Anda di halaman 1dari 9

KOMSAS (SABAH)

NOVEL
Tingkatan 1: Istana Menanti
Tingkatan 2: Di sebalik wajah
Tingkatan 3: Cempaka Putih Untukmu Karya Rohani Deraman

Tingkatan 1
ANTOLOGI KOMSAS Kasut Kelopak Jantung
GENRE JUDUL
Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Pantun Empat Kerat (Agama)
Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)
Puisi Tradisional
Pantun Empat Kerat (Teka-teki)
Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman
Kian Kita Lupa Zulfazlan Jumrah
Lebah dan Madu Siti Zaleha M. Hashim
Hari Akhir Persekolaha Ahmad Bakhtiar Abdul Mutalib
Sajak
Jangan Sulastri Abadi
Diari Lama SMahadzir
Asap Maya Iza Azizan
Tajul Muluk
Prosa Tradisional Hikayat Marakarma
Budi Seorang Bapa Angkat
Kasut Kelopak Jantung Ghazali Lateh
Tempang Pitteriah Abdullah
Tukang Lama Hasan Ali
Cerpen
Yuran Omar Mamat
Trauma Embah Haryati Abu Nasir
Sepucuk Surat Daripada Kawan Kamalkhalid Kamarludin
Surat Untuk Ina Amiruddin Ali
Drama Arah ke Mana Johan Jaaffar
Mendung Hitam Beralih Jua Aripin Said
Tingkatan 2
ANTOLOGI KOMSAS GEMA SEPI GADIS GENIUS
GENRE JUDUL
Pantun Dua Kerat (nasihat)
Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)
Pantun Empat Kerat (Agama)
Puisi Tradisional
Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
Syair Perang Saudara di Pahang
Syair Mendapat Gemala Naga
PersahabatanHari GuruBurung-burung Pagi
Ketenangan
Sajak
Sajak Laut
Warkah Kepada Generasi
Raja MudaHikayat Opu Daeng Menambun
Prosa Tradisional Hikayat Inderaputera
Hikayat Anggun Cik Tunggal
Anak Penggunting Rambut
Capa RengatDendam
Cerpen Maaf Kupinta
Gema Sepi Gadis Genius
Warkah Daripada Ibu
Hemodialisis
Drama Inflakasta
Di Sini Bakti Bersemadi
Tingkatan 3
ANTOLOGI KOMSAS Harga Sebuah Lukisan
GENRE JUDUL
Pantuan Berkait (Bekerja)
Pantun Empat Kerat (Muafakat)
Pantun Nasihat
Puisi Tradisional
Syair li-Attar Gaib
Syair Berbuat jasa
Syair Panduan Untuk Para Remaja
Fragmen Sebuah Kehidupan
Kata-KataKeusangan Budaya
Pesan Buat Anak-Anak
Sajak
Merdeka
Rumput
Seorang Insan Istimewa
Kuda Janggi Gerdana
Hikayat Marakarama
Prosa Tradisional
Hikayat Patani
Hikayat Seri Kelantan
Budi Semangkuk Daging
Harga Sebuah Lukisan
Cerpen Mencari Nafas Baru
Mutiara Bonda
Segala Yang Tercinta Ada di Sini
Cabaran
Drama
Sebuah Perjuangan
ASPEK KAJIAN KOMSAS

1. TEMA
Tema ialah isu utama atau persoalan pokok yang mendasari sesebuah karya sastera. Ia merupakan
gagasan pemikiran pengarang yang ingin disampaikan melalui karyanya.
Oleh yang demikian, hanya terdapat satu tema dalam setiap karya. Ia boleh diungkapkan dengan
hanya satu perkataan seperti perjuangan, kemasyarakatan, keagamaan, kecintaan, kemanusiaan
dan lain-lain. Tema dapat dikesan dan disarai setelah membaca dan memahami keseluruhan
sesebuah karya.

2. PERSOALAN
Persoalan ialah isu atau pemikiran sampingan yang ingin disampaikan oleh penulis sesebuah karya
sastera di samping tema. Ia biasanya dapat dikesan melalui gagasan dan peristiwa-peristiwa yang
berlaku dalam sesebuah karya. Terdapat lebih daripada satu persoalan dalam setiap karya.

3. NILAI
Mengikut Kamus Dewan, nilai merupakan sifat ketinggian pekerti pada diri seseorang. Dalam karya
sastera, nilai dapat difahami sebagai unsur ketinggian pekerti yang dapat dikesan oleh pembaca. Ia
merupakan rumusan terhadap seseuatu gagasan penulis dan tindakan watak.
Antara contoh nilai ialah:
1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat-menghormati
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan mental dan fizikal
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian

4. PENGAJARAN
Pengajaran ialah unsur teladan dalam sesebuah karya sastera. Sebahagian daripada pengkaji
sastera menyebutnya sebagai mesej. Ia dapat dikesan melalui gagasan penulis atau tindakan dan
pemikiran watak dalam sesebuah cerita. Pembaca dapat mengesan unsur ini dalam sesebuah karya
sastera dengan menggunakan pemikiran positif. Pembaca akan dapat membuat kesimpulan
bahawa sesuatu gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak itu patut diikuti dicontohi atau
tidak.
5. NADA
Nada ialah perasaan yang terdapat dalam sesebuah karya sastera yang berbentuk puisi
terutamanya sajak. Perasaan itu boleh terdiri daripada perasaan penulis dengan penggunaan
bahasa dan juga perasaan pembaca apabila karya tersebut seperti nada sedih, marah, cinta,
patriotik dan lain-lain.

6. BENTUK
Bentuk adalah pola, struktur atau susunan kata-kata dalam sesebuah karya puisi. Ia akan
membentuk irama dan juga membentuk ciri-ciri sesebuah karya puisi.

7. GAYA BAHASA
Gaya bahasa ialah pemilihan dan susunan kata-kata yang digunakan oleh penulis. Pemilihan dan
susunan itu dipersembahkan dalam karya mereka sama ada puisi atau prosa. Ia merupakan
individualiti setiap penulis dalam menyampaikan pemikiran, gagasan atau perasaan mereka.
Terdapat beberapa unsur pemilihan dan susunan kata yang biasa digunakan oleh penulis.

Jenis Gaya Bahasa Huraiannya


Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
Diksi Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan,
latar, watak, dan mesej

Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya,
Ayat misalnya ayat pendek dan ayat panjang

Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan


Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari
segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati,
Personifikasi binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya
mendandan sejuta persoalan

Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung)


Simile dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran

Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-


Metafora kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran

Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-


Hiperbola lebihan daripada maksud yang sebenarnya
Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi

Bermaksud penyingkatan perkataan


Sinkope Contohnya: "Apa dah jadi ni?"

Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris
Rima
atau lebih daripada dua baris daiam puisi
Jenis Gaya Bahasa Huraiannya
Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir

Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak


Asonansi Contohnya: pengulangan vokal u dalam baris Kerana aku penyair kupenuhi
hidupku

Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak


Aliterasi Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan

Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah
mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
Pengulangan epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had
sepiku
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia
berbunga

merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda,


keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih
Perlambangan mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda

8. LATAR
Latar adalah ruang sama ada ruang masa, tempat atau persekitaran iaitu masyarakat yang
mendasari sesuatu peristiwa dalam karya prosa. Ia bertujuan menjadikan sesuatu persitiwa lebih
konkrit, realistik dan tidak berlaku pada ruang kosong.

(a) Latar Masa merupakan ruang zaman, musim, hari atau waktu sesuatu peristiwa berlaku. Ia
dapat dikesan melalui penceritaan penulis, dialog watak atau gambaran suasana ketika itu.

(b) Latar/Citra Masyarakat merupakan ruang persekitaran yang terdiri daripada watak-watak dalam
sesuatu peristiwa. Ia merujuk kepada ciri-ciri sesebuah masyarakat yang terdapat dalam sesebuah
cerita. Watak dalam cerita merupakan wakil untuk menggambarkan masyarakat sebenar. Ia juga
dapat dikesan melalui penceritaan penulis, tindakan serta pemikiran watak-watak dalam cerita
berkenaan.

(c) Latar Tempat merupakan ruang tampat yang melatari sesuatu peristiwa dalam cerita. Ia boleh
terdiri daripada perlukisan tempat semulajadi dari segi geografi dan semulajadi seperti bukit, hutan,
sungai, laut dan sebagainya atau tempat yang menggambarkan ciri-ciri budaya seperti rumah,
masjid, padang, istana dan sebagainya.
9. PLOT
Plot merupakan jalinan atau hubungan peristiwa dalam sesebuah karya prosa berdasarkan hokum
sebab dan akibat. Ia berkait rapat dengan tindakan dan pemikiran watak-watak dalam cerita
tersebut. Sesuatu peristiwa yang berlaku boleh menyebabkan berlakunya satu peristiwa lain yang
lebih rumit atau sebaliknya. Perkembangan peristiwa itu boleh dibahagikan kepada empat
peringkat utama.

(a) Permulaan / eksposisi merupakan peringkat awal dalam cerita. Pada peringkat ini penulis
mendedahkan watak, latar dan juga masalah yang dialami oleh watak berkenaan. Melalui teknik
plot yang digunakan oleh penulis, peringkat ini tidak semestinya berada pada permulaan cerita. Ia
mungkin berada di tengah atau akhir cerita melalui teknik imbas kembali.

(b) Perkembangan / perumitan merupakan peringkat kedua dalam perkembangan peristiwa dalam
cerita. Pada peringkat ini, konflik dan ketegangan telah timbul di antara watak dengan watak
utama. Semakin panjang cerita tersebut, konflik menjadi semakin rumit. Dalam perkembangan plot,
peringkat ini merupakan peringkat yang paling panjang.

(c) Kemuncak / klimaks merupakan peringkat akhir konflik dan ketegangan. Pada peringkat ini,
konflik antara watak dengan watak utama mencapai peringkat paling tegang dan rumit. Selepas
peringkat ini, sebahagian besar atau semua konflik selesai.

(d) Pengakhiran / antiklimaks merupakan peringkat penyelesaian konflik dan ketegangan mulai
hilang. Biasanya peringkat ini terdapat pada bahagian akhir cerita dan perkembangannya agak
pendek.

10. KONFLIK
Konflik merupakan pertentangan antara watak dengan watak lain atau antara watak dengan alam
dan haiwan akibat daripada sesuatu permasalahan yang timbul. Konflik adalah aspek penting dalam
perkembangan plot kerana ia membuatkan wujudnya rentetan peristiwa. Ia juga menimbulkan
unsur-unsur ketegangan dalam cerita.

11. TEKNIK PENCERITAAN


Teknik penceritaan adalah cara atau kaedah seseorang penulis menyampaikan cerita dalam karya
prosa mereka. Terdapat empat teknik penceritaan yang biasa digunakan oleh penulis.

(a) Pemerian merupakan teknik yang paling tua dan paling banyak digunakan oleh penulis dalam
karya-karya mereka. Mengguakan teknik ini, penulis telah bercerita secara langsung tentang apa
sahaja sama ada peristiwa, watak dan perwatakan atau latar cerita tersebut.

(b) Dialog merupakan percakapan watak dengan watak dalam cerita. Dua orang watak atau lebih
akan berbalas kata. Teknik ini juga banyak terdapat dalam cerita. Melalui teknik ini, penulis
menyampaikan cerita secara tidak langsung. Pembaca akan dapat mengetahui sesuatu peristiwa,
watak dan perwatakan serta latar melalui dialog antara watak.

(c) Monolog Luaran merupakan percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan
diri sendiri dengan mengeluarkan suara sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya
sahaja. Biasanya penulis menggunakan pengikat kata untuk monolog ini.

(d) Mololog Dalaman merupakan percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya
sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Sesetengah penulis menggunakan tanda pengikat kata bagi
monolog ini manakala sebahagiannya tidak menggunakan tanda pengikat kata.

12. TEKNIK PLOT


Teknik plot adalah cara atau kaedah seseorang penulis menyusun peristiwa dalam karya prosa
mereka. Susunan ini akan menentukan bahawa plot sesebuah cerita mengikut kronologi atau tidak.
Terdapat empat teknik plot yang biasa digunakan oleh penulis.

(a) Imbas Kembali adalah penceritaan semula sesuatu peristiwa yang pernah berlaku pada masa
lepas. Ia diimbas secara langsung melalui pemerian penulis atau secara tidak langsung melalui
pemikiran atau dialog watak.

(b) Imbas Muka pula merupakan bayangan peristiwa yang akan berlaku. Biasanya ia wujud dalam
fikiran atau minda watak dalam cerita dalam bentuk angan-angan, mimpi atau jangkaan watak itu.

(c) Kejutan adalah peristiwa yang berlaku secara tidak disangka-sangka sama ada oleh pembaca
atau watak dalam cerita tersebut. Kejutan ini membuatkan plot cerita berkembang dengan cepat.

(d) Suspens merupakan keadaan tegang atau cemas dalam sesuatu peristiwa. Ia dapat dirasakan
oleh pembaca atau watak dalam cerita yang mengalami peristiwa berkenaan. Keadaan tegang dan
cemas itu telah menghasilkan pelbagai andaian peristiwa yang akan berlaku.

13. WATAK
Watak merupakan pelaku atau pelakon dalam sesebuah cerita. Selain daripada manusia biasa,
watak dalam cerita bolek terdiri daripada binatang ataupun makhluk lain seperti jin, peri, raksasa
dansebagainya. Setiap watak ini mempunyai identiti mereka tersendiri. Watak terbahagi kepada
golongan utama.

(a) Watak Protagonis atau watak utama dalam sesebuah cerita. Ia berkembang mengikut jalan
cerita. Watak ini juga dikenali sebagai watak bulat. Pada kebiasaannya wayak ini akan
memperjuangkan nilai-nilai positif.

(b) Watak Antagonis merupakan watak sampingan dalam sesebuah cerita. Ia merupakan watak
penentang kepada watak utama. Pertembungan watak utama dengan watak antagonis ini akan
mewujudkan konflik dan membolehkan plot berkembang.

14. PERWATAKAN
Perwatakan juga disebut sebagai penokohan merupakan sifat peribadi seseorang watak dalam
cerita sama ada sifat luaran atau dalaman. Sifat luaran termasuklah perlukisan tentang bentuk
badan, perlakuan atau tindakan dan juga pertuturan.Manakala sifat dalaman termasuklah
pemikiran dan perasaan watak. Perwatakan dalam dikesan oleh pembaca melalui pemerian penulis
secara langsung, pemikiran watak itu sendiri, dialog watak itu sendiri dan dialog watak lain
tertentang watak berkenaan.

15. SUDUT PANDANGAN


Sudut Pandangan adalah kedudukan penulis dalam mempersembahkan cerita mereka. Penulis
boleh berada dalam beberapa kedudukan semasa mempersembahkan cerita mereka. Mereka boleh
berada dalam cerita sebagai satu watak atau di luar cerita sama ada sebagai pencerita yang serba
tahu atau sebagai pencerita yang objektif.

i. Sudut pandangan orang pertama


Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak
sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya
oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik
ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.

ii. Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu)


Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan
kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap
serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-
watak.

iii. Sudut pandangan orang ketiga terbatas


Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan
memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-
watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.

iv. Sudut pandangan objektif


Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih
menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka
pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.

Anda mungkin juga menyukai