Anda di halaman 1dari 2

 

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk

cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan

Anaknya.

        Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin .

Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang

anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke

dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ.

        “Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang ayah?” tanya

isteri penebang kayu.

        “Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan

sisa-sisa hidupnya,” kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak

sedar bahawa percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.

        Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pekan untuk membeli sebuah bakul

yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan

bapanya ke dalam bakul tersebut.

        “Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya bapanya.

        “Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa

sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga

dengan baik,” kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua

itu berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul

ayahnya berjalan ke arah hutan.

        Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak

penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!”
        “Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.

        “Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut, “Apabila ayah tua kelak,

saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.”

        Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk

sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya.

“Marilah kita pulang ke rumah.”     

Pengajaran yang boleh didapati melalui cerita ini ialah kita perlu menghargai

dan membalas jasa ibu bapa kerana mereka merupakan insan yang paling penting

dalam hidup kita. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai

  • Segak 2016
    Segak 2016
    Dokumen46 halaman
    Segak 2016
    joel_hew
    Belum ada peringkat
  • Document 3
    Document 3
    Dokumen1 halaman
    Document 3
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • Ice Breaking
    Ice Breaking
    Dokumen18 halaman
    Ice Breaking
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • Sajak Merdeka
    Sajak Merdeka
    Dokumen1 halaman
    Sajak Merdeka
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • Document 3
    Document 3
    Dokumen1 halaman
    Document 3
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • Document 3
    Document 3
    Dokumen1 halaman
    Document 3
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • Document 3
    Document 3
    Dokumen1 halaman
    Document 3
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • Cerita Sains Haiwan
    Cerita Sains Haiwan
    Dokumen2 halaman
    Cerita Sains Haiwan
    Oren Cheng
    Belum ada peringkat
  • Document 3
    Document 3
    Dokumen1 halaman
    Document 3
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • Cerita Sains Haiwan
    Cerita Sains Haiwan
    Dokumen2 halaman
    Cerita Sains Haiwan
    Oren Cheng
    Belum ada peringkat
  • Modul Pendidikan Luar
    Modul Pendidikan Luar
    Dokumen27 halaman
    Modul Pendidikan Luar
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • Cerita Sains Haiwan
    Cerita Sains Haiwan
    Dokumen2 halaman
    Cerita Sains Haiwan
    Oren Cheng
    Belum ada peringkat
  • 12 Tunas
    12 Tunas
    Dokumen1 halaman
    12 Tunas
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • 12 Tunas
    12 Tunas
    Dokumen12 halaman
    12 Tunas
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • 12 Tunas
    12 Tunas
    Dokumen12 halaman
    12 Tunas
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • Kecederaan Di Bahagian Hamstring
    Kecederaan Di Bahagian Hamstring
    Dokumen3 halaman
    Kecederaan Di Bahagian Hamstring
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • Bicara Berirama
    Bicara Berirama
    Dokumen10 halaman
    Bicara Berirama
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • MT THN 1 K 2
    MT THN 1 K 2
    Dokumen2 halaman
    MT THN 1 K 2
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • 12 Tunas
    12 Tunas
    Dokumen12 halaman
    12 Tunas
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • 12 Tunas
    12 Tunas
    Dokumen12 halaman
    12 Tunas
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • Sukan Dan Perkembangan Psikologi Kanak
    Sukan Dan Perkembangan Psikologi Kanak
    Dokumen73 halaman
    Sukan Dan Perkembangan Psikologi Kanak
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat
  • Psikososial PJM 3117
    Psikososial PJM 3117
    Dokumen57 halaman
    Psikososial PJM 3117
    ryietangelambai
    Belum ada peringkat