Anda di halaman 1dari 2

KONSEP MORAL

Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai. Menurut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral ialah ajaran atau pegangan bukan buruk baik
sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain); yang berkaitan dengan apa
yang betul atau adil.

Kepentingan atau fungsi peraturan masyarakat dalam pembentukan insan yang bermoral
membolehkan masyarakat :

A. Mempertingkatkan mutu hidup manusia.


B. Mengembangkan intelek manusia supaya ia berfungsi dengan efektif.
C. Melindungi nyawa manusia dan membenarkan mereka terus hidup.
D. Mempertahankan hak asasi dan kebajikan manusia.
E. Mengelakkan keruntuhan akhlak dan sistem moral dalam masyarakat.
F. Menstabilkan keadaan dan suasana masyarakat.
G. Menjaga keamanan masyarakat.
H. Mewujudkan dan memelihara rukun sosial (social order).
I. Memelihara keamanan masyarakat dengan suasana yang harmonis.
J. Menjimatkan masa dan tenaga individu dalam masyarakat semasa melakukan
sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri dan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai