Anda di halaman 1dari 19

[TERHAD]

PANDUAN PENANDAAN DAN PEKSKORAN


PETAKSIRAN AKHIR TAHUN
2021
SMK BANDAR RINCING
SEMENYIH

©Amin2021

1
[TERHAD]

BAHAGIAN A : KARANGAN RESPON TERHAD


(10 markah)
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon:

(i) Pemeriksa perlu memberi penekanan kepada idea yang ditulis oleh calon.
(ii) Karangan dinilai secara tanggapan( impression) keseluruhan.
(iii) Pemeriksa diminta menandakan kesalahan bahasa seperti biasa
(iv) Peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah.
(v) Pemerenganan bebas

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 8-10 Idea

- menggunakan keseluruhan idea berdasarkan


bahan yang diberi

-Idea yang jelas dan matang

Bahasa

- Ayat gramatis

- Kosa kata luas dan tepat

-Ejaan dan tanda baca betul

- Penanda wacana yang betul

- Kesalahan bahasa yang minimum

Baik 6-7 Idea

- menggunakan idea berdasarkan dengan bahan


yang diberi

- Idea yang jelas

Bahasa

2
[TERHAD]

- Ayat masih gramatis

- Kosa kata luas

- Ejaan dan tanda baca masih betul

- Penanda wacana yang masanetui

- Kesalahan bahasa yang masih minimum

Kurang 3-5 Idea


memuaskan
- ldea masih menggunakan bahan yang diberi

- Idea yang kurang jelas

Bahasa

- Ayat kurang gramatis

- Kosa kata terhad

- Kesalahan bahasa yang ketara

Penguasaan 1-2 - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan


minimum
penguasaan bahasa yang lemah

Cara penandaan dan pemberian markah :

(i) Pemeriksa dikehendaki menandakan (/) apabila terjumpa isi.

(ii) Baca dan periksa setakat 80 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.

(iii) Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.

3
[TERHAD]

BAHAGIAN B : KARANGAN RESPON TERBUKA


(30 MARKAH)

PERINGKAT MARKAH

Cemerlang 26-30

Kepujian 20-25

Baik 15-19

Kurang memuaskan 10-14

Penguasaan minimum 0-09

Kriteria menilai kemahiran menulis

KRITERIA DESKRIPSI

BAHASA -Kegramatisan: Kata(Morfologi)

-Ayat(Sintaksis)

-Ejaan dan tanda baca

-Kosa kata

IDEA -Isi-isi

-Huraian isi

-contoh

PENGOLAHAN -Pengolahan

-Pemerenganan

-Format

-Unsur keindahan bahasa/ungkapan memarik

4
[TERHAD]

Kriteria penskoran

PERINGKAT MARKAH DESKRIPSI

Cemerlang 26-30 Idea

- Idea relevan dengan tugasan

- Huraian idea jelas,menarik dan matang

- Contoh yangsesuai

Bahasa

-Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis

-Penggunaan kosa kata luas dan tepat

-Tanda baca betul

-Kesalahan bahasa minimum

Pengolahan

-Pengolahan menarik, berkesan dan matang dengan


pemerengganan yang sesuai

-Format menepati kehendak tugasan

-Penggunaan penanda wacana tepat

-Penggunaan ungkapan menariktepat dan berkesan seperti


peribahasa / pantun / cogan kata /  frasa yang menarik

Kepujian 20-25 Idea

- Idea relevan dengan tugasan

-Huraian idea jelas dan menarik

-Contoh yang sesuai

Bahasa

-Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis

-Penggunaan kosa kata luas 

5
[TERHAD]

-Tanda baca yang betul

-Kesalahan bahasa masih minimum

Pengolahan

-Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan


yang sesuai

-Format menepati kehendak tugasan

-Penggunaan penanda wacana sesuai

-Penggunaan ungkapan menarik sesuai dan berkesan


seperti peribahasa / pantun / cogan kata / frasa yang
menarik.

Baik 15-19 Idea

-Idea masih relevan dengan tugasan

-Huraian idea masih jelas dan masih menarik

-Contoh yang masihsesuai

Bahasa

-Penggunaan ayat masih bervariasi dan masih gramatis

-Penggunaan kosa kata masih luas 

-Tanda baca masih betul

- Kesalahan bahasa masih minimum

Pengolahan

-Pengolahan masih menarik, dan masih berkesan dengan


pemerengganan yang masih sesuai

-Format masih menepati kehendak tugasan

-Penggunaan penanda wacana masih sesuai

Kurang memuaskan 10-14 Idea

-Idea kurang relevan dengan tugasan

6
[TERHAD]

-Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik

-Tiada contoh  atau contoh  kurang sesuai

Bahasa

-Penggunaan ayat kurang bervariasi dan kurang gramatis

-Penggunaan kosa kata terhad

- kesalahan bahasa ketara

Pengolahan

- Pengolahan kurang menarik, kurang berkesan dan


pemerengganan yang kurang sesuai

-format kurang menepati kehendak tugasan

- Penggunaan penanda wacana kurang sesuai

Penguasaan minimum 0-09 -Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan


kemahiran menulis yang lemah

-Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati


kehendak soalan / terpesong.

7
[TERHAD]

BAHAGIAN A

[10 markah]

[Masa yang dicadangkan : 15 minit]

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya
antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Ciri-ciri Rakan yang Baik


rakan sangat penting – rakan yang baik - mempunyai wawasan hidup – ingin berjaya
dengan cemerlang - sanggup bersusah payah - tidak meninggalkan kawan - mempunyai
harga diri – mengajak kawan kepada kebaikan – perlu dijadikan panduan - tidak terjebak
dengan gejala negatif.

Pendahuluan:
Ayat Rangsangan: Rakan sangat penting dalam kehidupan kita.

Ayat Arahan: Sesungguhnya terdapat ciri-ciri rakan yang baik.

Isi:
1) Antara ciri-ciri rakan yang baik ialah mereka mempunyai wawasan hidup dan
sentiasa ingin berjaya dengan cemerlang.
2) Selain itu, mereka juga sanggup bersusah payah serta tidak meninggalkan kawan.
3) Malah, rakan yang baik mempunyai harga diri yang tinggi.
4) Tegasnya, rakan yang baik akan sentiasa mengajak kawan kepada kebaikan.

Penutup
Ayat kesimpulan: Tuntasnya terdapat ciri-ciri rakan yang baik perlu dijadikan panduan
semasa memilih kawan agar kita tidak terjebak dengan gejala negatif.

8
[TERHAD]

Karangan Lengkap

Rakan sangat penting dalam kehidupan kita. Sesungguhnya terdapat ciri-ciri rakan
yang baik.

Antara ciri-ciri rakan yang baik ialah mereka mempunyai wawasan hidup dan
sentiasa ingin berjaya dengan cemerlang. Selain itu, mereka juga sanggup bersusah payah
serta tidak meninggalkan kawan. Malah, rakan yang baik mempunyai harga diri yang tinggi.
Tegasnya, rakan yang baik akan sentiasa mengajak kawan kepada kebaikan.

Tuntasnya terdapat ciri-ciri rakan yang baik perlu dijadikan panduan semasa memilih
kawan agar kita tidak terjebak dengan gejala negatif.

(77 patah perkataan)

● Pastikan jumlah patah perkataan 50-80


● Murid tidak boleh mengubah frasa
● Murid tidak boleh mengubah susunan dan urutan frasa

9
[TERHAD]

BAHAGIAN B

[ 30 markah]

[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga
soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 180 patah perkataan.

(i) Setiap murid perlu ada tanggungjawab terhadap diri sendiri bagi memastikan dirinya
sentiasa selamat.
Huraikan cara-cara murid memastikan dirinya tidak terpengaruh dengan gejala
penyalahgunaan dadah.

(ii) Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting untuk membimbing dan
membentuk peribadi seorang murid.
Bincangkan langkah-langkah ibu bapa dalam membantu murid memerangi dadah.

(iii) Sebagai seorang pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, kamu telah dijemput oleh
sekolah lama kamu untuk memberikan ucapan tentang punca-punca penagihan
dadah sempena Hari Antidadah di sekolah lama kamu.
Tulis teks ucapan kamu selengkapnya.

10
[TERHAD]

11
[TERHAD]

(i) Setiap murid perlu ada tanggungjawab terhadap diri sendiri bagi memastikan dirinya
sentiasa selamat.
Huraikan cara-cara seorang murid memastikan dirinya tidak terpengaruh dengan
gejala penyalahgunaan dadah.

Pendahuluan
Ayat Rangsangan :
1)Penyalahgunaan dadah semakin berleluasa dalam kalangan remaja pada hari ini.
2)Sebagai seorang remaja, kita harus sedar akan tangungjawab terhadap diri sendiri
bagi memastikan diri kita sentiasa selamat daripada pengaruh dadah.
Ayat Arahan:
3) Sesunngguhnya terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan agar kita tidak
terpengaruh dengan gejala penyalahgunaan dadah.

Isi (cadangan)
1) Murid perlu mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa
a. Sentiasa patuh dengan arahan ibu bapa
b. Berbincang dan mendengar nasihat ibu bapa.
c. Patuh kepada ibu bapa akan menjadi hidup lebih berkat dan terhindar
dengan pengaruh dadah.
2) Murid harus tahu memilih rakan yang baik agar tidak terpengaruh dengan
kawan yang negatif
a. Kesilapan memilih kawan akan mendatangkan kesan yang negatif.
b. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya
c. Rakan yang baik dapat menjauhkan kita daripada gejala dadah.
3) Murid harus menyayangi diri sendiri .
a. Perlu berdikari dan bertanggung jawab terhadap diri sendiri.
b. Sedar akan risiko yang harus dihadapi jika terpengaruh dengan dadah.
c. Peribadi yang unggul dapat mengawal diri daripada terjebak dengan
dadah.
4) Murid perlu perangi dadah bagi memastikan masa depannya berjaya.
a. Perlu memiliki matlamat hidup.
b. Memiliki cita-cita dan rangcangan untuk masa depan.
c. Fokus terhadap cita-cita akan menjadikan murid memiliki akan
mengelakkan diri daripada penyalahgunaan dadah.

* isi-isi lain yang relavan juga di terima.

Nota: bahan rangsangan hanyalah satu panduan, murid bebas


mengemukakan isi yang bertepatan dengan tema tanpa terikat kepada bahan
rangsangan.

12
[TERHAD]

13
[TERHAD]

Penutup
Ayat kesimpulan:

Tuntasnya ,sebagai seorang murid kita hendaklah bertanggungjawab untuk


memastikan diri kita terhindar daripada gejala penyalah gunaan dadah agar hidup
kita terpelihara daripada kerosakan.

Ayat harapan:

Semoga setiap murid sedar akan bahaya dadah dan berusaha menjauhinya dadah
secara jitu dan bersungguh-sungguh.

Ayat cadangan:

Murid perlu menambah pengetahuan tentang kesan negatif dadah dan sentiasa
merujuk kepada ibu bapa serta menjaga perhubungan dengan rakan yang baik agar
tidak terjebak dengan dadah.

Ayat Penilaian:

Sesungguhnya, cara hidup yang sihat serta bebas dari dadah akan menjamin
kejayaan seorang murid di dunia dan akhirat.

*fokus karangan adalah kepada tanggungjawab murid dan cara-cara menghidari gejala
dadah.

*isi terpesong dengan penerangan yang relavan dengan tema boleh diterima

(ii) Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting untuk membimbing dan
membentuk peribadi seorang murid.
Bincangkan langkah-langkah ibu bapa dalam membantu murid memerangi dadah.
Pendahuluan
Ayat Rangsangan :
1) Penyalah gunaan dadah dalam kalangan remaja sering dikaitkan dengan kegagalan
ibu bapa untuk mendidik anak dengan baik.
2)Ibu bapa mempunyai peranan penting bagi mengelakkan anak-anak dari pada
terjerumus dalam lembah kehinaan yang melibatkan penyalahgunaan dadah..
Ayat Arahan:
3) Sudah jelas dan nyata, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh ibu
bapa dalam membantu murid memerangi dadah.

Isi (cadangan)
1) Ibu bapa perlu banyak meluangkan masa bersama anak-anak.

14
[TERHAD]

a. Ibu bapa perlu memiliki ilmu untuk memahami anak remaja sebagai
langkah pencegahan agar anak terhindar daripada gejala dadah.
b. Selain memahami karekter anak, ibu bapa perlu memahami tingkah
laku anak-anak yang sedang menghadapi anak..
c. Hubungan yang rapat serta penuh kasih sayang akan dapat
membendung anak-anak dari terjerumus dengan bahaya dadah.
2) Ibu bapa memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan rakan sebaya
yang negatif.
a. Sentiasa memantau rakan-rakan anak.
b. Mengenali rakan sebaya anak serta menjadikan anak serta kawan-
kawan mereka sebagai kawan.
c. Memahami anak dan menjadi tempat luahan hati anak.
d. Hubungan rapat dengan ibu bapa akan mengelakkan anak mencari
rakan yang negatif.

3) Ibu bapa berpesan kepada anak tentang kesan buruk penyalahgunaan


dadah .
a. Anak lebih yakin dengan ajaran yang disampaikan oleh ibu bapa.
b. Ibu bapa mengajak anak menghadiri pameran antidadah dan sentiasa
mengingatkan anak tentang kesan buruk anak serta hukuman berat
yang perlu dihadapi oleh penagih dan pengedar dadah.
c. Ilmu yang dimiliki ibu bapa tentang penyalahgunaan dadah dapat
dijadikan panduan bagi mengelakkan anak terjebak dengan dadah.

4) Ibu bapa memantau kelainan tingkah laku anak bagi proses pencegahan
awal.
a. Sekiranga terdapat sebarang kecurigaan ibu bapa perlu mencegah
pada peringkat awal.
b. Berhubung rapat dengan guru dan kaunselor sekolah.
c. Mendapatkan pencegahan awal.
d. Pemantauan rapi oleh ibu bapa dapat mencegah dan membantu anak
memerangi dadah

* isi-isi lain yang relavan juga di terima.

Nota: bahan rangsangan hanyalah satu panduan, murid bebas mengemukan


isi yang bertepatan dengan tema tanpa terhad kepada bahan rangsangan.

Penutup
Ayat kesimpulan:

15
[TERHAD]

Sebagai intiha, terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa dalam
membantu murid memerangi dadah.

Ayat harapan:

Semoga dengan pemantauan yang jitu oleh ibu bapa terhadap pergaulan dan
tingkahlaku anak dapat menghidari mereka daripada pengaruh dadah..

Ayat cadangan:

Ibu bapa harus sentiasa memastikan anak-anak sentiasa menjaga diri mereka agar
tidak terlibat dengan dadah.

Ayat Penilaian:

Jelaslah, peranan ibu bapa sangat penting bagi mengelakan anak-anak daripada
terjebak dengan najis dadah.

*fokus karangan adalah kepada peranan ibu bapa dan langkah-langkah memerangi dadah

*isi terpesong dengan penerangan yang relavan dengan tema boleh diterima

16
[TERHAD]

(iii) Sebagai seorang pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, kamu telah dijemput oleh
sekolah lama kamu untuk memberikan ucapan tentang punca-punca penagihan
dadah sempena Hari Antidadah di sekolah lama kamu.
Tulis teks ucapan kamu selengkapnya.

Pendahuluan
Kata-kata aluan
Mengucapkan terima kasih kepada penngerusi majlis, barisan pentadbir, guru-guru
dan murid-murid.
Menjelaskan tajuk ucapan adalah punca-punca penagihan dadah.
Ayat Rangsangan :
1) Dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang memberikan kesan sedative serta
menghayalkan.
2) Terdapat dua kategori dadah iaitu dadah berdaftar dan dadah terlarang.
3) Penyalahgunaan dadah bermaksud pengunaan dadah secara yang salah dari segi
undang-undang yang terbahagi kepada dua kategori iaitu penyelewengan
pergunaan dadah berdaftar dan penggunaan dadah terlarang.
Ayat Arahan:
3) Sesungguhnyaterdapat beberapa punca penagihan dadah.

Isi (cadangan)
1) Naluri ingin mencuba yang kuat dalam kalangan remaja.
a. Remaja memiliki keinginan yang tinggi untuk mencuba perkara
baharu.
b. Remaja mencuba mengambil dadah tanpa menyedari kesan
ketagihan.
c. Dadah merupakan benda bahaya yang tidak boleh dicuba-cuba kerana
kesipan ini boleh membawa padah.

2) Pengaruh rakan sebaya.


a. Remaja sangat terpengaruh dengan rakan sebaya.
b. Selain mengambil dadah kerana diajak oleh rakan, remaja juga
mengambil dadah kerana cabaran rakan sebaya.
c. Berhati-hati memilih rakan sebaya kerana kesilapan memilih kawan
mengundang banyak kesan negatif.
.
3) Kegagalan ibu bapa untuk meluangkan masa dengan anak-anak.
a. Ibu bapa terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak.
b. Ibu bapa terlalu mementingkan kerja dan membiarkan anak-anak
bebas bergaul tanpa pemantauan.

17
[TERHAD]

c. Ibu bapa yang kurang meluangkan masa dengan anak-anak sehingga


menyebabkan anak-anak terjebak dengan gegala dadah.

4) Keruntuhan instituisi kekeluargaan.


a. Rumah tangga yang kacau bilau.
b. Penceraian.
c. Pergaduhan sesama ahli keluarga.
d. Institusi kekeluargaan yang longgar menyebabkan anak-nak cuba
mencari jalan keluar sehingga terpengaruh dengan dadah.

* isi-isi lain yang relavan juga di terima.

Nota: bahan rangsangan hanyalah satu panduan, murid bebas mengemukan


isi yang bertepatan dengan tema tanpa terhad kepada bahan rangsangan.

Penutup
Ayat kesimpulan:

Akhir kalam, saya simpulkan terdapat banyak punca penagihan dadah yang perlu diberi
perhatian oleh pelbagai pihak.

Ayat harapan:

Semoga semua pihak dapat berganding bahu untuk memastikan murid tidak terlibat
dengan dadah.

Ayat cadangan:

Ibu bapa, guru, masyarakat harus mengembeling tenaga, bermuafakat untuk


mencegah penyalahgunaan najis dadah.

Ayat Penilaian:

Jelaslah, sekiranya semua pihak bersatu hati, langkah pencegahan penyalahgunan


dadah dapat dilakukan dengan lebih baik.

* Karangan yang tidak ditulis dalam format ucapan boleh dipotong maksima 2 markah.
* fokus karangan adalah tentang punca-punca penagihan dadah
*isi terpesong dengan penerangan yang relavan dengan tema boleh diterima

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:

18
[TERHAD]

(RUSIAH BINTI DAUD) (NOR ELIZA BT AHMAD ZULKIFLI)


Guru Mata Pelajaran Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa

19

Anda mungkin juga menyukai