Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH JENIS KEBANGSAN TAMIL LADANG BATU PEKAKA


09300 KUALA KETIL Rujukan Kami : PIBGSTLBP 100-02/01/007/1
Tarikh : 5 OKTOBER 2022
Kepada,
KEDAH DARUL AMAN
NO.TEL: 019-4526682 / 012-5760532
ENCIK.STEVEN GREGORY FERNANDEZ
PENGURUS
SYARIKAT PAPAKANAFA

Tuan,
MEMOHON BANTUAN KEWANGAN UNTUK PENGANGKUTAN BAGI LAWATAN SAMBIL BELAJAR
MURID KE IPOH,PERAK

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Pihak PIBG terlebih dahulu mengambil peluang ini untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan atas sumbangan yang telah dihulurkan bagi program
lawatan sambil belajar tahun – tahun lepas.

2. Pada tahun ini, pihak sekolah telah merancang satu lawatan sambil belajar ke IPOH selama 2 hari.
Berikut adalah maklumat berkaitan lawatan tersebut:-

Tarikh Lawatan :1 Disember – 2 Disember 2022 (Khamis – Jumaat)


Jumlah peserta : 36 orang murid, 7 orang guru
Tempat Lawatan : Ipoh, Perak
Tarikh bertolak : 1 Disember 2022 pukul 9.00 pagi
Penyewaan Bas : RM2500

3. Untuk pengetahuan pihak Tuan, SJKT Ladang Batu Pekaka merupakan sebuah sekolah kawasan luar
bandar yang mempunyai waris pelajar yang rata-ratanya adalah daripada golongan berpendapatan rendah.
Besarlah harapan kami sekiranya Tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan ini demi
kesejahteraan murid-murid di sekolah ini.

Sumbangan pihak Tuan boleh disalurkan melalui akaun PIBG seperti dibawah :

Akaun Persatuan PIBG : Public Bank, Akaun No. 4-6765035-30


(PIBG SJKT LADANG BATU PEKAKA – JPKPPPS0102004)
Setiap Sumbangan akan diberi resit dan surat penghargaan daripada PIBG.

4. Kerjasama dan bantuan daripada pihak Tuan ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga. Semoga Tuan akan beroleh keberkatan dan amal yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

Yang benar,

.................................................
(THURAIRAJ A/L MUNIANDI)
Yang Dipertua,
PIBG SJKT Ladang Batu Pekaka

Anda mungkin juga menyukai