Anda di halaman 1dari 6

AJ 22403 HISTORIOGRAFI ISLAM

TUGASAN: ULASAN ARTIKEL JURNAL

NAMA PENSYARAH

Dr. DG JUNAIDAH AWANG JAMBOL

NAMA:

MUHAMMAD FIRDAUS BIN JOHARI

NO. MATRIK: BA2010159

TAJUK ARTIKEL JURNAL:

ISLAMIC & WESTERN HISTORIOGRAPHY

Author: Bertold Spuler & M.S. Khan

Source: Islamic Studies, Vol. 25, No. 4, 1986, pp. 417-444

Published by: Islamic Research Institute, International Islamic University, Islamaba


1.1 Pengenalan

Artikel jurnal “Islamic and Western Historiography ” karya Bertold Spuler dan M.S. Khan
merupakan karya yang membincangkan mengenai perkaiitan atau hubungan pensejarahan
islam dan juga pensejarahan barat (kristian). Artikel ini mengandungi 27 halaman bercetak,
bermula daripada muka surat 417 hingga 444. Penerbit bagi artikel ini ialah ‘Islamic
Research Institute, International Islamic University, Islamabad’. Berdasarkan artikel jurnal
ini, Bertold dan M. S. Khan mencuba untuk membandingkan pensejarahan islam dengan
Kristian barat. Terdapat persoalan yang diberikan oleh penulis bagi menjawab sama ada
antara kedua-dua pensejarahan ini mempunyai pengaruh atau perkaitan.

Justeru itu, andaian tidak boleh dibuat dalam menerangkan sesuatu pensejarahan
islam kerana penulisan pensejarahan ini diketahui dan difahami oleh pembaca atau
sejarawan dengan jelas. Sebaliknya, pensejarahan barat (kristian), secara umumnya sudah
terbiasa kepada para pembaca sejarah terhadap ciri-cirinya. Oleh demikian, penulis cuba
untuk mengetengahkan mengenai pensejarahan islam dalam penulisan artikel ini.
Sebaliknya, pensejarahan barat menjadi rujukan kepada ciri-ciri yang telah ditentukan dalam
sesuatu pensejarahan yang sudah diketahui. Bertold dan M.S. Khan melakukan
perbincangan seperti berikut adalah bertujuan untuk mengetahui persoalan yang
dibincangkan terjawab ataupun tidak.

Selain itu, perbincangan ini juga, dapat memperlihatkan hubungan perkaitan antara
pensejarahan islam dan kristian. Walaubagaimanapun, penerimaan dalam pemikiran sejarah
antara kedua-dua ini menghasilkan keputusan yang berbeza. Tambahan, penulis
menyatakan bahawa pensejarahan islam tidak membawa kepada kepentingan terhadap
orang Eropah, sedangkan semasa zaman pertengahan, pensejarahan islam menjadi
kepentingan bagi merangsang pemikiran metodologi di Eropah. Namun, sikap keagamaaan
yang berbeza menyebabkan terhalangnya sebarang kajian mengenai sesuatu kandungan
tersebut. Oleh demikian, artikel ini menjelaskan mengenai andaian pengaruh atau hubungan
antara pensejarahan islam dan kristian barat.

2.1 Liputan Perkara dalam Isi Kandungan Artikel

Berdasarkan artikel jurnal “ Islamic and Western Historiography ”, terdapat beberapa perkara
yang menjadi isi utama dalam artikel ini. Antaranya ialah persoalan mengenai pengaruh
antara pensejarahan islam dan pensejarahan barat memerlukan pengenalan terperinci
disebabkan sesuatu watak, asal-usul, perkembangan dan juga matlamat penulisan sejarah
islam yang diketahui dan difahami dengan jelas tidak boleh dibuat sebagai andaian.

1
Sebahagian besar masyarakat arab tidak mempunyai kesedaran mengenai bidang sejarah
tulen tetapi mereka mempunyai tradisi dan kebangsaan yang mengambarkan asas sejarah.

Namun, pensejarahan islam bermula apabila penceritaan sirah Nabi Muhammad


dianggap sebagai sejarah melalui rujukan al-Quran dan hadith. Justeru itu, pengumpulan,
penyusunan dan tafsiran bahan-bahan sejarah dimulakan sebagai teologi. Tambahan,
melalui rujukan al-quran menyebutkan beberapa Nabi Arab yang diutuskan oleh tuhan
sebelum Nabi Muhammad turut disebutkan di dalam kitab-kitab lain seperti Injil dan Taurat
(Perjanjian Baru dan lama), mempunyai perkaitan. Namun kesedaran sejarah islam awalnya
terhad hanya kepada peristiwa sejarah islam menyebabkan kitab-kitab ini tidak memainkan
peranan dalam agama islam dan berbeza dengan peranan yang dimainkan oleh Perjanjian
lama dalam agama kristian. Walaubagaimanapun, kemunculan sejarawan islam seperti Al-
Tabari menjadi kepentingan bagi sejarah islam kerana beliau menyediakan rangka kerja
kronologi dan menilai sesuatu sumber itu secara kritis melalui rujukan al-Quran dan hadis.

Selain itu, isi penting bagi artikel ini ialah penulisan sejarah lain boleh jadikan
sebagai model terhadap sesuatu pandangan sejarah lain. Ini dapat diliihat apabila sejarah
kristian yang ditulis dalam Tawarikh Eropah barat pada awal Zaman Pertengahan jauh lebih
rendah daripada sejarah islam kontemporari. Walaupun, pensejarahan Eropah barat telah
berkembang pada akhir “Zaman Pertengahan” abad ke-18 seperti falsafah sejarah Hegel,
tambahan, penghargaan yang baik terhadap islam telah dimasukan ke dalam kisah “ People
of salvation” iaitu Israel ‘lama’ dan Israel ‘Baru'. Namun begitu, terdapat beberapa unsur
yang tidak sesuai dikecualikan. Selain itu, terdapat juga masalah bahasa menyebabkan
menghalang pemahaman terhadap sesuatu perkara tersebut.

Pensejarahan kedua-dua ini berkembang dalam kebebasan antara satu sama lain,
tanpa ada pengaruh yang nyata terhadap sesuatu kaedah dan pandangan. Pada abad ke-17
orang Eropah mula minta terhadap sejarah islam untuk kepentingan sendiri dan nilai
praktikal. Ini disebabkan perkembangan kaedah sejarah dan kritikan sejarah sedang popular
telah membawa konsep baru sejarah yang hanya dipadankan dallam pensejarahn islam.
Kecederungan untuk menyusun semula sumber sejarah islam menjadi jelas telah dilakukan
pada abad ke-18 dan 19. Namun, kaedah pensejarahan islam tidak sampai ke tahap
pensejarahan barat. Oleh itu, orang Eropah hanya berminat dengan dakta yang tercatat
dalam penulisan sejarah islam. Ini membuktikan bahawa tiada kemungkinan pensejarahan
islam mempengaruhi pensejarahan Barat.

2
3.1 Petikan Pandangan Penulis Artikel yang Dianggap Sebagai Idea Utama

Berdasarkan idea utama yang dibincangkan dalam artikel ini, terdapat beberapa pandangan
penulis terhadap idea tersebut. Antaranya ialah mengenai pengaruh pensejarahan islam
terhadap pensejarahan barat. Penulis menyatakan bahawa pensejarahan islam tidak
mempengaruhi pensejarahan barat kerana menurut beliau “ the Islamic historical
consciousness was from the outset confined mainly to the course of events in the history of
Islam”. Ini menunjukkan bahawa pensejarahan islam tidak begitu penting terhadap
metodologi kajian sejarah barat dalam penyataannya iaitu “ All these matters need to be
mentioned only briefly here in spite of their great importance for the thorough study of
Islamic historiography; they are not so important for our present methodological purposes ”.

Selain itu, mengenai penulisan sejarah yang menjadi model kepada pandangan
sejarah lain. Menurut Bertold Spuler dan M.S. Khan, “ we have stated what is the main
feature of Islamic historical literature as far as our present purpose is concerned: namely
that it is completely Islamic not only in its origin but also in its contents. ” Pandangan dan
keadah yang berbeza terhadap perkembangan sesuatu pensejarahan itu adalah disebabkan
“The Christian view of the world was no better than the Islamic view to penetrate beyond its
self-imposed tenets.” Oleh demikian, ini menunjukkan bahawa pensejarahan islam
berbentuk kontemporari lebih baik daripada pensejarahan barat sebelum berlakunya
perkembangan sejarah barat berlaku pada abad pertengahan hingga abad ke-18.

Selain itu, ketarikan minat orang Eropah dalam pensejarahan islam adalah
disebabkan “The Europeans began to take an interest in Islamic history for its own sake just
when they began to occupy themselves with the study of all existing things. ” Tambahan
pula, fakta dan isi kandungan terhadap sesuatu sejarah islam menarik minat orang Eropah
terhadap pensejarahan islam. Menurut pendapat penulis, “ the Europeans could only be
interested in the factual material recorded in the historical writings of the Muslims; and
indeed could offer much that was interesting as historians of the calibre of Leopold von
Ranke'a and Jacob Burkhardts.” Namun, kedua-dua budaya tidak memungkinkan
pensejarahan islam mempengaruhi pensejarahan Eropah Barat, penulis memberikan
penyataan bahawa “the premises and methods of Islamic historiography were still at a
stage where it simply did not come up to the level of European historiography. ” Ini
membuktikan bahawa pemahaman kaedah pensejarahan islam masih tidak sampai ke tahap
pensejarahan barat. Mereka hanya lebih minat terhadap fakta-fakta yang diberikan dalam
pensejarahan islam dan perkembangan kaedah kritikan sejarah meningkat minat sejarawan
barat untuk melakukan penyelidikan terhadap sejarah islam.

3
4.1 Sokongan Pandangan Sarjana lain

Berdasarkan pandangan daripada Bertold Spuler dan M.S. Khan terhadap perkara yang
dibincangkan di dalam artikel ini. Terdapat beberapa pandangan sarjana lain terutamanya
mengenai konteks pensejarahan islam tidak mempengaruhi terhadap pensejarahan barat. ini
disebabkan oleh ilmu ini mempunyai metode dan pendekatan yanag pelbagai dalam meneliti
serta memahami sesuatu peristiwa sejarah itu sendiri. Jsuteru itu, menurut Aemy Elyani Mat
Zain (2020), metode pensejarahan, metode psikologi dan juga metode teologi yang
digunakan oleh para sarjana mempunyai falsafahnya yang tersendiri dalam melakukan
sesuatu kajian atau penyelidikan sejarah.1 Namun begitu, terdapat metode pensejarahan
yang digunapakai oleh sejarawan islam dan juga barat, bahkan metode ini dikatakan yang
tertua dalam sesuatu kajian.2

Selain itu, pandangan penulis mengenai sejarah barat kristian jauh lebih rendah
daripada sejarah islam kontemporari pada awal abad pertengahan dan sejarah lain menjadi
model kepada sesuatu pensejarahan. Seterusnya perkembangan berlaku terhadap
pensejarahan barat pada abad ke-18 melalui falsafah sejarah Hegel. Menurut pendapat hafiz
Zakariya (2019), ppara penuntut ilmu dari barat membanjiri institusi ilmu di ‘Dunia Islam’
terutamanya di Sepanyol untuk mendalami pelbagai bidang ilmu. 3 Ini membuktikan bahawa
pada zaman pertengahan interaksi antara islam dan barat berlaku lebih awal sebelum
zaman renaissance pada tahun 1400-1650. Ini ditegaskan lagi oleh Micheal Hamilton
Morgan (2008), yang menyatakan bahawa sumbangan tamadun islam seolah-oleh tidak
diperakui dan hilang begitu saja oleh barat. 4 Justeru, ini membuktikan bahawa bidang ilmu
pensejarahan islam sedikit sebanyak menjadi sumber rujukan kepada pensejarahan barat.
Oleh itu, pensejarahan islam diperlihatkan tidak mempengaruhi pensejarahan barat kerana
pandangan atau pendapat berbeza, namun pensejarahan islam boleh dikreditkan kerana
menjadi sumber rujukan kepada budaya sejarah barat dari segi fakta yang tercatat dalam
penulisan sejarah umat islam.

1
Aemy Elyani Mat Zain. “Metode Pensejarahan dalam Kajian antara Agama: Satu Perbandingan dari Sudut Islam
Barat.” Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan . Calon Kedoktoran Institut Islam
Hadhari UKM: Kolej Universiti islam Antarabangsa Selangor. 2020. Hlm 1133.
2
Wan Mohd Fazrul Wan Razali, Jaffary Awang & Muhammad Yamin Azrai Cheng. “Kajian Moden Agama di
Barat: Satu Tinjauan Historiografi.” Journal al-Abqari. vol 10(1): 2017. Hlm. 49–69.
3
Hafiz Zakariya. “Kegemilangan Tamadun Islam Dan Sumbangannya Terhadap Pembinaan Tamadun Barat”.
Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Vol 6(2): 2019. Hlm 43-44.
4
Michael Hamilton Morgan. Lost History: The Enduring Legacy of Muslim Scientists Thinkers and Artists .
Washington: National Geographic. 2008. Hlm 45.

4
Rujukan

Aemy Elyani Mat Zain. 2020. “Metode Pensejarahan dalam Kajian antara Agama: Satu
Perbandingan dari Sudut Islam Barat.” Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan
Kemanusiaan. Calon Kedoktoran Institut Islam Hadhari UKM: Kolej Universiti islam
Antarabangsa Selangor.

Bertold Spuler & M.S. Khan. 1986. “Islamic and Western Historiography”. Islamic Studies.
Vol. 25(4): hlm 417-444.

Hafiz Zakariya. 2019. “Kegemilangan Tamadun Islam Dan Sumbangannya Terhadap


Pembinaan Tamadun Barat”. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Vol 6(2): Hlm 43
57.

Michael Hamilton Morgan. 2008. Lost History: The Enduring Legacy of Muslim Scientists
Thinkers and Artists. Washington: National Geographic. 2008. Hlm 45.

Wan Mohd Fazrul Wan Razali, Jaffary Awang & Muhammad Yamin Azrai Cheng. 2017.
“Kajian Moden Agama di Barat: Satu Tinjauan Historiografi.” Journal al-Abqari. Vol 10(1):
hlm. 49-69.

Anda mungkin juga menyukai