Anda di halaman 1dari 3

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Hj. Muhammad Hasif b.

Abdul Ghalib, Pengetua SMK Seksyen 2, Bandar Bukit Mahkota, En.


Abdul Haris Anuar, Penolong kanan Akademik, En. Loganathan,
Penolong Kanan HEM, guru-guru serta pelajar yang saya hormati
sekalian. (AF) Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan
ceramah yang bertajuk "Penyalahgunaan dadah dan keburukannya
terhadap pembangunan negara" sempena minggu antidadah yang telah
diadakan baru-baru ini.

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,


(AR) Penyalahgunaan dadah ini telah menimbulkan pelbagai gejala
sosial dalam kalangan masyarakat. (AR) Hal ini juga menjadi punca
berlakunya kemunduran pembangunan negara dan juga keruntuhan
akhlak dalam kalangan belia di seluruh pelosok negara. (AR) Dadah
ini dikategorikan sebagai najis merupakan bahan kimia yang bukan
sahaja mampu memudaratkan kesihatan fizikal, malahan kesihatan
mental seseorang individu jika disalahgunakan tanpa preskripsi pakar
perubatan.

Dadah sememangnya tidak menjadi asing lagi dalam kalangan


anggota masyarakat sehingga masalah penyalahgunaan dadah dalam
kalangan belia giat diperdebatkan oleh golongan cendekiawan dan
pihak berkuasa kini. Namun begitu, tidak semua dadah berbahaya
kepada kesihatan kita. Contohnya, aspirin yang berperanan untuk
melegakan kesakitan yang dialami oleh para pesakit sering digunakan
di pusat-pusat kesihatan dan hospital di seantero dunia kerana ubat ini
tidak akan menjejaskan kesihatan serta tidak meninggalkan kesan
terhadap kesihatan fizikal dan juga mental. Tegasnya, dalam hal ini,
dadah penting sebagai ubat atau bahan untuk melegakan pesakit.

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,


Pada hakikatnya, kebanyakan dadah akan memudaratkan dan
menyebabkan perkembangan mental kita terbantut serta menyebabkan
seseorang bertindak secara tidak rasional seperti keganasan yang
memuncak secara membuta tuli dan juga hilang pertimbangan.
Contoh-contoh dadah yang saya nyatakan tadi termasuklah heroin,
morfin, kokain dan sebagainya. Hal inilah yang menyebabkan pihak
kerajaan mengharamkan individu menyalahgunakannya. Tegasnya,
sesiapa yang didapati mengedar dadah jenis ini, mereka akan dijatuhi
hukuman gantung sampai mati.

Seterusnya, sindiket penyeludupan dadah di negara kita semakin


menjadi-jadi sehinggakan ramai orang terjerumus ke lembah dadah
terutamanya golongan belia. Hal ini demikian kerana mereka kurang
diberi perhatian oleh ibu bapa mereka yang leka dibawa arus
permodenan. Sebagai contoh, bilangan pusat serenti di negara kita
sentiasa bertambah penghuninya dari semasa ke semasa. Selain
penagih tegar, penagih baharu juga menampakkan pertambahannya.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Fenomena yang menyedihkan ini akan menjejaskan pembangunan
negara. Hal ini dikatakan demikian kerana gejala ini akan
menyebabkan negara kita akan mengalami masalah kekurangan
tenaga pekerja yang berkemahiran. Sebagai contoh, oleh sebab
banyak golongan remaja yang terbabit dengan gejala penyalahgunaan
dadah, banyak pekerja kilang didominasikan oleh pendatang asing.
Secara keseluruhannya, sekiranya masalah penyalahgunaan dadah
dalam kalangan belia masih tidak dititikberatkan, nescaya negara kita
akan gagal menyahut cabaran bagi merealisasikan impian negara ke
arah Wawasan 2020.

Akhir kata , golongan belia seharusnya membuat persiapan yang


sepenuhnya serta menerapkan semangat kental ke dalam jiwa mereka
kerana rakyat sejagat menaruh harapan tinggi terhadap mereka yang
merupakan tonggak ke arah kecemerlangan negara dan melahirkan
negara yang bertaraf metropolis. Ingatlah, "Negara Maju tanpa
Dadah"
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai