Anda di halaman 1dari 1

Bahagian A: Taksiran Individu

[40 markah]
[Masa taksiran : 3 hingga 5 minit]

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah ini dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Sektor pertanian merupakan pekerjaan yang sudah sekian lama dilakukan sejak nenek
moyang kita dahulu. Kebanyakan masyarakat dahulu mengusahakan pertanian untuk menyara
hidup dan ada yang dijual. Namun begitu, sejak belakangan ini, perkembangan sektor
pertanian negara telah mengalami pelbagai isu. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
menyenaraikan isu ini merangkumi pelbagai perubahan seperti iklim, dinamik populasi,
sumber asli, produktiviti, penyakit, dan serangga serta teknologi. Bertitik tolak daripada
kemelut tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah mengorak langkah
dengan memberikan khidmat pengembangan dan pembangunan pertanian melalui
pemindahan teknologi berteraskan Amalan Pertanian Baik kepada para petani di Malaysia.
Oleh itu, diharapkan usaha ini dapat memastikan sektor pertanian negara kita mampu
berkembang setanding dengan negara-negara yang lain.

Soalan Rangsangan

1. Apakah tujuan utama masyarakat dahulu mengusahakan pertanian?


2. Nyatakan kementerian yang bertanggungjawab untuk membangunkan pertanian di
Malaysia.
3. Senaraikan isu yang dialami oleh sektor pertanian sejak kebelakangan ini.
4. Cadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menarik minat generasi
muda menceburi sektor pertanian sebagai kerjaya di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai