Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG YONG PENG

KANGKAR BAHRU, 83700, YONG PENG, JOHOR


TEL : 07-4811910 FAX : 07-4811910

___________________________________________________________________________

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN RAWATAN


PERGIGIAN SK LADANG YONG PENG
1. AKTIVITI/PROGRAM : PEMERIKSAAN DAN RAWATAN PERGIGIAN

2. TARIKH : 12 – 21 SEPTEMBER 2022

3. ANJURAN : UNIT RAWATAN DAN KESIHATAN SEKOLAH


SERTA KERJASAMA KLINIK KESIHATAN YONG
PENG

4. TEMPAT : KELAS TAHUN 4 PINTAR

5. BILANGAN PESERTA : SEMUA MURID SK LADANG YONG PENG

6. ULASAN

Program ini dijalankan selama hampir 2 minggu. Rawatan yang dijalankan ini
dilaksanakan oleh kumpulan doktor gigi dari Klinik Kesihatan Yong Peng. Berikutan kawasan
sekolah yang kecil, kawasan pemeriksaan dan pemasangan alat dijalankan di Kelas 4 Pintar. Semua
murid terlibat dalam pemeriksaan ini dimulakan dengan tahun enam hingga tahun satu. Pemeriksaan
dimulakan dengan tahun enam dan tahun lima, seterusnya tahun empat dan tahun tiga. Manakala,
tahun dua dan tahun satu dilaksanakan pada waktu terakhir persekolahan. Pada waktu
rehatnya, murid-murid diajarkan cara untuk memberus gigi daripada doktor gigi. Sebelum aktiviti
ini dijalankan,murid-murid sudah terlebih dahulu dimaklumkan untuk membawa peralatan
memberus gigi yang terdiri daripada berus dan ubat gigi serta gelas. Taklimat ini dijalankan
selepas waktu rehat. Tujuannya adalah untuk menyampaikan maklumat kepada murid tentang
kepentingan penjagaan gigi yang betul. Aktiviti berjalan dengan lancar dan murid-murid terlibat
dengan aktif. Diharapkan program seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan
datang kerana telah memberikan manfaat yang banyak khususnya terhadap penjagaan
kesihatan gigi murid-murid.

7. PENILAIAN PROGRAM:

7.1 Kekuatan:
 Kerjasama yang padu daripada semua pentadbir, guru dan murid.
 Kerjasama penuh oleh pegawai Klinik Kesihatan Yong Peng.

7.2 Kelemahan:
 Tiada
7.3 Cadangan penambahbaikan:
 Tiada

Anda mungkin juga menyukai