Anda di halaman 1dari 31
$S emt Ke’ y 2A NN. SEJjJA RAH MA TEA FES 1s Diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur www.um.edu.my/umpress © Sivachandralingam Sundara Raja, 2005 _Cetakan Pertama, 2005 Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipuin termasuk eleKtronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain tanpa mendapat izin daripada Penerbit. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Sivachandralingam Sundara Raja, 1964- Sejarah perdagangan bebas/ Sivachandralingam Sundara Raja. ISBN 983-100-262-8 1, Free trade—England—1500-1800. 2. England—Economic conditions. 3. England—Commerce—Straits settlements—History. 1. Judul 382.9420595104 Dicetak oleh Penerbit Universiti Malaya 5.43 Kuala Lumpur 5 FRANCIS LIGHT DAN STAMFORD RAFFLES DALAM PERDAGANGAN DAN PELABUHAN BEBAS DI NEGERI-NEGERI SELAT Individu seperti Francis Light dan Stamford Raffles bertanggungjawab dalam memperkembangkan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas di Negeri-negeri Selat. Francis Light memainkan peranan penting dalam penguasaan Pulau Pinang dan perkembangannya sebagai pelabuhan bebas pada akhir abad ke-18.' Stamford Raffles pula bertanggungjawab dalam perkembangan Singapura sebagai pelabuhan bebas pada awal abad ke-19./Dalam konteks ini perlulah diperinci faktor-faktor yang mendorong kedua-dua tokoh ini mempelopori dasar perdagangan bebas di Kepulauan Melayu. /Peranan Francis Light Cita-cita Francis Light untuk menguasai kekayaan Kepulauan Melayu menjadi faktor penting Pulau Pinang dimajukan sebagai pelabuhan bebas. Dengan menjadikan Pulau Pinang sebuah pelabuhan bebas, sebahagian besar kekayaan perdagangannya dibolot oleh Francis Light dan rakannya, James Scott (SSR (JOL), Vol. 2, £.45).4 Mereka menyertai perkongsian perdagangan (joint stock) pada 1787 dan salah satu syarat perkongsian tersebut ialah Francis Light harus memberikan kebebasan kepada mereka yang mengunjungi pelabuhan, tetapi tidak harus campur tangan dalam hal pengurusannya’ (“Notices on Pinang”, JIA, Vol. 5, 1851:100). Syarat ini menjamin kedudukan James Scott yang dominan dalam perdagangan Negeri Selat® (Stevens, 1929-3 79). 93 e Sejarah Perdagangan Bebas Kepentingan perdagangan Francis Light dan James Scott, dihalkan dengan menarik oleh juruukur tanah Pulau Pinang, Kapten Kyd pada 1795. Menurutnya, “Kerjasama Light-Scott telah menjadi halangan besar kepada semua perusahaan bebas hinggakan tiada institusi komersial atau pedagang yang mempunyai sumber kewangan berani mendirikan sebarang perusahaan.” (Kyd kepada Bengal, 2 Ogos 1795, SS(F)R, Vol. 7, memetik daripada Tregonning, 1965:166). Ternyata Francis Light sedar akan faedah yang bakal diperoleh Pulau Pinang sebagai penempatan perdagangan. Keinginannya untuk memajukan perdagangan, bukan bertujuan untuk melihat peluasan perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris semata-mata, tetapi didorong oleh kepentingan peribadi (Bonney, 1964/65:34). Hal ini tidak menghairankan kerana gaji yang diterimanya amat sedikit. Malah Light sendiri mengakui yang beliau mungkin telah lama meninggalkan jawatan tersebut jika bukan kerana perkongsian perdagangan dengan James Scott? Francis Light dan James Scott juga berjaya meraih kekayaan melalui sistem tanah yang diperkenalkan pada peringkat awal penguasaan Pulau Pinang.’ Melalui dasar ini, Francis Light menggalakkan pembukaan tanah dan memberikan gelaran (title) kepada mereka yang mengusahakannya. Sistem ini membawa penguasaan berpuluh-puluh ekar tanah oleh orang perseorangan dan bangsa Eropah lain. Francis Light berbuat demikian untuk memasyhurkan penempatannya dan menggalakkan imigrasi (SSR (IOL), Vol. 3, £.67). Tindakan Light menyerahkan tanah secara bebas tidak disenangi oleh kerajaan India, tetapi beliau tidak mengendahkannya.’ Tanah yang diberikan ini akhirnya terpaksa ditinggalkan apabila pemilik tanah yang rata-rata terdiri daripada bangsa Eropah dan Asia tidak menetap kekal di Pulau Pinang. Tambahan pula, Pulau Pinang tidak bersih, tidak mempunyai pegawai perubatan, dan kemudahan perubatan. Keadaan ini mengakibatkan kadar kematian penduduk tinggi. Ramai pemilik tanah mula meninggalkan penempatan mereka dan kebanyakan tanah berharga mula jatuh ke tangan mereka yang membeli dengan harga yang rendah. Kesempatan ini digunakan oleh firma Scott untuk membeli kesemua tanah tersebut (Stevens, 1929:380- 1). Syarikat Scott juga berperanan sebagai bankers dan peminjam wang kepada komuniti Pulau Pinang dan menawarkan bantuan kewangan dengan menerima cagaran. Dengan cara ini syarikat itu berjaya mengumpulkan satu juta rupee pada tahun 1796 (Stevens, 1929:381). Keuntungan yang diperoleh syarikat Scott telah memungkinkan Kerajaan Pulau Pinang mengaut keuntungan yang besar melalui jpercukaian.” Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas: Hakikat bahawa cita-cita Francis Light menjadi faktor utama penguasaan Pulau Pinang menjadi lebih nyata apabila ditinjau pengetahuan yang ada pada dirinya tentang hal ehwal dan kedudukan negeri Melayu. Melalui surat yang dikirimkan oleh Francis Light kepada Gabenor Jeneral India, Lord Cornwallis, bertarikh 7 Januari 1789, beliau memberikan gambaran lengkap tentang Negeri Melayu yang terletak di sekitar Pulau Pinang dan hasil buminya" (Lampiran 11). Maklumat ini dikutipnya sebelum penguasaan Pulau Pinang. Hal ini tidak menghairankan, kerana selaku country trader, Light menjalin hubungan yang erat dengan pembesar Negeri Melayu. Justeru beliau sedar jika Pulau Pinang dijadikan pelabuhan bebas, pasti akan memudahkan pengumpulan kekayaan dari kawasan-kawasan sekitarnya” (SSR (IOL), Vol. 2, f.436). Hakikat kepentingan peribadi Francis light mendahului faktor- faktor lain untuk menguasai Pulau Pinang jelas apabila beliau tidak memaklumkan hasrat Sultan Kedah, Raja Abdullah Mahrum Shah (1779-1802) meminta bantuan ketenteraan daripada Gabenor-Jeneral di India® (Bonney, 1964/65:31). Keputusan Sultan Abdullah, untuk memajakkan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan ee terhadap penguasaan Burma ke atas Siam dan kemungkinan fercetusnya peperangan Burma-Siam (Bonney, 1964/65:3 1). Untuk mengelakkan Kedah terseret dalam percaturan politik antara kedua-dua negara itu, Sultan Abdullah berpendapat bijak jika Pulau Pinang dicagarkan kepada Syarikat supaya bantuan ketenteraan bagi mempertahankan Kedah" dapat diperoleh. Sultan sebenarnya sanggup menyerahkan Pulau Pinang jika dibayar 30,000 dolar Sepanyol setahun sebagai ganti rugi menyerahkan monopoli ke atas bijih timah, candu, dan rotan."* Yang menarik dalam hal ini ialah surat tersebut ditulis oleh Francis Light sendiri dengan tidak menyebut permintaan ketenteraan Sultan kepada kerajaan India. Daripada tiga pucuk surat yang dihantar oleh Francis Light;* dalam surat kedua dan ketiga beliau menyatakan tujuan Sultan menyerahkan Pulau Pinang adalah kerana ancaman Belanda.” ‘Amat nyata Francis Light dengan sengaja tidak menyebut permintaan Sultan Kedah kerana khuatir Calcutta tidak akan menerima rancangannya menguasai Pulau Pinang." Ini menjelaskan mengapa Light tidak mahu menemui Sultan Kedah apabila baginda beberapa kali menjemputnya ke Kedah.” Sesungguhnya cita-cita Francis Light merupakan faktor penting penguasaan Pulau Pinang. Ini dapat dilihat melalui tindakannya memajukan pulau ini sebagai pelabuhan bebas tanpa Kebenaran kerajaan India; kekayaan yang diperoleh melalui sistem tanah bersama James Scott; penguasaari Pulau Pinang tanpa memaklumkan Rasrat 95 Sejarah Perdagangan Bebas Sultan Kedah meminta bantuan ketenteraan daripada Gabenor Jeneral India, dan pengetahuannya yang mendalam fentang hal ehwal dan kedudukan Negeri Melayu. Matlamat Mengimbangi Perdagangan China Tindakan Francis Light memajukan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas juga dipengaruhi keinginannya untuk mengimbangi perdagangan dengan China.” Francis Light sedar bahawa satu cara untuk mengimbangi perdagangan ini ialah dengan mengumpulkan hasil Kepulauan Melayu seperti timah, lada hitam, sarang burung, dan rempah-ratus lain." Barang-barang ini hanya akan dibawa oleh pedagang-pedagang Melayu ke penempatan baru ini. Francis Light berpendapat dengan memberikan kebebasan kepada pedagang Bugis dan Melayu, mereka akan berjaya mengumpulkan hasil Kepulauan Melayu bernilai 9 juta dolar Sepanyol (SSR (IOL), Vol. 4, ff.8-9). Francis Light juga sedar akan bahaya yang dihadapi oleh pedagang-pedagang tempatan di Kepulauan Melayu dan Selat Melaka pada penghujung abad ke-18. Menurutnya, para pedagang Melayu telah melalui pelbagai risiko yang besar untuk membawa barangan mereka ke Pulau Pinang. Mereka terpaksa melawan arahan Belanda dan sekatan Raja-raja Melayu. Oleh yang demikian segala galakan perlu diberikan untuk menarik mereka ke Pulau Pinang (SSR (IOL), Vol. 3, £62). Antaranya termasuk kebebasan pelabuhan, jaminan keselamatan, kemudahan beristirahat (convenient repositorys), kebebasan trafik, dan layanan yang baik (Wurtzburg, 1938:115). Dasar tidak mengenakan cukai diharapkan perdagangan tidak berpindah ke tanah besar (main- land) yang terletak di luar kawalan Syarikat Hindia Timur Inggeris dan merupakan sarang lanun (Stevens, 1929:383). Rancangan tidak mengenakan cukai juga merupakan jalan penyelesaian kepada membiaknya kegiatan lanun dan penyeludupan di Kepulauan Melayu.” Kegiatan penyeludupan dikatakan menjadi- jadi di Kepulauan Melayu, khususnya di Selat Melaka apabila duti dikenakan ke atas perdagangan oleh kuasa-kuasa lain. Kegiatan penyeludupan berlaku untuk menjual barangan berkenaan dalam kos yang rendah di kawasan lain. Dasar-dasar sekatan juga menyebabkan pembesar-pembesar tempatan memberontak dan pedagang tempatan lari ke kawasan lain untuk menjual hasil mereka.® Pada pandangan Francis Light, apabila kebebasan pembesar-pembesar tempatan dibendung daripada mendapatkan hasil melalui percukaian atau hadiah, ini merintis jalan kepada penularan beberapa gejala yang lebih buruk. Menurutnya: 96 Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas Raja-raja yang dinafikan pendapatan mereka yang berupa keuntungan daripada hasil. perdagangan, duti dan hadiah, kini menghadapi masalah untuk mengumpulkan pendapatan yang cukup bagi menanggung perbelanjaan negara. Ini menyebabkan lahirnya rasa tidak puas hati, sungutan, hasad dengki, dan perlanunan. (Surat Kapten Light kepada Gabenor Jeneral India, Lord Cornwallis, 20 Jun 1788 memetik daripada Wurtzburg, 1938:121) Francis Light melihat perdagangan dan pelabuhan bebas sebagai senjata yang dapat menjamin keuntungan besar dan sebagai alat untuk mengalahkan Belanda yang menjalankan dasar monopoli di Selat Melaka (Courtenay, 1972:66). Menurut Light, satu cara untuk memenangi pedagang-pedagang tempatan daripada cengkaman Belanda adalah dengan memberikan jaminan keselamatan kepada pedagang-pedagang ini (Mills, 1960:37). Pada masa yang sama dasar perdagangan yang bersifat liberal perlu kerana pulau ini tidak mengeluarkan hasil pertanian yang menguntungkan. Barangan yang sesuai untuk dibekalkan ke China pula dibawa dari pulau-pulau sekitarnya. Oleh itu tindakan tidak mengenakan cukai merupakan satu- satunya penyelesai bagi mengumpulkan hasil Kepulauan Melayu (SSR (OL), Vol. 3, f.2). Tambahan pula, jika cukai masih dikenakan, cukai ini tidak seimbang dengan risiko yang ditanggung oleh pedagang- pedagang tempatan untuk mengunjungi Pulau Pinang. Keadaan ini ditambah lagi dengan sokongan yang diberikan oleh pembesar- pembesar tempatan kepada Francis Light Ini berkemungkinan besar memberikan keyakinan tambahan kepadanya untuk meneruskan falsafah free trade di Kepulauan Melayu. Tindakan menganjurkan dasar perdagangan bebas juga menjamin kemasukan pedagang-pedagang tempatan lain, khususnya kaum Cina ke Negeri-negeri Selat. Pedagang Cina telah biasa dengan dasar-dasar perdagangan bebas di Kepulauan Melayu, oleh itu apabila dimajukan perdagangan bebas di Negeri-negeri Selat, langkah ini sangat dialu- alukan oleh mereka.” Allen dan Donnithorne dalam buku mereka, Western Enterprise in Malaya and Indonesia menyifatkan kehadiran kaum Cina di rantau Asia Tenggara sebagai flag followed the Chinese yang bererti kaum Cina telah datang dahulu ke kawasan ini dan kemudian barulah diikuti oleh Inggeris. Kenyataan ini memperkukuh anggapan bahawa tindakan mewujudkan pelabuhan bebas di Negeri-negeri Selat berkemungkinan besar adalah untuk menarik pedagang-pedagan= Cina (Allen dan Donnithorne, 1957:39).7” 97 Sejarah Perdagangan Bebas Seperti yang dimimpikan oleh Francis Light, Pulau Pinang mengalami kepesatan perdagangan dan pertambahan penduduk sejak ditemui. Dua tahun selepas penemuan ini, penduduknya meningkat kepada 1,000 orang.* Pada 1793, penduduknya meningkat kepada 5,000” orang (Braddell, 1861b:20) dan menjelang 1804 jumlahnya meningkat kepada 12,000 orang.” Antara tahun 1813-25, penduduknya telah meningkat kepada lima kali ganda. Dari segi nilai eksport dan import, nilainya pada 1789 hanyalah $853,592 dolar Sepanyol, tetapi menjelang 1804, jumlah ini meningkat kepada $1,418,200 dolar Sepanyol (Leith, 1804:57-9). Dengan ini nyatalah bahawa dengan menganjurkan dasar perdagangan bebas di Kepulauan Melayu, Light berjaya mencapai beberapa matlamat penting.* Antara yang paling penting ialah beliau berjaya memenangi pedagang-pedagang tempatan dan mengumpulkan hasil Kepulauan Melayu untuk kepentingan perdagangan dengan China.* Melawan Monopoli Belanda Tindakan Francis Light menganjurkan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas juga bertujuan untuk melawan saingan Belanda.* Menurut Francis Light, sejak penubuhan Syarikat Hindia Timur Belanda pada abad ke-17, Belanda telah memonopoli hampir keseluruhan perdagangan Eropah dengan Kepulauan Hindia Timur. Betawi di pulau Jawa yang terletak di kawasan strategik untuk mengawal perdagangan telah dijadikan pusat kegiatan Belanda di Hindia Timur (Bruijn, 1980:253). Kapal-kapal China tidak dibenarkan masuk ke Selat Melaka® tanpa mendapat surat kebenaran dari Betawi dan pedagang-pedagang Portugis juga harus membayar sejumlah wang tertentu untuk mendapatkan keistimewaan di Selat Melaka. Belanda mengekalkan supremasi mereka di perairan ini pada tahun 1786 dengan menyediakan pasukan angkatan tentera yang dikatakan meliputi enam buah kapal perang, beberapa buah kapal pengawal, dan banyak lagi kapal tambahan (Aspinall, 1931:195).°7 Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Belanda menawan Riau pada 1784. Riau sebelum ini merupakan satu-satunya pelabuhan Melayu yang menjamin pelayaran selamat kepada pedagang-pedagang. Inggeris dan kapal-kapal country traders dari Kepulauan Maluku, Filipina, Borneo, dan Sulawesi (Fielding, 1955:41). Apabila Riau dikuasai Belanda, keperluan untuk menguasai sebuah pelabuhan baru menjadi amat perlu (Tregonning, 1965:109).** Syarikat Hindia Timur Inggeris juga kehilangan sebahagian besar perdagangan bijih timah 98 Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas Riau yang kini jatuh ke tangan Belanda. Riau juga merupakan pusat untuk penjualan candu England. Jika sebuah kawasan yang strategik tidak dicari untuk pedagang Bugis membeli candu England, maka England harus melupakan hasratnya untuk memonopoli perdagangan Melayu yang akan dimonopoli sepenuhnya oleh Belanda (Trapaud, 1962:19). Dapat dikatakan bahawa penguasaan Pulau Pinang dapat disifatkan sebagai percubaan serius pihak England untuk memusnahkan monopoli Belanda di kepulauan Timur. Kenyataan ini dengan jelas menggambarkan mengapa Pulau Pinang harus dijadikan sebuah pelabuhan bebas.” Tidak dapat dinafikan bahawa tindakan Francis Light menguasai Pulau Pinang telah memenuhi matlamat serampang dua mata. Pertama berjaya mengalahkan dominasi Belanda, dan kedua memenangi sokongan pembesar-pembesar tempatan. Ketidaksesuaian Pulau Pinang untuk Pertanian Francis Light memajukan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas setelah menyedari hakikat bahawaPulau Pinang tidak mempunyai sebarang hasil untuk dieksport. Pada peringkat awal tanaman seperti padi, buah-buahan, kelapa, gambir dan tebu telah diusahakan dengan giat, tetapi tidak dieksport. Hanya pada 1804 Pulau Pinang mengeksport lada hitam bernilai $400,000 dolar Sepanyol dan pinang bernilai $240,000 dolar Sepanyol (Tan Ding Eing, 1983:39). Dua lagi tanaman jualan, iaitu kopi dan kapas diperkenalkan pada 1808 dan 1813, tetapi tidak berjaya (Tan Ding Eing, 1983:40). Oleh itu pada peringkat awal penguasaan Pulau Pinang, Francis Light berpendapat pemansuhan cukai sepenuhnya merupakan cara terbaik untuk menarik hasil eksport dari negeri-negeri di sekitarnya. Sehubungan dengan ini pentadbirannya juga diubah suai dengan bercirikan laissez-faire untuk mendatangkan pendapatan yang lebih (Fielding, 1955:44-8; Turnbull, 1972:4). Sewaktu Gabenor Jeneral India, Lord Cornwallis mencadangkan Syarikat Hindia Timur Inggeris harus mengenakan duti import di Pulau Pinang, Light menegaskan cukai seumpama ini tidak akan menggalakkan perdagangan. Menurut Light: ... pulau ini [Pulau Pinang] tidak mengeluarkan sebarang hasil yang mempunyai nilai komersial, tetapi semua barangan yang Sesuai untuk pasaran China boleh diperoleh dari negeri-negeri sekitarnya yang dibawa oleh orang Melayu. Tarikan utama Pulau Pinang adalah dasar perdagagan bebas dan jika galakan ini berakhir, maka irhportnya akan menjadi terlalu kecil untuk menanggung perbelanjaan mengenakan duti ke atasnya. Sumber 99 Sejarah Perdagangan Bebas pendapatan pula tidak boleh dipertingkatkan dalam jangka waktu yang singkat untuk menyamai perbelanjaan kerajaan. Dalam sedikit masa, apabila perdagangan tersebut telah meluas dan terasas dengan sokongan dan galakan yang baik, mungkin akan terlihat oleh syarikat syarikat faedah yang terhasil di pulau ini. (SSR (IOL), Vol. 3)" Dasar liberal dalam perdagangan ini juga bersesuaian dengan kehendak pedagang-pedagang Pulau Pinang. Pada 19 Mei 1796, Ma- jor Macdonald, Gabenor Jeneral Pulau Pinang membentuk sebuah jawatankuasa untuk melaporkan perdagangan Pulau Pinang.” Dalam laporannya jawatankuasa menentang rancangan mengenakan cukai atas alasan barangan yang diperdagangkan di pulau tersebut adalah dari kawasan sekitar dan tidak praktikal untuk dicukai.® Dalam keadaan ini, satu-satunya cara untuk mengumpulkan kekayaan di Negeri-negeri Selat adalah dengan menganjurkan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas. Peranan Stamford Raffles Tindakan Stamford Raffles memajukan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas adalah bertitik tolak daripada cita-citanya senditi. Raffles berhasrat mahu membina sebuah empayar di Timur dengan memajukan Singapura sebagai sebuah pelabuhan bebas. Beliau ingin menjadikan Singapura sebagai platform untuk menyempurnakan impian ini (Collis, 1966:219). Dalam surat-suratnya, beliau sering menyamakan dirinya dengan Napoleon. Oleh itu tidaklah keterlaluan untuk dikatakan tindakan mengadakan pelabuhan bebas dan perdagangan bebas adalah berpunca daripada cita-cita Raffles untuk membina sebuah empayar.* Cita-cita ini dapat direalisasikan Raffles hasil pengalamannya berkhidmat di Kepulauan Melayu selama 19 tahun dan minatnya sendiri untuk memahami keadaan di situ.** Raffles mempunyai maklumat terperinci tentang Kepulauan Melayu.** Berdasarkan pengalamannya, Raffles mengklasifikasikan Negeri Melayu kepada sembilan bahagian untuk memudahkannya meluaskan pengaruh.” Untuk memastikan England dapat bertahan lebih lama di Kepulauan Melayu, Raffles menyarankan dasar menjalinkan hubungan yang mesra dengan pembesar-pembesar tempatan melalui perjanjian, tidak kira sama ada daerah-daerah berkenaan diserahkan kembali kepada Belanda ataupun tidak.‘* Sewaktu berada di Kepulauan Melayu, Raffles menulis surat kepada pembesar-pembesar tempatan menjalinkan hubungan yang mesra dengan memberikan pelbagai 100 Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas persembahan.” Pemerintah di Banjarmasin, Pontianak dan Brunei juga memohon hubungan diplomatik dengan Inggeris (Bastin, 1954:93). Sultan Pontianak dan Brunei membuat permintaan untuk mendapatkan perlindungan Inggeris pada tahun 1803 dan 1810. Pemerintah Jawa pula memohon perlindungan Inggeris untuk melawan Belanda pada 6 Julai 1818.” Sewaktu Raffles menjadi Gabenor Bangkahulu, penduduk tempatan mengharapkan bantuannya untuk menghapuskan kegiatan perhambaan.* Sepanjang kehadirannya di Kepulauan Melayu Raffles bersungguh-sungguh dalam menghapuskan kegiatan perhambaan.* Ini terbukti daripada proklamasi Nombor V, 1823 yang mengharamkan kegiatan hamba di Singapura.” Raffles juga dikatakan mempunyai sifat-sifat yang disukai oleh penduduk tempatan. Sewaktu lawatannya ke Sumatera, dihalkan pembesar-pembesar tempatan di sini telah memohon bantuan Raffles. Sewaktu lawatan Raffles pada bulan Mei, Jun dan Julai 1818, para pembesar yang kebanyakannya suku kaum Sumatera mula tertarik kepadanya; ini kerana tertib beliau dengan mereka yang mudah dan menyenangkan, juga kerana beliau sedang menghapuskan amalan yang dianggap menindas. Direkodkan bahawa apabila beliau meninggalkan daerah-daerah mereka, ada yang menangis melihat beliau pulang. Mereka ini berada di bawah pengaruh Belanda dan dengan rendah diri meminta perlindungan British. (Collis, 1966:129) Tindakan penduduk tempatan memohon perlindungan Inggeris bertujuan untuk menentang dasar monopoli Belanda. Raffles sebagai orang zaman liberal abad ke-18 mendapati dasar-dasar Belanda membendung kebebasan individu dan dasar perdagangan mereka pula bertentangan dengan falsafah Adam Smith yang menegaskan setiap individu mempunyai “keinginan untuk bebas, hak milik, bekerja keras dan keinginan untuk bertukar barang” (Roll, 1953:146). Raffles menentang polisi tradisional Belanda dan menyokong dasar perdagangan bebas, menurutnya: Perdagangan ibarat kebebasan dan tidak akan menerima kawalan yang tidak adil. Belanda adalah kuasa yang cemburu dan tidak memberikan rahmatnya kepada semua yang mengikuti arahannya- Perdagangan adalah objektif penubuhan penempatan kita di lautan ini dan oleh itu mengapa monopoli harus wujud? Mengapa faedah perdagangan harus dinikmati oleh suatu perdagangan dan tidak yang lain.... perdagangan harus berkembang, amatiah peste faedahnya saling membantu. Oleh itu mengapa diwujudkan dan 101 Sejarah Perdagangan Bebas dikekalkan sekatan yang bertentangan dengan objektif yang ingin kita capai. (SFR, Vol. 49, £.5.17) Harapan Raffles, apabila penduduk tempatan dibebaskan daripada belenggu monopoli Belanda, mereka akan mempunyai kebebasan untuk membeli dan menjual di pasaran bebas. Kebebasan ini juga akan membolehkan mereka meningkatkan kedudukan ekonomi dan membeli barangan England.® Berdasarkan pengalaman Raffles di Kepulauan Melayu, beliau mendapati dasar perdagangan Belanda menyebabkan pembesar Melayu berpecah dan menjadi punca kepada pembentukan negeri-negeri kecil dan penularan kegiatan lanun.* Penerimaan Melaka oleh Inggeris dari tangan Belanda pada tahun 1795 telah menyaksikan pemansuhan dasar-dasar monopoli Belanda. Inggeris menarik balik larangan ke atas perdagangan persendirian seperti candu, rempah-ratus, timah, pakaian, dan lada. Dimansuhkan juga percukaian ke atas penjualan ikan, buah-buahan, sayur-sayuran, dan beras. Tindakan ini merangsangkan perdagangan dengan beberapa buah negeri pengeluar bijih timah di sekitar Melaka (Turnbull, 1983:246). Sesungguhnya dasar-dasar liberal yang diperkenalkan sebelum kehadiran Raffles telah menyebabkan dasar-dasar liberalnya” diterima dengan lebih terbuka. Jelas tindakan Raffles mempelopori dasar perdagangan dan pelabuhan bebas adalah setelah membaca kehendak penduduk tempatan dan setelah diperkenalkan dasar-dasar yang liberal di Kepulauan Melayu. Raffles merumuskan kemampuan England untuk berdiri tegak di Timur adalah semata-mata kerana dasar liberal. Matlamat Raffles memajukan dasar perdagangan bebas juga bertujuan untuk menarik perdagangan tempatan dari pelabuhan- pelabuhan Belanda. Sebelum kedatangan kuasa Barat, Bantam dan Aceh adalah dua buah pusat perdagangan penting di Kepulauan Melayu. Dengan kehadiran Belanda kedudukan Bantam diambil alih oleh Betawi dan dasar-dasar Belanda juga dikatakan menamatkan kedudukan Melaka. Kepulauan Maluku dibendung kenaikannya apabila Belanda mendirikan penempatan di Makasar. Menurut Raffles, apa yang diperlukan ialah polisi yang berlawanan untuk menarik perdagangan ke pelabuhan entrepot Pulau Pinang dan Singapura.” Justeru Raffles berpendapat dasar yang sebaiknya digunakan untuk memajukan perdagangan ialah perdagangan bebas. _. penempatan kita tidak harus berlandaskan pertimbangan Kkeuntungan perdagangan semata-mata, sebaliknya kepada 102 dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan. aan perdagangan yang bebas dan tidak terhad ‘alakan dan perlindungan perusahaan persendirian dan gan pedagang umum. ie. (SFR, Vol. 50, £.30) a i Raffles, penubuhan pelabuhan Inggeris di Timur haruslah dilihat agai memenuhi matlamat perdagangan bebas dan bukan untuk meluaskan kuasa. Berasaskan prinsip inilah Singapura dan Bangkahulu disytiharkan sebagai pelabuhan bebas. Tindakan ini dipercayai akan memajukan perdagangan Inggeris dan mewujudkan persaingan yang, sihat.” Raffles sedar bahawa untuk menarik pedagang-pedagang tempatan ke Singapura, pelabuhan tersebut perlu dikecualikan daripada cukai." Raffles juga percaya free trade akan membantu mewujudkan suatu sistem yang seragam di seluruh Kepulauan Melayu.” Bagi Raffles perdagangan bebas adalah sesuatu untuk masa hadapan. Apa yang dianggapnya sebagai elemen liberal dalam dasar ekonomi adalah idea pembentukan suatu sistem peraturan yang seragam di seluruh Kepulauan Melayu melalui pelabuhan yang tetap. Ini akan mengelakkan pedagang bangsa Arab, China, Amerika, dan para pengembara lain yang tidak berprinsip melemahkan kepentingan British di pulau-pulau ini. (Bastin, 1954:91) Sejarah membuktikan kebenaran ramalan Raffles. Ramalannya dapat dilihat dengan nyata apabila Singapura dimajukan sebagai pelabuhan pebas dan berjaya menarik pedagang dan kapal dagang dari semua bahagian Kepulauan Melayu. Menurut laporan Raffles pada 23 Jun 1819 tiga bulan selepas Singapura dimajukan, tidak kurang 167 buah kapal telah masuk ke pelabuhan tersebut. Ini termasuklah kapal-kapal kecil dari pelabuhan Riau yang bilangannya hampir seratus buah. Dihalkan juga ramai duta dan pembesar Melayu ke Singapura mengucapkan tahniah di atas penguasaan Singapura dan mengharapkan perlindungan dan pakatan British (SFR, Vol. 47, f£:799~ 805), Antara yang paling ketara adalah permintaan daripada kerajaan_ Terengganu dan Kelantan. Dari Tringano [sic.] saya lihat di pelabuhan, sebuah kapal Sull yang dihantar oleh baginda dengan Rui [sic] dan bekalan-bek "jain sebaik sahaja menjalin perhubungan dengan kita. Ni adalah salah sebuah yang paling penting di bahagian -Semenanjung Tanah Melayu dan sehingga kini da pengaruh Belanda; Sultan dan pe de Sejarah Perdagangan Bebas utamanya telah menggunakan peluang ini untuk melahirkan kebimbangan dan keinginan untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan mesra dengan kerajaan kita. Kegelisahan yang sama telah dilahirkan oleh pembesar Kalantan [sic.), sebuah negeri yang sedang maju dan makmur yang terletak antara Tringano isic.] dan Siam. Penduduk negeri-negeri ini mula menganggap perikatan dan perlindungan Britain amat diperlukan untuk kepentingan dan kemakmuran mereka. (Laporan Raffles dari Singapura. pada 22 Jun 1819, SFR, Vol. 47, £807) Jumlah perdagangan dan penduduknya semakin bertambah. Tidak kurang setahun selepas Singapura diasaskan, kapal-kapal dari Siam, Cambodia, Kelantan, Terengganu, Pahang, Brunei, Borneo Selatan, Sulawesi (Celebes) dan timur Sumatera berlabuh di Singapura® (SC, 30 Julai 1829 dan 5 November 1829). Singapura juga menjalinkan perdagangan dengan China, negara-negara Eropah, Amerika, India, Jawa, Sumatera, Bali dan kepulauan rempah-ratus. Barangan yang diperdagangkan pula meliputi rempah-ratus, bijih antimoni, candu, sutera, rotan, serbuk emas, dan lain-lain (ihat Lampiran 12). Raffles sendiri berkata bahawa lokasi Singapura cukup sesuai untuk menarik pedagang-pedagang Siam, Cambodia, Champa, Cochin- China, dan China. Menurutnya setiap kali para pedagang berkunjung ke rantau ini, Selat Singapuralah yang menjadi tarikan. Beliau menambah jika pasaran boleh ditemui untuk barangan mereka sewaktu mereka ke sini, maka sudah tentu tidak akan mendorong mereka bergerak ke tempat yang lebih jauh, tempat yang tidak sihat dan mahal seperti Betawi. Menurutnya lagi, Siam kini menjadi pusat perdagangan penting di utara dan secara pesat meluaskan perdagangan tempatannya dan dipercayai keseluruhan perdagangan akan berpusat di Singapura. Singapura menurutnya memendekkan waktu pelayaran kepada kurang enam hari, iaitu tempoh sama yang diperlukan untuk belayar ke sini dari Betawi, pantai Borneo, dan Pulau Pinang (Bastin, 1978:55).4 Melalui penguasaan Singapura juga minat pedagang-pedagang Cina berjaya ditarik. Masyarakat Cina sebelumnya terlibat dalam penanaman gambir dan lada hitam yang berpusat di Riau. Apabila Singapura dibuka, pulau ini berjaya menarik mereka pada kadar yang pesat pada awal tahun 1820-an (Wake, 1975:62). Menurut Raffles, dalam masa dua tahun Singapura diasaskan, tidak kurang 2,889 buah kapal mengunjungi pelabuhan Singapura. Daripada jumlah ini, 383 buah @imiliki oleh bangsa Eropah dan 2,506 buah lagi oleh pedagang ®empatan. Jumlah barangan yang dibawa penduduk tempatan Sseggarkan berjumlah lima juta dolar Sepanyol dan oleh kuasa Eropah 104 Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas pula tidak kurang daripada tiga juta dolar Sepanyol (SSR (SNL), L2, £3; SFR, Vol. 49, f.6-7). Kebanjiran penduduk di Singapura diharapkan dapat menjamin pemasaran barangan India dan England. Seperti yang diramalkan Singapura mengalami pertambahan penduduk yang pesat sejak diasaskan.© Mengenai pertambahan penduduk, Raffles merujuk pelabuhan Jamaica sebagai contoh. Apabila beliau memajukan Bangkahulu sebagai pelabuhan bebas, dikatakan bahawa pelabuhan ini berpotensi untuk menarik dan mengekalkan penduduk yang ramai. Di samping itu dikatakan juga dapat menyerap modal yang banyak. Dalam kes Singapura, dengan menjadikannya sebuah pelabuhan bebas, diharapkan ia dapat menarik pedagang-pedagang dari Timur untuk membeli barangan England dan India. Raffles dengan jelas memahami nilai komersial Kepulauan Melayu bagi Britain dan British India; dengan sebuah pangkalan di Singapura, industri kapas India yang dinafikan di Eropah melalui tarif yang tidak adil mungkin boleh memajukan pasaran yang lebih besar dan tetap di Kepulauan Melayu. Apabila industri India mula runtuh dengan kebanjiran kain kapas murah Britain; Raffles tidak nampak mengapa penduduk Kepulauan Melayu dan juga berjuta- juta penduduk China tidak dibekalkan dengan pakaian dari kilang- kilang kapas Britain. (Wong Lin Ken, 1960:27) Seperti yang diramalkan oleh Raffles, pada pertengahan tahun 1819, penduduk Singapura meningkat kepada kira-kira 5,000 orang (Saw Swee Hock, 1969:37). Menjelang 1822, penduduknya dikatakan meningkat kepada kira-kira 10-12 ribu orang (Saw Swee Hock, 1969:37). Taraf pelabuhan bebas Singapura memesatkan kebanjiran penduduk dari kawasan lain.” Pedagang Cina dari selatan China yang sebelumnya berkunjung ke Melaka, Brunei dan Manila mendapati Singapura lebih selamat dan menguntungkan (Saw Swee Hock, 1969:38). Yang nyata, Singapura telah menarik ramai penduduk dari Melaka yang ketika itu dikuasai Belanda. Di samping itu status pelabuhan bebas ini juga berjaya menarik para pedagang dari pelabuhan Betawi ke Singapura (SFR, Vol. 50, ff.42-3). Kedatangan mereka adalah untuk mendapatkan barangan kapas yang jika dibawa ke Betawi dalam kapal British akan dicukai dua kali ganda. Status pelabuhan bebas Singapura memungkinken komoditi ini diangkut ke Betawi tanpa cukai.® Kemuncak peristiwa yang menguatkan tanggapan bahaw= Git cita Raffles merupakan faktor terpenting beliau mempelopert Gasar perdagangan dan pelabuhan bebas dapat diperhatikan melee Gans 105 Sejarah Perdagangan Bebas bagaimana beliau menguasai Singapura. Penguasaannya dibuat atas budi bicaranya sendiri.”” Kes ini mengukuhkan hujah bahawa perkembangan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas di Negeri- negeri Selat adalah realisasi impian Raffles di Timur.”! Kawalan Kegiatan Belanda di Kepulauan Melayu Sejak 1816 Tindakan Raffles memajukan dasar perdagangan bebas juga bertujuan untuk mengawal kegiatan Belanda dan kuasa asing lain di Kepulauan Melayu (SSR (SNL), BS, ff.27-8).” Dasar ini amat perlu lebih-lebih lagi setelah penempatan Belanda yang dikuasai sewaktu perang Napoleon dikembalikan (SFR, Vol. 50, ff.6-7). Belanda kini kembali menguatkuasakan dasar monopoli.” Paling membimbangkan adalah tindakan Belanda memaksa raja-raja tempatan supaya tidak memeterai perjanjian perdagangan dengan kuasa British.” .. dinyatakan secara umum dalam perjanjian mereka bahawa pembesar tempatan mengiktiraf kerajaan Belanda sebagai superior feudal dan tidak akan menjalin hubungan melalui perjanjian dengan kuasa-kuasa asing lain; tidak membenarkan kuasa asing membuka penempatan tanpa kebenaran kerajaan Hindia Timur Belanda; menerima seorang Residen Belanda dan menghantar satu perwakilan atau duta dari masa ke masa kepada Gabenor Jeneral India-Belanda dalam membantunya menumpaskan perlanunan dan melepaskan hak untuk melakukan kerosakan. (Correspondence Respecting the Policy of the Netherlands Govern- ment in the Eastern Seas as Affecting British Commerce, 1824:78) Pendek kata dasar Belanda di Kepulauan Melayu adalah bersifat restriksi dan hanya mementingkan diri sendiri.”> Belanda tidak mengambil kisah akan kebajikan pedagang-pedagang asing dan tempatan.” Keadaan ini diburukkan lagi oleh usaha Belanda untuk menguatkuasakan pengaruh mereka di beberapa buah penempatan di Tanah Melayu. Kegiatan Belanda di Kepulauan Melayu yang giat dikatakan telah meluas meliputi seluruh Kepulauan Melayu (Tay, 1960:30)/Keadaan ini telah memaksa Raffles mempengaruhi pembesar Palembang supaya menyerang dan memusnahkan kubu Belanda di situ. ... kamu mesti membuang dan memusnahkan semua orang Belanda bersama Residen dan mereka yang menetap di Palembang di bawah 106 Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas pemerintahan Belanda. Pada masa hadapan jangan benarkan orang Belanda menetap atau masuk. Pendudukan Belanda tidak akan membawa faedah. Tiada orang Belanda yang harus dibenarkan untuk masuk ke Palembang atau mana-mana kuasa kulit putih melainkan British. Jika British berhasrat untuk mengadakan tempat berdagang (loji) mereka harus dibenarkan berbuat demikian dengan syarat-syarat yang akan ditentukan kemudian. (Wurtzburg, 1949:42) Tindakan Raffles ini dengan jelas memperlihatkan betapa seriusnya beliau dalam membendung kegiatan Belanda di Kepulauan Melayu. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Raffles dalam suratnya kepada pengarah Syarikat Hindia Timur Inggeris pada 10 April 1818.” Kebimbangan Raffles memperkukuh keperluan untuk mendapatkan sebuah penempatan di Timur demi membendung kegiatan Belanda.* Di samping Belanda, kehadiran kuasa asing lain seperti Amerika,” Perancis® dan Rusia juga turut membimbangkan Raffles. Raffles berpendapat bahawa dengan menubuhkan pelabuhan bebas akan menyekat kuasa-kuasa asing seperti Rusia dan Amerika untuk bertapak di negeri-negeri berdekatan dengan Singapura. Kebimbangan ini menjadi lebih ketara apabila beliau mendapat maklumat yang Belanda menyokong Rusia dalam usaha menguasai Kepulauan Pasifik. “Beliau mendapat tahu bahawa Belanda sedang menyokong Rusia dalam percubaannnya untuk menguasai Kepulauan Pasifik. Beliau merasakan bahawa ini akan meningkatkan bahaya kepada Britain di Timur. Oleh itu beliau lebih bersungguh-sungguh dalam mengawasi peluasan dan pengaruh Belanda dalam sebarang bentuk.” (Tay, 1960:44) Jelaslah bahawa ancaman Belanda dan kuasa asing lain merupakan salah satu sebab mengapa Raffles menganjurkan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas di Kepulauan Melayu. Memenuhi Permintaan Pedagang Persendirian Keperluan Raffles mengadakan pelabuhan dan dasar perdagangan bebas juga bertujuan untuk menjaga kepentingan pedagang persendirian, lebih-lebih lagi setelah monopoli perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan India dimansuhkan pada 1813~ Perkembangan ini menyebabkan Singapura mula menjadi asst pedagang-pedagang persendirian mengumpulkan barangee Kepulauan Melayu untuk dipasarkan di China. Untuk memes memesatkan perdagangan ini, Inggeris menggalakken pes beberapa buah firma perdagangan. Alexander Johnsto1 === 107 Sejarah Perdagangan Bebas firma pertama pada 1820 dan berurusan dalam mengirimkan barangan dari Canton ke Eropah melalui Singapura dan menerima barangan seperti timah dan hasil-hasil Selat (Straits produce) dari Kepulauan Melayu untuk diagihkan di China. Kemudian muncul beberapa buah firma lain, antaranya Alexander Guthrie, 1821; Syme and Co., 1823; Pattersons, Simons and Co., 1823 dan Boustead and Co., 1830 (Tregonning, 1965:154). Kemunculan firma-firma ini memesatkan lagi perdagangan Singapura dengan Kepulauan Melayu dan China. Pada waktu ini, monopoli perdagangan England dan China tetap dikuasai oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris, sedangkan perdagangan England dengan China telah menjadi penting disebabkan teh, tetapi imbangan perdagangan tidak menyebelahi England. Oleh itu Singapura mesti dijadikan pelabuhan bebas untuk menarik pedagang-pedagang tempatan. Kepentingan China dalam memajukan perdagangan Singapura mendorong Raffles berikhtiar untuk menguasai Selat Melaka dan Selat Sunda (Raffles, 1969:73). Beliau berpendapat bahawa koloni mempunyai dua peranan; pertama, sebagai penyumbang pendapatan atau colonies of revenue, dan kedua, sebagai pemaju perdagangan atau colonies of trade. Dalam konteks ini Singapura dan Pulau Pinang berperanan sebagai koloni perdagangan atau colony of trade, manakala Bangkahulu, Jawa, Palembang dan Negeri Melayu sebagai koloni pendapatan atau colony of revenue (Wright, 1961:352). Singapura diharapkan dapat memainkan peranan sebagai pusat pertemuan di antara pedagang-pedagang persendirian England dengan China. Melalui pertemuan ini barangan England dapat diperkenalkan ke China. Ini kerana pedagang-pedagang China mempunyai lebih banyak kebebasan berbanding bangsa asing di pelabuhan mereka (Wright, 1961:352). Di samping itu Singapura juga dapat berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil Kepulauan Melayu. Peranan dan faedah yang bakal diperoleh England sebagai orang tengah telah dibayangkan oleh ahli ekonomi bernama Sombart. Menurutnya, walaupun koloni tidak memberikan sebarang hasil yang menguntungkan, tetapi mampu untuk mengumpulkan hasil kekayaan dari kawasan sekitarnya.® Di samping memenuhi kehendak pedagang persendirian, tindakan Raffles juga bertujuan untuk memenuhi matlamat politiknya sendiri. Sewaktu Raffles berada di England beliau menjadi pejuang free trade dan penyokong kuat golongan pengusaha. Sewaktu berangkat ke Bangkahulu, beliau sebenarnya mahu kembali ke England dalam masa lima tahun untuk menjadi ahli parlimen dari menyokong 108 Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas golongan aristokrat. Raffles berpendapat satu-satunya cara untuk mencapai objektif ini adalah bekerja dengan golongan free traders. Hal ini tidak menghairankan kerana golongan pedagang persendirian telah berulang kali mendesak supaya Singapura dimajukan sebagai pelabuhan bebas."* Pedagang-pedagang ini percaya tindakan ini dapat mengalahkan Belanda dan memaksa mereka tunduk kepada kehendak England. Dalam surat mereka kepada Lord Viscount Castlereagh yang bertarikh 21 September 1821, para pedagang persendirian ini mengajukan tujuh sebab mengapa Singapura harus dimajukan sebagai pelabuhan bebas® (Lampiran 13). Selari dengan kehendak golongan pengusaha, Raffles mengikhtiarkan pembentukan sebuah perlembagaan di Singapura yang bakal memberikan kebebasan kepada pedagang-pedagang, persendirian England.‘ Keadaan ini juga tidak menghairankan kerana pedagang, Negeri-negeri Selat juga mempunyai pengaruh yang kuat di parlimen England. Mereka sering melobi supaya perdagangan di Timur dibuka luas kepada para pedagang persendirian.” Perjuangan Raffles menjadi realiti apabila pada 1 Januari 1823 Singapura secara rasmi diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas.*® Keadaan ini dapat memenuhi kehendak golongan pengusaha dan pedagang persendirian, dan juga memenuhi cita-cita Raffles sendiri. Pembiayaan Ekonomi England Akibat Peperangan Penganjuran dasar perdagangan dan pelabuhan bebas Raffles juga bertolak daripada kesedaran untuk membiayai ekonomi negaranya yang terjejas akibat peperangan. Sepanjang abad ke-18 dan awal abad ke-19, England telah terseret dalam beberapa siri peperangan yang meninggalkan kesan buruk kepada ekonominya. England terlibat dalam perang Kemerdekaan Amerika pada 1776, dengan Perancis (1793-1815), dan dengan Amerika (1812-15). Ketiga-ketiga peperangan ini melibatkan kos yang tinggi. Perang Kemerdekaan Amerika melibatkan perbelaniaan sebanyak 100 juta pound sterling,” peperangan dengan Perancis, 234 ribu juta pound sterling,sementara peperangan dengan Amerika pula 834 ribu juta pound sterling (Lane, 1978:74). Dalam keadaan ini free trade dan free port adalah senjata untuk menguasai perdagangan di Timur bagi membiayai perbelanjaan perang, England. us Langkah memajukan Singapura sebagai pelabuhan bebas mendatangkan faedah kepada India dan England. Pedagang- pedagang persendirian Inggeris di India kini dapat menjual barangan mereka di Singapura untuk diniagakan ke China dan Kepulauan 109 Sejarah Perdagangan Bebas Melayu. Bagi England pula, barangan Kepulauan Melayu yang bebas cukai di Singapura apabila dibawa ke England akan tetap dicukai. Dengan ini, status pelabuhan bebas Singapura memang mendatangkan faedah yang besar kepada England.” Hal ini terbukti daripada nilai esport Singapura ke Britain antara tahun 1823-34. Eksportnya meningkat dari 1,147,944 dolar Sepanyol antara tahun (1823-24) kepada 3,428,132 pada 1833-34 (Wong Lin Ken, 1960:209). Kemerosotan Pulau Pinang juga turut mempercepatkan tindakan Raffles menganjurkan dasar perdagangan dan pelabuhan bebas di Kepulauan Melayu. Pulau Pinang pada peringkat awal telah menikmati perdagangan yang pesat dengan negeri-negeri berdekatan Semenanjung Tanah Melayu seperti utara Sumatera, Burma, dan Siam (Cowan, 1950b:53). Walau bagaimanapun kepesatan perdagangan ini tidak lama, perdagangannya mula merosot menjelang 1811 apabila Stamford Raffles menguasai Jawa pada 1811 dan mengamalkan dasar liberal (Margaret Lee, 1978:17). Dasar ini menyebabkan kegiatan penyeludupan bijih timah yang sebelumnya dijalankan dengan giat dari penempatan seperti Bangka ke Pulau Pinang, terjejas. Kemerosotannya juga disebabkan kegiatan perlanunan yang berleluasa di Selat Melaka dan kawalan perkapalan Belanda di Selat Melaka pada penghujung abad ke-18 (Cowan, 1950b:55). Di samping itu, perdagangan yang dahulunya tertumpu di Pulau Pinang untuk mengelakkan duti tinggi pihak Belanda kini beralih ke Betawi."' Dalam keadaan ini, wajarlah sebuah pelabuhan baru yang mengamalkan dasar perdagangan bebas diwujudkan untuk mengambil alih kedudukan Pulau Pinang dan perdagangan yang dimonopoli di kawasan sekitarnya. 110 Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas Nota di 1 Pulau Pinang secara rasmi dikuasai pada 11 Ogos 1786 (Aspinall, 1931:194). Antara tahun 1786-1805, Pulau Pinang tertakluk di bawah pentadbiran kerajaan Benggala di India (Mills, 1960:38-41). Antara tahun 1805- 26, tarafnya dinaikkan kepada kedudukan presidensi keempat, setaraf dengan Benggala, Madras dan Bombay di bawah kekuasaan Gabenor Benggala (Winstedt, 1935:38-41). Pada 1826, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura disatukan menjadi presidensi India dengan Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran. Pada 1830, taraf presidensi dimansuhkan dan ketiga- tiga penempatan ini menjadi residensi di bawah arahan Gabenor dalam Konsul di Benggala. Hanya pada 1832, ibu pejabatnya dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura (Winstedt, 1935:203). Pulau Pinang dimajukan sebagai pelabuhan bebas sejak penguasaannya secara rasmi pada 11 Ogos 1786. Ia hanya mendapat status sebagai pelabuhan bebas secara rasmi pada 22 Januari 1787 (“Notices of Pinang”, JIA, Vol. 4, 1850:633). Status ini berkekalan sehingga 1800 (Aspinall, 1931:194; Trapaud, 1962:7). Cukai im- port sebanyak dua peratus dikenakan ke atas bijih timah, lada hitam dan pinang pada 1801 apabila George Leith menjadi Leftenan Gabenor pada 1800 (SSR (IOL), Vol. 1, £.30). Pada 1802, duti ini dimansuhkan dan sebagai ganti dikenakan duti eksport ke atas lada hitam dan barangan lain (Clodd, 1948:140). Pada 1826, Pulau Pinang mendapat semula status pelabuhan bebasnya. 2” Singapura dikuasai secara rasmi oleh British pada 6 Februari 1819 dan ia terletak di bawah pentadbiran Presidensi Bangkahulu di Sumatera (Buckley, 1984:49). Pada 1826, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka disatukan sebagai presidensi dengan Pulau Pinang sebagai pusat pentadbiran (Kruyt, 1895:27) Singapura dijadikan pelabuhan bebas pada 6 Februari 1819 (Clodd, 1948: Turnbull, 1977:13). Pengisytiharan secara rasmi hanya dibuat pada 1 Januari 1823 (Wurtzburg, 1954:616-17). Pada 21 November 1826, Pulau Pinang dan Melaka turut sama diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas (Wong Lin Ken, 1960:180) 3 Francis Light dilahirkan di Suffolk England pada 1745 dan beliau ke Timur dalam usia yang muda sewaktu berkhidmat dalam marin Syarikat Hindia Timur Inggeris (Skinner, 1895:1). Francis Light memulakan kerjayanya sebagai pegawai muda laut, countty trader, penyeludup senjata api, dan pedagang persendirian. Kemuncak kerjayanya ialah pelantikannya sebagai Penguasa Prince of Wales Island pada 1786. Francis Light meninggal dunia pada 21 Disember 1794 (Bonney, 1965:135). Lebih lanjut, rujuk Clodd (1948); Tregonning (1959, 1965:14-15,39). + James Scott adalah seorang pedagang berbangsa Scotland yang mempunyai pengalaman berdagang di Kepulauan Melayu selama 22 tahun. Beliau menjadi teman sekapal Francis Light antara tahun 1761-63. James Scott ke Timur sebagai pelayar dalam kapal yang diupah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris. Di Junk Ceylon (Ujung Salang), James Scott dan Francis Light mendirikan pusat perdagangan dan pada 1787 menyertai perkongsian untuk menjalankan perdagangan di Pulau Pinang. Perdagangan Pulau Pinang pada lll Sejarah Perdagangan Bebas peringkat awalnya dikuasai oleh syarikat Scott (Fielding, 1955:37-54). Lebih lanjut tentang peranan syarikat Scott, rujuk “Notices of Pinang” (JIA, Vol. 5, 1851:93-118); Tregonning (1965:166). > Perkongsian perdagangan antara James Scott dengan Francis Light dijalankan mengikut empat ketetapan/resolusi. Antaranya: (a) Francis Light akan memberikan kebebasan penuh dalam perdagangan kepada pedagang yang merigunjungi pelabuhan, tetapi tidak akan campur tangan dalam pengurusannya. (b) Membeli dan menjual untuk keuntungan jangka pendek Pulau Pinang. (©) Untuk membeli hasil dari negeri-negeri sekitar dengan harga yang paling tinggi dan sebagai ganti menjual barangan India dan China dengan harga yang rendah, tetapi dengan jaminan untung. (a) Untuk menetapkan pada awal tahun harga barangan yang akan dijual dan dibeli di pulau berkenaan (lebih lanjut “No- tices of Pinang”, JIA, Vol. 5, 1851,1851:100-01). ® Melalui perkongsian perdagangan antara Francis Light dengan James Scott, 90 peratus perdagangan Pulau Pinang dikatakan melalui syarikat James Scott dan Francis Light (Courtenay, 1976:17). 7 7 “Perbelanjaan saya melebihi pendapatan pada kadar 2 kepada 1 ... saya sepatutnya sudah lama meninggalkan tugas Superintenden dan jika tidak kerana terlibat dalam perkongsian dengan James Scott, seorang pedagang yang mahir”(Fielding, 1955:38). Hal ini juga dinyatakan dalam Memoirnya. Pada 1790 Light mula mendapati tugas sebagai Superintenden kepada penempatan yang sedang berkembang pesat tidak seimbang dengan kedudukannya sebagai pedagang, sementara gaji yang sedikit (RS1,000 sebulan) yang diterimanya daripada kerajaan tidak cukup untuknya melepaskan perdagangan .... Kedudukannya sebagai penguasa dan pedagang utama di Pulau Pinang memberikannya peluang yang banyak untuk memperkayakan dirinya; dan pada waktu itu yang kurang berperaturan dengan individu yang menjadi kaya seperti Vanisittart dan Macpherson sebelumnya sudah tentu bagi kebanyakan rakyat mereka kelihatan sungguh luar biasa, (Skinner, 1895:7). Rujuk juga (SSR (IOL), Vol. 1, £.15; Vol. 7, f£.168-9). * SFPMA, 21 September 1843. ° “Pada bulan Ogos 1794, kerajaan tertinggi memutuskan bahawa tiada peruntukan tanah yang harus dibuat secara tetap atau pajakan melebihi lima tahun. Light yang menganggap peraturan seperti ini akan menamatkan kemajuan pulau tersebut tidak pernah mengumumkan atau melaksanakannya” (SFPMA, 21 September 1843). 1 Syarikat Messrs. Scott menjadi pembeli utama dan menyumbangkan jumlah besar yang tidak diduga sebanyak 12,360 dolar untuk duti, tetapi saya ketahui kemudian bahawa syarikat ini bertekad sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pengaruh dalam perdagangan (“Notices of Pinang”, JIA, Vol. 5, 1851:171) 112 Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas 1 Lebih lanjut tentang maklumat yang diperoleh Francis Light tentang Ava, Ujung Salang, Kedah, Perak, Selangor, Rembau, Padang dan Terengganu rujuk (SCCR, 1 Januari 1835; The New Atlas and The Commercial Gazetteer, 1917:3). 12. Francis Light juga telah meramalkan bahawa setelah Pulau Pinang dibuka, ia akan berjaya menarik pedagang dari Melaka, pantai Koromandel dan kawasan lain. Ujung Salang diramalkan dapat menyumbangkan bijih timah berjumlah 500 tan setiap tahun (SSR (IOL), Vol. 3, £.52). Menurutnya adalah wajar penduduk yang bakal datang ke Pulau Pinang diberi galakan kemudahan tanah dan diadakan pasukan polis untuk menjamin keselamatan (EICRRTSS, Vol. 1, £.3). 3 Lebih lanjut tentang keadaan yang membawa penguasaan Pulau Pinang, rujuk Bonney (1971:52-78); (EICRRTSS, Vol. 1, £.3); Tregonning (1965:75). 14 (SSR (IOL), Vol. 2, ff.33-6).. 18 Sultan sebenarnya bertegas bahawa baginda hanya akan menerima 30 ribu dolar Sepanyol, tetapi Francis Light mengesyorkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris bahawa jumlah yang diminta oleh Sultan terlalu banyak dan menurutnya Sultan akan berbesar hati untuk menerima 10 ribu dolar (SSR (IOL), Vol. 3; ff.2-3). %6 Surat-surat tersebut bertarikh 23 Januari 1786, 5 Februari 1786, dan 15 Februari 1786. v “... Light menggambarkan serangan Belanda ke atas Riau dan Selangor dan membina suatu gambaran tentang pengaruh mereka yang semakin meningkat di Selat Melaka dan memberikan banyak sebab mengapa beliau menyukai Pulau Pinang daripada Junk Ceylon dan Aceh (Bonney 1965:148). Beliau meminta majikannya, firma Madras-Jourdain, Sullivan dan De Souza menguasai Pulau Pinang sebelum ia dikuasai oleh Belanda atau kuasa-kuasa lain (Bonney, 1965:137). “Beliau memberi amaran bahawa jika firma menolak cadangan-cadangan ini, Sultan akan berpaling kepada Belanda atau Denmark dan jika Belanda menerimanya mereka akan menguasai keseluruhan Selat” (Bonney, 1965:148). 18 .“Kelihatannya seperti Light dengan sengaja tidak menyebut tentang fakta-fakta ini kerana bimbang Calcutta tidak akan menerima Pulau Pinang: dan tidak mahu terseret ke dalam peperangan dengan Burma atau Siam_ Sebaliknya apa yang dilakukannya adalah membesar-besarkan kebimbangan pertumbuhan kuasa Belanda di Selat, suatu perkara yang cukup sensitif bagi syarikat dan yang menyebabkannya bertindak dengan serta-merta” 1964/65:33). 19“. menjelaskan mengapa Light tidak berani untuk menemui apabila baginda benar-benar memintanya datang ke Kedah pada 1787 untuk perundingan, beliau selalu memberikan alasan sibuk” (Bonney, 1964/65:34). 2 (SSR (IOL), Vol. 3, £.60). 2 Import utama Pulau Pinang adalah dari Barangannya terdiri daripada pakaian bulu, kapas, logam, ubat bedil, dan besi. Barangan ini dijual di 113 Sejarah Perdagangan Bebas mendapatkan hasil Kepulauan Melayu yang dikenali sebagai hasil Selat seperti beras, timah, rempah-ratus, rotan, emas urai, gading, ebony, dan lada (Bastin, 1959:24; Cowan, 1950b:53). Sebahagian besar daripada barangan ini datang dari negeri-negeri yang terletak berdekatan dengan Pulau Pinang, iaitu Burma, Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Mereka yang bertanggungjawab dalam membawa barangan ini ke Pulau Pinang ialah pedagang-pedagang tempatan. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang hasil bumi di negeri-negeri sekitar Pulau Pinang, rujuk (Leith, 1804:30; Trapaud, 1962:17; Tregonning, 1965:111-25; Wurtzburg, 1938:123- 4). Rujuk juga (SSR (IOL), Vol. 2, f. 10).. 2 Surat Kapten Light kepada Gabenor Jeneral India, Lord Cornwallis 20 Jun 1788, dipetik daripada Wurtzburg, 1938:11 S. ® Surat Kapten Light kepada Gabenor Jeneral India, Lord Cornwallis 20 Jun 1788, dipetik daripada Wurtzburg, 1938:117. > Surat Kapten Light kepada Gabenor Jeneral India, Lord Cornwallis 20 Jun 1788, dipetik daripada Wurtzburg, 1938:115. 2 “Notices of Pinang”, JIA, Vol. 2, 1858:187-90. % Francis Light menggambarkan orang Cina sebagai kumpulan yang paling berharga daripada keseluruhan penduduk (SSR (IOL), Vol. 6, ff.121-2). Kepentingan kaum Cina ini telah mendorong Penguasa Pulau Pinang, Phillip Mannington (1794-95) meminta Gabenor Jeneral India, Sir John Shore menggalakkan penghijrahan kaum Cina dari Canton dan Macao. “Saya sungguh berharap mendapat sokongan tuan dalam memberikan segala galakan kepada pengimportan orang Cina ke koloni dari Canton dan Macao dan ia tidak boleh dikuatkuasakan dengan lebih tegas melainkan oleh jawatankuasa pilihan tuan... segala galakan akan diberikan supaya mereka selesa dan syarikat akan menanggung perbelanjaan untuk tiga bulan selepas mereka tiba, akan memperuntukkan kepada mereka mana-mana bidang tanah yang ingin mereka bersih dan usahakan dengan bebas dari cukai atau sebarang duti untuk empat tahun dan memberikan mereka sejumlah wang sebagai pendahuluan untuk memungkinkan mereka memulakan kegiatan” (SSR (IOL), Vol. 7, ££.230-1). Mengikut Norman Macalister, penduduk Pulau Pinang pada 1800 ialah 30 ribu orang dan daripada jumlah itu, 12 ribu berbangsa Cina (Macalister, 1803:22). ” Lebih lanjut tentang peranan orang Cina, rujuk Allen dan Donnithorne (1957:39); Clodd (1948:55, 61, 70); Low (1972:7-10,31); “Notices of Pinang” (JIA, Vol. 5, 1851:1-14; Vol.6, 1852:18-32, 150-1, 170). % (SSR (IOL), Vol. 3. £.15. ® Berhubung dengan bilangan penduduk di Pulau Pinang terdapat perangkaan yang berbeza-beza diberikan oleh sumber yang berlainan. 114 Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas Mengikut Skinner, penduduknya melebihi 10 ribu orang pada penghujung 1789 dan lebih 20 ribu orang pada 1795 (Skinner, 1895:4). ® Leith (1804:29). “Jumlah Penduduk Pulau Pinang dari tahun 1813-25 Tahun Jumlah 1813 32,333 1814 33,269 1815 28,369 1816 37,445 1817 36,570 1818 34,955 1819 37,366 1820 37,621 1821 38,505 1822 45,127 1823 52,183 1824 53,669 1825 52,334 Sumber: SSR (SNL) (K5, £.72) ® Langkah memajukan dasar perdagangan bebas dikatakan membawa beberapa faedah, antaranya: (a) Penjualan candu telah meningkat. Dahulunya perahu-perahu dari kawasan jauh tidak dapat datang ke Pulau Pinang untuk membeli barangan ini kerana pelbagai sekatan, tetapi kini kerana perdagangan bebas, ia dibenarkan. Pada 1789, 300 chest candu telah dijual di Pulau Pinang. Penggunaan tahunan candu di Pulau Pinang pada 1808 dikatakan berjumlah 60 chests. Dua ratus chests lagi diagihkan dari Pulau Pinang ke kawasan lain. Penggunaan candu Syarikat Hindia Timur Inggeris di Kepulauan Melayu untuk setahun dianggarkan berjumlah 1,000 chests. Telah menjadi hasrat Inggeris untuk menjamin kebebasan kepada perahu-perahu dari Kepulauan Melayu untuk mendapatkan candu dari Pulau Pinang (Wright, 1961:170). Dasar pelabuhan bebas Pulau Pinang juga telah menggalakkan orang Melayu membuat pelayaran yang lebih menguntungkan tanpa halangan. Untuk setiap barangan yang dibawa, ia mempunyai pembeli (SSR (IOL), Vol 4, ff. 1-6) Di timur Sumatera dan pantai Semenanjung pelbagai barangan dagang yang berharga seperti bij emas, perak, beras, lada hitam, damar, rotan, gading, cassia, dan lain-lain. Sebelum pemb: Pinang, hasil-hasil ini tidak diendahkan dan sini juga tidak tahu ke mana untuk menjual 115 Sejarah Perdagangan Bebas tersebut. Sesungguhnya pembukaan Pulau Pinang membawa rahmat kepada mereka. Kini,mereka membawa barangan mereka ke Pulau Pinang dan mendapati hasil tanah mereka mempunyai nilai (SSR (JOL), Vol. 4, ff. 1-6). *. Eksport dan import perdagangan tempatan Pulau Pinang melalui kapal-kapal Melayu dalam dolar Sepanyol adalah seperti berikut: Tahun 1790 1791 1792 Import 119,028 185,395 223,533 Eksport 123,949 136,466 317,414 Jumlah 234,977 321,861 541,947 Sumber: (Braddell, 186b:5) Untuk lebih lanjut rujuk juga Bastin (1959:7); Leith (1804:47-53). 34“... Belanda sedang menguasai setiap tempat yang tidak didiami oleh sesiapa, oleh itu perlulah dimiliki sebuah kilang di sini dalam usaha untuk memelihara hubungan dengan orang Melayu dan Bugis dan berkongsi sebahagian daripada perdagangan yang menguntungkan” (SSR (IOL), Vol. 2, L43). Untuk lebih lanjut tentang ancaman Belanda di perairan Melayu rujuk juga Clodd (1948:1); Courtenay (1976); Fielding (1955:37- 51). * PWID, 12 Jun 1819; SCCR, 8 Mac 1832. 8 Lebih lanjut rujuk Malayan Miscellanies, selanjutnya MM (Vol. 1:1-14). % Rujuk juga (PWIG, 12 Jun 1819). ** Keperluan untuk menguasai sebuah penempatan baru juga bertujuan untuk memulihkan semula perdagangan orang Melayu dengan Inggeris. “la menjadi lebih penting bagi Inggeris mendirikan penempatan berkubu di kawasan sekitar Selat Melaka, supaya kuasa-kuasa Melayu boleh digalakkan untuk memulihkan hubungan komersial dan dilindungi daripada balas dendam Belanda (Aspinall, 1931:197). Rujuk juga (SRF, Vol. 30, ff. 341-2). » Dalam surat Francis Light yang bertarikh 10 Jun 1787, beliau menegaskan bagaimana Pulau Pinang boleh berkembang maju jika kerajaan memberi perlindungan kepadanya. Menurutnya: ”, .. kedudukannya sesuai untuk perdagangan ... adalah diduga; kejayaannya boleh dipertingkatkan ke tahap maksimum dengan meletakkannya di bawah peraturan yang sesuai dan dengan memberikan perlindungan kepada yang tertindas. Ini kerana peraturan- peraturan Belanda amat menindas dan ramai yang akan menuntut perlindungan tuan untuk dibebaskan” (“Notices of Pinang”, JIA, Vol. 4, 1850:638). + Laissez-faire dalam konteks Pulau Pinang merujuk kepada dasar lib- eral dalam perdagangan dan pentadbiran yang diperkenalkan semata-mata untuk menarik pedagang-pedagang tempatan dan asing. Untuk menarik minat kaum Cina, England menggalakkan mereka membentuk kesatuan mereka sendiri tanpa mencampuri urusan mereka. “Pemerintahan British yang terlalu bebas daripada dasar yang ketat menyebabkan mereka (orang Cina) hampir lupa bahawa mereka berada di sebuah negara asing dan melihat Pulau Pinang dan Singapura sebagai kota Cina dan pentadbirannya dalam tangan British. 116 Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas Oleh sebab tiada hasrat untuk memikul tanggungjawab mentadbir diri sendiri dan mereka menerima sahaja siapa yang memerintah asalkan perniagaan mereka tidak terganggu. Mereka menganggap British sebagai dermawan dengan memikul semua beban pentadbiran dan memberikan mereka kebebasan penuh untuk memperoleh sebanyak mana wang yang mereka inginkan” (Mills, 1925:438). Hal ini juga diakui oleh Sandhu, menurutnya, “Pemerintahan British dan dasar perdagangan bebas yang telah dikenali oleh orang Cina di tempat-tempat lain di Asia Tenggara yang mereka senangi menjadi punca perpindahan ramai orang Cina dari Melaka ke Pulau Pinang” (Sandhu, 1961:6-7). Jackson pula menyebut “Salah satu tarikan asas Negeri-negeri Selat dari pandangan orang Cina adalah sikap laissez-faire yang diamalkan oleh British terhadap imigran. Pada abad ke-19, orang Cina dibiarkan secara persendirian dan ditadbir oleh seorang ketua atau Kapitan Cina yang melantik sendiri organisasi yang amat berbeza dan langsung tidak mempunyai integrasi dalam struktur pentadbiran British; pendek kata orang Cina mengasaskan sebuah imperium in imperio di penempatan British” (Jackson, 1963:3) . Untuk lebih lanjut rujuk juga (EICRRTSS, Vol. 1, £.3); Kuchler (1965:438); Miller (1941:206-09); “Notices of Pinang”, JIA, Vol. 5, 1851:1-14). Untuk lebih lanjut tentang kedudukan Pulau Pinang bersama (vis a vis) dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris rujuk nota kaki 1. “Untuk lebih lanjut rujuk juga Aspinall (1931:204-05). ® Jawatankuasa ini diwakili oleh Messrs McIntyre, Scott, Lindsay, Hutton, Reobuck, Young, Brown, Sparran, Mackrell dan Nason (“Notices of Pinang”, JIA, Vol 5, 1851:9 7). * “Jawatankuasa berhujah dengan tegas menentang percukaian ke atas perdagangan pulau ini. Hasil daripada negara-negara lain adalah perdagangan utama pulau ini. Oleh itu objektif utama mempengaruhi barangan dibawa ke sini dan percukaian akan menakutkan mereka. Mereka menunjukkan bahawa perdagangan pertukaranlah yang memberikan kehidupan, aktiviti, kekayaan, pertambahan penduduk dan pertanian untuk Pulau Pinang. Tindakan mengenakan sekatan mungkin mengurangkan perdagangan dan tidak boleh dianggap sebagai dasar politik yang bijak. Melalui pertukaran yang bebas, pertambahan penduduk, kapital dan pertanian akan menyediakan penduduk yang boleh dicukai di mana dalam pajakan penjualan eksklusif bahan mewah kepada suatu kelompok penduduk yang kaya dan besar dan duti ke atas hasil pertanian yang ekstensif dan berharga (“Notices of Pinang”, JIA, Vol. 5, 1851:98). Keperluan untuk Pulau Pinang muncul sebagai pelabuhan bebas juga digesa oleh James Scott. Menurutnya Pulau Pinang harus dijadikan pelabuhan bebas semata-mata untuk berfungsi sebagai pusat pertukaran untuk kawasan sekitar (Fielding, 1955:47). Rujuk juga (SSR (IOL), Vol. 7, ff. 264-5). “Wake, 1975:52 dan Wurtzburg, 1954:448. 45 Thomas Stamford Raffles dilahirkan di pelabuhan Jamaica pads 5 Julai 1781, Tempat lahirnya berkaitan dengan perdagangan yang Bakel diperluaskan oleh Raffles (Hahn, 1968:1). Kejayaannya bermulla pads 1755 apabila beliau menjadi kerani di India House. Pada 1805, Raffles ===iaae pembantu setiausaha kerajaan Pulau Pinang. Pada 1807, belies ===ieae | - 117 bE Sejarah Perdagangan Bebas * ejen Gabenor Jeneral untuk Eastern Seas dan pada 1811, dilantik sebagai Leftenan Gabenor Jawa sehingga 1816. Pada 1818, beliau dilantik sebagai Leftenan Gabenor Bangkahulu (Turnbull, 1977:6). Sepanjang kehadirannya di Kepulauan Melayu, beliau memperkenalkan dasar-dasar liberal dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan sosial. Paling ketara ialah-pengisytiharan beberapa buah pelabuhan bebas. Pada 7 Disember 1803, beliau memajukan semula Balambangan sebagai pelabuhan bebas (Miller, 1978:136). Pada 1818, beliau mengisytiharkan Bangkahulu sebagai pelabuhan bebas (“Note Ilus- trative of the Life Services of Sir Stamford Raffles”, JIA, 1855:306-10). Pada tahun yang sama sebuah lagi pelabuhan bebas dipuka di Teluk Samangka di Selat Sunda (Wilkinson, 1941:112). Raffles meninggal dunia pada 5 Julai 1826 (Boulger, 1973:198). “SC, 13 Januari 1831. Untuk lebih lanjut rujuk juga (RC, Vol. 2:1-29 47- 53; Vol. 11:207). ” “Pelbagai kumpulan negeri yang mana dasar Melayu kita akan diperluaskan’”adalah seperti berikut Negeri Semenanjung Tanah Melayu Negeri Pulau Sumatera Negeri Pulau Borneo Negeri Pulau Sunda meliputi rangkaian pulau yang meluas dari Selat Sunda ke Timor dan Sulawesi, termasuk Jawa Negeri Sulawesi Negeri Sulu dan Mindanawa Negeri Moluku termasuk Ceram dan Banda Negeri Jilolo atau Sulawesi Kecil Papua New Guinea dan pulau-pulau Papua yang berdekatan (RC, Vol. 2:27). Rujuk juga Cook (1918:27-9). pone LENan *8 (RC, Vol. 2:27). Rujuk juga. “Colonization of The Eastern Archi- pelago” dalam (Raffles Printed Sources Vol. 1:33). ” (1955:75). ® STR, Vol. 47, F.408. 5! SC, 24 April 1828. * Papers Relative to Stamford Raffles and Java, 1814:50. Rujuk juga (PWIG, 12 Jun 1819). SSR (SNL), L17, ff.284-92. ** (Collis 1966:45). Berdasarkan sifat liberaInya beliau telah dianugerahkan Order of The Golden Sword oleh pemerintah Aceh pada awal 1816 (Gibson-Hill, 1956:8). Untuk lebih lanjut tentang hubungannya dengan pembesar-pembesar tempatan, rujuk juga Cook (1918:11-18, 27-9, 46-49); Sophia Raffles (1830a:15-24). SFR, Vol. 49, £714. % (SCCR, 27 Disember 1832). Untuk lebih lanjut rujuk surat Raffles kepada William Petrie, Esquire Gabenor dalam Konsul, Prince of Wales Is- land, 18 Februari 1814 dalam Raffles and The Indian Archipelago (IA(N.S.), Vol. 1, 1856:266-90). 3 118 Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas 57 Berhubung dengan dasar-dasar liberal Raffles di Kepulauan Melayu rujuk Bastin (1957:26-51, 111-34, 1978:6-27); Hahn (1968:74-9, 110-15); “Notes Illustrative of Life and Service of Sir Stamford Raffles”, JIA, 1855:307-09); Sophia Raffles (1830a:42-56); Wright (1953:105-10). 58 SER, Vol. 50, f.41. » Wurtzburg (1954:550-1). © Surat Raffles kepada Setiausaha Syarikat Hindia Timur Inggeris di London pada 28 Disember 1819, SFR, Vol. 50, £.3 1. ® SC, 16 Disember 1820. ® Lebih lanjut rujuk juga Sophia Raffles (1830a:77). © Mengikut akhbar Singapore Chronicle, bertarikh 27 Mac 1828 dalam masa tiga bulan selepas Singapura diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas perdagangannya berkembang pesat dan pendapatan yang diperolehnya juga meningkat. Taraf pelabuhan bebas Singapura juga membawa faedah kepada kapitalis England. Menurut John Bull, “Saya gembira mendapat tahu bahawa Singapura telah menjadi satu objek di mana modal Inggeris dari England dihalakan. Kapital England digunakan untuk membina rumah dan gudang di Semenanjung Tanah Melayu, sementara kapitalis menikmati keseronokan di England; saya mendapat tahu ia juga menguntungkan mereka. Jika diramalkan masa depan berdasarkan masa lampau, tidak ada tempat di dunia yang menjanjikan kebangkitan kedudukan sepenting ini selain Singapura sebagai depo komersial dan tempat persinggahan” (SC, 15 Mac 1827). Singapore Daily Times merumuskan kemajuan Singapura sebagai perubahan daripada sarang lanun kepada blooming colony (SDT, 15 Mei 1879). © SSR (SNL), Siri, AA7, Januari, 1835-Disember, 1836, Singapore:Letters to Governors, f 2.17. Surat Raffles kepada pengarah Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1821, SFR, Vol. 48, ff.95-86. ® Jumlah penduduk Singapura dari tahun 1823-29 adalah seperti berikut: Tahun Lelaki. Wanita Jumlah 1823 = = 10,683 1824 8,620 3,231 11,851 1825 9,147 3,708, 12,855 1826 10,307 3,425 13,732 1827 11,368 3,507 14,875, 1828 13,976 4,232 18,208 1829 13,976 4,241 18,217 Sumber: SC (12 Februari 1829). 68 Saw Swee Hock (1969:37). ® Surat Raffles kepada Setiausaha Syarikat Hindia Timur Inggess @ London pada 28 Disember 1819, SFR, Vol. 50, ff. 42-3. 70 Hal ini terbukti daripada surat balasan Gabenor Jeneral permintaan Raffles untuk menduduki Singapura. Dalam dinyatakan penguasaan tersebut adalah atas kebijal 119 Sejarah Perdagangan Bebas dan Syarikat Hindia Timur Inggeris tidak akan membiayai penguasaannya. Rujuk juga (SSR (IOL), Vol. 10, £.79). 71 Rumusan Kolonel William Farquhar, Residen Singapura. yang pertama (1819-23), tentang Raffles adalah kesimpulan yang paling tepat menggambarkan peranan Raffles dalam perkembangan Singapura. Menurutnya, “Singapura telah ditemui atas cadangan beliau (Raffles) sendiri dan menjadi matang di bawah pengurusannya” (Clair, 1963:92). Hal ini tidak menghairankan kerana apabila Kolonel Farquhar dilantik sebagai Residen pertama Singapura, Raffles telah mengarahkannya supaya pelabuhan Singapura dikecualikan daripada cukai (SSR (SNL), LIO, £.6). 2 Untuk lebih lanjut tentang kegiatan Belanda di Kepulauan Melayu rujuk Bastin (1978); Burkill (1916:168-9); Carreon-Bunag (1966): “Concerning Colonel Farquhar Going to Look for a place to Establish a Settlement”, JIA, 1852:586-7); Mcquid (1861:1-53); Sophia Raffles (1830a:75); Tarling (1962); Wake (1975). Khusus tentang aktiviti Belanda di Melaka setelah mereka kembali berkuasa, rujuk Hill (1955:132-7). 7. “Belanda kembali kepada dasar lama mereka di Kepulauan India. Mereka memaksa semua kapal tempatan supaya membawa bendera Belanda dan lada hitam Belanda. Mereka mula menguasai semua pelabuhan di Borneo, Sumatera dan lain-lain lagi untuk membentuk sistem pengasingan yang dilakukan mereka sebelum meninggalkan negara . . .” (PWIG, 12 Jun 1819). Paling menarik ialah kenyataan Raffles kepada Colonel Addenbrooke yang bertarikh 10 Jun 1819. Menurutnya Belanda telah meluaskan supremasi mereka ke seluruh Borneo dan Sumatera dan telah menafikan hubungan dengan negeri-negeri lain di Kepulauan Melayu. Menurutnya lagi, “... apabila saya kembali semula ke laut ini mereka (Belanda) tidak meninggalkan kita seinci tanah untuk berdiri. Walaupun semalam daerah ini terbiar dan tanpa penghuni, kini dipersoalkan; dan sebagai pulangan kepada jasa baik kita yang tidak ada tarafnya, kita tidak ditinggalkan satu pun tempat berlindung di kepulauan ini” (Raffles, 1969:72). Rujuk juga (SFR, Vol. 47, ff.625-9). Lebih lanjut tentang dasar restriksi Belanda di Melaka antara tahun 1818-25, rujuk Turnbull (1983:240-7). 74 PWIG, 16 Januari 1822. 75 Lebih lanjut tentang dasar restriksi Belanda, rujuk RC, Vol. 1:97, 101- 6; Vol. 2:1-21. 7° RC, Vol. 8:58-9. 7 “Dasar dan kesungguhan Belanda menafikan British daripada terlibat dalam kesemua perdagangan Timur Kepulauan Melayu dan untuk menjamin kawalan mutlak jalan masuk ke laut China telah dapat dilihat dengan nyata melalui langkah-langkah yang dipaksakan di provinsi selatan Sumatera” (RC, Vol. 1:217). Tindakan Raffles mengisytiharkan Bangkahulu di Jawa sebagai pelabuhan bebas pada 1818 adalah bertujuan untuk mengawal kegiatan Belanda (“Notes Illustrative of The Life and Services of Sir Stamford Raffles”, JIA, 1855:312; Hahn (1968:81). Di sebalik tujuan membendung kegiatan Belanda, dasar perdagangan bebas juga bertujuan untuk memaksa pihak Belanda supaya 120 Francis Light dan Stamford Raffles dalam Perdagangan dan Pelabuhan Bebas menerima dasar-dasar liberal (Wright, 1961:352; Donald Moore dan Joanne Moore, 1963: 7 Aktiviti kuasa Amerika di Aceh dihalkan dengan mendalam dalam surat-surat Raffles. Pada 1818, kapal-kapal Amerika dikatakan menerima kargo di Aceh (RC, Vol. 1:239-41). Monopoli lada hitam Amerika di Aceh turut membimbangkan Britain (PWIG, 15 September 1821). Lebih lanjut tentang kebimbangan aktiviti pedagang Amerika, rujuk Cook (1918:33-4); “Notices of Singapore”, (JIA, Vol. 7, 1853:326-7); Sophia Raffles (1830a:84-6). 8 Kegiatan Perancis terlihat di Cochin-China, Pegu dan Arakan (RC, Vol. 8:11-14). Kapal-kapal Perancis dikatakan tiba di pelabuhan Melaka dari pantai Jawa pada 13 Julai 1811 (PWIG, 13 Julai, 1811). SC, 30 Julai 1829. ® Bastin (1978:54). 8 Petrov (1987:633). ® Hal ini terkandung di dalam surat yang diajukan oleh seorang pedagang persendirian Timur pada 15 September 1821. Menurutnya, “. . . adalah menjadi dasar kita untuk menjadikan stesen-stesen kita di Timur pelabuhan bebas: tidak tertakluk kepada duti, sekatan, dihalangi oleh pengutipan kastam; dan seterusnya mengelakkan rampasan barangan dengan sewenang-wenangnya dan yang lebih penting elakkan daripada semua jenis penyeludupan. Di Singapura sistem ini telah diperkenalkan. Pedagang datang dan pergi, beli dan jual tanpa tertakluk kepada peraturan cukai.” Beliau menambah “... jika pelabuhan bebas diperluaskan kepada satu atau dua stesen kita di Kepulauan Timur, ia sama ada akan memaksa Belanda membuka pelabuhan-pelabuhan mereka kepada pedagang kita atau melihat semua perdagangan Timur datang kepada kita” (PWIG, 15 September 1821). 85” PWIG, 29 September 1821. % Wake (1975:65). "7 Cowan (1967:4). 8 SSR (SNL), L17, ff236-41. © Peacock (1979b:94). % SSR (SNL), Series AA7, f.216; SSR (SNL), A 13, ff. 19-20. ® (Cowan, 1950a:6-7). Lebih lanjut rujuk juga Courtenay (1972:68); Mar- garet Lee (1978:22).

Anda mungkin juga menyukai