Anda di halaman 1dari 4

EKSPERIMEN

DANCING WATER (LAVA LAMP)

BAHAN – BAHAN

1. MINYAK MASAK
2. PEWARNA
3. AIR
4. PANADOL SOLUBLE
5. BOTOL

CARA MENJALANKAN EKSPERIMEN

1. MASUKKAN MINYAK ¾ BOTOL.


2. TUANGKAN BEBERAPA ML AIR.
3. MASUKKAN SEDIKIT PEWARNA.
4. MASUKKAN SEBIJI PANADOL SOLUBLE. LIHAT HASILNYA.

EKSPERIMEN
SUSU BERWARNA AJAIB

BAHAN-BAHAN

1. SUSU
2. PUTIK KAPAS
3. PEWARNA MAKANAN
4. SABUN PENCUCI PINGGAN
CARA MENJALANKAN EKSPERIMEN

1. TUANG SUSU KE DALAM MANGKUK.


2. TITIS BEBERAPA TITIK PEWARNA MAKANAN KE DALAM SUSU.
3. TITIS SABUN PENCUCI PINGGAN KE ATAS PEWARNA MAKANAN DI
DALAM SUSU TADI DAN PERHATIKAN KEAJAIBAN YANG BERLAKU!
4. CELUP PUTIK KAPAS PADA PEWARNA MAKANAN DALAM MANGKUK
BERISI SUSU INI.
5. ULANG LANGKAH 4 BAGI MENGHASILKAN LEBIH BANYAK
PERGERAKAN WARNA DALAM SUSU.
6. BUAT SEDIKIT PUTARAN DALAM LARUTAN TADI DENGAN
MENGGUNAKAN PUTIK KAPAS UNTUK MENDAPATKAN CORAK YANG
LEBIH MENARIK.
BAGAIMANA
KAH INI
TERJADI?

Ketika susu dan pewarna dicampur, keduanya tidak dapat


bersatu dan sebati. Ini kerana susu mengandungi lemak,
sedangkan pewarna tidak larut dalam lemak.
Pewarna hanya boleh terlarut dalam cairan susu disebabkan
oleh sabun pencuci pinggan. Sabun pencuci pinggan
mempunyai molekul yang larut baik pada air maupun lemak.
Bukan itu sahaja, kita menggabungkan warna-warna asas
seperti merah, kuning atau biru ianya akan menghasilkan
warna baru melalui pergerakan warna tadi. Sebagai contoh,
warna biru dan kuning akan menghasilkan warna hijau.
BAGAIMANAKAH
INI TERJADI?

Ini disebabkan oleh minyak dan air tidak boleh bercampur. Molekul
minyak adalah lebih ringan (lebih tumpat) daripada air menyebabkan
ia terapung dan berada di atas air apabila diletakkan di dalam satu
bekas.

Kandungan di dalam panadol soluble adalah terdiri daripada


gabungan sodium bikarbonat, asic sitrik dan tepung soda. Molekul di
dalam ketiga-tiga bahan ini adalah tidak bercantum dengan sempurna.
Apabila dimasukkan di dalam air berlaku tindak balas kimia di mana
bahan-bahan ini berhubung antara satu sama lain dan menyebabkan ia
menjadi buih.

Buih-buih yang terhasil ini akan naik ke atas dan melalui lapisan
minyak yang terbentuk sewaktu awal tadi dan pada masa yang sama
buih-buih ini akan membawa bersama kandungan air berwarna tadi
dan ia membentuk corak di dalam lapisan minyak tersebut.

Anda mungkin juga menyukai