Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENDAHULUAN

Mitos, legenda dan memori sosial seringkali diketepikan di dalam sesebuah historiografi

kerana membawa percanggahan fakta. Hal ini kerana keobjektifan fakta sejarah amatlah perlu

bagi meletakkan sesebuah historiografi itu berdasarkan sesebuah peristiwa yang benar-benar

berlaku. Kesemua fakta sejarah perlulah berdasarkan penggunaan sumber-sumber yang jitu,

bukan berdasarkan unsur mitos, legenda dan memori sosial yang diragui kesahihannya.

Petikan ini membincangkan perbezaan antara unsur mitos,legenda dan memori sosial dengan

sejarah. Walaupun unsur-unsur ini seringkali dilihat menjadi faktor utama kepada

percanggahan fakta di dalam historiografi tetapi terdapat faktor-faktor lain yang dilihat lebih

dominan dalam menyumbang kepada percanggahan fakta seperti bias, anakronisme, sumber

lisan, dan kesilapan interpretasi penulis.

Dengan menggunakan karya-karya berunsur sejarah dapat dilihat bahawa

mitos,legenda dan memori sosial telah membawa makna dan kepentingan yang tersendiri

seperti menjadi instrumen perpaduan, memberikan identiti sesebuah negara, membawa unsur

keperwiraan, dan memberi gambaran tentang keadaan semasa sesebuah peristiwa itu dicatat.

Seterusnya kita akan nampak perbezaan dari segi definisi,ciri-ciri dan fungsi antara unsur

mitos,legenda,memori sosial dan sejarah.

1
2.0 ANALISA PERBEZAAN ANTARA MITOS,LEGENDA,MEMORI SOSIAL DAN

SEJARAH

DEFINISI/MAKSUD

MITOS

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , mitos membawa maksud cerita zaman dahulu yang

dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan

tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam. 1. Mitos juga

dikatakan sebagai tradisi agama Hindu, raja-raja itu ialah dewa raja (God-King) iaitu raja

adalah bayangan Tuhan. Konsep ini telah menyebabkan masyarakat membenarkan dan

mempercayai hakikat kehebatan raja. Kesimpulannya, mitos bermaksud kepercayaan atau

keyakinan yang diterima bulat-bulat tanpa bukti.2

LEGENDA

Legenda pula didefinisikan sebagai cerita yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang

bersejarah.3 Legenda adalah satu genre dalam kelompok cerita-cerita rakyat. Harun Mat Piah

(2003), mengemukakan takrifan lebih terperinci terhadap pengertian legenda. Selain memberi

definisi khusus, beliau turut membuat perbandingan yang jelas antara legenda dengan mitos.

Legenda ialah cerita yang serius, dipercayai sebagai benar dan juga mengandungi ciri-ciri

luar biasa, Legenda membicarakan tokoh-tokoh suci, juga tokoh-tokoh sekular, makhluk

ghaib atau manusia biasa, boleh berlaku pada masa lalu tetapi tidak terlalu silam seperti

mitos, atau masa kini, malah berterusan ke masa depan. Secara kesimpulannya, legenda dapat

1
Dewan Bahasa dan Pustaka,Kamus Dewan edisi keempat(Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka,2005),1037.
2
Noriah Taslim, Prinsip pembinaan epik: pendekatan berdasarkan Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Amir
Hamzah(Pulau Pinang:Kedai Buku Koperasi USM,1986),41.
3
Dewan Bahasa dan Pustaka,Kamus Dewan edisi keempat(Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka,2005),909.

2
didefinisikan sebagai cerita prosa rakyat yang ditokohi oleh manusia yang ada kalanya

mempunyai sifat-sifat luar biasa yang dibantu oleh kuasa atau makhluk lain.

MEMORI SOSIAL

Untuk memahami pengertian konsep memori sosial, ia perlu menjadi sedikit lebih mendalam

ke dalam psikologi dan falsafah. Kedua-dua sains menunjukkan bahawa terdapat tidak

sedarkan diri kolektif, yang mengarahkan seluruh masyarakat. Dengan khusus sistem ini

adalah sangat sukar, tetapi hakikat bahawa ia tidak wujud, ia telah terbukti berkali-kali.

Istilah ini adalah sukar untuk memberikan definisi difahami kerana beberapa sebab. Pertama,

ia perlu difahami bahawa kita bercakap mengenai satu konsep semata-mata teori. Kedua,

contoh agak sukar. Walau bagaimanapun, kita perhatikan bahawa ahli-ahli sains moden telah

berkembang lebih jauh daripada pendahulunya, dan dapat memberikan definisi konsep ini

dan memberikan contoh-contoh khusus.

SEJARAH

Kata Sejarah yang kita gunakan pada sekarang berasal daripada perkataan Arab iaitu

Syajaratun yang bermaksus Pohon. Dari sisi lain, istilah history merupakan terjemahan dari

kata dalam bahasa Yunani dan para sejarahwan yang memberikan erti atau bermakna suatu

penyelidikan ataupun pengkajian. Menurut “Bapa Sejarah” Herodotus 4, Sejarah ialah satu

kajian untuk menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat

dan peradaban.

4
Herodotus adalah seorang ahli sejarah Yunani yang dilahirkan di Halicarnassus, Caria dan hidup dalam abad
kelima SM (sekitar 484–425 SM) sezaman dengan Sokrates. Beliau secara meluas digelar sebagai "Bapa
Sejarah"; beliau merupakan ahli sejarah yang pertama diketahui menyimpang daripada tradisi catatan peristiwa
gaya Homeros yang lazim pada zamannya dengan mendekati bahan sejarah sebagai satu kaedah penyiasatan.

3
Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle5, bahawa Sejarah merupakan satu

sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada

masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang

mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang konkrit.

Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-

hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. 6Shefer juga berpendapat bahwa

Sejarah adalah peristiwa yang telah lalu dan benar-benar berterjadi. Sejarah dalam maksud

lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang

sahih yang berguna bagi manusia dalam memperkaya pengetahuan agar kehidupan sekarang

dan yang akan datang menjadi lebih cerah.

Dengan demikian akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok

masyarakat karena telah mempelajari Sejarah, hal ini dapat membentuk sikap tersebut

terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa

lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah bisa dilihat dari tiga

dimensi yaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan)

dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara teliti untuk menentukan

apakah ia benar atau tidak

CIRI-CIRI ANTARA MITOS,LEGENDA,MEMORI SOSIAL DAN SEJARAH

5
Aristoteles atau Aristotle  (384 SM – 7 Mac 322 SM) merupakan pakar sains dan ahli falsafah Yunani. Beliau
belajar dari Plato dan mengajar Alexander Agung.

6
R.G.Collingwood,The Idea of History(Oxford:Clarendon Press,1967),18

4
MITOS

Mitos mempunyai perbezaan dengan legenda,memori sosial dan sejarah.  Terdapat beberapa

ciri yang dapat dikenal pasti yang menunjukkan cerita tersebut adalah bersifat

mitos. Antaranya ialah, cerita mitos dianggap sebagai cerita rekaan tetapi masyarakat

tradisional mempercayai yang cerita mitos itu benar-benar berlaku. Cerita mitos dari segi isi

dan tema, adalah dihubungkan dengan asal usul bermulanya sesuatu kejadian, benda,

binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturunan raja dan lain-lain lagi. Setiap

asal usul itu dikaitkan dengan pelbagai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi

dipercayai benar-benar berlaku.

Cerita mitos juga dikatakan sebagai sebuah naratif tradisional atau cerita lama yang

diperturunkan sejak zaman dahulu.  Contohnya cerita dongeng, cerita binatang, lawak jenaka

dan lain-lain.  Struktur cerita mitos kebiasaannya berkaitan dengan pegangan dan

kebudayaan.  Menurut Hashim Awang (1985), ciri-ciri cerita mitos ialah cerita yang

mengisahkan tentang manusia atau makhluk atau peristiwa luar biasa yang tidak rasional atau

tidak dapat diterima oleh akal manusia.

Bagi masyarakat Melayu tradisional, cerita mitos adalah suci dan mulia serta

berlawanan kepada sifat duniawi.  Cerita mitos adalah cerita tentang dewa-dewi dari

kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagamaan, bersifat suci dan kudus.

Banyak pantang larang dikenakan dalam hal mematuhi cerita mitos.  Masyarakat percaya

bahawa mitos  ini benar-benar berlaku dan menjadikannya sebagai sistem kepercayaan yang

tidak boleh dipersenda-sendakan.  Tambahan lagi, mereka menganggap masyarakat yang

tidak mempercayai dan melanggar pantang larang akan menerima balasan dan mala petaka.

Namun begitu, sesiapa yang percaya dengan mitos dan mematuhi pantang larang tersebut

akan mendapat kebaikan dan kurniaan.

5
Selain itu, mitos juga dapat dikenal pasti mengenai mitos tentang makhluk dengan

tuhan atau nabi.  Sebagai contoh, dalam teks Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang

menceritakan tentang Merah Silu yang bermimpikan Rasulullah.  Di dalam mimpi tersebut

Rasulullah menyuruh Merah Silu mengangakan mulutnya lalu Baginda meludah ke

dalamnya.  Apabila Merah Silu terjaga dari tidur, dia mendapati bahawa dia telah pandai

membaca al-Quran.   Selain itu, dapat dilihat kisah perkahwinan anak Raja Kida Hindi, iaitu

Puteri Syahrul Bariyah dengan Raja Iskandar yang berwalikan Nabi Khidir.  Sebelum Puteri

Syahrul Bariyah dikahwinkan dengan Raja Iskandar, Raja Kida Hindi menyuruh Perdana

Menteri bertanyakan Nabi Khidir tentang gerangan yang akan dijodohkan dengan puterinya.

LEGENDA

Isi dan tema cerita lagenda berkaitan dengan tokoh-tokoh terkenal yang dipercayai pernah

hidup suatu ketika dahulu, dikaitkan dengan sifat kepahlawanan yang tiada tolok bandingnya,

menjadi kebanggaan masyarakat setempat yang dianggap mempunyai keistimewaan dan

bersifat kudusLegenda ialah cerita yang mengisahkan kebesaran dan keistimewaan seseorang

tokoh yang diyakini kewujudannya oleh masyarakat. Cerita tersebut sering kali dibuat secara

berlebih-lebihan dan melampaui kelaziman yang biasa dimiliki oleh seseorang manusia.

Cerita-cerita tentang tokoh lagenda ini juga bercampur aduk antara unsur sejarah dengan

unsur fantasi. Tokoh-tokoh lagenda itu biasanya menjadi kemegahan dan kebanggaan sesuatu

bangsa. Tokoh-tokoh lagenda biasanya mempunyai ciri seperti memiliki rupa paras yang

kacak dan tampan, berperibadi mulia, dan bijaksana. Ketampanan, kemuliaan dan

kebijaksanaan mereka dikagumi dan disenangi setiap orang.

Selain itu, ciri-ciri lagenda ialah watak dan perwatakan terdiri daripada golongan yang

disegani, watak ini biasanya memiliki ilmu kepahlawanan, cekap bermain senjata, gagah dan

perkasa serta berani. Kehebatan mereka selalunya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana

6
pahlawan sekalipun. Mereka memiliki ilmu kesaktian ataupun ilmu hikmat yang membantu

mereka dalam apa-apa jua keadaan semasa berjuang. Mereka, taat dan setia kepada keluarga

dan raja. Ketaatan dan kesetiaan mereka begitu luhur clan suci, mereka memiliki

keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia biasa. Berdasarkan  pada hakikat tersebut,

dapat ditemukan perbezaan yang ketara antara legenda dengan mitos.Legenda lebih berpijak

di bumi nyata, yakni tokoh yang dipusatkan 'lazimnya memang pernah hidup (diyakini

kewujudannya) dan tokoh itu banyak jasanya. Mereka disenangi dan menjadi sebut-sebutan

(idola) masyarakat dan lantaran itu, perwatakan mereka telah ditokok tambah oleh

masyarakat, malah sikap, pemikiran, dan tindakan mereka, dijadikan ikut-ikutan oleh

kelompok tertentu.

MEMORI SOSIAL

Ciri-ciri memori sosial (bertentangan dengan ingatan individu tertentu) yang ingatan mana-

mana lelaki adalah terbatas, ia mempunyai permulaan, tetapi sentiasa berakhir. Seseorang itu

tidak boleh menjadi pembawa ingatan sejarah. Bercakap memori sosial, anda tidak boleh

mengasingkan beberapa orang atau sekumpulan individu yang pemegang jawatannya. definisi

merujuk kepada sekumpulan orang, tetapi kira-kira kumpulan yang sangat besar orang -

masyarakat di seluruh dunia. Individu, yang merupakan seorang anggota masyarakat, adalah

komponen kecil memori sosial. warisan budaya tidak mungkin tanpa masyarakat, tanpa

sekumpulan orang, yang dengan caranya sendiri ia menafsirkan dan pas.

Ramai ulama telah memberi tumpuan kepada hakikat bahawa jika memori sosial - koleksi

kenangan individu, keseluruhan lebih besar daripada komponen individu dalam kepentingan.

Ini adalah penemuan yang sangat penting, yang membawa kepada masyarakat memahami

kepentingan orang, pertukaran bersama pengetahuan dan kerjasama di seluruh dunia.

7
Ciri-ciri memori sosial dikurangkan kepada satu pemahaman global - ia tidak

mempunyai sempadan. Ia mungkin wujud hanya sekiranya semua umat manusia akan hilang,

kepada seorang lelaki. Bagi walaupun satu orang boleh mencipta semua lalu sejenis. Ya, ia

adalah cacat dan tidak tepat, tetapi walaupun dalam bentuk ini Memori sosial akan terus

wujud.

SEJARAH

Antara ciri-ciri sejarah ialah fakta sejarah perlu tepat dan benar.Fakta atau maklumat sejarah

bermaksud peristiwa tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan

sumber yang sahih.Fakta sejarah tidak boleh direka dan tokok tambah dan fakta sejarah juga

perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya. Contohnya, penemuan

arkeologi Kota Tampan, Perak membuktikan penempatan awal di negara kita bermula sejak

35,000 tahun dahulu.

Seterusnya ialah fakta sejarah penting dan bermakna mengingati tarikh lahir, tarikh

sambutan hari kebangsaan hari guru dan segala kejadian berkaitan dengannya adalah adalah

sebahagian daripada sejarah. Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya

kerana ia amat masyarakat dan negara. Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad

tersebut mengandungi maklumat pengenalan diri, lessen memandu, jenis darah, jenis

penyakit yang dihidapi dan sebagainya.

Selain itu sebab dan akibat. Ciri ini adalah sangat penting. Sejarah juga menjelaskan mengapa

sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada peristiwa atau sebab dan akibat Pengkaji

sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu

peristiwa apa,siapa, bila,di mana,mengapa dan bagaimana peristiwa itu berlaku. Sebagai

contoh: Kemasukan kaum imigran Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman

8
penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai

budaya dan amalan sendiri.

FUNGSI MITOS,LEGENDA,MEMORI SOSIAL DAN SEJARAH

MITOS

Menurut Hooykas (1965), mitos berfungsi untuk menceritakan tentang asal usul raja-raja.

Asal usul raja-raja kerajaan Melayu tua ini kebiasaanya dihubungkan dengan objek-objek

seperti buluh, buih dan mayang pinang. Tujuan utama gambaran tentang asal usul raja ini

digembar gemburkan adalah untuk meningkatkan taraf dan kedudukan raja. Hal ini kerana,

dalam kisah-kisah yang dipaparkan, raja-raja ini mempunyai keupayaan untuk berhubung

secara langsung dengan tokoh-tokoh jin, lembu dan Batala, tokoh mitos Puteri Mahtabu’l

Bahri dan Raja Aftabu’l Ardh serta pelbagai lagi tokoh dari dalam laut dan kayangan.7

Contohnya kisah berkenaan dengan Raja Suran, yang merupakan keturunan Iskandar

Zulkarnain, yang dikatakan telah masuk ke dalam laut. Dalam pengembaraan tersebut,

baginda telah terjumpa sebuah negeri yang didiami oleh kaum Bersam. Kaum di negeri

Bersam ini terdiri daripada orang kafir dan Islam. Raja Suran kemudiannya dikhabarkan

berkkahwin dengan puteri kerajaan tersebut iaitu, Puteri Mahtabu’l Bahri dan dikurniakan

tiga orang putera.

Seterusnya, mitos berfungsi untuk menceritakan tentang asal usul sesuatu tempat.

Mitos berkenaan dengan asal usul sesuatu tempat ini kebiasaannya dikaitkan dengan unsur-

unsur binatang dan anasir-anasir alam seperti pokok kayu, buah-buahan,mayang pinang dan

lain-lain. Binatang yang dijadikan unsur mitos itu pula terdiri daripada binatang yang luar

biasa sifatnya, tangkas, besar, cerdik dan cantik seperti singa, pelanduk, anjing dan semut

besar, (Yusoff Iskandar, 1986).

7
Yusoff Iskandar,Zahrah Ibrahim "Sejarah Melayu Sebagai Teks Sastera Yang Bercorak Sejarah" dalam Sastera
Sejarah(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1986)121.

9
Mitos juga turut dikaitkan dengan sejarah kemasukan agama Islam ke Melaka dan

Pasai, (Yusoff Iskandar, 1986). Tujuan utama mitos tentang pengislaman ini dibuat adalah

untuk membezakan cara rakyat dan raja memeluk Islam. Raja mempunyai cara yang lebih

istimewa dalam memeluk agama Islam berbanding rakyat jelata. Pengislaman raja ini

dikatakan berlaku secara langsung dari Mekah dalam mimpi. Dalam mimpi tersebut, mereka

bertemu dengan tokoh-tokoh Islam dan beberapa orang wali yang mempunyai hubungan

dengan penyebaran Islam di Melaka dan Pasai. Keisitimewaan ini pula muncul berikutan sifat

sosial dan politik raja itu yang sememangnya mempunyai taraf yang tinggi dalam

masyarakat. Menerusi mitos yang ditampilkan ini, kita dapat mengetahui cara agama Islam

berkembang di Melaka, iaitu melalui raja. Seterusnya, pengislaman raja ini diikuti oleh

pembesar dan rakyat jelata.

Selain itu, mitos juga turut dikaitkan dengan popular idea berhubung dengan sesuatu

peristiwa aneh dan ajaib yang berlaku, (Yusoff Iskandar, 1986). Peristiwa ini dipercayai

hanya dialami oleh raja ataupun dalam kalangan mereka yang mempunyai hubungan yang

rapat dengan istana. Antara contoh popular idea ini ialah berkaitan dengan konsep daulat dan

derhaka. Seorang raja dipercayai mempunyai satu bentuk kepercayaan mistik, iaitu daulat.

Menerusi kepercayaan ini, rakyat dilarang daripada melanggar hak daulat yang dimiliki oleh

raja tersebut. Sekiranya larangan ini diingkari, dalam erti kata yang lain derhaka kepada raja,

orang tersebut akan menerima balasan yang buruk.

Antara contoh kisah yang berkenaan dengan konsep daulat dan derhaka ini ialah kisah

berkenaan dengan Sang Rajuna Tapa yang bertukar menjadi batu. Sang Rajuna Tapa

merupakan bendahara kepada Raja Iskandar Syah, iaitu pemerintah Singapura. Sang Rajuna

Tapa ditimpa daulat Raja Iskandar Syah kerana belot kepada baginda dan bersubahat dengan

Majapahit, musuh Singapura. Akibat daripada tindakannya itu, Singapura telah kalah kerana

diserang Majapahit. Raja Iskandar Syah kemudiannya lari ke Melaka, manakala Sang Rajuna

10
Tapa dan isterinya bertukar menjadi batu sebaik sahaja Raja Iskandar Syah melarikan diri ke

Melaka. Batu itu dipercayai masih lagi wujud di Singapura.

Disamping itu, mitos juga digunakan sebagai dakyah untuk mengecam

penyelewengan yang selalunya dilakukan oleh raja, (Yusoff Iskandar, 1986). Penggunaan

mitos digunakan kerana kritikan secara terang-terangan atau langsung kepada raja, boleh

menyebabkan seseorang itu dilabel sebagai menderhaka dan boleh ditimpa daulat raja. Jadi,

kritikan ini hanya dapat disampaikan dalam bentuk penulisan. Dalam Sejarah Melayu,

kritikan ini disampaikan dalam bentuk mitos yang pelbagai.

Contoh mitos yang berfungsi sebagai kritikan ini dapat dilihat dalam kisah

peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Syah. Puteri Gunung Ledang telah

meletakkan syarat-syarat yang sukar untuk dijadikan hantaran bagi meminang dirinya.

Kesemua syarat-syarat tersebut sanggup dipatuhi oleh baginda, walaupun berat. Namun,

apabila tiba kepada syarat yang melibatkan nyawa anakanda baginda, baginda tidak sanggup

untuk melakukannya. Hal ini jelas membuktikan bahawa baginda seorang opportunist,

(Yusoff Iskandar, 1986). Baginda sanggup membiarkan rakyat terkorban dan menderita

asalkan kemahuan baginda tercapai, namun apabila kemahuan tersebut melibatkan

kepentingan diri dan keluarganya, baru lah baginda melupakan kemahuan baginda yang

tinggi itu.

LEGENDA

Menurut Yusoff Iskandar (1986), legenda merupakan kisah-kisah mengenai keperibadian dan

keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu, tokoh-tokoh

yang berkemungkinan besar memang hidup dalam sejarah umpamanya.  Seterusnya, tokoh-

11
tokoh ini pula tidak sunyi daripada dikaitkan dengan tokoh-tokoh yang ada hubungannya

dengan kekuatan politik dan agama.

Di samping itu, keunggulan tokoh-tokoh ini sering dihubungkaitkan dengan watak-

watak istimewa dan supernatural seperti gagah, berani, kuat, pintar dan bijak, mempunyai

kebolehan dan kekuatan batin yang luar biasa serta sangat terkenal dalam sejarah tempatan

sesuatu masyarakat.  Justeru, legenda menjadi kebanggaan bahkan kerap diteladani oleh

masyarakat setempat, lalu menjadi milik seluruh masyarakat tersebut.  Berdasarkan hal

tersebut, dapatlah diketahui bahawa legenda ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Masyarakat Melayu amat sinonim dengan konsep ‘tulah raja’.  Barangsiapa yang

menderhaka kepada sultan atau raja, mereka akan mendapat hukuman atau terkena ‘tulah

raja. Sehubungan dengan itu, antara fungsi legenda adalah untuk memperkuat konsep

‘daulat’, ‘taat’ dan ‘derhaka’ dalam masyarakat Melayu. 8Seterusnya, legenda juga berfungsi

untuk memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan mental orang-orang Melayu.  Hal ini

dapat digambarkan melalui kebijaksanaan Sultan Mansur Syah dalam mentadbir kerajaannya.

Baginda bertindak menjalin hubungan diplomatik dengan beberapa buah kuasa besar sebagai

langkah berjaga-jaga.  Meskipun Siam pada ketika itu telah menyerang Melaka sebanyak dua

kali dan tewas, namun itu bukanlah bermakna mereka tidak akan menyerang Melaka lagi.

Maka, Sultan Mansur Syah telah membuat keputusan untuk berbaik-baik dengan Siam.  Hal

ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan keamanan kerajaan Melaka.

Selain itu,  legenda turut berfungsi menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap

agama Islam.  Hal ini dapat dilihat daripada kisah Tok Senik di Beserah yang merupakan

seorang pemimpin agama telah bertindak membuka Pekan Beserah setelah merantau dari satu

tempat ke satu tempat di utara Semenanjung Tanah Melayu.9

8
Yusoff Iskandar,Zahrah Ibrahim "Sejarah Melayu Sebagai Teks Sastera Yang Bercorak Sejarah" dalam Sastera
Sejarah(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1986)163
9
Aripin Said,Prosa Warisan (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka ,1996)57.

12
Kisah ini menunjukkan betapa pengaruh seorang pemimpin agama itu sangat memberi

kesan yang besar kepada orang di sekelilingnya.  Hal ini demikian kerana, ketika Tok Senik

datang ke pekan tersebut yang pada asalnya masih belum mempunyai nama, beliau terus

mencadangkan nama Pekan Beserah kerana dikaitkan dengan kehidupan seorang Islam yang

sentiasa berserah kepada Allah dalam apa-apa jua perkara.  Kisah ini juga telah dibawa turun-

temurun oleh rakyat tempatan dan dipercayai ramai.  Pada masa yang sama, perkara ini juga

sebenarnya mampu mengukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu tokoh dan

peristiwa bercorak sejarah.

Fungsi legenda yang seterusnya adalah untuk memberikan hak legalisasi terhadap

raja-raja yang berkenaan10.  Berhubung dengan hal ini, perihal menghubungkan tokoh-tokoh

bersejarah dengan tokoh-tokoh legenda zaman dahulu sebenarnya bukanlah dibuat secara

kebetulan, sebaliknya ada kepentingannya yang tersendiri, iaitu untuk kepentingan politik.

Akhir sekali, legenda juga berfungsi menceritakan salasilah raja-raja.  Hal ini dapat

dibuktikan melalui Hikayat Raja-raja Pasai,11 iaitu mengenai salasilah Merah Silau atau

Sultan Malikul Saleh, yakni nama baginda selepas memeluk Islam.  Pada awal hikayat ini ada

disebutkan tentang salasilah Merah Silau dari awal yang bermula daripada kisah Raja Ahmad

dan Raja Muhammad yang masing-masing menjumpai seorang kanak-kanak (Puteri Betung)

daripada buluh betung dan seorang lagi dijumpai bersama-sama dengan seekor gajah (Merah

Gajah).  Setelah kedua-dua mereka membesar, mereka pun dikahwinkan dan dikurniakan dua

orang cahaya mata, iaitu Merah Silau dan Merah Hasum (Russell Jones, 1997).

10
Yusoff Iskandar,Zahrah Ibrahim "Sejarah Melayu Sebagai Teks Sastera Yang Bercorak Sejarah" dalam
Sastera Sejarah(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1986)163
11
Hikayat Raja-Raja Pasai atau juga Hikayat Raja Pasai menceritakan kisah raja-raja di negara Islam pertama
di Asia Tenggara kini yang bernama Pasai. Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu,
mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan Jawi).

13
Secara umumnya, legenda-legenda ini sengaja diwujudkan dengan tujuan-tujuan

tertentu yang dihubungkan dengan seseorang tokoh, raja, pahlawan, ulama dan sebagainya.

Pelbagai sanjungan diberikan kepada individu-individu tersebut.  Di samping itu, sanjungan

tersebut pula lahir sesuai dengan fungsinya yang berfungsi memperbesar-besarkan taraf,

keturunan dan kedudukan raja yang disanjung.

MEMORI SOSIAL

Sesetengah sejarawan melihat memori sosial sebagai memori kolektif. Walaubagaimanapun

memori sosial sangat penting dan mempunyai kebergantungan terhadap pengkisahan sejarah.

Memori sosial merupakan kerangka konsep yang digunakan oleh sejarawan untuk mengkaju

dan menghuraikan sesuaty peristiwa. Dengan adanya memori ,kita dapat mengetahui

bagaimana peristiwa bersejarah itu berlaku. Satu contoh yang menarik memori sosial rakyat

boleh dilihat dalam perkara yang sangat mudah: bagaimana orang melayan orang lain,

bagaimana untuk memilih seorang pemimpin politik seperti membina budaya, bagaimana

untuk mendidik generasi muda. Secara berasingan, setiap satu daripada faktor-faktor ini tidak

akan kelihatan begitu ketara menjejaskan memori sosial masyarakat. Walau bagaimanapun,

kemunculan ini adalah menipu, kerana jumlah bahagian-bahagian yang lebih besar daripada

dirinya, menyampaikan sesuatu yang besar.

Contoh memori sosial individu jelas dilihat dalam tabiat domestik, pertimbangan dan

keputusan yang diperlukan. Pengaruh alam sekitar, serta pengetahuan tentang masa lalu,

walaupun mereka tidak sistematik, mempunyai kesan yang besar ke atas tingkah laku

seseorang dalam persekitaran hari ini. Sedar nenek moyang mereka yang besar, warganegara

aktif menyatakan dirinya di arena politik, ekonomi dan sosial negara. Dan rakyat, biasa

dengan hakikat bahawa mereka ditolak di sekitar, menjadi pasif dan bersikap tidak peduli,

tidak pun membuat satu percubaan untuk membetulkan keadaan.

14
SEJARAH

Tujuan utama sejarah pembelajaran adalah mengetahui peristiwa yang berlaku pada masa

lalu. Ini adalah asas utama sejarah pembelajaran. Kita boleh mengetahui apa yang berlaku

pada masa lalu, siapa yang terlibat, di mana peristiwa itu berlaku dan apakah kesan kejadian

itu. Mempelajari sejarah akan menambah pengetahuan dan wawasan dari era ke era.

Satu fungsi belajar sejarah adalah berfungsi sebagai alat pendidikan. Ini bermakna

sejarah digunakan sebagai medium pembelajaran. Kita juga boleh mengkaji sejarah,

mempelajari tentang tokoh-tokoh sejarah dan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada

masa lalu.

Manfaat sejarah pembelajaran berikutnya adalah manfaat inspirasi. Ini bermakna

sejarah digunakan sebagai sumber inspirasi untuk kita hari ini. Contohnya, orang Indonesia

yang pernah menang dalam era kerajaan Hindu-Budha, boleh digunakan untuk memberi

inspirasi kepada Indonesia untuk menang kembali di era moden hari ini. Sejarah juga boleh

menjadi sumber inspirasi seni, mulai dari filem, buku, novel dan muzik.

Sejarah adalah bidang sains di mana banyak pelakon terlibat. Kini sejarah boleh

digunakan sebagai profesion atau pekerjaan. Orang yang mempelajari sejarah dipanggil ahli

sejarah. Walaupun profesion lain seperti ahli arkeologi, guru sejarah, penulis sejarah dan

penyelidik juga dikategorikan sebagai profesional yang berkaitan dengan sejarah.

15
Sejarah sangat luas dan pelbagai. Tidak hanya mengenai sejarah kemerdekaan

Indonesia, tetapi banyak lagi sejarah yang menarik untuk diteliti seperti sejarah Perang

Dunia, Revolusi Industri, sejarah tamadun Islam, sejarah penemuan benua Amerika dan lain-

lain. Dengan mempelajari sejarah, ia tentu akan meluaskan pengetahuan kita dan meluaskan

fikiran kita.

Oleh itu rujukan kepada manfaat sejarah lengkap termasuk faedah pendidikan,

inspirasi, kreatif, pengajaran, profesionalisme dan lain-lain. Penjelasan mengenai manfaat

sejarah pembelajaran dipetik dari pelbagai sumber mengikut pakar. Sudah tentu sejarah

pembelajaran akan memberi manfaat kepada kita.

16
3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulan kita boleh melihat bahawa terdapat pelbagai perbezaan antara

mitos,legenda dan memori sosial dengan sejarah. Walaupun kekadang semua nampak seperti

fakta sejarah tetapi tidak. Setiap antara itu mempunyai ciri-cirinya sendiri. Oleh itu,sebagai

pelajar Sejarah kita perlu dapat membezakan sejarah dengan mitos,legenda mahupun memori

sosial. Ini akan membuatkan fakta sejarah dinilai dengan tepat. Kita juga perlu mendidik

generasi akan tentang perbezaan-perbezaan ini agar sejarah menjadi ‘sejarah’ yang tulen.

17
4.0 BIBLIOGRAFI

18

Anda mungkin juga menyukai