Anda di halaman 1dari 9

Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru

KERTAS KERJA PENGANJURAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2011 PERINGKAT KAMPUNG TELOK GONG

PENGENALAN

Pihak KAMPUNG TELOK GONG melalui Pengurusi Datuk Salleh Jahaya Abdul Jalal Ajat telah meminta
kerjasama pihak JKKKuntuk menganjurkan satu karnival sukan di peringkat Felda Bukit Rokan Utara.
Karnival iniakan melibatkan semua pihak di kampung ini terutamanya JKKK, Belia, Pemuda dan
Puteri UMNO, Tadika serta pengurusan FELDA. Oleh itu, semua pihak yang terbabit perlu
memberikan sepenuh komitmen untuk memastikan penganjuran karnival ini dapat dijayakan dengan
sempurna.

MESYUARAT PENGANJURAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT

Satu Mesyuarat Khas JKKK akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membincangkansecara
terperinci aspek-aspek penganjuran Karnival Sukan ini termasuk segala keperluanpenganjuran,
peralatan dan belanjawan.

TEMA KARNIVAL

Tema Karnival Sukan Rakyat ini akan ditetapkan di dalam mesyuarat Khas JKKK yang akandiadakan di
dalam masa terdekat.

PENGLIBATAN BADAN-BADAN DAN AGENSI

Badan-badan yang akan terlibat menjayakan Karnival Sukan kali ini adalah seperti berikut:

1. Pengurusaa FELDA Bukit Rokan Utara

2. JKKKK

3. GPW, PKJ dan Bina Insan

4. UMNO Cawangan FELDA Bukit Rokan Utara


5. Tabika Kemas FELDA Bukit Rokan Utara

6. Polis dan Rela Kawasan FELDA Bukit Rokan Utara

7. Jabatan Parol Daerah Tampin sebagai Keluarga Angkat FELDA Bukit Rokan Utara

8. Suruhanjaya Pilihanraya untuk kempen Pendaftaran Pengundi

9. Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Tampin yang berminat mengadakan pameran atau membuka
kaunter khas.

10. Peniaga-peniaga yang berminat menjalankan perniagaan semasa karnival.

BAJET KARNIVAL

JKKK menganggarkan bajet yang diperlukan untuk menganjurkan karnival ini adalah disekitar
RM5,000. Kos in termasuk untuk mengadakan peralatan-peralatan yang perlu untukkarnival
tersebut. Dianggarkan 70% daripada kos tersebut akan digunakan untuk membelihadiah-hadiah
pertandingan serta cenderahati para juri dan pengadil dan tetamu khas. Jumlah sebenar belanjawan
penganjuran ini akan ditetapkan pada mesyuarat Khas JKKKtersebut di atas.

TARIKH KARNIVAL

Tarikh karnival ini yang dicadangkan adalah pada cuti sekolah pertengahan semester iaitu diantara
28 Mei 2011 dan 12 Jun 2011. Juga dicadangkan sukan ini diadakan pada hari biasaiaitu antara hari
Isnin dan Jumaat untuk memastikan jumlah penyertaan peserta dankehadiran penonton yang
maksimum. Karnival ini akan berlangsung selama sehari bermulajam 7:30 pagi dan berakhir di
sebelah petang lebih kurang jam 6:30 petang.

Walau bagaimanapun, terdapat acara-acara yang perlu dijalankan secara pusingan awal yangakan
bermula sebelum hari Karnival. Tetapi pertandingan akhir bagi acara-acara ini akandilangsungkan
pada hari Karnival Sukan.

PERASMIAN, PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH


Karnival akan dirasmikan oleh Pengurus FELDA Bukit Rokan Utara, Encik Abd Jalal Ajat danMajlis
Penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Kamil BinHaji Abd Aziz,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh.

Jemputan-jemputan lain yang boleh diundang adalah Penghulu Mukim Gemencheh, Tuan
HjZaina’lariffin Bin Haji Mohd Saleh, isteri YB Dato’ Mohd Kamil, Datin Siti Halimah BintiBahaman
serta pengurusan tertinggi Felda Wilayah Raja Alias.

ACARA-ACARA KARNIVAL

Acara-acara yang dicadangkan adalah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Kanak-kanak,
Belia, Beliawanis, Lelaki dan Wanita Dewasa, serta acara Berkumpulan. Acara-acarayang boleh
dijalankan mengikut setiap kategori adalah seperti di bawah:

Senarai Acara Mengikut Kategori.

a) Acara Kanak-Kanak:

1. Mewarna Bawah 6 Tahun

2. Mewarna Bawah 12 Tahun

3. Tiup Belon

4. Isi Air Dalam Botol

5. Lari Bawa Bola Atas Sudub.

b) Acara Belia:

1. Futsal

2. Sepaktakraw

3. Badminton

4. Sepak Bola Dalam Gol


c) Acara Beliawanis:

1. Bola Jaring

2. Boling Padang Guna Buah Kelapa

3. Isi Air Dalam Botol

4. Sepak Bola Dalam Gold.

d) Acara Lelaki Dewasa:

1. Pancing Botol

2. Boling Padang Guna Buah Kelapa

3. Sepak Bola Dalam Gole.

e) Acara Wanita Dewasa:

1. Anyam Ketupat

2. Boling Padang Guna Buah Kelapa

3. Isi Air Dalam Botol

4. Sepak Bola Dalam Gol

5. Congkak.

f) Acara Keluarga (Campuran):

1.Semakin Jauh Semakin Sayang

Senarai Acara Mengikut Kumpulan dan Individu.

a) Senarai Penuh Acara Individu.


1. Tiup Belon

2. Mewarna Bawah 6 Tahun

3. Mewarna Bawah 12 Tahun

4. Anyam Ketupat

5. Pancing Botol.

b) Senarai Penuh Acara Berkumpulan.

1. Futsal - 7 orang setiap kumpulan

2. Isi Air Dalam Botol - 4 orang setiap kumpulan

3. Lari Bawa Bola Atas Sudu - 4 orang setiap kumpulan

4. Sepak Bola Dalam Gol - 4 orang setiap kumpulan

5. Boling Padang Guna Buah Kelapa - 4 orang setiap kumpulan

6. Badminton (Bergu) - 2 orang setiap kumpulan

7. Sepaktakraw - 3 orang setiap kumpulan

8. Bola Jaring - 9 orang setiap kumpulan

9. Semakin Jauh Semakin Sayang - 2 orang setiap kumpulan

Senarai Acara Khas Bagi Kategori Wanita

Di samping acara-acara di atas, pihak GPW, PKJ dan Bina Insan juga akan menganjurkan acara-acara
khas untuk wanita iaitu masakan dan gubahan dengan hadiah-hadiah disediakan sendiri oleh pihak
GPW, PKJ dan Bina Insan.

Hadiah-hadiah yang disediakan adalah bernilai:

Johan: RM 15.00

Naib Johan: RM 10.00


Ketiga: RM 7.00

Saguhati: RM 5.00

Nilai-nilai hadiah di atas akan diberikan kerana para peserta pertandingan di dalam kategori ini perlu
mengeluarkan modal mereka sendiri bagi menyediakan bahan-bahan untuk acara-acara yang
disertai oleh mereka.

HADIAH-HADIAH KARNIVAL SUKAN RAKYAT

a. Bagi acara-acara individu, hadiah-hadiah akan diberikan berdasarkan kedudukan seperti berikut: -

- Johan

- Naib Johan

- Ketiga

- 2 hadiah saguhati (sama nilai)

b. Bagi acara-acara berkumpulan (kecuali bagi hadiah untuk kategori keluarga campuran), hadiah-
hadiah akan diberikan adalah seperti berikut:

- Johan

- Naib Johan

- Ketiga

c. Manakala bagi acara keluarga campuran (Semakin Jauh Semakin Sayang), hadiah-hadiah akan
diberikan seperti berikut:

- Johan

- Naib Johan

- Ketiga

- 2 hadiah saguhati (sama nilai)


LAIN-LAIN PERKARA

JKKK mencadangkan dibuka kawasan khas untuk membolehkan para peniaga menjalankan aktiviti
perniagaan. Tapak tersebut akan disewa kepada para peniaga yang berminat. Ini akan dapat menjadi
sumber dana tambahan bagi menampung kos operasi penganjuran Karnival Sukan Rakyat ini.

Jumlah tapak yang dicadangkan adalah di antara 10 hingga 20 tapak yang berkeluasan 10 kaki x 10
kaki dan kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00 untuk sehari berniaga. Para peniaga
perlu membawa peralatan mereka sendiri seperti kanopi, meja dan kerusi.

ASPEK KEWANGAN DAN BELANJAWAN

Anggaran awal bagi Kos Penganjuran Karnival Sukan ini adalah sekitar RM5,000.00.
Walaubagaimanapun, anggaran sebenar kos penganjuran ini akan ditentukan di dalam Mesyuarat
Khas JKKK nanti.

1. Kos Hadiah RM 3,000.00

2. Kos Cenderahati RM

3. Kos Peralatan RM

4. Kos Pengurusan RM

5. Lain-lain Kos RM

6. Kos Luar jangka (10%) RM

JUMLAH RM

JUMLAH RMPEMBIAYAAN KOS PENGANJURAN

Difahamkan bahawa Felda akan menyediakan kos penganjuran Karnival Sukan ini.
PERLANTIKAN URUSETIA PENGANJURAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2011

Mesyuarat Khas JKKK juga perlu membincangkan dan melantik Jawatankuasa KecilPenganjuran
Karnival Sukan ini bagi memastikan kelancaran program yang akan dijalankan.Mesyuarat akan
membincangkan jenis-jenis urusetia yang perlu dilantik.

Jawatankuasa yang akan dibentuk ini adalah berdasarkan struktur berikut:

Penaung: Encik Abdul Jalal Bin Ajat, Pengurus Felda

Pengerusi: Encik Abdul Talib Bin Ahmad, Pengerusi JKKK

Setiausaha: Encik Abdullah Bin Musa, Setiausaha JKKK

Bendahari: Encik Rasol Bin Ahmad, Bendahari JKKK

Ketua Penyelaras: .................................................................................................

Urusetia Kecil yang perlu dilantik di antaranya adalah:

1. Keselamatan dan Trafik

2. Peralatan dan Khemah

3. Makanan dan Jamuan

4. Hadiah dan Cenderahati

5. Pengadil dan Juri

6. Lain-lain

Kertas kerja ini dibuat sebagai panduan asas penganjuran Karnival Sukan Rakyat Felda Bukit Rokan
Utara 2011. Panduan lengkap akan dikeluarkan setelah selesai Mesyuarat Khas JKKK berhubung
perkara ini.

Disediakan oleh: ..........................................................

ABDULLAH BIN MUSA

Setiausaha JKKK
FELDA Bukit Rokan Utara

Anda mungkin juga menyukai