Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)

BUKIT PANCHOR,
14300 NIBONG TEBAL,
PULAU PINANG

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA PROGRAM G452-002-2:2018 LIGHT VEHICLE - REPAIR SERVICE

TAHAP L2

G452-002-2:2018-C05 ENGINE COOLING SYSTEM


KOD DAN NAMA UNIT KOMPETENSI
REPLACEMENT

1. CONDUCT COOLING SYSTEM PRESSURE TEST

NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA 2. CONDUCT COOLING SYSTEM PARTS FUNCTIONALITY TEST

3. CHANGE COOLING SYSTEM PARTS

Muka Surat : 1 Drp :


NO. KOD G452-002-2:2018-C05/P(1/3)
9

TAJUK:

PENGENALAN SISTEM PENYEJUKAN ENJIN

TUJUAN:

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang pengenalan operasi sistem penyejukan enjin,

tujuan dan prosedur pemeriksaan tekanan sistem penyejukan enjin dengan lebih terperinci.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(1/3) Muka Surat / Page :
2 Drp / of 6

PENERANGAN / INFORMATION:

1. PENGENALAN SISTEM PENYEJUKAN ENJIN


Sistem penyejukan adalah merupakan salah satu sistem yang penting kepada sesebuah enjin. Tanpa sistem penyejukan tentunya enjin akan menjadi

panas lampau yang akan menyebabkan bahagian-bahagian atau komponen yang ada pada enjin akan rosak dengan jangka masa yang amat singkat

sahaja.

1.1 Terdapat dua jenis sistem penyejukan iaitu

a. Sistem penyejukan cecair (Water cooling system)

b. Sistem Penyejukan udara (Air cooling system )

Secara umum sistem penyejukan ini diperlukan supaya sesebuah enjin dapat mencapai ke suhu kerja dengan masa yang sesuai dan mengawal suhu

enjin dengan tahap yang diperlukan. Haba yang dihasilkan dari pembakaran campuran udara-bahanapi diruang pembakaran boleh meningkat

sehingga 2500°C. 24% sehingga 27% dari haba ini ditukarkan kepada tenaga mekanikal. 40% dipindahkan melalui ekzos dan sistem pelincir

selebihnya pula dipindahkan ke sistem penyejuk.

a. Sistem penyejukan cecair

Sistem penyejukan cecair menggunakan air (coolant) sebagai sumber agen penyejuk utama. Ianya terdiri daripada radiator, radiator cap, hose getah,

thermostat, water pump, belting, fan blade dan motor fan.

Gambarajah 1 : Sistem Penyejukan Cecair

a. Fungsi utama sistem penyejuk cecair adalah seperti berikut:-

i.Mengalirkan haba yang berlebihan atau tidak diperlukan

-
Suhu pada dinding silinder mestilah tidak melebihi dari 210°C atau 250° C. Suhu yang melebihi dari takat ini akan menyebabkan minyak pelincir

hilang kelikatannya atau terbakar. Ini mengakibatkan kerosakan seperti omboh terlekat pada dinding selinder, selinder terguris, alas kepala selinder hangus,

injap bengkok dan lain-lain.

ii.Mengawal suhu enjin pada takat yang paling cekap pada semua keadaan kendalian.

iii.Memanaskan enjin dari mula ia dihidupkan sehingga ke suhu kendalian pada jangka masa yang singkat.

-
iaitu dengan menghalang sistem penyejuk dari berfungsi semasa enjin

sejuk dan membenarkannya berfungsi semula apabila enjin mencapai

suhu kendalian . Bagi tujuan ini termostat digunakan.

Gambarajah 2 : Pengaliran Air Di Dalam Sistem Penyejukan

Cecair
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(1/3) Muka Surat / Page :
3 Drp / of 6

b. Sistem penyejukan udara


Sistem penyejukan udara biasanya digunakan dalam enjin-enjin kecil, satu dan dua silinder seperti motosikal dan enjin pemotong rumput.Bongkah

silinder biasanya dilengkapkan dengan sirip logam yang memberikan satu permukaan penyejukan yang luas.Ia mengalirkan haba daripada silinder. Bagi

enjin besar yang menggunakan udara, satu selubung logam digunakan bagi mengarahkan aliran udara sekeliling silinder untuk meningkatkan

penyejukan.

Jenis enjin yang menggunakan udara sebagai medium penyejukan, apabila motor ditunggang udara yang sejuk akan melalui sirip penyejukan dan

mengurangkan panas pada enjin tersebut asas kendalian penyejukan udara.

Udara panas daripada pepejal dan logam dinyahkan ke atmosfera. Sementara udara sejuk menggantikan udara panas yang dinyahkan. Satu

pendesak diletakkan dalam selubung logam untuk meniupkan udara melalui sirip-sirip udara dan haba dinyahkan ke atmosfera.

Terdapat dua jenis sistem penyejukan udara iaitu

a. Sistem penyejukan udara jenis tekanan

b. Sistem penyejukan udara jenis vakum

Jenis vakum Jenis tekanan

Gambarajah 3 : Gambarajah sistem penyejukan udara

2. TUJUAN PEMERIKSAAN TEKANAN SISTEM PENYEJUKAN ENJIN

Masalah lampau panas (overheat) sering dikaitkan dengan kekurangan cecair dalam sistem penyejukan walaupun tiada kesan kebocoran pada

bahagian luar enjin. Kerosakan seperti ini memang sukar dikesan tanpa menggunakan pressure tester gauge.

Untuk mengenalpasti punca kekurangan cecair ini, pemeriksaan tekanan dengan menggunakan pressure tester gauge perlu dijalankan. Tekanan di

dalam sistem penyejukkan cecair adalah antara 10-15 bar. Jika tekanan berkurangan semasa alat penguji tekanan ditekan dan pada masa yang sama

tidak terdapat sebarang kebocoran daripada sambungan hos air dan water pump, maka berkemungkinan kebocoran berlaku di antara kepala silinder

dan bongkah silinder atau dinding silinder.

Gambar 1: Pressure Tester Gauge

Kebocoran yang halus pada radiator, juga boleh menyebabkan kekurangan cecair dalam sistem penyejukan cecair. Ini dapat dilihat dengan

membiarkan enjin hidup dan lihat jika ada air menitis atau keadaan berair pada radiator. Apabila menggunakan pressure tester gauge bahagian-

bahagian berikut perlu diperiksa secara visual jika terdapat kebocoran atau tidak.

a.
Radiator

b.
Radiator cap

c. Hos atas dan bawah radiator

d. Water pump
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(1/3) Muka Surat / Page :
4 Drp / of 6

e.
Thermostat housing

f. Hos getah kecil

Gambarajah 4: Penggunaan pressure tester gauge

3. PROSEDUR PEMERIKSAAN TEKANAN SISTEM PENYEJUKAN ENJIN

a. Pemeriksaan radiator cap

Pemeriksaan radiator cap dilakukan untuk mengetahui bukaan dari radiator cap. Pada radiator cap terdapat dua injap iaitu injap tekanan dan injap

vakum. Ketika enjin panas maka suhu dan tekanan air radiator akan naik sehingga tekanan telah melebihi tekanan spesifikasi iaitu antara 0.8 – 1.2 bar

maka injap tekanan akan terbuka dan sebahagian air pada radiator akan disalurkan ke reservoir tank. Jika tekanan air radiator tidak dijaga pada

tekanan kerjanya atau tekanan melebihi spesifikasinya maka air radiator akan cepat mendidih.

Ketika suhu enjin turun setelah enjin dimatikan maka lama kelamaan tekanan air di dalam radiator juga akan menurun sehingga akan terjadi perbezaan

tekanan antara tekanan di dalam radiator dengan tekanan di luar radiator (tekanan atmosfera). Di dalam radiator akan terjadi vakum dan injap vakum

akan terbuka. Air pada reservoir tank akan kembali mengisi radiator. Lama-kelamaan tekanan di dalam radiator akan sama dengan tekanan atmosfera,

dan injap vakum akan tertutup.

Pemeriksaan radiator cap dengan menggunakan pressure tester gauge dapat dilakukan seperti ditunjukkan dalam gambarajah 5 :

Gambarajah 5 : Keadah menguji radiator cap


i.Keluarkan radiator cap daripada radiator.

ii.Pasang pressure tester gauge pada radiator cap.

iii.Tekan pam pressure tester gauge sehingga tekanan melebihi tekanan spesifikasi pada radiator cap. Pada ketika ini injap tekanan akan terbuka.

iv.Perhatikan bacaan tekanan pada meter, adakah terjadi penurunan tekanan atau tidak ketika injap tekanan terbuka.

v.Jika terjadi penurunan tekanan, kemudian bacaan tekanan berhenti pada tekanan spesifikasinya maka ini menunjukkan injap tekanan dalam keadaan

baik,

vi.Jika penurunan bacaan tekanan ini makin berkurangan maka ini menunjukkan terdapat kebocoran pada radiator cap.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(1/3) Muka Surat / Page :
5 Drp / of 6

b. Pemeriksaan kebocoran sistem penyejukan cecair

Pemeriksaan kebocoran sistem penyejukan cecair dilakukan untuk mengetahui adakah terjadi kebocoran pada sistem penyejukan cecair atau tidak.

Kebocoran sistem penyejukan cecair boleh terjadi pada sambungan hos radiator, water pump dan water jacket.

Jika terjadi kebocoran sistem penyejukan cecair maka akan menyebabkan air di dalam sistem penyejukan cecair menjadi kurang sehingga boleh

menyebabkan terjadinya over heating pada enjin.

Pemeriksaan kebocoran sistem penyejukan cecair dapat dilakukan dengan berikut :

Gambarajah 3 : Keadah Menguji Kebocoran Sistem Penyejukan Cecair


i.Buka radiator cap.

ii.Pasang pressure tester gauge pada radiator.

iii.Pam alat penguji sehingga mencapai tekanan spesifikasi.

iv.Jangan pam alat penguji melebihi tekanan spesifikasi karana boleh merosakan sambungan-sambungan pada sistem penyejukan cecair.

v.Perhatikan secara visual jika terdapat kebocoran atau lelehan air pada sambungan-sambungan di sistem penyejukan cecair.

vi.Jika terdapat kebocoran langkah baik pulih perlu dilakukan.

SOALAN:
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(1/3) Muka Surat / Page :
6 Drp / of 6

1.
Nyatakan dua (2) tujuan pemeriksaan tekanan sistem penyejukan cecair ?

2.
Apakah nama alat penguji yang digunakan untuk menguji tekanan sistem penyejukan cecair?

RUJUKAN:

1. http://4fast4furious.tripod.com/sistem_penyejukan.htm
2. https://www.teknik-otomotif.com/2017/11/fungsi-radiator-tester-atau-radiator.html
3. https://www.dhgate.com/product/universal-automotive-radiator-pressure-

tester/400672254.html

Anda mungkin juga menyukai