Anda di halaman 1dari 13

Pahit rasanya daun pegaga,

Pegaga menjalar di tengah laman;


Jika kebersihan tidak dijaga,
Kelak terkena keracunan makanan.
Banyak berpeluh membasahi dahi,
Bergotong-royong tanpa letih;
Jadual bertugas mesti dipatuhi,
Agar dewan sentiasa bersih.
Ramai orang membeli rempah,
Rempah terkenal di Batu Pahat;
Masukkan sisa ke dalam tong sampah,
Dewan yang bersih murid pun sihat.
Pondok kecil di hujung desa,
Atap dibuat daripada jerami;
Dewan makan bersih murid selesa,
Tidak terasa bertambah nasi .
Sedapnya ubi buat penganan,
Dimakan orang selepas ceramah;
Beratur ketika ambil makanan,
Itu amalan orang berhemah .
Pucuk pegaga ulam mengkudu,
Dimakan dengan sambal belacan;
Pinggan, gelas, garpu dan sudu,
Dibasuh bersih tiadalah kuman .
Duduk termenung di tepi jendela,
Burung berkicau merdu sekali;
Penjarakan fizikal jangan dilupa,
Jarak satu meter sesama diri.
Baju dipakai cantik sekali,
Baju dijahit emak Hayati;
Marilah kita bersatu hati,
Covid 19 harus dijauhi.
Ikan selar dan ikan tuna,
Keduanya ramai yang suka;
Agar tak tertular virus corona,
Jaga jarak adalah kuncinya.
Kayuh basikal hendak ke pekan,
Hendak ke pekan berjumpa Mak Su;
Sebelum makan cucilah tangan,
Agar bersih sihat selalu.
Lebat rumbia dahannya rendah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Nasi dan lauk terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.
Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara akar selasih;
Sudilah adik jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
Duku dipetik lalu dimakan,
Mari dimakan di atas bangsal;
Penyapu, penyeduk jangan sepahkan,
Letak kembali ke tempat asal.

Anda mungkin juga menyukai