Anda di halaman 1dari 2

Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan

Kampung Persekutuan (JPKKP)


Kampung Gadong
71350, Kota Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 018-280 8413 / 013 636 9014


Kod JPKKP : 21/23-05-P131-00050
FB : www.facebook.com/ JPKKP Kg Gadong

Rujukan Kami : Bil (7) Dlm JPKKP 2022

YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar


Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau
PT565, Jln Seremban - Tampin,
71300 Rembau N. Sembilan. 17 Februari 2022

Yang Berhormat,

PER : MEMOHON MENAIK TARAF LONGKANG ATAU SALURAN AIR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Berdasarkan maklumat diatas, saya Mohd Faizal Bin Arshad selaku Pengerusi JPKKP Kg Gadong ingin
memohon bantuan dari pihak tuan untuk menaik taraf longkang atau saluran air di kawasan Kg Ulu Pari, Kg
Gadong.

3. Untuk makluman pihak YB, keadaan longkang atau saluran air yang sedia ada sekarang amat kurang
memuaskan kerana tidak memenuhi spesifikasi sistem perparitan atau dengan kata lain tidak mempunyai saluran
keluar yang betul sehingga menyebabkan air mudah bertakung. Keadaan ini juga bertambah buruk lagi apabila
tiba musim hujan yang akan menyebabkan air kumbahan masuk ke dalam rumah.

4. Perkara ini telah berlaku berulang kali dan telah dimaklumkan kepada Pejabat Majlis Daerah, namun
sehingga kini tiada sebarang tindakan yang sewajarnya diambil.

5. Besarlah harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat perhatian serta pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Turut dilampirkan adalah sebut harga bagi kerja – kerja menaik taraf longkang di
kawasan tersebut. Segala jasa baik dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Di sediakan oleh,

__________________________
(MISRIAH BINTI MOHAMED YAHAYA)
Setiausaha JPKKP KG GADONG
Di sahkan oleh,

_______________________
(MOHD FAIZAL BIN ARSHAD)
Pengerusi JPKKP KG GADONG

s.k. Pejabat DUN KOTA


Fail Setiausaha

Anda mungkin juga menyukai