Sekalung tahniah saya ucapkan kepada warga SRIBEST Prima kerana telah berjaya
mengadakan Majlis Apresiasi bagi tahun 2021. Ucapan tahniah dan syabas juga saya
zahirkan buat anak-anak yang hebat lagi cemerlang yang diraikan pada hari ini. Saya amat
berterima kasih kepada pihak SRIBEST Prima kerana telah menjemput saya untuk
merasmikan Majlis Apresiasi SRIBEST 2021 pada hari Jumaat yang penuh berkah ini.
Saya dimaklumkan bahawa majlis pada hari ini adalah untuk memberi penghargaan
dan pengiktirafan kepada para murid yang bekerja keras dalam meningkatkan prestasi diri
dalam pelbagai bidang iaitu akademik, kokurikulum, keperibadian, kepimpinan dan juga
dinniah. Sesungguhnya usaha sekolah yang murni ini perlu dihargai oleh para murid kerana
tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
Tahun 2021 merupakan tahun yang mencabar buat semua termasuk sektor
pendidikan dek kerana pandemik yang masih melanda negara kita. Namun begitu, pihak
sekolah berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam pendidikan murid dengan
menyusun jadual pembelajaran secara digital yang sistematik. Usaha ini diseimbangkan
dengan pelbagai aktiviti kokurikulum dan HEM yang dijalankan secara atas talian, bagi
memastikan para murid terus berdaya saing dan berfikiran kritis.
Sesungguhnya, kejayaan tidak datang bergolek. Oleh itu, saya menyeru semua pihak
termasuk ibu bapa dan anak-anak untuk sama-sama memberi usaha yang gigih dan
sokongan berterusan dalam merealisasikan impian dan matlamat yang ingin dicapai.
Sebagai mengakhiri bicara saya pada hari ini, saya mengucapkan syabas kepada
anak-anak yang diraikan dan selamat maju jaya kepada anak-anak tahun 6 yang bakal
melangkah ke alam baru yang lebih mencabar. Terima kasih kepada pihak sekolah dan
semoga cita-cita murni kita semua akan memperoleh keberkatan Ilahi, in shaa Allah.
JAWI
MUHAMMAD ABDUL MUHAYMIN BIN MOHD
TAHUN 2
ZULIKRAM
Anugerah Subjek Terbaik
BAHASA ARAB
MUHAMMAD ABDUL MUHAYMIN BIN MOHD
TAHUN 2
ZULIKRAM
PEREMPUAN
TAHAP 2