Anda di halaman 1dari 9

EXCEL II 6 ATAS : 2011

SULIT*

JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH PENGAJIAN AM JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH KERTAS 2 JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH ( Tiga jam) )) JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

900/2

STPM 200

JABATAN PELAJARAN SABAH


PEPERIKSAAN EXCEL II 2011 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D, dan E dan dua soalan dalam Bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. NOTA
Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 08 halaman bercetak.

EXCEL II : 2011 SULIT*

2
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Bahagian A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]

1. Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat atau hub produk halal ialah membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Jelaskan pernyataan tersebut. 2. Kewujudan laman sosial seperti facebook, twitter dan blog sebagai medium komunikasi telah membolehkan masyarakat menghantar dan menerima maklumat dengan cepat. Namun, kemudahan ini telah disalahgunakan oleh pelbagai pihak. Bincangkan.

Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Pembudayaan teknologi hijau di Malaysia amat penting untuk kelestarian hidupan. Jelaskan. 4. Hipertensi, diabetis dan lemah jantung antara penyakit paling umum dihidapi ramai. Kebimbangan terhadap pembunuh senyap ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Justeru, penyakit yang menyebabkan kesengsaraan hidup dan meragut nyawa itu harus dicegah. Bincangkan.

900/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

EXCEL II : 2011 SULIT*

Bahagian C Pilih dua soalan dalam bahagian ini: satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu lagi daripada soalan 6(a) atau 6(b). [20] 5 (a) Ketika warga kota mengimpikan bandar raya bertaraf dunia, dikelilingi bangunan pencakar langit dan mercu tanda hebat, masih ada pemandangan yang menyakitkan mata dan hati yang berupa rumah-rumah setinggan. Kewujudan rumah setinggan di sekitar ibu kota umpama kudis yang belum terubat walaupun jumlahnya semakin mengecil. Keengganan sesetengah penduduk setinggan berpindah ke kawasan perumahan yang disediakan disebabkan beberapa faktor. Selain sukar meninggalkan tempat tinggal yang dianggap mempunyai nilai sentimental, masalah pengangkutan turut dilihat sebagai masalah besar. (Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.utusan.com.my) (i) Mengapakah penduduk setinggan enggan berpindah ke kawasan perumahan yang disediakan? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan implikasi kewujudan kawasan setinggan.

ATAU

(b) Satu daripada kebaikan sektor pelancongan sukan negara ialah kita dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia. Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di Litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. (Dipetik dan diubahsuai daripada http://galusbm1.blogspot.com) (i) Apakah kepentingan sektor pelancongan sukan di Malaysia?

900/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

EXCEL II : 2011 SULIT* (ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, cadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan sektor pelancongan sukan di Malaysia. 6 (a) Industri aeroangkasa antara bidang yang mampu membantu Malaysia menembusi pasaran dunia sekali gus meningkatkan ekonomi negara. Kerajaan telah lama menetapkan industri aeroangkasa sebagai industri strategik seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Industri aeroangkasa adalah industri yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan sangat dikawal. Hal ini bermakna negara-negara maju tidak akan melepaskan atau menyerahkan industri aeroangkasa dengan mudah kepada negara lain. (Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.bharian.com.my)

(i) (ii)

Mengapakah teknologi aeroangkasa dikatakan sebagai industri yang strategik kepada negara? Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, kemukakan untuk memajukan industri aeroangkasa di negara ini. langkah-langkah

ATAU

(b) Sebanyak 12 lokasi pelancongan iaitu sembilan buah pulau taman laut dan tiga pulau lain yang kesemuanya di Kedah, Terengganu dan Pahang terpaksa ditutup sehingga 31 Oktober 2010 berikutan kejadian pelunturan karang. Fenomena yang menunjukkan tanda-tanda karang ditekan dan mungkin akan mati itu semakin meluas, malah ia mencapai status 90 peratus bagi sesetengah kawasan terumbu karang yang terjejas. (Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.utusan.com.my) (i) (ii) Apakah yang anda faham tentang pelunturan karang? Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan punca-punca berlakunya kemusnahan terumbu karang.

900/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

EXCEL II : 2011 SULIT*

Bahagian D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15] 7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan perolehan negeri Sabah bagi dagangan antarabangsa minyak sawit bagi tahun-tahun yang dinyatakan. Perolehan negeri Sabah bagi dagangan minyak sawit antarabangsa mengikut negara pengimport adalah sangat menggalakkan bagi tahun 2006 dan tahun 2009. Pada tahun 2006 dagangan minyak sawit dengan negara India menyumbang perolehan eksport berjumlah RM1075 juta. Jumlah ini kemudiannya telah bertambah kepada RM1143 juta pada tahun 2009. Negara Amerika Syarikat dan Filipina pula, masing-masing telah menyumbang perolehan 19.05 % dan 6.66 % kepada negeri Sabah daripada jumlah perolehan keseluruhan dagangan antarabangsa minyak sawit pada tahun 2006 yang berjumlah RM5368 juta. Pada tahun 2009 pula, jumlah perolehan dagangan Amerika Syarikat dan Filipina meningkat masing-masing kepada RM1364 juta dan RM423 juta. Negara Korea Selatan pula, merupakan negara yang paling sedikit membeli minyak sawit negeri Sabah. Pada tahun 2006, perolehan daripada dagangan minyak sawit dengan Korea Selatan berjumlah RM353 juta. Pada tahun 2009, jumlah ini meningkat sedikit iaitu sebanyak RM26 juta berbanding dengan tahun 2006 menjadikan perolehan dari negara Korea Selatan sebanyak 5.91 % daripada jumlah keseluruhan tahun 2009 yang berjumlah RM6403 juta. Pasaran minyak sawit negeri Sabah juga meluas sehingga ke negara China dan United Kingdom. Pada tahun 2009, perolehan dagangan eksport minyak sawit ke China mencatatkan jumlah RM2066 juta dan jumlah ini merupakan peningkatan berbanding dengan perolehan eksport minyak sawit ke China pada tahun 2006 yang hanya merupakan 37.79 % daripada perolehan keseluruhan dagangan minyak pada tahun 2006. United Kingdom pula, walaupun mengimport dengan kadar yang sedikit, tetapi telah menunjukkan pertambahan nilai bagi tahun bandingan 2006 dengan tahun 2009. Pada tahun 2006, nilai perolehan dagangan minyak sawit dengan United Kingdom ialah RM530 juta dan jumlah perolehan ini telah meningkat sebanyak RM498 juta pada tahun 2009. Secara keseluruhannya, perolehan negeri Sabah bagi dagangan antarabangsa minyak sawit menunjukkan peningkatan sebanyak RM1035 juta pada tahun 2009 berbanding dengan jumlah perolehan pada tahun 2006.
900/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

EXCEL II : 2011 SULIT*

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jadual Perangkaan Malaysia, 2010) 8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan nilai pelaburan asing di Malaysia mengikut sektor-sektor terpilih bagi tempoh tahun 2005 hingga tahun 2008. Pelaburan asing bagi sektor-sektor terpilih di negara ini menujukkan peningkatan sepanjang tahun 2005 hingga tahun 2008. Antara sektor yang terpilih terlibat dalam pelaburan pembangunan di negara ini melalui pelaburan asing ialah perkilangan, perlombongan, pelancongan dan perhotelan, pembinaan serta pengangkutan dan perhubungan. Pada tahun 2005, pelaburan dalam sektor perkilangan ialah berjumlah RM2668 bilion daripada jumlah keseluruhan pelaburan asing bagi sektor terpilih di negara ini, iaitu RM6514 bilion. Pelaburan sektor ini adalah besar berbanding dengan pelaburan sektor perlombongan yang berjumlah RM108 bilion. Sektor pelancongan dan perhotelan pula, menunjukkan nilai pelaburan yang lebih tinggi daripada sektor perlombongan sebanyak RM398 bilion. Sektor pembinaan dan sektor pengangkutan dan perhubungan pula menyumbang pelaburan asing di negara ini sebanyak RM3232 bilion dan 25.56 % daripada jumlah itu adalah pelaburan asing dari sektor pembinaan. Bagi tahun 2006 pula, jumlah pelaburan sektor perkilangan adalah berkurang kepada RM2182 bilion manakala pelaburan asing dari sektor perlombongan pula menunjukkan peningkatan menjadi RM120 bilion berbanding dengan nilai pelaburan pada tahun 2005. Pelaburan asing bagi sektor terpilih di negara ini yang melibatkan sektor pelancongan dan perhotelan menunjukkan pengurangan sebanyak RM166 bilion berbanding dengan tahun sebelumnya. Sektor pembinaan serta sektor pengangkutan dan perhubungan pula, masing-masing menyumbang pelaburan asing di Malaysia sejumlah RM1120 bilion dan RM1295 bilion. Bagi tahun 2007, pelaburan asing bagi sektor perkilangan di Malaysia ialah RM1059 bilion, iaitu lebih tinggi berbanding dengan pelaburan sektor perlombongan serta sektor pelancongan dan perhotelan masing-masing berjumlah RM170 bilion dan RM990 bilion. Sektor pembinaan pula menyumbang pelaburan sejumlah RM940 bilion daripada jumlah keseluruhan pada tahun ini, iaitu RM4829 bilion. Selebihnya merupakan pelaburan untuk sektor pengangkutan dan perhubungan. Pada tahun 2008, jumlah pelaburan asing untuk sektor terpilih di Malaysia ialah RM6416 bilion. Pelaburan daripada sektor perkilangan menunjukkan peningkatan sebanyak RM1096 bilion berbanding dengan tahun sebelumnya. Sektor perlombongan pula meningkat kepada RM240 bilion. Sektor pelancongan dan perhotelan pula berkurangan pelaburannya kepada R680 bilion berbanding tahun 2007. Sektor pembinaan
900/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

EXCEL II : 2011 SULIT*

dan sektor pengangkutan serta perhubungan pula masing-masing menunjukkan peningkatan pelaburan kepada RM1227 bilion dan RM2114 bilion pada tahun 2008. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia, 2009) Bahagian E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

9. Berdasarkan carta pai yang diberikan, jelaskan perubahan kes kemalangan perusahaan di Malaysia pada tahun 2007 hingga tahun anggaran 2009 dan berikan langkah-langkah yang berkesan untuk mengurangkan kemalangan tersebut. Malaysia: Kemalangan Perusahaan antara Tahun 2007 hingga Anggaran Tahun 2009

(Disesuaikan daripada

900/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

EXCEL II : 2011 SULIT*

(Disesuaikan daripada Laporan Pertubuhan Perkhidmatan Sosial (Perkeso), 2010) 10. Berdasarkan gambarajah di bawah ini, huraikan proses pembangunan dan perancangan alam sekitar sebelum sesuatu projek pembangunan dilaksanakan di negara kita. Proses Pembangunan dan Perancangan Alam Sekitar
Susunan Organisasi dan Sumber Manusia i. Keputusan dan nilai ii. Pakar iii. Kumpulan-kumpulan minat tertentu dan awam iv. Pentadbiran politik dan undang-undang awam

900/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

EXCEL II : 2011 SULIT*

Sistem Susunan Data dan Sumber Maklumat

Keterangan Projek

Sempadansempadan Kesan

Inventori Data

Maklumat Dibentuk Semasa Proses Penilaian

Peringkat Penilaian
Prosedur Komunikasi dan Persembahan Hasil-hasil

Skop Penilaian

Kesan-kesan Penentuan

Ramalan Kesan-kesan

Intepretasi dan Evaluasi Kesan dan Kelonggaran

Input kepada Membuat Keputusan YA Pembangunan Pembangunan dilaksanakan Dilaksanakan

TIDAK

Pengubahsuaian Dalam Aspek-aspek Tertentu

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pengenalan kepada Perancangan Sosial, USM, Pulau Pinang, 2008) KERTAS SOALAN TAMAT

900/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

Anda mungkin juga menyukai