Anda di halaman 1dari 9

Universiti Fatoni

Penulisan Bahasa
Melayu
Ummul Ummah Tohlong
Jenis Perenggan
Isi, Penutup
PERENGGAN ISI
Perenggan isi mengandungi empat ayat iaitu;
(AI) Ayat judul – Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang
menjawab pokok persoalan karangan.
(A2) Ayat huraian –Huraian lanjut tentang isi utama, bertujuan memberi kan
penjelasan tentang isi atau menyokong isi utama.
(A3) Ayat bukti/contoh – Ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang
berkaitan isi, bertujuan memperkuat hujah.
(A4) Ayat penegas –ayat yang memberi penegasan terhadap isi dan huraian yang
dikemukakan. Penanda wacana yang biasa digunakan seperti tegasnya,
oleh itu, sehubungan dengan hal itu, dsb
Jenis-jenis Perenggan
1.PERENGGAN DEDUKTIF

ISI PENTING ISI PENTING


HURAIAN CONTOH
CONTOH Cadangan

Huraian
(AT) Tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh
masyarakat. (AC) Misalnya, masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh
penjual yang tidak mementingkan kebersihan. (ACD) Sehubungan dengan ini,
persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. (AH)
Oleh itu, penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai,
makanan dan diri. (AK) Dengan ini, kes keracunan makanan yang sering dapat
ditangani dengan lebih berkesan.
Jenis-jenis Perenggan
2. PERENGGAN INDUKTIF

HURAIAN AYAT SIMPUL


CONTOH CONTOH
ISI PENTING CADANGAN

ISI PENTING

(AK)Kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan


lebih berkesan apabila (AC) masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh
penjual yang tidak mementingkan kebersihan. Sehubungan dengan ini,(ACD)
persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini.
Oleh hal yang demikian, (AH)penjual akan memberikan perhatian tentang aspek
kebersihan gerai,makanan dan diri. Tegasnya, (AT) tindakan memulaukan makanan
yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat
Penutup
• Ayat kesimpulan – pendirian penulis
• Ayat cadangan
• Ayat cadangan
• Ayat harapan
Kesimpulan, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita,
terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa
mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar
peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ada. Kempen yang
dijalankan mestilah melibatkan semua pihak. Semua pengguna jalan raya
perlulah beringat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab
semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai