Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN KETUA MURID HARI KANAK-KANAK 2015

Terima kasih tuan pengerusi majlis.


Yang Berusaha Tuan guru besar CIKGU MOHD TAHIR BIN SUPIAN
Yang Dihormati CIKGU ZURAIDA BINTI AB WAHAB – Guru Penolong Kanan 1,
Yang Dihormati CIKGU SANAT BIN OMAR– Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati CIKGU MIMI NAJUA BINTI ZAINAL – Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang Disayangi Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sebelum kata bersusun bicara, terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada
pihak sekolah kerana telah memilih saya untuk berucap bagi mewakili rakan-rakan sempena dengan
sambutan Hari Kanak- Kanak Sedunia peringkat SK PERMAS JAYA 4 pada hari ini.
Rakan – rakan yang dihormati,
Hari ini adalah hari yang istimewa untuk kita – yang bergelar kanak-kanak. Ada berjuta kanak-kanak di
dunia. Kita adalah di antara kanak-kanak yang paling bertuah. Hari ini kita diraikan dan kita meraikan
Hari Kanak-Kanak dalam suasana yang ceria, gembira dan selamat. Menginsafi rakan-rakan diceruk
dunia yang berbeza, dengan seribu satu warna kehidupan dan cerita lara, kita adalah insan terpilih untuk
mengecapi nikmat diberi di bumi Malaysia. Justeru, sewajarnya kita harus berbangga menjadi
warganegara Malaysia dan kita seharusnya menjadi permata di bumi yang permai ini.
Guru-guru yang disayangi,
Kami adalah kanak-kanak yang dahagakan ilmu pengetahuan, kemahiran dan didikan. Kami sedar tanpa
ilmu, kami akan ketinggalan dalam perkembangan dunia pada hari ini. Bimbinglah kami, ajarkan kami,
sayangilah kami. Tanpa guru siapalah kami. Kami adalah cerminan warna dunia pendidikan pada hari ini
untuk menjadi pewaris generasi masa depan.
Rakan-rakan sekalian,
Kita sedia maklum bahawa kita adalah generasi pewaris bangsa, penerus tradisi budaya dan tunggak
kecemerlangan negara. Maka dengan itu, marilah kawan-kawan, kita membuka tekad baru untuk
berazam menjadi kanak- kanak dan murid yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan berdaya saing
untuk maju dalam akademik serta kokurikulum dan mengharumkan nama sekolah.

Sebelum berlabuh tirai bicara, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang
sudi mengajar dan membimbing kami. Gurulah ratu dihati kami. Tanpa guru, siapalah kami. Terima kasih
daun keladi kerana sudi meraikan kami pada hari ini.
Akhir kata saya ucapkan
“Selamat Menyambut Hari Kanak-Kanak”.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai