Anda di halaman 1dari 10
PERANAN TAREKAT TASAWUF DALAM MENGHALANG AKTIVITI KEGANASAN DAN KERUNTUHAN AKHLAK + Dr. Ahmad Najaa’ Mokhtar? Dé. Mithatinad Khaiti Mahyuddin® PENDAHULUAN Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar ini, kita digoncang dengan pelbagai pancaroba dari sikap manusia yang rakus dan mengikut hawa nafsu serakah, Ini berpunca daripada hilangnya pertimbangan akal dan pemahaman yang jumud terhadap agama Islam yang murni. Islam mengajar dan mendidik kita supaya bersikap wasatiyyah (adil) dalam segala urusan sama ada dalam perkataan atau perbuatan. Ini dapat dilihat daripada tokoh sejarah Ielam yang pertama iaitu Rasulullah SAW yang merupakan qudwah hasanah kepada sekalian umat manusia. Apabila umat Islam tidak berupaya menghayati sikap dan tatacara Rasulullah SAW terscbut mska akan timbul masalah sosial dan ketidakeeimbangan pemikiran, Lalu ada dalam Kelangan mereka yang mengecilkan skop agama (ifrat) dan ada pula yang melobih-lebibkan agama (tofrif) hingga tampak kekurangan dalam agama Islam yang sempurna, Nabi SAW pernah bersabda: Wy 155 8 tof gl 5th 35 438 gaat BLN Se gcoly 53505 aptly Loy Wyratls Maksudnya: “Sésungguhnya agama ini mudah, Janganleh seseorang itu berlebib-lebihan dalam urusan agama melainkan agama yang menerajuinya, maka tepatkanlah, dekatkanlab, dan bergembiralah, minta bantuanlah dengan (melaksanakan ketaatan) di waktu pagi, petang, dan sebahagian malam" (HR. Bukhari). 1 Kettas kerja ini dibentang dalam Simposium Terekat Tasawuf 2015, bortempat di Auditorium Masjid Putra, Wilayah Persckutuan Putrajaya, pada 7 November 2016. —+-Ketua- Program~PengajianAkidah-danAgama; Malaysia, email: najan@usim.edu.my, tel: 0192783710. 3 ‘Timbalan Dekan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, email: Sci TORE Tawa So ia Pen Teg pa Vy PETAR) wo Tit Ni 5 Hi: S2Dcu 8 Mass: 8:00 og hingga 400 petang #0 Tempat: Auditorium, Masid Putra Wieyah Perselcabuen Putrajaya Simporinm Tarelat Tasdwu), PERTAMA 1 Oleh sebab itu, kita dapat lihat keganasan dan penindasan yang disandarken kepada agama Islam pada hari ini di mana sahaja serta keruntuhan akhlak yang amat membimbangkan dalam kalangan masyarakat Islam sejagat. Pandan yang tulus deripada al- Quran dan al-Sunnah serta akhlak Nabi ditinggalkan, diketepikan dan sikap tidak yakin terhadap apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW merupakan penyebab utama berlakunya sedemikian. Penyelesaiannya adalah menghubungkan diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW pada setiap masa dan di mana sahaja iaitu dengan berdhikrullah serta berselawat ke atas baginda junjungan SAW. Benarlah firman Allah SWT: O oda jes At, WS, i jn f@ cts Maksudnya: “Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang kembali (inabah) kepadaNya (27). Iaitu orang-orang yang beriman pada ketika bedhikrullah, hati mereka tenang. Tidakkah dengan berdhikrullah hati menjadi tenang? (28)" (surah al-Ra’d: 27-28). Allah SWT berfirman: G5 ‘Maksudnya: “Sesunggubnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang- orang beriman berselawat dan salamlah ke atasnya sebanyak-banyaknya” (surah al-Ahzab: 56) AL-QURAN DAN AL-SUNNAH PANDUAN UMMAH. Sebagai seorang muslim yang berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, kita sewajarnya menuruti segala perintah dan meninggalkan larangannya. Allah berfirman: oy Rs ty 18s Jot eee Maksudnya: “Apa-apa yang datang daripada Rasul kepada kamu hendaklah diambil (adikan panduan) dan epa-apa larangan daripadanya hendaklah kamu jaubi. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu amat pedih balasanNya” (surah al-Hashr: 7). Dasar Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah, pegangan umatnya juga hendaklah selari dengan apa yang disampai dan diajar oleh Rasulullah SAW sepertimana yang telah diwahyukan. Sudah tentu ajaran yang dibawa oleh baginda SAW adalah yang terbaik. Begitu juga, para sahabat yang mencontchi Rasulullah SAW daripada segala sudut kehidupannya sama ada perbuaten, perkataan dan persetujuannya. Ajaran dan didiken yang sama diwarisi oleh para tabiin dan tabi’ tabi'in. Seterusnya ia diwarisi cleh para ulama yang muktabar yang telah disepakati oleh para ulama sepanjang zaman terhadap imu dan kefahaman mereka. Ajaran dan kefahaman agama yang dibawa oleh para ulama tersebut dikenali sebagai manhaj wasatiyy atau wasatiyych (melakukan yang terbaik). Manhaj wasatiyy ini berpaksikan akidah ahlu sunnah wal jama’ah iaitu Asha'irah dan Maturidiyyah; berteraskan Bi Sy aN ah ss ‘Simpostum TAREXAT Tasawwtf > Anjurant Pertubuhan Tarekat Muktabar Mélaysia (PERTAMA) wm Tari. O7Hb November 2015 Hari: Sabtu wo Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang a> Tempat: Auditorium, Masfid Putra Wiayah Persekutuan Putrajaya Toathat Totawer, PERTAMA 2 mazhab feqah daripada empat mazhab iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Shafi‘ie dan mazhab Hanbeli; dan berpautkan amalan Tasawwuf para sufi yang dikenali sebagai tarekat, Inilah jalan yang sempurma yang diwarisi oleh para ulama turun-temurun daripada Rasulullah SAW hingga Hari Kiamat (insha Allah Ta’ala). dusteru, umat Islam perlu berpegang dengan manhaj wasatiyy tersebut pada setiap perkara. Ini bagi memastikan mereka berada di atas landasan yang benar dan tidak menyeleweng. ANTARA IFRAT DAN TAFRIT Islam melarang keras umatnya daripade mengungkap kata-kata dan melakukan perbuatan yang melampau sama ada melampau hingga mengekang matlamat agama atau melampau hingga menjadiken agama terlalu remeh. Perlakuan yang melampau itu disebut sebagai ifrat dan tofrit dalam agama seperti hadis yang disebut di atas. Kedua-dua perbuatan ini disebabkan daripada kefahaman yang tidak tepat dan tidak seimbang terhadap ilmu-ilmu Islam yang sebenar. Jfrat boleh berlaku apabila seseorang muslim yang tidak mendalami ilmu tertentu dalam agama, meletakkan sesuatu hukum yang umum kepada hukum yang khusus. Kita maklumi, hukum membaca al-Quran adalah sunat dan amat digalakkan serta diberikan ganjaran kepada pombacanya pada bila-bila masa dan pada mana-mana tempat eclagi tidak ada perkara yang melarangnya. Bacaan surah Yasin pada malam Jumaat yang telah menjadi amalan mingguan masyarakat Islam di rantau ini, malah ada yang menjadikannya amalan harian misalnya, dilarang daripada membaca surah Yasin tersebut kerana ia tidak dikhususkan oleh Nabi SAW. Padahal, perintah yang umum tidak boleh dijadikan halangan jika tiada nas pengkhususan yang melarang, Ia bersandarkan kacdah: cee Lena Y Lill pans baal! Maksudnya: “Pengsjaran diambil dari perintah yang umum bukan diambil daripada sebab- sebab tertentu”. Sudah pasti pemahaman tersebut mengecilkan ekop ibadat. Hakikatnya ibadat itu luas tapi disempitkan hingga menjadi suker untuk diamalkan. Begitu juga dengan pelbagai lagi amalan yang menjadi rutin umat Islam seperti berdhikrullah dan berwirid, ditentang dan dihalang. Inilah yang disebut sebagai J/rat dalam agama. Sementara tafrit pula boleh berlaku kepada seseorang muslim yang meluaskan konsep hhukum hingga meremehkan hukum asal seperti nikah mut’ah, jihad dan lain-lain. Hukum nikeh dalam Islam amat jelas iaitu sunat. Namun, pernikahan tersebut perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab imam mazhab. Sebaliknya, nikah mutah telah dicanang kepada masyarakat Islam bahawa ianya diharuskan malah ia merupakan satu daya tarikan kepada fahaman tertentu bagi memperkukuhkan politik mereka. ‘Simposium TAREKAT Tasawwuf w> Arjuran: Pertibuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) eo Tart O7hb Novernber 2015 Hart: Sabtu wo Mast 8:00 pg hingga 4:00 petang 2 Tempat: Aucitorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya Simposiuan Tarthat Tesawif, PERTAMA 3 Dalam kefahaman jihad masakini, terdapat golongan yang mendakwa jihad adalah wajib bagi setiap muslim bagi mendirikan negara Islam. Jihad yang dimaksudkan adalah berperang dan menumpahkan darah. Konsep jihad dalam Islam sebenarnya tidak tertumpu kepada kepada jihad yang menumpahkan darah apatah lagi menumpabkan darah sesama muslim. Nabi SAW telah melarang perbuatan tersebut seperti bersabdanya: SS de Lage O15 af 258 IT gealt Sy 5 « ftall eat yey bf WS gy Apatly PURE cLagateny CLL (i 15} stele Maksudnya: “Apabila bertemu dua muslim dengan pedang mereka maka pembunuh dan yang terbunuh masuk ke neraka. Para sahabat bertanya: ya Rasulullah, itu balasan pembunuh, kenapa yang terbunuh juga demikian? Nabi bersabda: Dia sebenarnya rakus untuk membunuh rakannya itu” (HR. Bukhari dan Muslim). Banyak lagi hadis Jain yang membincangkan pengharaman membunuh sesama muslim atas dasar kefahaman atau aliran yang berbeza. Jelasnya, seseorang muslim bukan mudah untuk menghalalkan darah sesama muslim walau apa-apa pun alasan melainkan hak Islam. Jihad yang lebih releven eepanjang zaman adalah mujahadah diri iaitu pembersihan diri daripada pelbagai sifat jahat dan menghiasinya dengan sifat mulia dan murni. Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT denga firmanNya: Scandi al iyi pe Maksudnya: “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, nescaya Kami funjukkan mereka jalanjalan Kami, Dan sesunggubnya Allah beserta orang-orang yang berbuat baik” (surah al-Ankabut: 69). Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa eyat ini diturun sebelum perintah jihad yang dimaklumi (menentang orang kafir). Jadi, makna jihad dalam ayat ini adalah lebih umum iaitu jihad dalam agama Allah dan memohon keredaanNya. Justeru, jihad dalam agama Allah itu antaranya ialah melakukan segala perintahNya dan meninggallkan segala laranganNya. Di samping itu, melakukan pembersihan jiwa daripada sifat-sifat mazmumah seperti riyak, sombong, ujub, bakhil dan sebagainya. Penegasan Allah SWT pada akhir ayat tersebut, scolah-oloh hidayah dalam menuntut kepada jalenNya terdapat pada orang-orang muhsinin (orang yang hampir dengan Allah). Ini bermakna, seseorang muslim yang ingin mujahadah perlu kepada bimbingan guru yang mahir dalam bidang tersebut. Ia juga seperti latihen seseorang doktor pelatih yang mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk memastikan teori dan kaedah yang digunakan adalah benar dan tepat. Whee % Tegasnya, Islam itu sempurna dan indah. Ja tercalar dan dicemari oleh penganutaya yang tidak memahami dan tidak mendalami ilmu agama, Namanya dijadikan sebagai platform untuk mempengaruhi dan menyebarkan pemikiran dan fahaman yang tidak jelas. Sasarannya adalah umat Islam awam yang hanya mengetahui asas-asas agama tanpa hujah. Namun Kebanyakan mereka masih tetap berpogang teguh dengan amalan Islam yang diwarisi “Garipada para wlama terdahuilu, Sidah tentu para ulama térdahulu mempunyai kaedah yang betul yang boleh dipegang dan bersesuaian sepanjang zaman untuk dijadikan panduan awam. ‘Simpestum TAREXAT Tasawnwuf w Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) vo Tarikhy O7hb November 2015 Ha: Sabi wo Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang xo Tempat: Auditorium, Masid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya Simporiunm Tarchat Teawel, PERTAMA 4 Antara kaedah amalan mereka ialah berdhikrullah, membaca al-Quran, berselawat dan sebagainya. Ia merupakan perisai kepada masyarakat Islam untuk menangkis segala perbuatan yang menyalahi agama apatah lagi keganasan yang berpunca daripada hati yang tidak disinari dengan dhikeullah (1,10 aut 1 50,9). GEJALA SOSIAL YANG SERIUS Di antara tanda-tanda akhir zaman ialah banyaknya gejala sosial yang tidak sihat. Malab, berulangnya gejala yang telah merosakkan umst sebelum ini seperti hubungan sesame jenis, berpakaian jetapi ceumpame tidak berpakaian dan sebagainya. Maselah yang melanda umat Islam masakini juga seporti pembunuhan, rompakan, penzinaan, pembuangan bayi secara berleluasa amat menakutkan jika dilihat dari jumlah angkanya yang meningkat setiap tahun. Pelbagai pihak yang bertanggungjawab telah memainkan peranan mereka untuk mengurangkan masalah sosial tersebut. Namun, usaha tersebut soolah-olah tidak berjaya walaupun dari masa ke semasa ditingkatkan pelbagai keedah untuk mengatasinya, Di manakeh silapnya, pada agama yang dianuti iaitu Islam atau penganutnya yang tidak ikut nilai-nilai serta garis panduan Islam? Sudah pasti kita akan mongatakan penganutnya yang tidak mengikut ajaran Islam. Soalan lainnya, jika kita sudah mengetahui cilapnya adalah penganut tersebut, apakah kaedah yang scbenarnya yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah yang berlaku? Semua perkara yang berlaku adalah berpunca dari masalah sesetengah umat Islam yang meminggirkan ajaran Islam dan beranggap pengamalannya remeh. Kita ketahui, ramai dalam masyarakat Islam yang telah melalukan ibadah yang wajib seperti solat, puasa, zakat dan menunaikan haji tetapi tidak cermat dalam melakukannya. Maksudnya ialah setiap perbustan yang dilakukan perlu diteliti sama ada sempurna atau tidak. Bukan hanya buat sahaja. Jika disangkekan buat sahaja memadai, mungkin amalan tersebut tergantung disebabkan amalannya bercampur-campur yang haq dan yang batil. Umpamanya, seseorang ‘itu solat tetapi pada masa yang sama dia juga berjumpa dengan pawang, bomoh, tukang tilik dan sebagainya. Bagaimana solat tersebut diterima Allah SWT sedangkan perbuatannya menyekiutikan Allah. ‘Kita amat takut apabila amalan yang kita lakukan tidak diterima Allah SWT. Allah berfirman: Oe 5p. gat ty Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukeh Kami khabarkan kepada kamu aken orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (104). (laitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan" (eurah al-Kahf: 103- 104). Oleh kerana itu, kita sewajarnya lebih berhati-hati dalam melaksanakan ibadah agar segala ibadah tersebut diterima oleh Allah SWT. ‘Simposium TAREXAT Tasawwaf wo Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Walaysia (PERTAMA) eo Tart: O7hb November 2035 ‘ar: Sabtu ao Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang 20 Tempat: Auditorium, Masid Pua Wilayah Persekutuan Putrajaya Simporivam Tarchat Tasauel, PERTAMA 5 Bagaimana pula orang yang berpenyakit hati atau lalai daripada mengingati Allah ‘SWT. Dalam firmanNya, Allah SWT menegaskan: OSs 96 ti hil ys ay Maksudnya; “dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengigati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas” (surah al-Kahfi:28). Ini bermakna, kita diajar supaya menjauhi golongan yang mengikut hawa nafsu dan tidak mengambil pengajaran Islam serta lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai muslim sebenar. Semua perkara-perkara yang dibincangkan ini adalah punca utama berlakunya keruntuhan akhlak. Islam mengajar akhlak yang murni. Rasulullah SAW pula mempunyai akhlak terpuji yang perlu dicontohi. OS is 3G ap TAREKAT MENGIKAT HUBUNGAN UMAT Kita amat menyanjungi dan mengagungi Nabi SAW dalam apa sahaja tatalaku baginda SAW. Kita juga mengetahui baginda SAW merupakan contoh teladan yang baik seperti firman Allah SWT: Orie Gk Mats Maksudnya: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) memiliki akhlak yang amat tinggi” (Gittali al-Qalaii: 4). Pelbagai lagi contoh akhlak yang mulia yang memenuhi ruang akal kita terhadap Nabi yang mulia ini. Justeru, baginda adalah makhluk yang paling layak dijadikan contoh teladan dalam pelbagai aspek kehidupan umat Islam. Bukan sahaja pada pakeian, makanan dan perkahwinan tetapi yang lebih penting daripada itu jalah amalan harian baginda SAW yang menjadi titik tolak dan pengajaran kepada kita. Antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan baginda selain yang fardu ialah berdhikrullah. Allah SWT berfirman: Bs Maksudnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang. orang yang mempunyai hati; (190). (laitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah somasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” (surah Ali ‘Imran: 190-191). ‘Simposium TAREKAT Tasawwuf e> Anjuran: Pertubvhan Tarekat Muktabar Malaya (PERTAMA) = Tarkh: O7hb November 2015 Haris Sabtu to Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang a» Tempat: AuciNcrium, Masjid Putra Wilayah Persekatuan Putrajaya Tasawol, PERTAMA 6 Simposioan Taathat Ayat ini menerangkan bahawa terdapat golongan yang mempunyai hati yang pintar, lalu disifatkan mereka itu adalah orang-orang yang sentiasa berdhikrullah dalam apa jua keadaan dan waktu. Imam Fakhruddin al-Razi menafsirkan bahawa keadaan dan waktu yang disebutkan itu merangkumi seluruh kehidupan manusia. Ini bermakna dhikrullah dilakukan secara berterusan sepanjang waktu dan pada apa jua keadaan. Delam menghayati ayat ini juga, kita amat meyakini bahawa Rasulullah SAW merupaken penghulu kepada golongan tersebut selain daripada para sahabat dan umat Islam yang mengamalkannya. Rasulullah SAW pernah menegaskan kesungguhan baginda dalam pengamalan dhikrullah tersebut seperti sabdanya: od PL oblls Ge a Makeudnya: “Sesungguhnya kedua mataku tidur akan tetapi hatiku tidak tidur” (HR. Bukhari dan Muslim). Hadis ini menggambarkan bahawa baginda SAW sentiasa mengingati Allah SWT walaupun matanya pejam. Apatah lagi pada waktu sedarnya. Inilah kelebihan Rasulullsh SAW dalam amalan yang jarang dijulang dan diketongahkan ke dalam masyarakat untuk diamalkan. Inilah juga amalan yang diwarisi oleh tarekat tasawwuf dalam memertabatkan amelan Rasulullah SAW. Ajarannya yang jelas dan murni untuk diterapkan. Bagaimana terdapat golongan yang menfitnah tarekat tasawwuf sebagai ajaran sesat? Ini adalah perkara yang anch dan tidak masuk akal. Sotiap perkara yang kita lakukan ada natijeh atau kesannya. Contohnya, apabila kita maken, kita aken rasa kenyang. Begitu juga, apabila sescorang itu melakukan dhikrullah ada Kesannya, Kesannya yang utama adalah menghapuskan segala sifat hati yang jahat dan keadaan hati yang buruk. Perumpamaan kesan dhikrullah ini boleh diambil daripada firman Allah SWT: © Ssleds ss; Dsl Gal vel lags w acd 3 Vles oy abit gy ete Maksudnya: “Raja perempuan itu berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan” (surah al-Naml: 34). Ayat ini menerangkan bahawa jika seseorang raja menakluki sesuatu kawasan, dimusnahkan sogale-galanya dan dijadikan penduduknya hina tiada legi kemuliaan. Ia adalah sebagai satu isyarat kepada hati apabila dhikrullah telah masuk dan menyerap ke dalam hati seseorang mukimin, maka segala sifat yang jahat dan buruk akan lenyap dan musnah. Inilah kesan apabila Allah telah menguasai hati, maka apa sahaja yang Allah tidak sukai akan haneur lebur. Permasalahan kita hari ini adalah hati yang tidak lunak. Oleh sebab itulah, umat Islam yang terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur susah menerima nasihat. Hati mereka keras, sanggup melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu. Apabila mereka berjinak dengan dhikrullah, hati mereka akan lunak dan tingkah laku menjadi lembut. Allah SWT berfirman: “Simposium TAREKAT Tasawwa eo Anjuran: Pertubuhin Tarekat Mukdabor Malaysia (PERTAMA) eo Tarkh: O7hb November 2015 Hart: Sabu wo Mesa: 8:00 pg hingga 4:00 petang so Tempat: Auditorium, Masjcl Putra Wilayeh Persekubzan Putrajaya Simposiom Tarchat Tasawuf, PERTAMA 7 it Ss Jl pls ase cus Maksudnya: “kerudian kulit badan mereka menjadi lembut dan hati menjadi tenang tenteram dalam mengingati Allah” (surah al-Zumar: 23). Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang berdhikrullah mendapat faedah hati yang tenteram dan fizikal yang sihat. Apabila kulit (semua anggota) menjadi lembut make fizikal mereka juga akan sihat. Itulah kesan dhikrullah yang amat menakjubken, membantu manusia dalam membaiki dan menjamin kehidupan. Perkara ini juga ditegaskan oleh Allah SWT terhadap sikap Nabi SAW yang lemah Jembut kesan daripada dhikrullah tersebut. FirmanNya: Et 3 thiglls 28 Oakelled al ia & Es exe opt Maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahat Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam apa-apa urusan” (surah Ali ‘Imran: 159). Sebagai contoh umat Rasulullah SAW, Sultan Muhammad al-Fatih adalah antara tokoh yang mempraktikkan dhikrullah sebagai amalan utama. Perkara ini jelas kita lihat melalui perguruan dan perdampingan baginda dengan Shaikh Shameuddin, guru tarekat tasawwul. Baginda sering meminta tunjuk ajar dan nasihat daripada beliau. Akhirnya, Sultan Muhammad al-Fatih menjadi soorang pemerintah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik pemimpin dalam umat Nabi SAW. dika diimbas kembali kisah pemuda Ablul Kabfi, Allah menerangkan kegiatan mereka sewaktu di gua tersebut. Mereka melakukan dhikrullah dan berkhalwah dengan menjauhkan diri dari segala fitnah dan gangguan makhluk bagi menyelamatkan iman yang dianuti. Kisah tersebut disemadikan dalam firmanNya: Ons tly dist andl y Hci si Ss is GAS J) Maksudnya: “(ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami" (surah al-Kahf ). Allah berfirman lagi: Bs SN a Ea ath 0S ok ads pled has aS Sys Yh gts ws ya 5 © ‘Simposium TAREKAT Tasawiuf eo Anjuran: Pertubuhon Tarekat Muktaber Malaysia (PERTAMA) wo Tar: O7hb November 2015 ‘Har: Sabtu 2 Masa: 8:00 pg hingaa 4:00 petang w Tempat: Auditorium, Masid Putra Wilayah Persektuan Putrajaya Siomposiuan Tanthat Tasawol, PERTAMA 8 af Aa ‘Maksudnya: “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri (berkhalwah) daxi mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna” (surah al-Kahé: 16). Tegasnya, amalan berdhikrullah dan berkhalwoh tersebut merupaken amalan Rasulullsh SAW dan para Nabi serta orang-orang solch yang’diajar dan dipraktikkan oleh umat Islam sepanjang zaman. Jadi, tarckat tasawwuf yang mempunyai talian salasilah yang bersambung kepada Rasulullah SAW sudah pasti mengamalkan warisan tersebut sepanjang zaman hingga hari ini. KESIMPULAN Amalan tarekat tasawwuf dalam Islam mempunyai peranan dan objektif yang jelas, di antaranya ialah: 1. Mendidik diri supaya dapat mencapsi setinggi-tinggi rasa kehambaan (ubudiyyah) kepada Allah dan scbenar-benar KhalifahNya di muka bumi ini dengan senantiasa menjunjung sogala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya dengan hati yang Tkhlas pada setiap detik, nafas dan scluruh kehidupana zahir dan batin, Molatih potensi diri perperanan pada peranan sebenar seperti nafsu yang taat pada perintah Allah. 2. Menyucikan hati daripada segala sifat mazmumah seperti takabur, riya’ dan sebagainya serta menghiasai diri dengan sifat mahmudah seperti ilchlas, sabar, takut dan muragabah melalui jalan tarbiyyah dari Shaikh murshid, riyadah yang bersunggguh-sungguh dan miujehadah yang berterusan seperti yang telah disusun dalam amalan tariqah. Malahan sifat-sifat mazmudah tersebut merupakan penyakit yang boleh merosakan amal Ibadah. 8 Melatih diri untuk sentiasa ingat kepada Allah melalui latihan dan pengamalan dbikrullah, wirid, hizib, muraqabah dan tafakkur secara istigamah. Natijah dari sentiasa berdhikrullah menjadikan diri mudah dan suka beramal soleh seperti yang telah dituntut dalam syariat Islam sehingga diri tidak merasa berat dan susah dalam melaksanakanya dan merasa amat berat untuk meninggalkanya. 4, Dapat menyelami secara zawgiyyah rahsia-rahsia pengamalan syariat dan mendalami keimanan, penghayatan kehalusan makna tawhid dan ma’rifah sebenar kepada Allah SWT yang bersih daripada sebarang unsur syirik cama ada yang tersembunyi (thofi) atau nyata (fal). 5. Membangunkan dunia dengan amalan syariat melalui hati yang bersih dan saling tolong menolong dalam menyempurnakan perintah agama. 6. Menghalang segala aktiviti keganasan dan keruntuban akblak berpandukan hati yang mendapat didikan daripada amalan Islam yang sebenar. ‘Srapostum TAREKAT Tasawwaf eo Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) wo Tar O7hb Noveriber 2015 Hari: Sabbs wo Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang > Tempat: Auctorium, Masid Putra Wayah Perselatuan Putrajaya Simposism Tarckat Tasawol, PERTAMA 9 oy

Anda mungkin juga menyukai