Anda di halaman 1dari 4

KERTAS MODEL 4 BAHAGIAN A

1. A. dapat
 boleh (berupaya) melakukan sesuatu
 beroleh atau menerima
 bertemu dengan apa-apa yang dicari
B. masih
 terus dalam keadaan sebelumnya
 belum selesai
 sedang

C. sedang
 masih
 tengah (ketika atau masih) melakukan sesuatu lagi

D. harus
 mesti
 patut

2. A. layu
 kering dan kecut (daun atau bunga)
 tidak berseri atau tidak segar lagi
 pucat dan lesu (orang) atau tidak bergaya atau tidak sihat

B. lemau
 tidak rancak (bunyi-bunyian)
 tidak garing atau lembik (seperti biskut yang masuk angin)
 lemah urat

C. keras
 kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah atau bengkok)
 dengan giat atau bersungguh-sungguh atau dengan sepenuh tenaga
 dengan tidak berganjak atau tidak berubah sikap
 tidak dengan sikap bertolak ansur (berkenaan bantahan atau tentangan atau tegas)

D. lembap
 lambat berfikir atau tidak cekap atau tidak cergas (berkenaan fikiran)
 masih basah
 tidak rancak (suara atau bunyi-bunyian)

3. A. hamba
 orang yang terpaksa bekerja untuk seseorang dengan tidak mendapat apa-apa
bayaran atau orang suruhan raja
 saya (untuk merendah diri)

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 1


beta
kata ganti nama diri pertama untuk raja atau sultan

B. patik
 saya (digunakan sewaktu bercakap kepada raja atau sultan)
tuanku
 tuan yang mulia (dalam percakapan dengan raja atau sultan)
 kata ganti nama diri kedua bagi raja atau sultan

C. baginda
 kata yang digunakan sebagai gelaran di pangkal nama seseorang raja atau sultan
 dia atau beliau (digunakan untuk raja atau sultan)

D. beliau
 kata ganti nama diri ketiga (untuk orang tua atau orang yang dihormati)

4. A. santapan
 makanan atau minuman atau apa-apa yang disantap oleh raja atau sultan
 bahan bacaan yang menarik dan mencetuskan pemikiran

B. singgahsana
 kerusi kerajaan (tempat raja bersemayam) atau takhta

C. peraduan
 tempat tidur atau bilik tidur
 pertandingan

D. balairung seri
 tempat raja dihadap oleh rakyat.

5. A. menyidai
 menggantung (kain baju) supaya kering
 menjemur

B. menampi
 membersihkan beras (padi atau kacang) dengan nyiru yang digerak-gerakkan
 menapis untuk memilih yang elok
 bergerak-gerak turun naik (dada)

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 2


C. menebar
 mencampakkan (jala) supaya kembang atau terbentang
 menaburkan (benih)
 menjadikan berserak-serak
 menjadikan meluas (merebak) atau memperluas

D. menyangkut
 menggantung (pada kait)
 bersangkutan dengan atau berkaitan (bertalian) dengan

6. A. janji temu
 janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah
ditetapkan kerana sesuatu urusan

B. budi baik
 amalan yang mulia

C. atur cara
 senarai urutan acara (perkara atau pertunjukan) yang diikut dalam sesuatu majlis
 urutan arahan berkod yang dimasukkan ke dalam komputer yang membolehkan
data diproses (oleh komputer)

D. hal ehwal
 bermacam-macam hal (perkara)

7. A. sekatan
 alat yang digunakan untuk menyekat sesuatu
 apa-apa yang menghalang sesuatu pergerakan
 halangan atau rintangan

B. tahanan
 orang atau barang yang ditahan
 tindakan menahan (dalam penjara)

C. kawalan
 usaha atau tindakan mengawal (menjaga atau mengawasi)

D. tambak
 timbunan tanah untuk menahan air
 benteng

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 3


8. A. ringan tulang
 rajin bekerja atau tangkas

B. bulat hati
 lurus hati atau teguh hati atau sungguh-sungguh
 jujur

C. murah hati
 suka memberi atau tidak kedekut
 pengasih dan penyayang

D. cakap besar
 cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 4

Anda mungkin juga menyukai