Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI FATONI

FAKULTI PENDIDIKAN

KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTE (SEMESTER


2/2562)

KOD KURSUS: Ml2205-113 (TATABAHASA MELAYU III)

KREDIT: 3 (3-0-6)

PENSYARAH: NURNEE BUKEHMATEE


KELOMPOK: 05, 06
TARIKH: 09/ 03/ 2563 MASA: 09:00-
12.00

PERHATIAN:

1
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi lima halaman, tiga
bahagian: Bahagian I, Bahagian II dan Bahagian III
dengan 40 markah.
1.1 Bahagian I Objektif (20 soalan 10
markah)
1.2 Soalan II Betul Kesalahan Bahasa
(20 soalan 20 markah)
1.3 Bahagian III Soalan Subjektif (2
soalan 10 markah)
2. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan
yang disediakan.
3. Anda tidak dibenarkan membawa kertas peperiksaan ini
serta kertas jawapan keluar dari bilik peperiksaan.
4. Anda tidak dibenarkan keluar dalam tempoh 30 minit
selepas peperiksaan bermula dari bilik peperiksaan.

2
Bahagian I

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. (10 markah)

1. Budak itu ……………….. ke dalam rumahnya.


A pelari B berlari
C dilarikan D melarikan

2. Posmen sedang ……………..surat ke dalam peti surat itu.


A dimasuk B dimasuki
C kemasukan D memasukkan

3. Bas yang dinaiki oleh Amir telah …………… dalam kemalangan.


A dilibat B melibatkan
C terlibat D penglibatan

4. Pelari itu sempat ........................ air untuk menghilangkan dahaganya.


A menjilat B meneguk
C menuang D menghirup

5. Ranting-ranting pokok yang menghalang laluan itu telah.................... oleh Pak Abu.
A ditakik B ditebas
C ditebang D dicantas

6. Aiman sudah diberitahu……………………. tetapi dia tetap terlupa akan pesanan itu.
A beberapa B beribu-ribu
C berkali-kali D beratus-ratus

7. ………….. kali selepas bersolat , dia mengangkat ……...belah tangannya dan berdoa kepada
Tuhan.
A Beberapa…. kedua-dua B Pertama……semua
C Setiap…….kedua-dua D Setengah-setengah……dua

8. Persahabatan kami tetap erat walaupun kami tinggal berjauhan kerana kami sering…………...
A tegur-menegur B jelling-menjeling
C pandang-memandang D kunjung-mengunjung

3
9. Encik Karim berjalan …………………. di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran
anak sulungnya.
A ulang-alik B kelam-kabut
C mundar-mandir D lintang-pukang
10.Kejayaan kita dalam pelajaran bergantung ………………… daya usaha kita sendiri.
A oleh B pada
C kepada D daripada

11.Hazim mengecat ruang tamu biliknya……………. yang disuruh…………….. ayahnya.


A seperti ……oleh B bagai …….dari
C sebagai ……akan D umpama …… di

12. “Ayah amat bangga …………..kejayaan kamu mendapat 100 markah …………peperiksaan
INET, kata ayah kepada Farhan.
A oleh ... di B bagi ... pada
C di .....dengan D akan ... dalam

13.Tok Ali tidak dapat melihat dengan jelas. ………….apabila tulisan itu kecil.
A Mungkin B Lebih-lebih lagi
C Oleh sebab itu D Tambahan pula

14.Muhammad seorang pemuda yang cacat. …………….., dia tidak pernah mengharapkan belas
kasihan daripada orang lain.
A Oleh sebab itu B Lebih-lebih lagi
C Kalau begitu D Sungguhpun demikian

15.Untuk berjaya dengan cemerlang, kita mestilah sentiasa menumpukan perhatian terhadap
pengajaran guru di kelas. …………., kita juga mestilah rajin mengulang kaji pelajaran.
A Di samping itu B Oleh sebab itu
C Walau bagaimanapun D Oleh yang demikian

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. (Soalan 16-20)
16. I Cahaya hari ini hangat sekali.
II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata.
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.
A I dan II B II dan III
C I dan IV D III dan IV

17. I Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.


II Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.

4
III Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.
IV Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV
18. I Jambatan itu sudah siap bina.
II Hasan ambil bina terhadap nasihat gurunya.
III Lina mengikuti kursus seni bina di universiti.
IV Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi.
A I dan II B I dan III
C II dan III D III dan IV

19. I Usianya baru lima tahun.


II Adik masuk ke bilik baru tidur.
III Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.
IV Kamal baru membeli sebuah basikal yang berwarna biru.
A I dan II B II dan III
C I, II dan III D I, III dan IV

20. I Pakaian pengemis itu terlalu buruk.


II Ibu membuang bunga mawar yang sudah buruk.
III Niat buruk Rosman telah diketahui oleh teman-temannya.
IV Keadaan menjadi bertambah buruk semenjak kami berpindah ke sini.
A I dan II B II dan III
C I, II dan IV D I, III dan IV

Bahagian II
Baca ayat-ayat berikut dan kenal pasti kesalahannya sama ada kesalahan bahasa atau
kesalahan penggunaan kata dan betulkan dengan menulis semula ayat tersebut. (20
markah)
1. Nama kakak awak apa?
2. Itu ingin berjumpa pengetua.
3. Ustaz Amin berasal dari Satul.
4. Beberapa murid ke perpustakaan.
5. Adik menangis bila berasa takut.
6. Buku tebal tidak terbaca oleh saya.
7. Fatimah tulis surat kepada ayahnya.
8. Itulah perhiasan yang amat tercantik.

5
9. Tiga motosikal itu berjenama Honda.
10. Dia menaiki mini bas ke tempat kerja.
11. Kereta itu telah dipandu kelmarin Muhammad.
12. Pelbagai jenis hasil-hasil kraftangan dipamerkan di dewan itu.
13. Kedainya terletak kira-kira tiga setengah kilometer dari bandar.
14. Marina mendapat tempat persatu di dalam peperiksaan akhir tahun.
15. “Kamu datang sekolah dengan siapa?” tanya Karimah kepada Hanim.
16. “Anda hendaklah menoleh ke kiri dan kanan sebelum melakah jalan”.
17. Di hari minggu yang lalu saya dan kawan-kawan ke Muzium Songkhla.
18. Amir mengulang kaji pelajaran selama satu se tengah jam pada setiap hari.
19. Kebanyakan pengguna-pengguna lebuh raya tidak mematuhi had laju ditetapkan.
20. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya goreng ayam yang
disaluti tepung itu.

Bahagian III
Jawab soalan di bawah ini. (10 markah)
1. Kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa sama ada
ejaan, perkataan, susunan frasa dan ayat.
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan bahasa.

2. Masalah pencemaran bahasa Melayu semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat


pada masa kini. Keadaan ini menyukarkan hasrat beberapa pihak untuk memartabatkan
bahasa Melayu.
Huraikan langkah-langkah untuk menangani masalah pencemaran bahasa dalam
kalangan masyarakat di negara kita.

6
7

Anda mungkin juga menyukai