Anda di halaman 1dari 12

Teks Syair

PERTANDINGAN PENYAMPAIAN
SYAIR
SECARA MAYA TAHUN 2020

anjuran
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
dengan kerjasama
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1
SENARAI TEKS SYAIR DAN PADANAN IRAMA

PERTANDINGAN PENYAMPAIAN SYAIR


SECARA MAYA TAHUN 2020
PERINGKAT DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN

BIL JUDUL TEKS SYAIR IRAMA SUMBER TEKS


1. Nasihat (Penghujung 1. Batu Belah Antologi Teks KOMSAS Tingkatan
Thamarah al-Muhammad) 2. Tuk Kenali 2 : Gema Sepi Gadis Genius

1. Dandan Setia Antologi Teks KOMSAS


2. Makna Riak
2. Narasi Tingkatan 5 : Dirgahayu
Bahasaku
1. Perindu Antologi Teks KOMSAS
3. Definisi Orang Berakal Tingkatan 4 : Harga Remaja
2. Perantau
1. Narasi
4. Burung Pungguk Antologi Tanah Airku PLKN
2. Selendang
Delima
5. Bidasari Tuk Kenali Antologi Teks KOMSAS Tingkatan
4 : Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

6. Kemangkatan Sultan Mayang Antologi Teks KOMSAS


Sulaiman Tingkatan 1 : Kasut Kelopak
Jantung

7. Perang Saudara di Pahang Mayang Antologi Teks KOMSAS Tingkatan


2 : Gema Sepi Gadis Genius

8. Berbuat Jasa Dodoi Antologi Teks KOMSAS


Tingkatan 3 : Harga Sebuah
Lukisan

9. Wasiat Ayahanda Siti Hiasan Antologi Teks KOMSAS


Zawiyah Tingkatan 1 : Kasut Kelopak
Jantung

10. Perahu Perindu Antologi Tanah Airku PLKN


11. Kelebihan Ilmu Batu Belah Antologi Tanah Airku PLKN

2
12 Panduan untuk Para Dandan Setia Antologi Teks KOMSAS
Remaja Tingkatan 3 : Harga Sebuah
Lukisan

3
SYAIR NASIHAT (PENGHUJUNG (Rangkap pertama)
THAMARAT AL-MUHIMMAH)
SYAIR MAKNA RIAK
Abu Hassan Sham (Penyelenggara)
Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh
Dengarkan tuan ayahanda berperi, (Penyelenggara)
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri, Kemudian dinyatakan makna riak,
Amalkan jangan malas dan nyeri. Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang
Ayuhai anakanda muda remaja, sedaya,
Jika anakanda menjadi raja, Sebab kerana syirikkan Dia.
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajin pada bekerja. Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Kerja kebajikan janganlah malas, Hemahnya itu sangatlah ali,
Zahir dan batin janganlah culas, Tetapi hatinya ke dunia bertali.
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas. Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Menuntut ilmu janganlah segan, Berkata-kata tidaklah jemu,
Ilmu yang benar jangan yang Nahu dan sarap habis diramu.
bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan, Terkadang bercakap ilmunya
Di kitab ini sudah disebutkan. mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Hendaklah anakanda mengaji Supaya disangka ianya cerdik,
selalu, Sukalah orang memberinya gundik.
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu, Terkadang riak dengan pakaian,
Tidaklah anakanda beroleh malu. Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Segala perbuatan dengan berilmu, Tasbih di tangan beruitan.
Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu, Pejamkan mata duduk bersila,
Akhirnya anakanda jatuh tersemu. Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
(Antologi Teks KOMSAS Tingkatan 2 -
Kasadnya hendak jadi kepala.
“Gema Sepi Gadis Genius”)

 (Antologi Teks KOMSAS Tingkatan 5 -


IRAMA : Batu Belah/ Tuk Kenali
“Dirgahayu Bahasaku ”)

Catatan
IRAMA : Dandan Setia / Narasi
Kesilapan yang sering berlaku :
nyeri disebut sebagai ‘ngeri’

4
Catatan :
Rangkap ke-2 ditinggalkan kerana fasa
yang agak janggal tetapi rangkap ke-7 Catatan
dimasukkan sebagai rangkap akhir. Kesilapan yang sering berlaku :
Iba atau hiba disebut sebagai ‘ibu’
(Rangkap ke-4)
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangatlah mulia,


Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia, SYAIR BURUNG PUNGGUK
Itulah tanda orang bahagia.
Pungguk bercinta pagi dan petang,
Kerana ia akalnya tajam, Melihat bulan di pagar bintang,
Menjadi kepala bela bermacam, Terselap rindu dendam pun
Jikalau mata melihatkan kejam, datang,
Disebutlah jalannya ia tersunjam. Dari saujana pungguk menentang.
Telek pandangan dengan makrifat, Pungguk menentang dari saujana,
Sangatlah mengasihi tuan dan Di dalam hati gundah gulana,
sahabat, Jikalau ditolong Tuhan yang gana,
Tiada mengasihi orang yang jahat, Makanya pungguk boleh ke sana.
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Di atas beraksa berapa lama,
Sebagai lagi tanda berakal, Gilakan cahaya bulan purnama,
Perintah syarak tidak menyangkal, Jikalau bulan jatuh ke mana,
Menjauhkan tamak hendak Di manakan pungguk dapat
tawakal, bersama.
Hibanya tahu dunia tak kekal.
Bulan purnama cahayanya terang,
Jika ia dikasihi raja, Bintang seperti intan dikarang,
Tiadalah ia melanja-lanja, Rawannya pungguk bukan
Tiadalah menyombong pada sembarang,
bekerja, Berahikan bulan di tanah seberang.
Dengan taulannya bersamaan
sahaja. Gemerlapan cahaya bintang
kartika,
Apabila raja kasih sangat, Beratur majelis bagai dijangka,
Makin itu makin ia ingat, Sekaliannya bintang terbit belaka,
Segala taulannya hatinya dihambat, Pungguk melihat kalbunya duka.
Merendahkan diri serta
berkhidmat. Bintang di langit berbagai rupa,
Pungguk bercinta badan terlepa,
(Antologi Teks KOMSAS Tingkatan .4 -
“Harga Remaja ”) Minta doa tiadalah lupa,
Dengan bulan hendak berjumpa.

IRAMA : Perindu / Perantau (Antologi Puisi Tanah Airku –

5
PPSB - PLKN) Menjadi negeri rosak binasa.

(Teks Komsas Ting. 4 –


IRAMA : Narasi/ Selendang Delima Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

IRAMA : Tuk Kenali

SYAIR BIDASARI SYAIR KEMANGKATAN


Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara) SULTAN SULAIMAN

Dengarkan tuan suatu riwayat, Deli tua negerinya itu,


Raja di desa Negeri Kembayat, Kotanya kukuh berpagar batu,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Pasarnya ramai bukan suatu,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Tiada berbanding di zaman itu.

Ada raja suatu negeri, Baginda berputera tiga orang jua,


Sultan halifah akas bestari, Laki-laki konon putera yang tua,
Asalnya baginda raja yang bahari, Puteri cantik putera kedua,
Melimpah ngadil dagang senteri. Parasnya elok jarang tersua.

Hairan orang empunya temasya, Putera yang bongsu laki-laki jua,


Baginda itulah raja perkasa, Parasnya elok tiadalah dua,
Sangat tiada merasai susah, Menarik hati orang semua,
Entah pada esok dan lusa. Dikasihi rakyat muda dan tua.

Seri sultan raja bestari, Adapun akan dulu baginda,


Setelah ia sudah beristeri, Isterinya lama sudah tiada,
Beberapa bulan beberapa hari, Banyak dicari gadis dan janda,
Hamillah puteri permaisuri. Hati baginda penuju tiada.

Beberapa lamanya dalam kerajaan, Beberapa lama demikian itu,


Baginda duduk bersuka-sukaan, Di atas takhta konon sang ratu,
Datanglah beroleh kedukaan, Dengan kehendak Tuhan yang satu,
Baginda meninggalkan takhta Baginda pun gering suatu waktu.
kerajaan.
Baginda nan gering bukan
Datanglah kepada suatu masa, kepalang,
Melayanglah unggas dari angkasa, Badannya kurus tinggallah tulang,
Unggas gurda sangat perkasa, Tabib pun selalu datang berulang,

6
Mengubati baginda raja terbilang. Sampailah sudah konon dianya,
Di Kampung Gelam tempat
(Antologi Teks KOMSAS Tingkatan 1- berhentinya,
“Kasut Kelopak Jantung”) Di dalam kota tempat diamnya.

Duduk bersama putera Sultan,


IRAMA : Mayang Tengku Jaafar namanya tuan,
Itulah konon menjadi taulan,
Duduk di sana terlalu hairan.

(Antologi Teks KOMSAS Tingkatan 3 -


“Harga Sebuah Lukisan”)

SYAIR PERANG SAUDARA DI IRAMA : Mayang


PAHANG
Mohd. Yusof Md. Nor& Abd. Rahman Kaeh
(Penyelenggara)

Kisah nan tidak hamba panjangkan,


Ceritanya banyak lagi disebutkan,
Ini sekadar sahaya ringkaskan,
Kisah berperang pula diceterakan.
SYAIR BERBUAT JASA
Putera lelaki yang tuanya, Harun Mat Piah (Penyelenggara)
Ialah memangku paduka
ayahandanya, Buatlah jasa wahai teruna,
Perintah negeri terserah Hidupmu biar memberi guna,
kepadanya, Kamu yang mati jasa tak fana,
Bendahara Tun Tahir konon Asalkan buahnya elok sempurna.
namanya.
Banyakkan khidmat besar dan seni,
Encik Engku Ahmad seorang Serahkan kepada Tuhan Rabbani,
anakanda, Jasa yang kekal berfaedah murni,
Putera yang tengah raja berida, Umur yang kedua bagi insani.
Lima orang lelaki paduka
anakanda, Hidup manusia jangan percuma,
Sikapnya elok lakunya syahda. Buatlah bakti budi utama,
Selagi baiknya kekal menjelma,
Selang tiada berapa lama, Si mati hidup selama-lama.
Encik Engku Ahmad keluar
mengembara, Buatlah baik sedaya upaya,
Pergi belayar ke Singapura, Hidup berbakti memberi cahaya,
Sambil menghibur hati yang lara. Sumbu pelita tidak sia-sia,
Terbakar dirinya menerangi raya.
Pelayaran tiada berapa lamanya,

7
Jangan menilik balas dan puji, Harta pusaka di manakan kekal,
Atau pahalanya dikaji-kaji, Habis harta badan tinggal,
Rasa demikian tamak dan keji, Laksana perahu bersauh tunggal.
Padalah baiknya tinting dan uji.
Kerana harta tiada berguna,
Pahala dan balas jangan dihitung, Jikalau tidak akan sempurna,
Ataupun bintang di dada Sekalian itu habislah fana,
beruntung, Hanyalah tinggal badan merana.
Asalkan jasamu padat berdentung,
Cukuplah di situ mulia tergantung. (Antologi Teks KOMSAS Tingkatan 1-
“Kasut Kelopak Jantung”)
(Antologi Teks KOMSAS Tingkatan 3 -
“Harga Sebuah Lukisan”)
IRAMA : Hiasan
IRAMA : Dodoi

Catatan
Kesilapan yang sering berlaku :
“Mulia” disebut sebagai ‘”mulai”
(Rangkap ke-6)

SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI SYAIR PERAHU


Hamzah Fansuri
ZAWIYAH
Ada kepada suatu hari, Inilah gerangan suatu madah,
Sakit saudagar laki isteri, Mengarangkan syair terlalu indah,
Adalah kiranya tujuh hari, Membetuli jalan tempat berpindah,
Tidak bergerak kanan dan kiri. Di sanalah iktikad diperbetuli
sudah.
Saudagar tahu akan dirinya,
Hampirlah mati kepada rasanya,
Wahai muda kenali dirimu,
Lalulah memanggil akan anaknya,
Ialah perahu tamsil tubuhmu,
Dicium kepala dengan tangisnya.
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke akhirat jua kekal diammu.
Katanya wahai cahaya mataku,
Tinggallah tuan buah hatiku,
Hai muda arif budiman,
Hampirlah mati gerangan aku,
Hasilkan kemudi dengan pedoman,
Baiklah tuan tingkah dan laku.
Alat perahumu jua kerjakan,
Itulah jalan membetuli insan.
Serta hartaku, aku tinggalkan,
Tuan seorang yang menyukakan,
Perteguh jua alat perahumu,
Sampai habis semua diterimakan,
Hasilkan bekal air dan kayu,
Faedahnya akan diberikan.
Dayung pengayuh taruh di situ,
Supaya laju perahumu itu.
Jikalau tidak anakku berakal,

8
Ialah kandil di dalam kubur,
Sudahlah hasil kayu dan layar, Lamun dengannya beramal subur.
Angkatlah pula sauh dan layar,
Pada beras bekal janganlah taksir, Ia penerang jalan ke syurga,
Nescaya sempurna jalan yang Ia pemuas tekak yang dahaga,
kabir. Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.
Perteguh juga alat perahumu,
Muaranya sempit tempatmu lalu, Ialah alat sangat berguna,
Banyaklah di sana ikan dan hiu, Idaman orang yang bijaksana,
Menanti perahumu lalu dari situ. Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.
(Antologi Puisi Tanah Airku –
PPSB - PLKN) (Antologi Puisi Tanah Airku –
PPSB - PLKN

IRAMA : Perindu
IRAMA : Batu Belah

Catatan
Penambahan perkataan “yang”
Pada baris ke-2, Rangkap ke-4.

SYAIR KELEBIHAN ILMU SYAIR PANDUAN UNTUK PARA


Za’ba REMAJA
Harun Mat Piah (Penyelenggara)
Ilmu itulah gemala sakti,
Ingat pesanku wahai belia,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Jangan berdusta jangan perdaya,
Asal puncanya lamun didapati,
Jangan fikir kasihkan kaya,
Sukar bercerai sehingga mati.
Jangan boros yang sia-sia.
Harganya tidak dapat ternilaikan,
Jangan mengata jangan mengeji,
Sebuah dunia belinya bukan,
Jangan aniaya bengis dan benci,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Jangan takbur diri dipuji,
Di laut di darat di rimba di pekan.
Jangan sekali mungkir janji.
Masa seorang ialah tolan,
Judi dan arak jangan biasa,
Teman berbeka suluh berjalan,
Lucah dan cabul jangan selesa,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Usah bertemu ular yang bisa,
Hias penyata polan si polan.
Lambat bangatnya dapat binasa.
Bagi yang duka ia penghibur,
Jangan meminjam jangan
Ia penerang bagi yang kabur,
berhutang,
9
Jangan meminta bantu sementang, Ikhtiar sendiri bantut bergulung,
Bergantung pada orang hendaklah Akhirnya kebolehan lenyap
pantang, terlelong.
Bebas kehidupan sentiasa tatang.
(Antologi Teks KOMSAS Tingkatan 3 -
Meminta jangan meminjam pun “Harga Sebuah Lukisan”)
jangan,
Barang dipinjam kerap kehilangan, IRAMA : Dandan Setia
Sahabat peminjam renggang di
tangan,
Hutang merosakkan mut’ah
pandangan.

Jangan biasakan meminta tolong,


Ke sini tersembah, ke sana
terlolong,

10
RUJUKAN / SUMBER SYAIR

Antologi Puisi Tanah Airku: Penghayatan Sastera dan Budaya Program


Latihan Khidmat Negara
1. Syair Burung Pungguk
2. Syair Perahu
3. Syair Kelebihan Ilmu

Antologi Teks Komsas Tingkatan Empat: Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
1. Syair Bidasari

Antologi Teks Komsas Tingkatan Satu: Kasut Kelopak Jantung


1. Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman
2. Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah

Antologi Teks Komsas Tingkatan Dua: Gema Sepi Gadis Genius


1. Syair Nasihat (Penghujung Thamaratal-Muhimmah)
2. Perang Saudara di Pahang

Antologi Teks Komsas Tingkatan Tiga: Harga Sebuah Lukisan


1. Syair Panduan untuk Remaja
2. Syair Berbuat Jasa

Antologi Teks Komsas Tingkatan Empat: Harga Remaja


1. Syair Definisi Orang Berakal

Antologi Teks Komsas Tingkatan Lima: Dirgahayu Bahasaku


1. Syair Makna Riak

Anda mungkin juga menyukai