Anda di halaman 1dari 5

1.

Kata adjektif, yang dikenali juga sebagai kata sifat, ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. 2. Kata adjektif dapat berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. 3. Beberapa contoh kata adjektif ialah: adil, agung, ajaib, akrab, aman, aneh, angkuh, arif, asing, asli, asyik, awal, awas, bagus, baik, bangga, banyak, baru, basah, bebas, beku, bengis, berani, berat, besar, biasa, bijaksana, bimbang, bingung, bodoh, boros, bosan, buruk, cerdik, cermat, condong, cuai, curam, curang, curiga, dahaga, damai, dekat, deras, elok, enak, enggan, fasih, gagah, ganas, garang, gatal, gelap, gelisah, gemar, gembira, gemuk, genit, giat, gila, gusar, halus, hangat, hebat, hina, indah, iri, istimewa, jahat, jahil, jemu, jernih, kabur, kagum, kasar, kaya, kecewa, kelam, keliru, kencang, kolot, kotor, kuat, kuno, makmur, malang, malu, manis, manja, masak, masam, dan seterusnya. 4. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya yang bertugas sebagai keterangan penguat. 5. Suatu kata asal yang boleh disertai penguat ialah kata adjektif. Oleh sebab itu, kata keterangan penguat disebut sebagai penanda adjektif. Contohnya: amat adil, paling banyak, sangat cantik, dan sebagainya: 6. Kata penguat sebagai penanda adjektif terbahagi kepada tiga, iaitu: a. penguat depan seperti agak, begitu, demikian, lebih, paling dan terlalu yang letaknya di depan adjektif. Contohnya: agak besar, begitu jelas, demikian mudah, lebih terang, paling tinggi, terlalu yakin b. penguat belakang seperti benar, betul, nian dan sekali yang letaknya di belakang adjektif. Contohnya: bodoh benar, bodoh betul, indah nian, jauh sekali c. penguat bebas seperti amal, sangat dan sungguh yang letaknya boleh di depan atau di belakang adjektif. Contohnya: amat kurus atau kurus amat sangat merah atau merah sangat sungguh cerah atau cerah sungguh 7. Ada juga kata adjektif yang berawalan ter-, misalnya: terbaik, terdekat, tertinggi dan sebagainya. Awalan ter- itu memberikan makna paling. Jadi, terbaik bererti paling baik.

BAHASA MELAYU/FORM 3/NOTES

Page 1

Awas: Jangan Tersalah Lagi! 1. Penguat depan tidak boleh diletakkan di belakang adjektif. Misalnya: a. agak terbaik (bukan * baik agak) b. begitu yakin (bukan * yakin begitu) c. demikian susah (bukan * susah demikian) d. kurang elok (bukan * elok kurang) e. lebih bagus (bukan * bagus lebih) f. paling rendah (bukan * rendah paling) g. terlalu kuat (bukan * kuat terlalu) 2. Penguat belakang pula tidak boleh diletakkan di depan adjektif. Misalnya: a. cerdik benar (bukan * benar cerdik) b. murah betul (bukan * betul murah) c. gagah nian (bukan * nian gagah) d. hebat sekali (bukan * sekali hebat) 3. Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang adjektif sekali gus. Misalnya: a. paling tinggi atau tinggi sekali (bukan * paling tinggi sekali) b. amat hebat atau hebat sungguh (bukan * amat hebat sungguh) c. sungguh kuat atau kuat betul (bukan * sungguh kuat betul) d. begitu yakin atau yakin benar (bukan * begitu yakin benar)

BAHASA MELAYU/FORM 3/NOTES

Page 2

Latihan 1 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Ibu menghiris daging panggang yang _____________ itu nipis-nipis untuk dihidangkan kepada tetamu. A. gebu C. kental B. kenyal D. mampat 2. Fahmi berasa ____________ ketika menghadiri majlis perkahwinan kerabat diraja itu. A. aneh C. pelik B. kekok D. asing 3. Pengantin perempuan itu sungguh _____________ sewaktu mengenakan sepersalinan songket di majlis perkahwinannya itu. A. rapi C. anggun B. segak D. unggul 4. Kakinya terasa __________ kerana terlalu jauh berjalan. A. lemau C. lembik B. lenguh D. kecut 5. Pada malam yang ________ itu. Osman teraba-raba mencari jalan pulang. A. pudar C. malap B. gelap D. terang 6. Dia didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tersebut dalam keadaan fikiran yang _________. A. bersih C. baik B. betul D. waras 7. Orang __________, iaitu yang banyak pengetahuannya dalam bidang agama akan sentiasa dihormati. A. alim C. baik B. jujur D. taat 8. Ayah selalu menasihati abang supaya memandu kereta dengan _____________. A. cermat C. bijak B. baik D. teliti 9. Kami sungguh __________ akan kepetahannya mematahkan pembangkang. A. sangsi C. kagum B. hairan D. kaget 10.Daging kambing panggang itu tidak dapat dimakan kerana terlalu. A. keras C. empuk B. liat D. lembut BAHASA MELAYU/FORM 3/NOTES hujah pihak

Page 3

11.Soalan yang __________ demikian itu pun tidak dapat dijawab olehnya. A. sukar C. ringkas B. mudah D. rumit 12.Para pemandu diminta memperlahankan kenderaan masing-masing apabila melalui jalan yang ____________ itu. A. lebar C. condong B. curam D. berat 13.Bunyi letupan berdekatan. A. kuat B. bising itu amat _________ sehingga menggegarkan bangunan yang

C. teguh D. hebat

14.Keadaan ____________ yang wujud di Negara kita telah menggalakkan kehadiran para pelancong dari seluruh dunia. A. segar C. bersih B. aman D. indah 15.Perahu nelayan itu telah dihanyutkan oleh arus _______. A. laju C. kencang B. deras D. pantas

BAHASA MELAYU/FORM 3/NOTES

Page 4

Latihan 2 Dalam petikan di bawah terdapat tempat-tempat kosong yang bernombor. Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi di tempat-tempat kosong berkenaan bagi menyempurnakan maksud petikan. Suasana di kampung sungguh ___(1)___. Air yang dingin dan ___(2)___ mengalir dari bukit. Udara yang ___(3)___ dapat dirasai kerana adanya pepohon hijau. Burung berterbangan dengan ___(4)___ dan fauna-fauna lain dapat hidup dengan ___(5)___ tanpa gangguan pembangunan. 1. A. B. 2. A. B. 3. A. B. 4. A. B. 5. A. B. molek jelita hening nyaman suci segar cepat laju selamat seronok C. indah D. cantik C. jernih D. bersih C. hening D. bening C. riang D. girang C. lama D. bebas

BAHASA MELAYU/FORM 3/NOTES

Page 5

Anda mungkin juga menyukai