Anda di halaman 1dari 6

AJ 22403 HISTORIOGRAFI ISLAM

TUGASAN: ULASAN BAB BUKU

NAMA PENSYARAH

Dr. DG JUNAIDAH AWANG JAMBOL

NAMA:

MUHAMMAD FIRDAUS BIN JOHARI

NO. MATRIK: BA2010159

TAJUK BUKU:

ISLAMIC HISTORIOGRAPHY

Author: Chase F. Robinson, 2003. Published by: Cambridge University Press

TOPIK ULASAN:

(Part Il) Chapter 8: Historians and the truth


1.1 Pengenalan

Buku “Islamic Historiography” karya Chase F. Robinson telah diterbitkan oleh Cambridge
University Press pada tahun 2003. Selain itu, buku karya Chase F. Robinson ini mengandungi
237 halaman bercetak. Buku ini juga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian satu
mengenai asal-usul dan kategori, bahagian dua mengenai kontek, manakala bahagian ketiga
menerangkan mengenai cara ahli sejarah bekerja. Penulis juga memberikan gambaran secara
ringkas mengenai sejarah awal islam, tamadun islam dan juga penngaruh islam dalam
sejarah. Penulis juga memberitahu peristiwa-peristiwa sejarah islam seperti kisah-kisah
pertempuran, sejarah suku dan juga sejarah Nabi Muhammad.

Justeru itu, ulasan ini akan berfokuskan kepada bab buku yang ke lapan dibahagian
kedua dalam buku “Islamic Historiography” iaitu “Historians dan the truth”. Bab ini
mengandungi 16 halaman bermula daripada muka surat 143 hingga 159. Berdasarkan bab
lapan ini, penulis membincangkan beberapa perkara mengenai rangka kerja penulisan sejarah
islam yang dibuat oleh sejarawan islam. Kebanyakan ahli sejarah bukanlah memberikan
penjelasan dengan tepat mengapa peristiwa tertentu berlaku, tetapi lebih kepada
menerangkan kebenaran yang diketahui dan memberikan pelajaran dengan menerangkan
peristiwa teladan.

Justeru itu, penulis membincangkan mengenai sumber rujukan yang digunakan oleh
sejarawan islam dalam penulisan mereka dan terdapat juga perbincangan mengenai sikap
seseorang sejarawan dalam penulisan sesebuah peristiwa. Tambahan, di dalam bab lapan ini,
penulis juga telah membincangkan mengenai pandangan ahli sejarah zaman pertengahan
dalam mengambarkan sesuatu peristiwa dengan baik. Justeru ini boleh diterima pakai dalam
penulisan sejarah ddan menjadi sumber rujukan kepada ahli sejarah moden. Namun tidak
kesemuanya boleh diguna pakai disebabkan oleh ahli sejarah moden kerana terdapat unsur-
unsur tertentu dalam memperjelaskan sesuatu peristiwa seperti corak model sastera dan
laporang mengenai mukjizat, mimpi dan bentuk kekuasaan tuhan dalam penceritaan sesuatu
peristiwa sejarah. Oleh itu, dapat dilihat dalam bab lapan ini, Robinson cuba untuk
mengetengahkan idea logikal dalam penceritaan sesebuah peristiwa sejarah dengan benar
dan tepat.

2.1 Isi Utama Bab Buku

Berdasarkan bab lapan dalam buku “Islamic Historiography”, terdapat dua perkara yang
menjadi isi penting atau utama yang dibincangkan oleh Chase F. Robinson. Antaranya ialah
mengenai pandangan humanisme-teosentrik yang terdapat dalam rangka kerja terutamanya

1
untuk menerangkan sesuatu peristiwa sejarah yang dijadikan sebagai satu kebenaran yang
diketahui dan mengajarkan pelajaran yang baik dengan menerangkan peristiwa teladan
menjadi matlamat bagi ahli sejarawan islam. Justeru itu, pandangan ini bagaimanapun, tidak
membuat ahli sejarah menghasilkan penulisan sejarah terhadap sesebuah peristiwa secara
tidak kritis. Namun, kebanyakan sejarawan akan membuat penulisan dalam semangat yang
rasional, menimbang nilai bukti, mendamaikan percanggahan dan menilai kebenaran dengan
merujuk dokumen asal seperti surat perjanjian, surat menyurat dan petisyen. Oleh yang
demikian, ahli sejarah sering menyebutkan secara verbatim dalam karya hasil penulisan
mereka.

Penulis juga mengetengahkan mengenai sikap sejarawan dalam memberikan


gambaran mengenai sesuatu peristiwa atau penulisan mereka. Penyataan ini menjelaskan
mengenai beberapa sejarawan islam hanya menuliskan hanya beberapa atau sebahagian
daripada peristiwa tersebut, disebabkan terdapat perselisihan pendapat antara hadis dan
akhbar yang dibuat oleh sejarawan sebelumnya. Ini dapat diperlihatkan seperti Al Ya’qubi iaitu
seorang ahli kronograf yang menyatakan dia hanya menulis sebahagiannya kerana para
pendahulunya berselisih pendapat mengenai hadis dan akhbar. Selain itu, kebanyakan ahli
sejarawan juga berwaspada terhadap sumber yang bercanggah, rekaan, melebih-lebihkan
atau dianggap berat sebelah terhadap sesuatu pengetahuan sejarah. Justeru itu, sejarawan
dapat menyakinkan pembaca dengan merujuk al-quran dan sunnah.

Selain itu, Robinson juga membincangkan mengenai pandangan atau konvensyen


klasik dalam jangkaan pensejarahan moden. Berdasarkan perkara tersebut, penilaian kritis
sejarawan terhadap sumber seperti dokumen asal menyebabkan penulisan ahli sejarah zaman
pertengahan adalah terbaik kerana sumber-sumber ini merupakan sumber yang tepat dan
sahih dan selaras dengan konsep pensejarahan moden dalam melakukan penulisan sesebuah
peristiwa sejarah. Walaubagaimanapun, terdapat unsur-unsur tertentu yang dielakkan oleh
pensejarahan moden dalam penulisan sejarah mereka. Ini disebabkan oleh beberapa ahli
sejarah moden mengelak untuk memasukkan unsur keajaiban, mimpi dan juga memasukan
unsur ketuhanan dalam penceritaan sesebuah peristiwa sejarah. Terdapat juga penyataan
yang menyatakan bahawa ketelitian sejarah moden dalam meneliti sumber, menyebabkan
ketepatan mengenai fakta dapat dikatakan sahih apabila diambil daripada sumber yang
didasari oleh pengalaman dan penyaksian yang diingat terhadap sesuatu peristiwa tersebut.
Namun, melalui suumber-sumber tersebut dianggap sesuatu yang berbahaya kerana tiada
ahli sejarah yang mendakwa peristiwa yang disaksikan dan diingat tidak memiliki ‘kebenaran
sepenuhnya’ daripada apa yang telah berlaku.

2
3.1 Pandangan Penulis Mengenai Idea Utama dalam Bab Buku

Berdasarkan idea utama yang dibincangkan dalam bab lapan ini, terdapat beberapa
pandangan penulis terhadap perkara tersebut. Antaranya mengenai matlamat ahli sejarah
terdahulu tidak menjelaskan sesuatu peristiwa itu dengan tepat tentang mengapa peristiwa
tertentu berlaku, akan tetapi lebih kepada menerangkan kebenaran yang diketahui olehnya
dan untuk memberikan pengajaran melalui peristiwa teladan. Justeru itu, Robinson
menyatakkan bahawa "…, there can be no question that something of a critical spirit
underlines a great deal of Islamic historiography …’. Berdasarkan pandangan ini, penulisan
yang menerangkan kebenaran dan pengajaran daripada peristiwa teladan, tidak membuat ahli
sejarah tidak kritis.

Tambahan pula, menurut Robinson “… many historians were alert to contradictory


evidence, to fabrication, exag-geration and bias”. Berdasarkan penyataan ini menunjukkan
bahawa terdapat banyak pensejarahan islam yang masih rasional dengan menilai sumber-
sumber bukti, menyelesaikan percanggahan pendapat atau pandangan dan menilai kesahihan
daripada sesebuah dokumen yang dirujuk. Ini juga merupakan sikap sejarawan islam dalam
melakukan penulisan mengenai sesuatu sejarah.

Selain itu, Robinson juga memberikan pendapat mengenai sikap sejarawan dalam
penulisan sesuatu peristiwa. Menurut Robinson “… every historian who suppresses a fact or
point of view, one can usually find another who provides it…”, ini menunjukkan bahawa ahli
sejarawan yang melakukan kritikan atau menolak sesuatu fakta disebabkan mereka
mempunyai pandangan yang berbeza dan bersesuaian dengan al-quran dan hadis. Menurut
Robinson “… every historian with a teste for the miraculous and the legendary, one can usually
find another with a nose for documentary materials.”

Seterusnya, penulis juga memberikan pandangan mengenai unsur-unsur yang


diterapkan di dalam penulisan sejarah islam, menurut Robinson “although pre-moden Muslim
historians may have frequently exercised sound judgment, striven hard to secure the best
sources and often aspired to accurate representations of the past… Constrained by a tradition
that was naïve of the lofty ideals anad standards that had not yet been set, they wrote
according to conventions organized principally for the purposes of ‘illustration rather that
explanation.” Tambahan, Robinson berpendapat bahawa “… makes it clearer by briefly
discussing three prominent features of the tradition: literary patterning, miracles and dreams”.

3
4.1 Pandangan Sarjana Mengenai Idea Utama dalam Bab buku

Berdasarkan idea utama yang dibincangkan dalam bab lapan dalam buku “Islamic
Historiography” ini, terdapat beberapa pandangan daripada sarjana lain yang memberi
sokongan terhadap pandangan penulis. Rangka kerja penulisan yang menerangkan kebenaran
yang mengajar pelajaran daripada peristiwa teladan tidak menyebabkan ahli sejarawan itu
dianggap sebagai tidak kritis. Menurut Same-Ullah Bhat (2014), sejarah mula diberikan
pendedahan sebagai satu kesedaran yang bertitik tolak dari peranan dua sumber iaitu al-
Quran dan hadith.1 Menurut Muhammad Hasrul (2017), tradisi historiografi islam bermula
sejak dari kemunculan Islam lagi.2 Ini memperlihatkan bahawa pensejarahan islam
merupakan satu sejarah yang berbentuk kritis yang tidak boleh dipersoalkan lagi.

Selain itu, menurut Azmul Fahmi Kamaruzaman & Nabeela Akrasha Surtahman (2021),
menyatakan bahawa penulisan historiografi islam terdapat elemen falsafah sejarah, walaupun
elemen ini tidak dizahirkan secara langsung oleh sejarawan tetapi bentuk naratifnya
mengambarkan mengenai siapa, bila, dimana dan tentang apa.3 Oleh itu, pensejarahan islam
masih bersifat rasional melalui unsur-unsur tersebut dinyatakan sebagai falsafah sejarah.

Seterusnya, pendapat Robinson mengenai ahli sejarawan sangat menitikberatkan


terhadap bukti yang bercanggah, rekaan, melebih-lebihkan, berat sebelah dan juga
kemustahilan dalam beberapa jenis pengetahuan sejarah. Justeru itu, menurut Ibn Khaldun
dalam karyanya Muqaddimah, tekah mengkritik karya sarjana islam sebelumnya kerana
menyimpang dari lunas sejarah.4 Ini membuktikan bahawa penulisan pensejarahan islam
sangat mementingkan prinsip penilaian yang melibatkan pemikiran kritis dalam kaedah
penyelidikan bagi menentukan kebenaran sejarah.5 Oleh itu, dapat dilihat bahawa
pensejarahan islam sangat memetingkan ketulenan dan kesahihan terhadap sesuatu sumber.
Tambahan, fakta atau pendapat yang diberikan sejarawan islam harus selaras dengan al-
Quran, sumber hadith dan juga sunnah Nabi Muhammad.

1 Same-Ullah Bhat, “Toward understanding the muslim historiography and muslim historians”. Journal of Islamic
Thought and Civilization (JITC), 4(1): 2014, hlm 63-74.
2 Muhammad Hasrul, “Sejarah Perkembangan Historiografi Islam Klasik Dari Kurun ke-7 Masehi Sehingga Kurun

ke 19 Masehi: Satu Penelitian Dari Aspek Genre, Metodologi dan Sumber”. Persidangan Nasional Sejarah
dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembangunan Negara .
2007, hlm. 255-276.
3Azmul fahimi Kamaruzaman & Nabeela Akrasha Surtahman, ‘Genesis Falsafah Sejarah Islam dan

Perkembangannya Pasca Ibn Khaldun’. ISLAMIYYAH, 43(1): 2021, hlm 37-49.


4 Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, Beirut: Mu’ssasah al-Kutub al-Thaqafiyyah. 1996. Hlm
5 Khadijah binti Mohd hambali, “Pemikiran Ibn Khaldun dan Relevensinya dengan Islam Hadhari dalam Konteks

Ketamadunan, Budaya dan Agama di Malaysia”, dalam Azizan Baharuddin et. al. (peny.), Prosiding Ibn
Khaldun: Pemikiran Ibn Khaldun dan Relevansinya dalam Tamadun Kontemporari, Kuala Lumpur: Pusat
Dialog Peradaban Universiti Malaya, 2006, h. 110

4
Rujukan

Same-Ullah Bhat. 2014. “Toward understanding the muslim historiography and muslim
historians”. Journal of Islamic Thought and Civilization (JITC), 4(1): hlm 63-74.

Azmul fahimi Kamaruzaman & Nabeela Akrasha Surtahman. 2021. ‘Genesis Falsafah Sejarah
Islam dan Perkembangannya Pasca Ibn Khaldun’. ISLAMIYYAH, 43(1): hlm 37-49.

Ibn Khaldun. 1996. Muqaddimah Ibn Khaldun, Beirut: Mu’ssasah al-Kutub al-Thaqafiyyah.

Khadijah binti Mohd hambali. 2006. “Pemikiran Ibn Khaldun dan Relevensinya dengan Islam
Hadhari dalam Konteks Ketamadunan, Budaya dan Agama di Malaysia”. dalam Azizan
Baharuddin et. al. (peny.), Prosiding Ibn Khaldun: Pemikiran Ibn Khaldun dan
Relevansinya dalam Tamadun Kontemporari, Kuala Lumpur: Pusat Dialog Peradaban
Universiti Malaya.

Muhammad Hasrul. 2017. “Sejarah Perkembangan Historiografi Islam Klasik Dari Kurun ke-7
Masehi Sehingga Kurun ke 19 Masehi: Satu Penelitian Dari Aspek Genre, Metodologi
dan Sumber”. Persidangan Nasional Sejarah dan Sejarawan Malaysia 2017
Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembangunan Negara. hlm. 255
276.

Same-Ullah. 2014. “Toward understanding the muslim historiography and muslim historians”.
Journal of Islamic Thought and Civilization (JITC), 4(1): 63-74.

Anda mungkin juga menyukai