Anda di halaman 1dari 5

KERTAS MODEL UPSR SATU (BAHAGIAN A)

1. A. licin-licau
 sangat licin

B. lekak-lekuk
 tidak rata dan tidak lurus atau tinggi rendah dan bengkang-bengkok

C. lintang-pukang
 tidak menentu arahnya (orang berlari)
 bergerak bertempiaran atau tunggang-langgang

D. bengkang-bengkok
 tidak lurus atau berkelok-kelok atau berliku-liku

2. A. tersedar
 terjaga (daripada tidur) atau sedar (daripada) atau kembali sedar (daripada
pengsan)

B. kesedaran
 perihal sedar (akan sesuatu)
 keinsafan

C. disedarkan
 dijadikan sedar atau diingatkan
 diinsafkan

D. menyedarkan
 menjadikan sedar atau mengingatkan atau menginsafkan
 membuat menjadi sedar

3. A. seksa
 kesengsaraan atau (kesusahan)
 hukuman yang menyakitkan (menyusahkan)
 pedih atau sakit atau susah

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 1


B. susah
 perasaan tidak puas hati (kerana sukar)
 tidak mudah (mendapat atau mencari sesuatu)
 susah hati: tidak senang hati atau sedih hati
 serba kekurangan atau miskin
 kesukaran atau kesulitan

C. sesak
 tidak lapang (tidak lega atau tidak longgar) atau sempit
 terlalu penuh (hingga tidak terluang lagi)
 tersumbat atau tersekat (perjalanan nafas)
 susah (kehidupan) atau sempit

D. sebak
 berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal)
 berbelah (rambut)
 menepi ke kiri atau ke kanan (untuk memberi jalan)
 sesak nafas (dada)
 penuh dengan air mata dan hampir akan menitik (berkenaan kelopak mata)

4. A. meluncur
 melungsur atau menggelongsor
 lucut (daripada pegangan)
 bergerak dengan cepat (kereta)
 keluar dengan lancarnya (kata atau percakapan)

B. memintas
 melalui (menempuh) jalan yang paling dekat
 menyeberang jalan atau merentas jalan
 menyelang (perbualan atau percakapan)
 mendahului orang lain dengan bergerak lebih cepat dari belakang atau
memotong

C. memusing
 memutar

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 2


D. memotong
 memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji) atau memenggal atau mengerat
 menghiris (daging atau ikan)
 menebang (kayu atau pokok)
 menyembelih (binatang)
 menggunting (rambut)
 membedah (perut)
 mengurangi (gaji atau pendapatan)
 memintasi (jalan atau perjalanan)
 menyelang (percakapan)
 menoreh (getah)

5. A. Jurubina
 orang yang berkelayakan untuk mereka bentuk bangunan dan menyelia
pembinaannya
 arkitek

B. Juruaudit
 orang yang terlatih dalam kerja-kerja mengaudit akaun

C. Jurumudi
 orang yang mengemudikan perahu atau pemegang kemudi

D. Jurubahasa
 orang yang menterjemahkan kata-kata atau percakapan orang lain

6. A. gaji pokok
 gaji yang tidak ditambah dengan sebarang elaun

B. batu loncatan
 batu yang digunakan sebagai landasan melompat
 orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu

C. ayam tambatan
 orang yang dianggap hebat dan diharapkan dapat membawa kemenangan
dalam sesuatu perlawanan

D. mata pencarian
 pekerjaan yang dibuat sehari-hari untuk penghidupan

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 3


7. A. bulan jatuh ke riba
 mendapat keuntungan yang besar dengan tidak disangka-sangka.

B. kumbang putus tali


 terlepas daripada kesengsaraan

C. dihiris dengan sembilu


 perasaan sangat sedih atau kecewa kerana sesuatu perkara

D. ayam disambar helang


 orang yang hilang dengan tiba-tiba dan tidak diketahui khabar beritanya lagi

8. A. uzur
 lemah badan atau berpenyakit
 sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja atau (berjalan)
 terlalu buruk keadaannya (barang-barang) atau hampir tidak boleh dipakai lagi

B. murka
 marah (digunakan untuk raja atau sultan)

C. gering
 tidak sihat atau sakit atau uzur (digunakan untuk raja atau sultan)

D. mangkat
 meninggal dunia (digunakan untuk raja atau sultan)

9. A. pengapit
 alat untuk mengapit
 orang yang di kiri dan di kanan pengantin
 orang yang menemani atau membantu raja

B. menantu
 isteri atau suami kepada anak sendiri

C. pengasuh
 orang yang mengasuh atau penjaga dan pendidik

D. mempelai
 pengantin

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 4


10. A. sedih
 susah hati
 rasa pilu dalam hati

B. susah
 perasaan tidak puas hati (kerana sukar)
 tidak mudah (mendapat atau mencari sesuatu)
 serba kekurangan atau miskin
 kesukaran atau kesulitan

C. gelisah
 tidak tenang (hati) atau tidak tenteram atau tidak sabar (menanti)

D. tenteram
 tidak ada rusuhan (kekacauan)
 aman

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU -0172240898 Page 5

Anda mungkin juga menyukai