Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING, TUARAN

ADAB
MURID MENGHORMATI GURU, GURU SAYANG MURID

HARI: JUMAAT

TARIKH: 27 MAC 2015

TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING, TUARAN

ANJURAN:

GURU-GURU PRAKTIKUM

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


KERTAS KERJA PROGRAM ADAB MURID MENGHORMATI GURU, GURU
SAYANG MURID

1.0 PENDAHULUAN

Penerapan akhlak yang baik dan terpuji dalam kalangan remaja terutamanya
murid-murid di sekolah adalah sangat penting. Ini kerana, mereka merupakan
pelapis dan insan yang akan memacu Negara ke arah yang lebih baik pada
masa akan datang. Akhlak yang baik, merupakan tonggak utama bagi seseorang
untuk mencapai kejayaan. Rentetan daripada itu, berakhlak dengan akhlak yang
terpuji dan mulia sangat perlu ada pada setiap individu terutamanya anak muda
zaman era globalisasi ini.

2.0 MATLAMAT

Melahirkan murid sekolah yang mengetahui, memahami, menghayati dan


mengamalkan dalam kehidupan seharian dengan penuh rasa tanggungjawab
serta berkebolehan mengurus dan memimpin masyarakatnya selaku pewaris
kepimpinan yang sedia ada.

3.0 OBJEKTIF

 Memberi peluang kepada murid untuk menambah ilmu pengetahuan


 Menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam program sekolah
 Memupuk kesedaran terhadap peserta mengenai pentingnya akhlak yang
mulia dalam kehidupan
4.0 BUTIRAN PROGRAM

Nama Program : “Adab Murid Menghormati Guru,Guru Sayang Murid”

Tarikh : 27 Mac 2015

Tempat : SK. Kebangsaan Rugading

Kumpulan Sasaran : Murid tahap 2 (Tahun 4,5,6)

Jumlah Peserta : 213 orang

5.0 RASIONAL AKTIVITI

Program ini sangat penting kepada para murid agar dapat memberi kesedaran
kepada mereka tentang betapa pentingnya berakhlak mulia dalam kehidupan.
Selain itu, murid-murid juga adalah golongan muda yang akan menjadi pelapis
dan peneraju negara pada masa akan datang. Oleh itu, sangat penting untuk
membentuk akhlak mereka diawal usia bak kata pepatah ”melentur buluh,
biarlah dari rebungnya’’.
6.0 AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA INDUK

AHLI JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM

PENGERUSI
Encik Kadir bin Hj Junit (Guru Besar)

TIMBALAN PENGERUSI

Encik Saifulizam bin Nasin ( Pen. Kanan HEM )

NAIB PENGERUSI 1

Encik Basilius Ng ( Pen. Kanan Pentadbiran )

NAIB PENGERUSI 2

Puan Ahima binti Salim ( Pen. Kanan KoKum)

PENYELARAS

Puan Noorhaidah binti Madin (Guru Bimbingan)

SETIAUSAHA

Cik Harlenny binti Ansom

BENDAHARI

Puan Rosnani binti Umin


AJK Pelaksana

Protokol : Encik Basilius Ng

Puan Ahima binti Salim

Pendaftaran : Encik Felix Jalawan

Ustaz Hazizie Yusop

Backdrop( Power Point ) : Puan Rosneh binti Robert

Encik Lionad Lius

Buku Program/ Sijil : Ust Mohd Nazaruddin bin Jantan

Encik Henry Gambias

Jamuan ringan : Ustzh Siti Maryam binti Zulkifli Wong

Puan Zainawan binti Jipin

Dewan/PA sistem : Encik Zul Karnaen bin Nawawi

Ust AB Talib bin Abd Rahman

Disiplin / Keselamatan : Cik Muhaini binti Merusin/Puan Asrah


binti Hussien

Kebersihan : Encik Alin bin Madlasim /Encik Felix


Jalawan
Juruacara : Puan Jelpa Taipin

Juru foto / Dokumentasi : Cik Harlenny Ansom

Bacaan doa : Ust Hazizie bin Yusop


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN


(RM)

01 Minum Pagi

(Guru-guru dan 20 org x RM3 RM60


Penceramah)

02 Makan Tengahari 10 org x RM5 RM50

03 Air Mineral (2 kotak x rm12) RM 24

04 Kertas A4 2 x RM10 RM20

Kertas sijil

05 (Untuk AJK dan 220 helai RM200


peserta)

Saguhati dan Sijil

06 Penceramah dan Vip 1 unit RM150

07 Buku dan pensel 213 RM100

Jumlah Keseluruhan RM 604


8.0 TENTATIF PROGRAM ADAB MURID MENGHORMATI GURU,GURU
SAYANG MURID

MASA AKTIVITI

7.30 Pagi  Ketibaan Penceramah Jemputan

8.00 Pagi  Majlis Pelancaran Program “Adab Murid


Menghormati Guru, Guru Sayang Murid”
 Nyanyian Lagu
-Negaraku
-Sabah Tanah Airku
-Lagu Sekolah
 Bacaan Doa
 UcapanPerasmian Pelancaran oleh Guru Besar,
Encik Kadir Hj Junit
 Tayangan video Program “Adab Murid Menghormati
Guru, Guru Sayang Murid’’

8.30 Pagi  Sesi 1 ( Ceramah : Adab Murid Membina Jati Diri )

9.50 Pagi  Rehat (Minum Pagi)

10.10 Pagi  Sesi 2 (Ice Breaking & pembahagian kumpulan)

11.30 Pagi  Penyampaian Cenderahati dan Sijil Penghargaan

11.45 Pagi  Jamuan & Bersurai

PENUTUP
Diharapkan agar setelah program ini dijalankan, maka semua murid-murid Sk
Rugading, Tuaran dapat menghayati dan mengamalkan akhlak-akhlak yang baik
dan mulia dalam kehidupan seharian sama ada di dalam sekolah mahupun di
luar sekolah.

TANDATANGAN CATATAN/ ULASAN


Disediakan oleh:

________________________
HARLENNY BINTI ANSOM

Setiausaha,
Program Adab Murid Hormat Guru,
Guru Menyayangi Murid,
SK Rugading, Tuaran.

Disokong oleh:

________________________
ALIN MADLASIM
Ketua Penyelaras Praktikum
SK Rugading, Tuaran.

Disemak oleh:

________________________
SAIFULIZAM NASIN
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Rugading, Tuaran.

Diluluskan Oleh :
________________________
KADIR JUNIT
Guru Besar,
Sk. Kebangsaan Rugading
Tuaran.

Anda mungkin juga menyukai