Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)

BUKIT PANCHOR, 14300 NIBONG TEBAL,


PULAU PINANG

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
G452-002-2:2018 LIGHT VEHICLE - REPAIR SERVICE
PROGRAM’S CODE &
NAME

TAHAP / LEVEL L2

KOD DAN NAMA UNIT


KOMPETENSI / G452-002-2:2018-C05 ENGINE COOLING SYSTEM
COMPETENCY UNIT REPLACEMENT
CODE. AND NAME

NO. DAN PENYATAAN 1. CONDUCT COOLING SYSTEM PRESSURE TEST


AKTIVITI KERJA / WORK 2. CONDUCT COOLING SYSTEM PARTS
ACTIVITIES NO. AND FUNCTIONALITY TEST
STATEMENT 3. CHANGE COOLING SYSTEM PARTS

Muka Surat / Page :


NO. KOD/CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3)
1 Drp / of : 13

TAJUK/ TITLE:
PENUKARAN KOMPONEN SISTEM PENYEJUKAN ENJIN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang prosedur menanggalkan komponen sistem penyejukan enjin, jenis –
jenis coolant kenderaan, kebolehfungsian sistem penyejukan enjin dan prosedur
menukar coolant enjin dengan lebih terperinci.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3) Muka Surat / Page :
2 Drp / of 13

PENERANGAN / INFORMATION:

Sistem penyejukan adalah merupakan salah satu sistem yang penting kepada
sesebuah enjin. Tanpa sistem penyejukan tentunya enjin akan menjadi panas lampau
yang akan menyebabkan bahagian-bahagian atau komponen yang ada pada enjin
akan musnah dengan jangka masa yang amat singkat sahaja.
Oleh itu, pemeriksaan terhadap sistem penyejukan cecair perlu dilakukan dari masa ke
semasa bagi mengelakkan enjin rosak. Terdapat komponen sistem penyejukan yang
boleh diselenggara dan ada juga yang perlu diganti.

1. PROSEDUR MENANGGALKAN KOMPONEN SISTEM PENYEJUKAN ENJIN

Sebelum kerja-kerja menanggalkan sesuatu komponen sistem penyejukan


dijalankan prosedur asas berikut perlu diambil perhatian.
a. Pastikan kenderaan diletakkan ditempat yang rata dan selamat.
b. Enjin kenderaan perlu disejukkan sebelum sesuatu kerja pada enjin dijalankan.
c. Tanggalkan terminal bateri bagi mengelakkan berlakunya litar pintas.

1.1. Radiator cap


a. Radiator cap berfungsi untuk mengawal tekanan dalam sistem penyejukan
kenderaan. Ia juga adalah antara penyebab utama “enjin menjadi lampau
panas jika radiator cap tidak berfungsi dengan baik.
b. Sebelum menukar radiator cap, lakukan pengujian bagi memastikan
radiator cap dalam keadaan baik atau tidak. Pengujian radiator cap
dilakukan dengan menggunakan radiator cap pressure tester. Apabila
didapati radiator cap telah rosak maka radiator cap perlu diganti.

1.2. Radiator
Radiator merupakan tempat di mana air sistem penyejukan disejukkan. Dan
masalah yang sering berlaku pada radiator ialah masalah kebocoran.
Kerosakan yang boleh terjadi pada radiator ialah
a. Kebocoran - Air di dalam sistem penyejukan akan berkurangan dan
menyebabkan enjin mengalami lampau panas. Dengan menggunakan
radiator pressure tester, kebocoran dapat dikenalpati dan radiator perlu
ditukar.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3) Muka Surat / Page :
3 Drp / of 13

b. Radiator tersumbat – Kekaratan boleh terjadi di dalam radiator dan


menyebabkan radiator tersumbat. Jika ini berlaku radiator perlu dilakukan
kerja flushing

Gambar 1: Radiator Tersumbat

1.3, Water pump


Water pump yang rosak akan menyebabkan air tidak dapat mengalir dalam
sistem penyejukan. Oleh itu, haba yang terhasil daripada pembakaran
campuran bahan api di dalam selinder tidak dapat disejukkan. Beberapa
kerosakan yang boleh berlaku pada water pump iaitu:

a. Propeller water pump rosak – air tidak dapat di pam masuk ke dalam water
jacket enjin.
b. Water pump seal rosak – menyebabkan berlakunya kebocoran pada sistem
penyejukan
c. Bearing water pump telah haus – menyebabkan bunyi bising apabila water
pump beroperasi

Gambar 2: Water Pump Perlu Diganti


NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3) Muka Surat / Page :
4 Drp / of 13

Apabila menukar water pump yang baru pastikan gasket baru dipasang dan
permukaan dudukan water pump pada enjin dibersihkan bagi mengelakkan
berlaku kebocoran

1.4 Themostat
Thermostat merupakan komponen yang menyekat pengaliran air di dalam
sistem penyejukan. Injap pada thermostat akan terbuka dan membenarkan air
mengalir melalui apabila enjin telah mencapai suhu kendaliannya.
Bagi memastikan thermostat dalam keadaan baik atau tidak maka pengujian
boleh dijalankan dengan merendamkan thermostat di dalam air yang
mendidih. Jika injap themostat terbuka ini menunjukkan thermostat dalam
keadaan baik dan berfungsi. Jika injap tidak terbuka maka thermostat perlu
diganti.

Gambar 3 : Thermostat Rosak

1.5. Belting
Belting pada enjin bertujuan memindahkan tenaga gerakan daripada
crankshaft kepada water pump. Periksa keadaan keadaan belting, jika belting
telah merekah, koyak atau haus maka belting perlu ditukar.

Apabila memasang belting pastikan ketegangan belting bersesuaian dengan


kendalian enjin. Jika terlalu tegang ini boleh menyebabkan bunyi bising
apabila enjin beroperasi dan bearing water pump mengalami kerosakan.
Jika terlalu longgar, bunyi bising akan terhasil apabila enjin dihidupkan dan
water pump tidak dapat berfungsi dengan cekap.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3) Muka Surat / Page :
5 Drp / of 13

Gambar 4: Contoh Kerosakan Belting

1.6. Fan Motor / Fan Blade


Fan motor berfungsi untuk memusingkan fan blade bagi menarik udara agar
melalui radiator dan menyejukkan penyejuk. Sekiranya fan motor rosak, udara
tidak dapat ditarik oleh fan blade dan menyebabkan enjin menjadi lampau
panas.

Kerosakan pada fan blade juga boleh menyebabkan angin yang ditarik tidak
mencukupi bagi menyejukkan penyejuk. Pusingan fan blade turut tidak stabil
dan menghasilkan bunyi bising apabila ianya berpusing

2. JENIS – JENIS COOLANT KENDERAAN

Gambar 5 : Coolant
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3) Muka Surat / Page :
6 Drp / of 13

Coolant memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana enjin


beroperasi dengan baik dan perlu disenggara secara konsisten. Kekerapan
memeriksa coolant pula bergantung kepada jenis kenderaan, termasuk
keseluruhan keadaan mekanikal dan pemanduan.

Coolant ialah campuran bendalir antara air dan antibeku (antifreeze) yang


tersimpan dalam radiator kenderaan. Coolant berfungsi menghalang enjin daripada
mengalami masalah panas lampau (overheating) ketika cuaca panas,
dan membeku (freezing) dalam cuaca sejuk ekstrem yang mampu menyebabkan
kerosakan pada enjin.Coolant didalam sistem penyejukkan merupakan campuran
air dan antibeku dalam nisbah 50:50 ke dalam sistem penyejukan. Campuran dua
bendalir itu boleh diubah, sama ada meningkatkan titik didih atau mengurangkan
had titik beku. Kegagalan menyenggara coolant mampu menyebabkan kesan buruk
ke atas enjin. Coolant secara semula jadi akan mengalami degradasi daripada
semasa ke semasa.

Terdapat 3 jenis coolant yang boleh digunakan iaitu:

a. Inorganic Acid Technology (IAT)


Digunakan oleh kereta buatan USA antara tahun 1920 dan 1990. Coolant jenis
ini mengandungi silicates dan phosphate corrosion inhibitors (perencat hakisan)
untuk melindungi bahagian besi seperti radiator dan enjin warna bagi coolant
jenis ini ialah hijau terang. Apabila coolant yang mempunyai kandungan IAT ini,
sistem penyejukan perlu flushing atau tukar coolant setiap 30,000km mileage
atau 2 tahun sekali.

b. Organic Acid Technology (OAT)
Coolant yang mengandungi bahan ini adalah berwarna jingga, merah ke hijau
pekat. Ia tidak mengandungi silicates dan phosphates sepeti IAT. Mengandungi
bahan corrosion inhibitors membolehkan ia bertahan lama. Bahan addidtives
digunakan untuk menghalang kekaratan.Sistem penyejukan perlu dilakukan
Flushing setiap 150,000km mileage atau 5 tahun sekali. Kereta moden
menggunakan coolant jenis ini.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3) Muka Surat / Page :
7 Drp / of 13

c. Hybrid Organic Acid Technology (HOAT)


Gabungan coolant IAT dan OAT, dicipta untuk model kereta baru. Coolant ini
mengandungi silicates tambahan yang meningkatkan perlindungan pada
aluminium dan menghalang karat. Warna coolant ini kebiasaannya berwarna
kuning atau jingga. Sistem penyejukan perlu flushed setiap 5 tahun sekali atau
150,000km mileage.

3. KEBOLEHFUNGSIAN SISTEM PENYEJUKAN ENJIN

a. Leakages
Leakages adalah masalah utama bagi sistem penyejukan dan ianya akan
menyebabkan kerosakan yang besar bagi enjin kenderaan. Leakages
menyebabkan penyejuk di dalam sistem berkurangan. Penyejuk enjin
mengekalkan enjin beroperasi suhu kendalian terbaik bagi prestasi dan ekonomi
bahan api. Jika enjin terlalu sejuk, bahan api tidak vaporize dengan mudah,
membawa kepada prestasi lemah dan penggunaan bahan api yang meningkat.
Jika enjin terlalu panas, bahan api akan terbakar ketika lejang mampatan
menghasilkan ketukan dalam enjin, yang boleh menyebabkan kerosakan pada
enjin.

b. Temperature rising
Temperature rising disebabkan dalam sistem penyejukan disebabkan oleh
beberapa perkara iaitu
i. Kekurangan coolant di dalam sistem penyejukan
Kekurangan coolant disebabkan oleh kebocoran pada sistem penyejukan.
Kebocoran ini mungkin terjadi akibat hos getah pecah, radiator retak, gasket
kepala selinder pecah atau putus
ii. Kerosakan komponen sistem penyejukan
Komponen sistem penyejukan rosak boleh menyebabkan suhu meningkat
sehingga menyebabkan enjin rosak. Antara komponen yang boleh
menyebab masalah ini ialah water pump tidak berfungsi, fan motor rosak,
thermostat rosak, belting longgar atau putus dan radiator cap rosak
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3) Muka Surat / Page :
8 Drp / of 13

iii. Radiator tersumbat


Radiator tersumbat akibat kekaratan terhasil dalam radiator sehingga
menghalang pengaliran air di teras radiator

Gambar 6 : Contoh Karat Yang Terbentuk Dala Radiator

Apabila kerosakan ini tidak diambil tindakan segera maka sistem penyejukan
tidak dapat berfungsi dengan baik dan cekap. Enjin akan mengalami lampau
panas dan rosak.

4. PROSEDUR MENUKAR COOLANT ENJIN.

Coolant enjin ialah campuran bendalir antara air dan etilena glikol. Coolant adalah


satu cecair yang mampu memindahkan haba ke atasnya dengan cepat, samalah
seperti air dan kemudia haba dilepaskan dalam radiator juga sama seperti air. Apa
yang membezakan coolant dan air ini adalah coolant tidak mewujudkan pengaratan
atau tidak membuatkan besi berkarat walaupun besi direndam di dalam coolant.
Sedangkan sifat air yang terdiri dari hidrogen dan oksigen akan menyebabkan
pengaratan pada besi.

i. Kaedah menukar coolant enjin


Untuk menukar coolant pada sistem penyejukan, pastikan kenderaan
diletakkan di tempat yang rata dan enjin kenderaan dalam keadaan sejuk.
Julangkan kenderaan dan letakkan sangga keselamatan di bawah kenderaan.
Buka tudung radiator dan tanggalkan palam buang air di bahagian tangki
bawah radiator. Buka klip penyambung hos getah dan tanggalkan hos getah
pada radiator.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3) Muka Surat / Page :
9 Drp / of 13

Gambar 7: Isi Coolant Dalam Sistem Penyejuk

Sebelum mengisi coolant di dalam radiator, lakukan flushing radiator dan enjin
untuk membuang karat atau bendasing yang terdapat sistem penyejukan.
Sambungkan semua hos getah pada radiator. Pasang dan ketatkan palam
buang air. Dengan nisbah campuran air dan coolant yang sesuai, isikan coolant
penyejuk ke dalam radiator sehingga keseluruhan sistem penyejukan.
Julangkan kenderaan dan keluarkan sangga keselamatan dan turunkan
kenderaan. Pasangkan radiator cap pada radiator dengan kemas.
.
4.2. Replace engine radiator pressure cap.cap
Radiator pressure cap atau radiator cap berfungsi untuk melepaskan tekanan
yang terbentuk di dalam radiator ketika penyejuk panas. Ini dapat
mengelakkan radiator atau hos pecah. Untuk menukar radiator cap, pasti enjin
dalam keadaan sejuk. Kecederaan atau melecur boleh terjadi pada diri
sekiranya menukar radiator cap ketika penyejuk dan enjin dalam keadaan
panas. Longgar dan tanggalkan radiator cap daripada radiator seperti yg
ditunjuk pada gambar 8. Pastikan radiator cap yang hendak ditukar
mempunyai nilai tekanan yang sama seperti radiator cap yang asal.

Gambar 8: Tanggalkan Radiator Cap


NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3) Muka Surat / Page :
10 Drp / of 13

4.3. Replace engine radiator hose.


Terdapat dua engine radiator hose utama iaitu upper hose dan lower hose.
Kenalpasti kedudukan engine radiator hose. Tanggalkan klip penyambung
hos dengan menggunakan adjustable plier sepeti yang ditunjukkan dalam
gambar 9.

Gambar 9: Tanggalkan Klip Sambungan Hos

Sebelum memasang hos baru pastikan panjang hos sama saiznya seperti
hos asal. Jika terlalu panjang hos getah akan terlipat dan menyebabkan
pengaliran penyejuk di dalam sistem menjadi tidak lancer.

4.4. Replace engine radiator assembly.


Untuk menanggalkan pepasangan radiator, pastikan enjin dalam keadaan
sejuk. Keluarkan air dengan membuka palam buang air dan hos getah atas
dan bawah. Tanggalkan soket sambungan pendawaian fan motor.
Longgarkan dan tanggalkan bolt perumah kipas radiator dan keluarkan
perumah. Longgarkan dan tanggalkan bolt pengikat radiator Keluarkan
radiator daripada kenderaan.

Sewaktu memasang radiator baru, pastikan pemasangan dibuat secara


berhati- hati untuk mengelakkan teras dan sirip radiator rosak. Pasang dan
ketatkan bolt pengikat radiator. Pasang semua komponen pepasangan
radiator seperti perumah kipas radiator, upper hose dan lower hose
radiator, soket pendawaian fan motor, palam buang air dan radiator cap.
NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3) Muka Surat / Page :
11 Drp / of 13

Gambarajah 10: Radiator assembly

4.5. Replace engine thermostat.


Kenalpasti kedudukan thermostat pada enjin. Sebelum menangeluarkan
Thermostat. Pastikan enjin dalam keadaan sejuk. Keluarkan air daripada
sistem penyejukan. Tanggalkan upper hose. Longgar dan keluarkan bolt
pengikat perumah thermostat dan keluarkan perumah thermostat.
Keluarkan thermostat.
Pastikan bersih perumah thermostat dan pasangkan gasket. Ketatkan
bolt pengikat perumah thermostat . Pasangkan semua komponen sistem
penyejukan yang telah ditanggalkan dan isikan coolant secukupnya.

Gambarajah 11: Kedudukan Thermostat


NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3) Muka Surat / Page :
12 Drp / of 13

4.6 Replace radiator electrical cooling fan assembly.


Radiator electrical cooling fan assembly.dipasang di bahagian belakang
radiator. Sebelum menanggalkan radiator electrical cooling fan assembly
pastikan kabel terminal negative bateri ditanggalkan. Keluarkan air dari
sistem penyejukan. Tanggalkan upper hose. Tanggalkan soket sambungan
pendawaian fan motor. Longgar dan tanggalkan bolt pengikat perumah
radiator electrical cooling fan dan keluarkan radiator electrical cooling fan
assembly.
Ketika memasang radiator electrical cooling fan assembly pastikan
pasangkan dengan berhati-hati agar teras dan sirip radiator tidak rosak.
Pasang dan ketatkan bolt radiator electrical cooling fan assembly. Pasang
semua komponen sistem penyejukan yang telah ditanggalkan. Isikan
coolant secukupnya. Pasangkan kabel terminal negative bateri.

Gambarajah 12: Radiator Electrical Cooling Fan Assembly.


NO. KOD / CODE NO. G452-002-2:2018-C05/P(3/3) Muka Surat / Page :
13 Drp / of 13

SOALAN/QUESTION :

1. Nyatakan dua (2) fungsi coolant?


i. _______________________________________________________________

ii._______________________________________________________________

2. Berapakah kilometer perjalanan perlu ditukar?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCES:

1. https://www.cars.com/.../how-often-should-i-change-engine-coolant-
1420680853669/
2. https://www.freeautomechanic.com/cooling-system-fan.html
3. https://www.jcwhitney.com/cooling-fan-assembly
4. https://kereta-my.blogspot.com/2014/07/sistem-penyejukan-kenderaan-
cooling.html
5. https://www.dummies.com/...cooling-system/how-to-replace-a-radiator-or-heater-
hose

Anda mungkin juga menyukai