Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang mulia Guru Besar, Sekolah Rendah Katok B, Cikgu
Hj Nikman Bin Hj Muhammad Isa,Penolong guru besar yang dihormati dan dikasihi, guru-guru
dan seterusnya, rakan-rakan sekalian.

Sidang hadirin yang dihormati,

Pertama kali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kepercayaan
mewakili rakan-rakan dalam menyampaikan ucapan wakil pelajar tahun enam dalam majlis
“Graduation Day” murid tahun 6 sekolah rendah katok b.

Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam tahun dirasakan
umpama semalam sahaja. Kini, kita sudah berada pada penghujung tahun terakhir di sekolah
rendah, iaitu tahun enam. Maka, bulan ini merupakan bulan terakhir kita menuntut ilmu di
Sekolah Rendah Katok B yang hebat ini. Begitu berat rasanya untuk meninggalkan sekolah
yang tercinta ini.

Begitu hiba rasanya untuk kita berpisah dengan guru-guru yang amat dedikasi dan prihatin
untuk mendidik serta mengasuh kita. Namun demikian, apalaah daya kita untuk menghalang
waktu untuk terus berlalu, lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan
perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu
pasti akan hadir.

Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,


Jasa dan bakti guru-guru terlalu besar buat kami semua. Tidak akan terbalas dengan wang
ringgit dan harta benda untuk segala bakti yang kalian curahkan kepada kami. Pastinya akan
kami kenang selama-lamanya selagi jantung dan nadi ini masih berdengup dan berdenyut.
Pada kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon
kemaafan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kepada guru-guru yang dikasihi. Hanya
Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan bakti yang telah guru-guru abadikan
kepada kami.
Maka dengan ini sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik dan membimbing kami selama ini
dan maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan kami. Kepada rakan-rakan pula, selamat
menempuh alam sekolah menengah yang tentu jauh bezanya dengan budaya di sekolah
rendah.

Semoga kita akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada ibu bapa kita
serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah guru-guru kita curahkan
untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan dan
ketakwaan.

Pulau pandan jauh ke tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai