Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA PERTANDINGAN PIDATO

Dari Nilai pergi ke Seremban,


Terus pula ke Kampung Kandis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbak berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t, selamat petang dan salam perpaduan.
Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, ajk pelaksana, para peserta serta
para penonton yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya dapat
kita bersama-sama memeriahkan majlis kita pada pagi ini iaitu Pertandingan Pidato
sempena Karnival Bahasa Melayu peringkat Daerah Batang Padang dan Muallim tahun
2019. Pada kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-
alukan kehadiran hadirin sekalian di sini.
Untuk makluman hadirin, sebanyak 6 peserta yang mewakili kelompok masing-masing
akan bertanding dalam Pertandingan Pidato sempena Karnival Bahasa Melayu peringkat
Daerah Batang Padang pada hari ini.
Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum pertandingan bermula, izinkan saya membaca
peraturan pertandingan.

Peraturan Pertandingan
Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding
dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan
mengikut kedudukan nama di dalam senarai nama pendaftaran. Peserta diingatkan
supaya berada pada tempat masing-masing mengikut giliran yang ditentukan.
Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri,
sekolah masing-masing.
BAHAGIAN PERTAMA
Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan
oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu iaitu:
Asramaku Syurgaku
BAHAGIAN KEDUA
Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang
ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di
dalam sampul yang disediakan di meja ketua hakim. Pertandingan pidato secara
spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama.
Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat persediaan di
pentas pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat
komunikasi dan alat eletronik.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Peserta diberi masa TUJUH(7 minit) untuk pidato bahagian pertama, dan EMPAT (4
minit) untuk pidato bahagian kedua.
Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit ) sebelum tamat, dan dua kali setelah
tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.
Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian
pertandingan tidak akan diberi markah.
Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan
kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan
menyebabkan markah adab dipotong.
Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini
akan menyebabkan markah adab dipotong.
Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/
mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di
semua kategori dan peringkat pertandingan.
Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah / pakaian
kebangsaan.
Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di
atas.

Izinkan saya memperkenalkan panel hakim pertandingan kita pada hari ini. Yang
pertama Pn/En. _________________ selaku ketua hakim, kedua En/Pn
_______________, dan ketiga En/Pn ___________________, Penjaga masa ialah
Pn.__________________________

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Pertandingan Pidato sempena Karnival Bahasa Melayu peringkat Daerah Batang Padang
dan Muallim tahun 2019 dimulakan dengan pidato Bahagian A. Untuk itu, majlis dengan
sukacita menjemput peserta pertama untuk menyampaikan pidato beliau. Dipersilakan
peserta pertama dengan pidatonya yang bertajuk ___________________. (tunggu
sehingga pemidato selesai)…………………………………

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kedua untuk menyampaikan


pidato dengan tajuk __________________________________________.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta ketiga untuk menyampaikan


pidato dengan tajuk __________________________________________.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta keempat untuk


menyampaikan pidato dengan tajuk
__________________________________________.
Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kelima untuk menyampaikan
pidato dengan tajuk __________________________________________.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta keenam untuk menyampaikan


pidato dengan tajuk __________________________________________.

Begitulah tadi berakhirnya pertandingan Pidato Bahagian A. Para peserta diminta


bersedia untuk pertandingan Pidato Bahagian B iaitu pidato secara spontan. Majlis akan
berhenti rehat sebentar dan akan disambung semula pada jam _______ petang.
…………………………………………………………………………………………………………………
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin.
Sekarang tiba masanya yang kita nantikan iaitu pidato Bahagian B. Pada bahagian ini,
peserta hanya diperuntukkan 4 minit untuk menyampaikan pidatonya. Para peserta
perlu memilih tajuk dari sampul yang berada pada pihak hakim. Peserta diberikan masa
selama 1 minit untuk membuat persediaan bagi menyampaikan pidato mereka tanpa
apa-apa bantuan nota, alal tulis atau alat elektronik.

Tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama untuk memilih sampul
tajuk spontan. Dipersilakan (Tunggu hingga peserta memilih dan serah sampul) .
………………… Tajuk yang dipilih ialah……………………………(tunggu peserta selesai
berpidato)………………………………….

Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta kedua untuk memilih sampul
tajuk spontan. Majlis mempersilakan. Tajuk yang dipilih ialah……………………………
(tunggu peserta selesai berpidato) ………………………………….

Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta ketiga untuk memilih sampul
tajuk spontan. Majlis mempersilakan. Tajuk yang dipilih ialah……………………………
(tunggu peserta selesai berpidato) ………………………………….

Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta keempat untuk memilih


sampul tajuk spontan. Majlis mempersilakan. Tajuk yang dipilih
ialah…………………………… (tunggu peserta selesai berpidato) ………………………………….

Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta kelima untuk memilih sampul
tajuk spontan. Majlis mempersilakan. Tajuk yang dipilih ialah……………………………
(tunggu peserta selesai berpidato) ………………………………….

Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta keenam untuk memilih sampul
tajuk spontan. Majlis mempersilakan. Tajuk yang dipilih ialah……………………………
(tunggu peserta selesai berpidato) ………………………………….
Terima kasih diucapkan kepada peserta keenam tadi. Dengan berakhirnya pidato dari
peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah Pertandingan Pidato sempena Karnival
Bahasa Melayu peringkat Daerah Batang Padang dan Muallim bagi tahun 2019. Majlis
akan berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan kepada juri untuk membuat
permarkahan pertandingan.

Maka dengan ini, berakhirlah sudah Pertandingan Pidato sempena Karnival Bahasa
Melayu peringkat Daerah Batang Padang dan Muallim bagi tahun 2019.

Saya bagi pihak majlis, memohon ampun dan maaf seandainya terdapat kekurangan
dan salah silap sepanjang majlis ini berlangsung.

Bunga dedap di atas para,


            anak dusun pasang pelita;
kalau tersilap tutur bicara,
               jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,


melihat rusa tepi perigi;
   salam perpisahan untuk semua,
dilain masa bersua lagi.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.

Hadirin dipersilakan ke dewan terbuka SK Bidor untuk Majlis Penutupan dan Upacara
penyampaian cenderamata dan sijil yang akan dijalankan sebentar lagi.

Anda mungkin juga menyukai