Anda di halaman 1dari 7

Perkembangan merupakan satu proses yang

berterusan dari peringkat lahir hingga


peringkat kematangan.

Faktor-faktor perkembangan manusia banyak
dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang
berada di sekeliling mereka.

Untuk itu, perkembangan kematangan deria
adalah penting dalam mempertingkatkan lagi
perkembangan diri setiap individu.
Pelajar mula mendapat kematangan dalam
perkembangan kepekaan deria semasa ia
masih bayi lagi iaitu ketikaberumur 0-2
tahun.

Ketika ini, kanak-kanak telah mula
memperoleh koordinasi dan kawalan otot.

Mereka mula mengenal objek dalam alam
sekitar melalui organ deria dan tangan.

Penglihatan dan pendengaran mula
berkembang secara perlahan-lahan dan mula
matang ketika berumur 6-12 tahun.

Ketika inilah pelajar mula mendapat
perkembangan kepekaan derianya.
Deria dan seni membolehkan individu
meneroka alam sekelilingnya dan ini
merupakan satu proses yang berterusan.

Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri
ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan
eksperimentasi dengan menggunakan deria.
Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh
berinteraksi secara langsung dengan
persekitaran dan belajar mengembangkan
kebolehan mereka untuk membuat
pertimbangan yang baik melalui pengalaman
yang diperolehi.
Merupakan suatu proses dan manifestasi
kepada ekspresi diri, penilaian yang
menentukan elemen-elemen yang wajar
diketengahkan di dalam :-
hasil seni
di dalam menyampaikan idea
emosi
kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling
efektif.


Seni ialah suatu perkara abstrak yang
diterjemah dalam pelbagai bentuk.

Contoh, lukisan bunga orkid berwarna ungu,
muzik romantik menggambarkan cinta.

Seni dan deria bertindak sebagai suatu
eksplorasi untuk:
Mengetahui dan menajamkan deria semasa
berinteraksi dengan persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai