Anda di halaman 1dari 23

Ammar Zafhran Bin Zahir

Awangku Taufiq Bin Awangku Kamarul


Helmie Aisyam Bin Hanapi
Mikha Arissa Binti Akhbar
Mohamad Afif Danial Bin Ramli
Mohammad Azmi Bin Azhar
Muhammad Arief Ikhwand Bin Abdullah
Muhammad Fathur Rahman Bin Muhammad Merza
Muhammad Haslam Bin Harusani
Muhammad Nur Iman Haris Bin Azmi
Muhammad Raiqal Bin Mohammad Jamil
Muhammad Syazwan Bin Muhammad Hasniezam
Nur Afiqah Binti Abdullah
Nur Aieysha Binti Abdullah
Nur Amirah Syahmina Binti Samad
Nur Emellya Erryna Binti Abdullah Mohammad Taufik
Nur Fairielyasha Marshanda Binti Abdullah
Nur Iezatul Binti Hosaini
Nur Qistina Batrisya Binti Ahad
Nur Syammimi Binti Fardi
Nurqistina Batrisya Binti Othman
Nursahmera Binti Amari
Nurul Haidatul Suhaida Binti Jamal
Siti Aisyah Binti Ismail
Syahir Ziqri Bin Shabri
Wan Mohamad Khairul Haziq Bin Wan Mohamad Nazin

Aiz Que Fezzrul Bin Abu Bakar


Anis Aafiyah Binti Mohamad Sahril
Annesya Nurdiana Binti David Qusyairi
Haikal Hazwan Haziq Bin Abdul Hamid
Mohamad Aizat Iqmal Aqiel Bin Mazwan
Mohamad Nazriezan Bin Raffiee
Mohammad Shahroom Bin Muhammad Alif
Mohammad Zarif Tamimi Bin Zaman
Muhammad Adam Hariz Bin Sobrie
Muhammad Firdaus Izzudin Bin Badarudin
Muhammad Hazim Bin Hakiman
Muhammad Iqual Azim Bin Sapendi
Muhammad Taufiq Nazif Bin Talip
Naziha Binti Azeni
Nur Aqilah Binti Hazmi
Nur Arrissa Qaisarra Binti Abdul Rahman
Nur Emmnie Binti Mohd Iswandi
Nur Idriyana Binti Khamady
Nur Iman Suhaila Binti Suhaili
Nur Najwa Izzati Binti Junaidi
Nurfatin Nadia Binti Abdul Rani
Nursyaqira Binti Mazrie
Nurul Alwani Binti Nasip
Qismiena Talita Zahra Mohammad Faiq Akram Binti Abdullah
Veronica Izsabelle Anak Marvin
Victoria Bunga Anak Anthony Mikin

1    Siva dan kawan-kawannya sedang __________ burung di kebun Pak Leh.
A melastik
B menolak
C menanduk
D mendukung

Huraian

A. Melastik - bermaksud melantingkan batu ke arah sasaran dengan menggunakan


lastik, menjepret, menarbil.
B. Menolak - bermaksud mendorong, menyorong.
C. Menanduk - bermaksud menyondol sesuatu dengan kepalanya, memukul dengan
kepala.
D. Mendukung - bermaksud membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pada
pinggang (atau di belakang) atau dengan menyokong punggung kanak-
kanak itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di
bawah ketiaknya.
(ID:1343848061079 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

2    Nenek sedang __________ kain sarungnya yang sudah carik itu.

A menjahit
B membuat
C mencelup
D mengelap

Huraian

A. Menjahit - bermaksud menyambung sesuatu (kain) dengan menggunakan jarum dan


benang.
B. Mengait - bermaksud merajut dengan jarum kait.
C. Mencelup - bermaksud memasukkan (menenggelamkan, menyelamkan) ke dalam
benda yang cair.
D. Mengelap - bermaksud menyapu atau mengeringkan dengan kain lap, menyeka.

(ID:1343848061181 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

3    Pak Ali ________ cucunya sambil berjalan-jalan di halaman rumah.


A memakan
B membuang
C mematikan
D mendukung

Huraian

A. Memakan - bermaksud makan (dengan lebih aktif).


B. Membuang - bermaksud mencampakkan, melemparkan.
C. Mematikan - bermaksud membunuh.
D. Mendukung - bermaksud membawa anak-anak kecil.

(ID:1343848061195 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

4    Kejayaan Anis dalam peperiksaan itu telah __________ nama sekolah.

A membesarkan
B mencanangkan
C melancarkan
D mengharumkan

Huraian

A. Membesarkan - bermaksud menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar.


B. Mencanangkan - bermaksud menceritakan ke merata-rata tempat, mengheboh-
hebohkan.
C. Melancarkan - bermaksud menyebabkan berjalan dengan cepat (licin), melicinkan
(sesuatu usaha dan lain-lain).
D. Mengharumkan - bermaksud menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dan
sebagainya).

(ID:1343848061298 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

5    Adib __________ motosikal ayahnya ke sekolah.


A membawa
B memandu
C mengayuh
D membonceng

Huraian

A. Membawa - bermaksud mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain,


mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung.
B. Memandu - bermaksud membawa (kereta, kapal terbang).
C. Mengayuh - bermaksud menjalankan basikal atau beca (dengan memijak dan
memusingkan kayuhnya).
D. Membonceng - bermaksud menumpang naik motosikal (basikal dan sebagainya).

(ID:1343848061081 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

6    Dinding rumah saya kotor kerana _________ oleh adik.

A diconteng
B disapu
C dibasuh
D ditoreh

Huraian

A. Diconteng - bermaksud dicoreng, dicoret, dicalit, dipalit.


B. Disapu - bermaksud (sudah) dibersihkan (dikesat dan lain-lain).
C. Dibasuh - bermaksud dibersihkan sesuatu dengan air, dicuci.
D. Ditoreh - bermaksud digores dengan agak dalam (pada kulit kayu, badan dan lain-
lain).

(ID:1343848061069 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

7    Adik __________ sementara menunggu kakak pulang.


A termakan
B tertidur
C terambil
D terangkat

Huraian

A. Termakan - bermaksud makan dengan tidak sengaja.


B. Tertidur - bermaksud mulai tidur dengan tidak sengaja.
C. Terambil - bermaksud memungut atau memetik sesuatu dengan tidak sengaja.
D. Terangkat - bermaksud meninggikan atau menaikkan ke atas dengan tidak sengaja.

(ID:1343848061085 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

8    Bapa sedang __________ pokok kelapa di belakang rumah.

A memotong
B mencantas
C menebang
D menebas

Huraian

A. Memotong - bermaksud memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji, parang dan lain-
lain).
B. Mencantas - bermaksud memangkas atau memancung hujung ranting.
C. Menebang - bermaksud memotong pokok kayu dan lain-lain yang besar-besar.
D. Menebas - bermaksud memotong atau merambah pokok-pokok kecil.

(ID:1343848061389 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

9    Anis __________ dengan tetamu yang bertandang ke rumahnya.

A bersilat
B berjoget
C bertumbuk
D bersalaman

Huraian

A. Bersilat - bermaksud bermain silat.


B. Berjoget - bermaksud menari joget.
C. Bertumbuk - bermaksud bergocoh atau bertinju.
D. Bersalaman - bermaksud berjabat tangan.

(ID:1343848061086 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

10    Peserta dari negeri Selangor sedang __________ hujahnya dalam pertandingan bahas
itu.

A menyarankan
B melemparkan
C membahaskan
D mempersembahkan

Huraian

A. Menyarankan - bermaksud mengemukakan (pendapat dan sebagainya),


mengemukakan cadangan, memberi saran.
B. Melemparkan - bermaksud membalingkan, melantingkan, melontarkan.
C. Membahaskan - bermaksud membincangkan sesuatu dengan mengemukakan
hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang),
mendebatkan, memperdebatkan.
D. Mempersembahkan - bermaksud menyampaikan (berita, surat, dan lain-lain) dengan
takzim, mengatakan, menceritakan.

(ID:1343848061299 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

11    Janet sedang __________ pakaian untuk dipakai semasa majlis keraian itu.

A memerah
B menyembur
C menyelak
D memilih

Huraian

A. Memerah - bermaksud memicit  untuk mengeluarkan air.


B. Menyembur - bermaksud keluar dengan memancut, memancar.
C. Menyelak - bermaksud menyingkap (tudung, selubung) membuka, menyingsingkan.
D. Memilih - bermaksud menentukan barang yang disukai.

(ID:1343848061082 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

12    Siew Lan __________ buah mangga itu dengan sebilah pisau yang tajam.

A memicit
B mengelap
C mengupas
D membuang

Huraian

A. Memicit - bermaksud memejal, memijit atau mengurut.


B. Mengelap - bermaksud menyapu, mengering atau menyeka.
C. Mengupas - bermaksud mengopak, mengulit atau mengopek.
D. Membuang - bermaksud mencampak atau melempar.
(ID:1343848061076 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

13    Atlet itu __________ peluh di mukanya dengan sehelai tuala kecil.

A merenjis
B mengesat
C membilas
D membasuh

Huraian

A. Merenjis - bermaksud mengenakan air dengan memercikkannya.


B. Mengesat - bermaksud menyapu-nyapu atau menggosok-gosok supaya kering.
C. Membilas - bermaksud membasuh atau mencuci sesuatu (tubuh, pakaian) untuk kali
kedua dan seterusnya sehingga bersih.
D. Membasuh - bermaksud menyucikan atau membersihkan.

(ID:1343848061077 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

14    Tiap-tiap hari ayah saya __________ motosikal ke tempat kerjanya.

A memandu
B mengayuh
C menunggang
D membonceng

Huraian

A. Memandu - bermaksud membawa kereta atau kapal terbang.


B. Mengayuh - bermaksud menggerakkan perahu dan sebagainya dengan pengayuh,
menggerakkan basikal dengan memijak dan memusingkan kayuhnya.
C. Menunggang - bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu,
mengenderai.
D. Membonceng - bermaksud menumpang naik motosikal atau basikal.

(ID:1343848061390 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

15    Pelumba motosikal itu __________ motosikalnya dengan laju sehingga ke garisan
penamat.

A menarik
B memulas
C menunggang
D membonceng

Huraian

A. Menarik - bermaksud menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke


hadapan, keluar, tercabut, dan lain-lain), menyentak, menyeret.
B. Memulas - bermaksud memusing (kunci, leher, skru, telinga, dan lain-lain),
memutar.
C. Menunggang - bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal,
kuda, dan lain-lain), mengenderai.
D. Membonceng - bermaksud menumpang naik motosikal (basikal dan sebagainya).

(ID:1343848061114 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

16    Nenek __________ ubi kayu itu sehingga empuk sebelum dihidangkan bersama kelapa
parut.

A merebus
B mencabut
C mengopek
D merendam

Huraian
A. Merebus - bermaksud memasak sesuatu dalam air, menggodok.
B. Mencabut - bermaksud menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal)
daripada sesuatu.
C. Mengopek - bermaksud mengupas (kulitnya), mengobak, menguliti, membelah buah
(untuk mendapat isinya).
D. Merendam - bermaksud menaruh sesuatu di dalam air dan lain-lain beberapa lamanya.

(ID:1343848061113 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

17    Nurul __________ juadah itu kepada tetamu yang hadir pada majlis hari lahirnya.

A menunjukkan
B membungkus
C menghidangkan
D mempersembahkan

Huraian

A. Menunjukkan - bermaksud menggunakan sesuatu untuk menunjuk (jari dan lain-


lain), menunjuk dengan.
B. Membungkus - bermaksud membalut.
C. Menghidangkan - bermaksud berhidang menyajikan atau menyediakan makanan
(minuman dan lain-lain).
D. Mempersembahkan - bermaksud menyampaikan (berita, surat, dan lain-lain) dengan
takzim, mengatakan, menceritakan.

(ID:1343848061301 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

18    Pak Mat __________ pokok kelapa di belakang rumahnya.

A mematah
B mengerat
C menebang
D menumbang
Huraian

A. Mematah - bermaksud menukar haluan (arah).


B. Mengerat - bermaksud memotong, memenggal, memancung (kepala).
C. Menebang - bermaksud menebang, memotong pokok kayu dan lain-lain yang besar-
besar.
D. Menumbang - bermaksud membuat tumbang (keladi, pisang, ubi).

(ID:1343848061378 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

19    Setiausaha itu __________ pesanan yang diberikan oleh majikannya.

A melukis
B melakar
C mencatat
D menconteng

Huraian

A. Melukis - bermaksud membuat gambar, peta dan sebagainya.


B. Melakar - bermaksud melukis secara kasar.
C. Mencatat - bermaksud menulis atau merakamkan sesuatu dalam buku.
D. Menconteng - bermaksud mencoreng.

(ID:1343848061087 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

20    Faizal __________ gambar pemandangan itu pada dinding bilik tidurnya.

A menggantungkan
B mengapungkan
C mengait
D menambat

Huraian

A. Menggantungkan - bermaksud menyangkutkan


pada paku dan lain-lain atau
mengikatkan pada sesuatu
supaya terletak pada tempat
yang tinggi, menjadikan
bergantung.
B. Mengapungkan - bermaksud membuat supaya
mengapung di permukaan air
atau udara.
C. Mengait - bermaksud memetik (menarik
dan lain-lain) sesuatu dengan
kait, mencangkuk,
menggancu.
D. Menambat - bermaksud mengikat dengan
tali pada pancang (tiang dan
lain-lain).

(ID:1343848061105 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

21    Tukang kebun __________ lalang yang telah tumbuh di kawasan sekolah.

A mencantas
B menakik
C menoreh
D menebas

Huraian

A. Mencantas - bermaksud memangkas atau memancung.


B. Menakik - bermaksud melukai sesuatu dengan parang.
C. Menoreh - bermaksud menggores dengan agak dalam.
D. Menebas - bermaksud memotong atau merambah pokok-pokok kecil.

(ID:1343848061084 )
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

22    Setiap hari Ali __________ basikalnya ke sekolah.

A menunggang
B mengawal
C memandu
D mendarat

Huraian

A. Menunggang - bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal,


kuda, dan lain-lain), mengenderai.
B. Mengawal - bermaksud menjaga dan mengawasi (tempat, bangunan, dan lain-lain)
supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain).
C. Memandu - bermaksud membawa (kereta, kapal terbang).
D. Mendarat - bermaksud turun dari kapal (perahu dan sebagainya) dan naik ke darat.

(ID:1343848061377 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

23    Bapa telah __________ semula dinding surau yang telah pudar itu.

A mengecat
B membasuh
C menebuk
D mengorek

Huraian

A. Mengecat - bermaksud memberi bercat, mewarnai dengan cat.


B. Membasuh - bermaksud membersihkan sesuatu dengan air.
C. Menebuk - bermaksud  membuat lubang pada, melubangi, menembusi, menggerek.
D. Mengorek - bermaksud membuat lubang (pada sesuatu benda atau di dalam tanah),
mencungkil, menebuk, mengeruk, menggali.

(ID:1343848061183 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
24    Pak Ali tidak berselera untuk __________ makanan yang sedap itu.

A melihat
B menjamah
C memegang
D memasak

Huraian

A. Melihat - bermaksud nampak apabila


memandang, tidak buta, celik.
B. Menjamah - bermaksud menyentuh (dengan
tangan), memegang, makan sedikit,
merasa.
C. Memegang - bermaksud memaut (menggenggam,
mencapai) dengan tangan,
menangkap (pencuri).
D. Memasak - bermaksud sudah tua dan boleh
dimakan (buah-buahan), matang.

(ID:1343848061135 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

25    Murid-murid Tahun Tiga Pintar diarah __________ kertas yang bertaburan di lantai.

A mengutip
B membuang
C membaling
D menyimpan

Huraian

A. Mengutip - bermaksud memungut, memetik atau mengambil sesuatu.


B. Membuang - bermaksud mencampakkan atau melemparkan.
C. Membaling - bermaksud melempar.
D. Menyimpan - bermaksud meletakkan sesuatu di tempat yang sesuai atau sepatutnya.

(ID:1343848061275 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

26    Guru Besar selalu __________ ucapan pada waktu perhimpunan.

A mengatakan
B mengotakan
C menyediakan
D menyampaikan

Huraian

A. Mengatakan - bermaksud mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan,


menyebutkan, menuturkan.
B. Mengotakan - bermaksud memegang teguh (kepada kata), menepati
(melaksanakan) janji.
C. Menyediakan - bermaksud mengadakan (sesuatu untuk), mengatur, menyusun.
D. Menyampaikan - bermaksud melanjutkan (berita, ajaran), memanjangkan (kepada
umum).

(ID:1343848061078 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

27    Kakak Amin sedang __________ ubi kayu di dapur.

A merebus
B menanak
C menjerang
D menggulai

Huraian

A. Merebus - bermaksud memasak sesuatu dalam air, menggodok.


B. Menanak - bermaksud memasak nasi (dalam periuk, kawah, dan lain-lain).
C. Menjerang - bermaksud meletakkan (periuk dan lain-lain) di atas api untuk memasak.
D. Menggulai - bermaksud membuat (memasak) gulai.

(ID:1343848061109 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

28    Gubahan bunga yang ________ oleh Siti sungguh cantik.

A ditontoni
B membuat
C mendapat
D dihasilkan

Huraian

A. Ditontoni - bermaksud dilihat, diperaga, ditunjukkan.


B. Membuat - bermaksud melakukan atau membuat sesuatu.
C. Mendapat - bermaksud memperoleh, mempunyai.
D. Dihasilkan - bermaksud hasil yang dikeluarkan oleh pengeluar.

(ID:1343848061192 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

29    Burung punai itu sedang __________ di atas dahan pokok jambu.

A bertenggek
B berjumpa
C bertandang
D bergayut

Huraian

A. Bertenggek - bermaksud duduk di tempat yang agak tinggi (burung di atas dahan dan
lain-lain).
B. Berjumpa - bermaksud (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat).
C. Bertandang - bermaksud pergi bertamu ke (kepada, di), berkunjung.
D. Bergayut - bermaksud bergantung, berpaut (kera dan lain-lain), berpegang kuat-
kuat.
(ID:1343848061302 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

30    Murid-murid Tahun Enam Arif __________ sambil mengucapkan selamat pagi kepada
Cikgu Nora.

A berborak
B bercakap
C berjalan
D berdiri

Huraian

A. Berborak - bermaksud berbual-bual kosong, bergebang.


B. Bercakap - bermaksud berkata, berbicara, bertutur.
C. Berjalan - bermaksud bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
D. Berdiri - bermaksud bangkit daripada tidur atau tempat duduk.

(ID:1343848061075 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

31    Burung merpati itu sedang __________ telurnya di dalam sarang.

A mengutip
B melahirkan
C mengeram
D mengerit

Huraian

A. Mengutip - bermaksud memungut benda kecil-kecil (satu demi satu atau sebiji demi
sebiji).
B. Melahirkan - bermaksud mengeluarkan anak (dari kandungan), beranak, bersalin.
C. Mengeram - bermaksud menjadikan telur dierami, menetaskan (dengan mengerami).
D. Mengerit - bermaksud menggigit berdikit-dikit, mengerip, mengunggis (berkenaan
tikus dan lain-lain).

(ID:1343848061277 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

32    Encik Abu __________ anaknya berenang di dalam kolam renang.

A memimpin
B mengasuh
C memandu
D mengajar

Huraian

A. Memimpin - bermaksud memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu


tempat (menunjukkan jalan dan lain-lain), membimbing, menuntun.
B. Mengasuh - bermaksud memelihara dan memberi tunjuk ajar, menjaga dan mendidik
(anak kecil).
C. Memandu - bermaksud membawa (kereta, kapal terbang).
D. Mengajar - bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan
sebagainya) kepada orang lain, mendidik, melatih.

(ID:1343848061379 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

33    Encik Lim dan kawannya __________ di beranda rumah sambil minun air teh.

A berbual
B bertikam
C bergaduh
D bertumbuk

Huraian

A. Berbual - bermaksud bercakap-cakap, berborak atau berbincang.


B. Bertikam - bermaksud saling cuba mencucuk lawan dengan benda atau senjata
tajam.
C. Bergaduh - bermaksud berkelahi atau bertengkar.
D. Bertumbuk - bermaksud saling bertinju, saling memukul dengan tangan yang
digenggam.

(ID:1343848061276 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

34    Burung penguin sangat pandai __________ dan berenang.

A merangkak
B membasuh
C menyelam
D menetap

Huraian

A. Merangkak - bermaksud berjalan dengan bertumpu di atas tangan dan lutut.


B. Membasuh - bermaksud membersihkan sesuatu dengan air.
C. Menyelam - bermaksud masuk ke dalam air (dengan seluruh badan).
D. Menetap - bermaksud duduk, tinggal dengan tetap.

(ID:1343848061083 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

35    Kakak Salmi sedang memerah santan kelapa untuk __________ kepala ikan merah.

A menanak
B mengukus
C menggulai
D menggoreng

Huraian

A. Menanak - bermaksud memasak nasi dalam periuk atau kawah.


B. Mengukus - bermaksud memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan
wap air yang mendidih.
C. Menggulai - bermaksud membuat gulai.
D. Menggoreng - bermaksud memasak dengan minyak.

(ID:1343848061391 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

36    Semasa berada di bandar Pontian, kami telah melawat kilang ___________ nenas.

A menyimpan
B mengetin
C mengumpul
D membeli

Huraian

A. Menyimpan - bermaksud menaruh di tempat yang selamat (supaya tidak rosak, tidak
hilang, dan lain-lain).
B. Mengetin - bermaksud membubuh atau menaruh ke dalam tin.
C. Mengumpul - bermaksud menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil
(mengutip) benda-benda yang berselerak (bercerai-cerai) supaya
menjadi sekelompok.
D. Membeli - bermaksud memperoleh barang dengan membayar (harganya).

(ID:1343848061380 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

37    Puan Aminah amat mahir __________ kain songket.

A mengait
B menyirat
C menenun
D menyulam

Huraian

A. Mengait - bermaksud merajut dengan jarum kait.


B. Menyirat - bermaksud membuat jala dan lain-lain, menganyam, menjalin, merajut.
C. Menenun - bermaksud membuat barang tenun (daripada benang, sutera, dan lain-
lain).
D. Menyulam - bermaksud menjahit sulam, menekat, menyuji.

(ID:1343848061107 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

38    Hazri __________ dengan laju hingga ke garisan penamat.

A melihat
B melonjak
C memecut
D mengengsot

Huraian

A. Melihat - bermaksud memandang (menengok, menonton, dan lain-lain) dengan


menggunakan mata.
B. Melonjak - bermaksud melompat ke atas (dengan kedua-dua belah kaki) untuk
mencapai sesuatu.
C. Memecut - bermaksud bergerak dengan jauh lebih laju daripada sebelumnya.
D. Mengengsot - bermaksud bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot.

(ID:1343848061110 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

39    Encik Raju sedang beratur di kaunter untuk __________ bil elektrik yang tertunggak.

A mencatat
B menampal
C membayar
D mengoyak

Huraian

A. Mencacat - bermaksud menulis atau merakamkan sesuatu (dalam buku dan lain-lain)
untuk peringatan (perhatian pada masa hadapan dan lain-lain).
B. Menampal - bermaksud merekat sesuatu (pelekat, poster, dan lain-lain) pada,
menampalkan pada (dengan gam dan lain-lain).
C. Membayar - bermaksud memberi wang untuk harga barang yang diterima (untuk
menyelesaikan hutang, sebagai upah kepada seseorang, dan lain-lain).
D. Mengoyak - bermaksud menjadi besar atau terbuka (luka).

(ID:1343848061068 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

40    Ayah meminta Sani __________ kunci keretanya yang berada di atas almari itu.

A mengambil
B mengetuk
C membuka
D menolak

Huraian

A. Mengambil - bermaksud memegang (memungut, memetik, dan lain-lain) sesuatu serta


menyimpannya atau membawa pergi dan lain-lain, menerima dan
menyimpan sesuatu.
B. Mengetuk - bermaksud memukul dengan buku jari, memukul dengan palu atau
sesuatu alat.
C. Membuka - bermaksud menjadikan tidak tertutup (bertutup).
D. Menolak - bermaksud mendorong, menyorong.

Anda mungkin juga menyukai