Anda di halaman 1dari 2

Peranan ibu bapa membentuk akhlak yang baik dalam kalangan anak-anak.

Pada hari ini, isu keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak khususnya golongan remaja selalu
diperkatakan. Hal ini demikian kerana kisah-kisah remaja yang berkelakuan negatif sering menjadi tajuk
utama dalam media massa seperti akhbar dan televisyen. Persoalannya, mengapakah isu sedemikian
sering menjadi buah mulut masyarakat? Apakah peranan ibu bapa dalam hal ini? Jika diteliti , banyak
usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam membentuk akhlak yang baik dalam kalangan anak-anak.

Sesungguhnya, peranan utama ibu bapa dalam membentuk akhlak anak-anak ialah memberikan
pendidikan agama dan pendidikan moral. Hal ini demikian kerana pendidikan agama dan moral dapat
menghalang anak-anak terlibat dalam masalah sosial. Sehubungan dengan itu, pendidikan agama dan
penerapan nilai-nilai murni mesti dititikberatkan sejak mereka kecil bak kata peribahasa melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Sebagai contohnya, menghantar anak-anak menghadiri kelas agama dan
bersembahyang bersama-sama merupakan amalan yang baik untuk mendidik jiwa anak-anak. Oleh itu, kita
dapat melahirkan anak-anak yang mempunyai akhlak yang baik. Jelaslah, bahawa pendidikan agama dan
moral yang diberikan oleh ibu bapa boleh membentuk akhlak anak-anak.

Seterusnya, peranan ibu bapa dalam membentuk akhlak anak-anak ialah memberikan nasihat, teguran,
dan tunjuk ajar. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak
sejak mereka dalam kandungan. Sehubungan dengan itu, nasihat ibu bapa mudah diterima oleh anak-anak
yang masih setahun jagung kerana ibu bapa merupakan insan yang disayangi oleh mereka . Sebagai
contohnya, ibu bapa perlu menegur perbuatan anak-anak yang tidak baik atau berkelakuan tidak sopan .
Kesannya, jika amalan ini dipraktikkan oleh ibu bapa, dapat membentuk akhlak anak-anak yang terpuji.
Oleh itu, benarlah, nasihat, teguran, dan tunjuk ajar oleh ibu bapa dapat membentuk akhlak anak-anak.

Selain itu, peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak ialah menjadi suri teladan atau
‘role model’ kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana……………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Sehubungan dengan itu ibu bapa perlu ………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………… Sebagai contohnya, ibu bapa
………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Kesannya,
…………………………………………………………………………………………………. Tegasnya, peranan ibu bapa sebagai
………………………………………………………………… dapat …………………………………………………………………………

Akhirnya, peranan lain ibu bapa dalam membentuk akhlak yang baik dalam kalangan anak-anak ialah
memberikan perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini demikian
kerana …………………………………………………………………………………………………………………………………. Sehubungan
dengan itu ………………………………………………………………………………………………………………… Sebagai
contohnya, ………………………………………………………………………………………………………………………………… Kesannya ,
………………………………………………………………………………………………………………………………………….. Oleh itu jelaslah
bahawa ……………………………….………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting
dalam membentuk akhlak yang baik dalam kalangan anak-anak . Oleh yang demikian ibu tidak seharusnya
meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak di atas bahu pengasuh , datuk dan nenek atau kepada
pihak sekolah semata-mata . Sehubungan dengan itu jika ibu bapa yang bertanggungjawab dapat
melahirkan ahli keluarga yang bahagia . Akhirnya, akan dapat melahirkan rakyat yang cemerlang, gemilang,
dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai