidak sepatutnya merosakkan Bahasa Kebangsaan kita agar imej negara
dapat dijaga. Sebagai contoh, saya tidak akan menggunakan perkataan
yang merosakkan bahasa seperti singkatan perkataan yang mengundang
kepada maksud yang tidak elok. Hal ini akan menyebabkan rakyat di
negara lain memandang rendah terhadap negara kita kerana sanggup
merosakkan bahasa kebangsaan sendiri. Kita juga akan mengalami
kerugian ekonomi kerana pelancong tidak suka akan sikap kita yang
merosakkan budaya. Jelaslah bahawa, bahasa merupakan budaya kita
yang paling penting, jika ia rosak, apa lagi budaya yang dapat kita
banggakan? Jadi saya sebagai warganegara yang tulen, saya tidak akan
merosakkan bahasa kebangsaan negara kita.

Anda mungkin juga menyukai