Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, Ya karim

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan


kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah
kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada
nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini
ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan
potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini.
Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami
dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami
mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan
minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan
mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan
negara.

Aminn…amin ya rabbal alamin.

Anda mungkin juga menyukai