Anda di halaman 1dari 6

Aturcara Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33

9.00 pagi : Pendaftaran tetamu


9.30 pagi : Aluan pengacara majlis
: Bacaan doa oleh Ustaz Abdullah
: Ucapan aluan tuan Guru Besar (Encik Zol Kefely bin Hussin)
: Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG (Encik Mohd Akmal bin Zulkipli)
: Penyampaian sijil Penghargaan dan cenderahati kepada AJK PIBG 2021
: Penyampaian cenderamata kepada perasmi
10.15 pagi : Cabutan bertuah (10 hadiah) - GB
10.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG SK Belimbing kali ke-33
: Cabutan bertuah (10 hadiah) – YDP PIBG
12.00 tengahari : Jamuan
: Bersurai

Pendaftaran tetamu Perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga, sila pastikan anda telah
mendaftar di meja urusetia dan telah mendapat nombor cabutan bertuah.
Nombor cabutan bertuah akan ditulis pada buku program masing-masing.

Semua ibu bapa dan penjaga diminta untuk mengambil tempat kerana
majlis akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja.

Aluan pengacara majlis Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Yang berusaha,
Tuan Guru Besar SK Belimbing,
Encik Zol Kefely bin Hussin,

Yang dihormati,
Tuan Yang Dipertua Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Belimbing,
Encik Mohd Akmal bin Zulkipli,

Yang dihormati,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Zamri bin Zaini,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,


Puan Rahilah binti Ontong

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,


Encik Abdullah bin Yunus
Guru-guru SK Belimbing,
Ahli jawatankuasa PIBG SK Belimbing,
Ibu bapa, para jemputan dan hadirin yang dikasihi sekalian..

Assalamualaikum salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan berkat


kerahmatan dan keizinan-Nya dapat juga kita berkumpul di Persada
Perpaduan ini untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah
Kebangsaan Belimbing kali ke-33 bagi tahun 2022.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan para
tetamu yang sudi hadir dalam majlis yang sangat signifikan ini.

Mesyuarat Agung PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan dan
percambahan idea, maklum balas dan pandangan bagi meningkatkan
segala macam bentuk kemajuan untuk sekolah ini menjadi lebih
terkehadapan di masa yang akan datang.

Bacaan doa Hadirin dan hadirat yang dirahmati,


(Ustaz Abdullah)

Gosok tembaga sampai berkilat,


Nampak cahayanya semakin hebat,
Majlis kita insya Allah berkat,
Bersulam dengan rahim dan rahmat.
Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh Yang dihormati
Al-Fadhil Ustaz Abdullah bin Yunus
Majlis mempersilakan…….
_________________________________________________________

**Amin, amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi


memberikan kelancaran dan keberkatan kepada majlis kita pada hari
ini.

Ucapan Aluan Guru Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


Besar
(Encik Zol Kefely bin Kalau hendak ke Pekan Dengkil,
Hussin) Belikan saya kain belacu,
Silakan tuan segera tampil,
Menyampaikan sesuatu bingkisan di kalbu.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Guru Besar SK


Belimbing, Encik Zol Kefely bin Hussin untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Majlis mempersilakan.

________________________________________________________
***Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan alu-aluan yang
cukup bermakna sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Para tetamu yang dihormati,


(YDP PIBG –
Encik Mohd Akmal bin Daun semulur di pekan sari,
Zulkipli)
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang dihormati,
Encik Mohd Akmal bin Zulkipli selaku Yang Dipertua PIBG SK
Belimbing untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Belimbing kali ke-33.
Majlis mempersilakan.

____________________________________________________
**Terima kasih diucapkan kepada tuan YDP atas kesudian
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG SK Belimbing kali ke-33

Penyampaian Sijil dan Bagi menyempurnakan acara penyampaian sijil penghargaan dan
cenderahati kepada AJK cenderamata kepada Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2021, majlis
PIBG 2021
menjemput sekali lagi, Yang berusaha, Tuan Guru Besar, Encik Zol
Kefely bin Hussin untuk mengiringi Yang dihormati, YDP PIBG,
Encik Mohd Akmal bin Zulkipli untuk naik ke pentas..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Mendahului senarai, dipersilakan …….


AJK IBU BAPA :
-Encik Rohaizad bin Idris
-Puan Fauziah binti Ibrahim
-Puan Nor Haslina binti Abd Malik

seterusnya,
Pemeriksa kira-kira PIBG 1 : Encik Mohd Ridzwan bin Abdul Mubin
Pemeriksa kira-kira PIBG 2 : Encik Anuar bin Mahat
seterusnya, AJK guru.. dipersilakan
-Encik Zamri bin Zaini
-Puan Rahilah binti Ontong
-Encik Ridzuan bin Yakub (wakil)

Seterusnya, dipersilakan
Bendahari Cik Siti Aisyah binti Ab Hamid,
Setiausaha, Puan Shahirah binti Roslan (wakil)
dan Naib Yang dipertua PIBG, Encik Izal Firdaus bin Ishak (wakil)

Dan majlis seterusnya mempersilakan tuan guru besar Encik Zol Kefely
bin Husin untuk menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata
kepada Encik Mohd Akmal bin Zulkipli selaku Yang Di Pertua PIBG
SK Belimbing bagi tahun 2021,

Sterusnya, dimohon, tuan YDP pula untuk menyampaikan sijil


penghargaan dan cenderamata kepada tuan guru besar selaku penasihat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Belimbing bagi tahun 2021.

Majlis sekali lagi mempersilakan tuan guru besar, untuk


menyampaikan cenderahati kepada YDP PIBG sebagai tanda
Penyampaian penghargaan atas kesudian merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali
cenderamata perasmi ke -33 pada hari ini.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan YDP dan
tuan guru besar untuk menyempurnakan upacara penyampaian
sebentar tadi.

Cabutan bertuah Seterusnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu upacara cabutan
(10 hadiah) bertuah. Untuk makluman semua, terdapat 20 buah hadiah yang akan
GB cabut dipertandingkan… Jadi, pastikan buku program anda sentiasa dipegang
dan dijaga dengan baik…

Pada kali ini kita akan membuat 10 cabutan dan di akhir majlis sebelum
bersurai, kita akan adakan 10 lagi cabutan. Yang mana dalam 10 cabutan
terakhir tersebut adalah 5 hadiah biasa dan 5 hadiah utama.

Bagi 10 cabutan pertama ini, majlis mempersilakan Tuan guru besar, Encik
Zol Kefely bin Hussin untuk membuat cabutan dan seterusnya
menyampaikan hadiah kepada pemenang yang bertuah. Dipersilakan…
cabutan pertama dipersilakan pemegang bernombor :___
seterusnya : ___
Mesyuarat Agung PIBG Alhamdulillah, dengan berakhirnya 10 cabutan bertuah sebentar tadi, maka
SK Belimbing kali ke-33 selesailah tugas saya selaku pengacara majlis pada pagi ini..

Bertiup bayu di pantai indah,


Burung kedidi terbang melayang,
Mana yang kurang silap dan salah,
Jangan menjadi bekalan pulang,

Seterusnya, saya menyerahkan majlis kepada tuan YDP PIBG untuk


mengambil alih pengelolaan Mesyuarat Agung PIBG SK Belimbing kali
ke-33

sekian, terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai