Anda di halaman 1dari 1

Tabika KEMAS Zon Parit Raja 1,

Parlimen Sri Gading,


86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia.
_____________________________________________________________________________
Perpustakaan Tunku Tun Aminah ,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.

21 Disember 2022

Tuan,

Memohon Mengadakan Lawatan ke Perpustakaan Tun Aminah UTHM

Berhubung perkara di atas, pihak kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke
Perpustakaan Tun Aminah UTHM

2.0 Perincian lawatan adalah seperti di bawah :

Tarikh : 12 Januari 2023

Hari : Khamis

Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi

Peserta : 45 orang kanak-kanak

6 orang guru

Tabika KEMAS yang terlibat : 1. Tabika KEMAS Seri Puleh

2. Tabika KEMAS Sri Daun Emas

3. Tabika KEMAS Bistari Pt Sempadan

3.0 Pihak kami memilih untuk mengunjungi tempat Tuan adalah untuk memberikan pendedahan
kepada kanak-kanak tentang Perpustakaan.

4.0 Oleh itu, kami berharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan
kami ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak Tuan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

HASNAH BINTI AHMAD

Pengerusi Zon Pari Raja 1


Parlimen Sri Gading

Anda mungkin juga menyukai