Anda di halaman 1dari 3

SK PULAU RUSA

26630 PEKAN
PAHANG DARUL MAKMUR

1.0      PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak
pengalaman”, maka pihak sekolah telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil
belajar ke Kuala Terengganu. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan
satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan
pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. Melalui program ini juga,
diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid.

2.0      RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti
ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan.
Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha
membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang
lebih baik.

3.0     OBJEKTIF
1.     Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada  murid-murid untuk
membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
2.      Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3.      Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar
dan masyarakat.

4.0       DESTINASI
Sekitar bandar Kuala Terengganu, Balai Cerap Unisza Gong Badak, Muzium Kuala
Terengganu, Taman Tamadun Islam dan Dataran Shahbandar
           
5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN
            Tarikh             : 28 Januari 2023
            Hari                 : Sabtu
            Masa               : 5.00 pagi - 7.00 petang
6.0       KUMPULAN SASARAN
            Program ini disasarkan kepada murid-murid tahun 6 dan 5 khususnya dan warga
sekolah yang lain 

7.0      KUTIPAN
        

KUTIPAN JUMLAH
Kutipan Murid 11 x RM 100.00 RM 1100.00
Kutipan Guru dan 9 x RM 100.00 RM 900.00
kakitangan
Sumbangan RM 100
JUMLAH RM 2100.00
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH


VAN (2 BUAH)   2 x RM 800.00 RM   1600.00
Sarapan pagi, makan 20 x RM20.00 RM 400.00
tengahari dan makan
malam
Air mineral dan ubat- RM 100.00
ubatan
JUMLAH RM 2100.00

9.0    AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

    

Pengerusi : Pn Rohaida Binti Shaari


(GPK Pentadbiran - Memangku)
Naib Pengerusi : En Mohd Harmimi Bin Kamaluddin
(GPK Hal Ehwal Murid)
 10. 0   
Setiausaha : Pn Rubiatul ‘Adawiah Binti Kamaruddin
Bendahari : Pn Ruhana Binti Hassan
AJK Dokumentasi Pn Nursyahida Binti Mohamed
AJK Pengangkutan : Pn Radzita Binti Ismail
AJK Makanan dan Minuman : Pn Norhanani Binti Mohni
Pn W.Fatimatul Zahara Binti W.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

 
a) SETIAUSAHA
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram
lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan terkini
urusan program. Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

b) BENDAHARI
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan
menyelaraskan wang keluar masuk.

c) JK PENGANGKUTAN
Menghubungi pihak bas, bayaran, memastikan mempunyai permit dan insurans serta
memastikan kedudukan murid semasa di dalam bas.

d) JK MAKANAN
Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.

e) JK DOKUMENTASI
Membuat laporan tentang lawatan
11.0    TENTATIF LAWATAN

Tarikh Masa Tempat / Aktiviti Catatan


Hari lawatan 5.00 pagi Bertolak dari SK Pulau Rusa, Pekan menaiki
27 Oktober van sewaan menuju ke Kuala Terengganu
2018 - Sabtu
6.00 pagi Berhenti di R&R Perasing untuk solat subuh.

8.30 pagi Sarapan pagi di R&R Paka

10.00 pagi Lawatan di Balai Cerap Unisza Gong Badak,


Kuala Nerus.

11.30 pagi Makan tengahari di Cafe Unisza

1.00 petang Solat zohar dan jamak Asar di Masjid Kristal

1.30 petang Melawat Muzium Kuala Terengganu

2.30 petang Melawat Taman Tamadun Islam

4.30 petang Berkunjung ke Dataran Shahbandar Kuala


Terengganu

6.00 petang Bertolak balik ke SK Pulau Rusa

12.0    PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada murid-murid SK Pulau Rusa, Pekan. Melalui program ini juga murid diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-
rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada
masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang
mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………………………………………….… …………………………………………..
(RUBIATUL ‘ADAWIAH BINTI KAMARUDDIN) (AZHAR BIN JAMIN)
Setiausaha Lawatan Guru Besar
SK Pulau Rusa SK Pulau Rusa
26630 PEKAN 26630 PEKAN
Pahang Darul Makmur Pahang Darul Makmur

Anda mungkin juga menyukai