Anda di halaman 1dari 15

Pertandingan Bahas Ala Parlimen

Posisi : Pihak Kerajaan


Teks Menteri 1 :Perdana Menteri `

Usul: Sekolah Agen Transformasi Sahsiah Murid

Bismillahirahmanirrahim, terima kasih tuan yang dipertua, rakan-rakan di kabinet


kerajaan, perwakilan pembangkang, serta seisi dewan yang bersidang sekalian.
Assalamualaikum dan selamat bersidang .

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan sekalian,

Kami di kabinet kerajaan pada hari ini akan menggagaskan satu usul yang
cukup signifikan iaitu “Sekolah Agen Transformasi Sahsiah Murid”.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan sekalian,

Selaku Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya akan melaksanakan dua
gerak kerja utama. Yang pertama, saya akan membentangkan pendefinisian usul di
kabinet kerjaaan dan yang kedua saya akan mengutarakan satu hujah di kabinet
kerajaan.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan sekalian,

Sebelum melangkah lebih jauh, izinkan saya terlebih dahulu mendefinisikan


usul perbahasan pada hari ini secara literal dan konseptual frasa demi frasa agar
pihak pembangkang tidak terkial-kial dalam memahami usul yang dibawa pada hari
ini.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, takrifan sekolah bermaksud tempat untuk
belajar,tempat menerima dan memberi pelajaran. Agen pula merujuk kepada sesuatu
yang menyebabkan berlakunya tindak balas. Manakala,Transformasi ialah perubahan
bentuk sesuatu sifat,rupa dan keadaan. Seterusnya, Sahsiah membawa maksud
keperibadian dan Murid pula ialah orang yang sedang belajar atau berguru.
Sekarang,kami beralih pula kepada pendefinisian secara konseptual. Akta
pendidikan 1996 pula mentakrifkan sekolah sebagai tempat dimana sepuluh orang
atau lebih diajar di dalam satu kelas atau lebih. Sekolah juga ialah pusat penyebaran
maklumat dan ilmu pengetahuan atau sebuah institusi yang memberi pendidikan
formal dan informal kepada pelajar yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun bagi
sekolah rendah dan pelajar berumur 13 tahun hingga 17 tahun bagi sekolah
menengah di Malaysia. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat
bagi melahirkan insan yang cemerlang dari segi keilmuan dan juga membentuk insan
yang mempunyai sahsiah yang baik serta memahami tanggungjawab selari dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi“Pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang
dari segi Intelek,Rohani,Emosi dan Jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berketrampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sokongan terhadap keharmonian dan
kemakmuran.

Sebagai perwakilan pihak kerajaan, kami hari ini hadir dengan begitu
berstrategi, maka strategi kami bermula dengan hujah yang pertama dibawah kata
kunci peranan guru dalam membentuk akhlak dan sahsiah murid, hujah yang kedua
dibawah kata kunci pembentukan sahsiah murid melalui aktiviti kokurikulum dan
hujah yang ketiga dibawah kata kunci sekolah membentuk budaya kepimpinan.

Sebagai perwakilan pihak kerajaan, kami hadiri hari ini dengan begitu berstrategi
Strategi kerajaan yang pertama dimulai dengan hujah utama Perdana Menteri
dibawah kata kunci peranan sekolah dan guru dalam membentuk akhlak dan sahsiah
murid Duduknya saya dan berdirinya menteri kedua pula akan meneguhkan kes
kerajaan dengan meruntuhkan definisi Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan
menampilkan dua hujah bagi memperteguh kes kerajaan . Hujah kedua di bawah kata
kunci pembentukan sahsiah murid melalui aktiviti kokurikulum dan hujah ketiga
dibawah kata kunci peraturan di sekolah dalam . Seterusnya, Menteri ketiga pula
akan membidas semua hujah rapuh pihak pembangkang agar terungkai segala
kekeliruan yang ditimbulkan dan seterusnya usul yang kami bawa akan dapat
diterima dan disokong oleh sidang dewan yang mulia. Selesai penerangan strategi di
pihak kerajaan.

Tuan Yang Dipertua,

Menggalas tanggungjawab selaku Perdana Menteri, saya akan mengemukan


hujah untuk memantapkan lagi perjuangan murni gagasan kerajaan. Menelusuri hujah
saya yang pertama dibawah kata kunci peranan guru dan sekolah dalam membentuk
akhlak dan sahsiah murid. Dua aspek dan perkara yang saya ingin jelaskan disini
ialah pertama, peranan peranan guru dalam membentuk sahsiah murid. Gerak kerja
saya mulakan dengan menerangkan peranan guru untuk membentuk sahsiah murid
iaitu melalui tanggungjawab dan peranan yang dilakukan oleh guru di sekolah.

Elemen pertama dalam Falsafah Pendidikan Guru menekankan tentang berpekerti


mulia yang merujuk kepada sahsiah seseorang guru. Guru bertindak sebagai agen
perubahan sahsiah murid . Personaliti guru yang berbudi bahasa,
bersopan,berdisiplin dan berakhlak mulia akan menjadi contoh dan ikutan murid-
murid di sekolah.

Tugas guru dalam membentuk sahsiah murid amat luas terutamanya semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Nilai-nilai murni seperti menjaga
kebersihan dan kekemasan diri, menjaga kebersihan kelas sentiasa dipupuk dan di
terapkan dalam diri murid agar murid-murid sentiasa mengutamakan kebersihan
sepanjang masa kerana kebersihan sangat penting dalam kehidupan terutamanya
semasa Pandemic Covid 19 yang lalu. Murid-murid sentiasa diingatkan tentang
kebersihan dan pematuhan sop bagi menjaga kesihatan diri.

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan jati diri murid.
Contoh ,Murid di ajar dan dilatih untuk mematuhi peraturan semasa didalam kelas.
Dengan arahan yang jelas dan mudah difahami serta penegasan yang tepat,murid
pasti akan mendengar dan patuh kepada setiap arahan yang diberikan.
Contohnya,guru memberikan arahan supaya murid menyiapkan tugasan yang diberi
dalam tempoh masa tertentu dan murid berjaya mengikut arahan untuk
menyelesaikan tugas yang diberi. Senario ini akan membentuk murid yang menepati
masa disamping mendengar arahan dengan baik. Impaknya,murid akan didedahkan
dengan nilai akhlak dan budi pekerti yang mulia untuk disemat dalam sanubari
mereka.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan sekalian,


Selesai pendefinisian usul dan hujah yang pertama pada hari ini, selaku perdana
menteri, sekali lagi saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Sekolah Agen
Transformasi Sahsiah Murid yang sudah pastinya dapat melahirkan murid yang
mempunyai sahsiah diri yang baik.

Sekian,mohon terus mencadang.


Menteri ke-2 : Pihak Kerajaan
Usul: Sekolah Agen Transformasi Sahsiah Murid

Terima Kasih Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang
Berhormat Menteri ke-3,barisan pembangkang dan sidang dewan yang saya hormati
sekalian. Assalamualakukum warahmatulahiwabarokatuh dan selamat bersidang saya
ucapkan.

Tuan Yang Dipertua,

Saya selaku menteri kedua, menerima sepenuhnya definisi usul yang telah
dijelaskan oleh perdana menteri sebentar tadi. Saya amat bersetuju bahawa
“Sekolah Agen Transformasi Sahsiah Murid”

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum saya meneruskan hujah pihak kerajaan, saya akan membidas hujah
Yang Berhormat ketua pembangkang terlebih dahulu yang mengatakan bahawa
pembentukan sahsiah murid bermula di rumah.

Saya bidas dengan hujah kedua perwakilan kerajaan dibawah kata kunci
pembentukan sahsiah murid melalui aktiviti kokurikulum.Murid yang cemerlang
adalah murid yang seimbang antara pencapaiakan akademik dan sahsiahnya. Murid
yang sempurna pembentukan diri mempnyai empat elemen utama iaitu
jasmani,emosi,rohani dan intelek. Gabungan kepada empat elemen tersebut akan
membentuk sahsiah diri murid secara holistik dan menyeluruh. Pembentukan sahsiah
murid dapat dibentuk melalui aktiviti di luar bilik darjah atau lebih dikenali sebagai
aktiviti kokurikulum. Menurut Warta Kerajaan dan Akta Pendidikan 1995 bertarikh
31.12.1997,kokurikulum adalah kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar untuk
menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,kemahiran dan nilai.

Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum membolehkan mereka


menggunakan segala kemahiran yang ada bagi menjalankan sesuatu aktiviti.
Pendedahan ini akan membolehkan mereka mencungkil potensi-potensi yang ada
dalam diri tanpa mereka sedari. Di sekolah, terdapat tiga jenis kokurikulum yang
disediakan iaitu Unit Beruniform,Kelab dan Persatuan serta 1 Murid 1
Sukan.Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan salah satu usaha yang bagi
memastikan semua murid terlibat dengan sukan kerana setiap murid perlu menyertai
sekurang-kurangnya satu permainan.

Seperti kita ketahui, semua sekolah di Malaysia diwajibkan untuk menjalankan


aktiviti kokurikulum melibatkan semua pelajar. Tujuan aktiviti kokurikulum adalah
bagi mencungkil bakat,potensi, minat dan kemahiran murid. Selain itu, kokurikulum
juga bertujuan untuk menyemai semangat perpaduan dan bekerjasama serta
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid. Disamping itu, melalui aktiviti
kokurikulum,murid dapat menguasai aspek pengurusan dan kepimpinan dalam setiap
aktiviti dalam komuniti serta membina daya pemikiran yang kreatif,inovatif dan
berdaya tahan.

Penerapan nilai-nilai yang baik terkandung dalam aktiviti ko-kurikulum. Aktiviti


kokurikulum mampu melahirkan murid yang berdikari,berani, berusaha,yakin diri dan
memupuk semangat bekerjasama. Contohnya, semasa perkhemahan unit
beruniform,murid-murid perlu melalui aktiviti yang mencabar diri seperi mendirikan
khemah, menyediakan masakan rimba, melakukan lathan dalam kumpulan (LDK).
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ini sekali gus akan membentuk sahsiah dan
kecemerlangan diri murid.

Sidang dewan yang dihormati sekalian,

Seterusnya, hujah ketiga di barisan pihak kerajaan saya teruskan lagi dengan kata
kunci yang ketiga iaitu peranan sekolah dalam membentuk sahsiah murid.
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti di sekolah untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri
murid dapat dilihat melalui penubuhan unit bimbingan dan kaunseling di
sekolah,penubuhan badan pengawas dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dapat
membentuk sahsiah diri murid.

Setiap institusi dalam negara mempunyai unit bimbingan dan kaunseling . Fungsi
utama unit bimbingan dan kaunseling adalah menyediakan khidmat nasihat kepada
pelajar. Unit bimbingan dan kaunseling juga berperanan untuk membantu murid
meningkatkan nilai dalam diri masing-masing. Program dan kem motivasi yang
dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling sudah pastinya dapat membantu
membina jati diri pelajar supaya cekal dan kekal berusaha untuk mencapai kejayaan.
Sidang dewan yang dihormati sekalian,

Dalam mendepani era globalisasi yang penuh dengan cabaran ketika ini, pembentukan
ahli masyarakat yang mampu berdaya saing perlu bermula di bangku sekolah.Hari
ini,kita melihat korupsi dan kesalahan etika yang berleluasa dalam masyarakat kita
sehingga merugikan peluag untuk masyarakat kita berkembang dengan jayanya.

Budaya yang tidak sihat ini perlu dihentikan dengan menerapkan nilai kepimpinan
dalam diri murid. Apabila mereka menjadi indivdu yang dewasa, pelbagai amanah dan
tanggungjawab perlu dipiku.Oleh hal yang demikian, wujudnya jawatan pengawas di
sekolah untuk mencungkil dan memupuk nilai kepimpinan dalam diri murid. .

Lazimnya,pengawas yang dilantik terdiri daripada murid yang bersahsiah tinggi dan
cemerlang dari sudut akademik dan kokurikulum. Perkara ini jelas menunjukkan
peranan mereka iaitu menjadi contoh terbaik kepada murid yang lain. Salah satu
ciri kepimpinan yang ulung adalah dengan menjadi yang terbaikd ari setiap segi
supaya dapat memberi semangat dan menjadi ikutan kepada orang disekeling.

Seterusnya,peranan pengawas yang dilantik adalah memastikan peraturan sekolah


dipatuhi oleh murid-murid. Misalnya,memastikan pemakaian murid lengkap dan
kemas,beratur dalam barisan apabila bergerak dalam kelompok yang ramai serta
hadir ke sekolah pada waktu yang dibenarkan. Secara tidak langsung,murid-murid
dapat dilatih untuk menjadi pemimpin dan pengalaman ini amat berguna dalam
kehidupan murid, Sahsiah dan keperibadian yang baik akan dapat dibentuk dengan
berkesan melalui pengalaman yang telah dilalui.

Yang Berhormat dan sidang dewan yang mulia sekalian, kami di barisan pihak
pencadang,ingin menyeru seluruh ahli dewan untuk terus bersama kami pihak
pencadang untuk menyokong usul kita pada hari ini. Oleh itu, semestinya Yang
Behormat termasuk pihak pembangkang perlu akur dan menerima usul ini sebulat
suara.

Sekian,mohon mencadang.
Menteri Ketiga

Pihak Kerajaan

Usul: Sekolah Agen Transformasi Sahsiah Murid

Terima kasih Yang Dipertua Dewan,


Bismillahirahmanirahim…Yang dihormati tuan yang dipertua,rakan-rakan perwakilan
kerajaan,barisan pembangkang yang kelihatan goyah dipondok usang seberang
sana,seterusnya sidang dewan sekalian. Assalamualaikum,salam sejahtera dan
selamat bersidang kesemuanya.

Tuan yang dipertua,bertindak selaku Menteri Ketiga pada hari ini, saya menyokong
penuh gagasan usul yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, iaitu “Sekolah Agen Transformasi Sahsiah Murid”. Menurut Kamus
Pendidikan 1979, pendidikan merupakan proses menyeluruh yang bertujuan untuk
memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku murid. Justeru, telah terbukti
bahawa sekolah merupakan institusi pendidikan yang telah dapat
memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku murid. Di sekolah, banyak cara
yang telah dilakukan untuk memperkembangakn kebolehan murid. Antaranya melalui
penyediaan latihan di sekolah. Latihan seperti kursus,seminar dan bengkel yang
dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Kursus Kepimpinan yang dapat membentuk dan
melatih murid untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan. Manakala,tingkah laku
murid dapat dibentuk melalui kem motivasi yang dianjurkan oleh sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Tuan Yang Dipertua,


Bagi menegakkan lagi usul pihak kerajaan pada hari ini, kami dibarisan kerajaan ingin
mengemukakan fakta-fakta bagi menyokong usul yang dibawa oleh pihak kerajaan.
Saya bawakan fakta yang pertama iaitu kejayaan pelajar Sekolah Menengah Agama
Atas Sultan Zainal Abidi ,Kuala Terengganu pada tahun 2020 yang telah meraih
pingat emas dan mendapat anugerah khas ketika menyertai pertandingan Harta
Intelek,RekaCipta,Inovasi dan Teknologi Antarabangsa di Bangkok telah
menunjukkan kejayaan institusi sekolah dalam membentuk kemenjadian murid.
Hal ini adalah berdasarkan Pendirian kami di barisan perwakilan pihak kerajaan iaitu
sekolah Agen Transformasi sahsiah murid.

Tuan Yang Dipertua Dewan,

kita mulakan dengan bidasan terhadap hujah ketiga pembangkang kedua dibawah
kata kunci
______________________________________________________________
_____________________________________________________

Kita beralih kepada hujah kedua pembangkang kedua dibawah kata


kunci__________________________________________________________
______________________________________________________________

Kita beralih pula kepada hujah pertama ketua pembangkang dibawah kata
kunci__________________________________________________________
______________________________________________________________

Setelah ketiga-tiga hujah pembangkang saya bidas,maka saya perkukuhkan pula


pendirian usul pihak kerajaan pada hari ini iaitu “Sekolah Agen Transformasi
Sahsiah Murid”. Sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak dan
sahsiah murid. Perkara ini jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Tanggungjawab guru dalam mendidik murid di sekolah bukan sahaja untuk mengenali
nilai malah menghayati serta mengamalkan nilai tersebut.

Penghayatan moral dan akhlak yang baik dalam kalangan murid akan dapat
merealisasikan matlamat pendidikan negara serta mencapai salah satu hasrat
wawasan 2020 dengan melahirkan masyarakat yang mempunyai sahsiah,jati diri
serta akhlak murni yang tinggi.
Tuan Yang Dipertua,
Sistem pendidikan di Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya melalui 6 aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia(2013-2025. 6 Aspirasi tersebut adalah Pengetahuan, ,Kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin ,kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti
nasional. Aspirasi murid ini pastinya dapat dicapai melalui pendidikan di sekolah.
Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Zamani Abdul Hamid memberi ucapan
sempena sabutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 pada tahun 2022 .Dalam
ucapannya beliau menyebut bahawa aplikasi teknologi digital perlu diteruskan dalam
pdpc seiring dengan perkembangan teknologi tanpa menhebaikan nilai murni dalam
kehidupan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa elemen nilai murni sangat penting
dalam pendidikan untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri murid.

Tuan Yang Dipertua,


Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan pembelajaran murid yang
berkualiti. TS 25 juga merupakan usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk melahirkan modal insan yang unggul selari dengan hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025..

Tuan Yang Dipertua,


Pihak pembangkang ada mempertikaikan tentang keupayaan sekolah dalam
membentuk sahsiah murid. Sedarkah, bahawa sekolah telah mewujudkan dan
mengadakan pelbagai insiatif bagi membentuk sahsiah murid yang baik. Antara
usaha yang telah dilakukan adalah dengan merekodkan amalan baik murid dalam
Sistem Sahsiah Diri Murid(SSDM), mengadakan pertandingan kelas paling bersih
dan ceria.

Saya tegakkan kembali pendirian kami dibawah pihak kerajaan pada hari ini bahawa
sesungguhnya“Sekolah Agen Transformasi Sahsiah Murid”. Maka benarlah usul yang
kami gagaskan iaitu “Sekolah Agen Transformasi Sahsiah Murid” Pendidikan abad
ke-21 memerlukn murid yang berfikiran kritis,kreatif dan inovatif dalam mengisi
wadah pendidikan negara serta memenuhi keperluan tenaga kerja yang produktif.
Pembentukan keperibadian dan sahsiah ini memerlukan tempoh masa yang panjang
dan bimbingan sejak di bangku sekolah lagi. Pihak sekolah dan guru berperanan
mencorak sahsiah dan keperibadian murid agar lahir dan terbentuk murid yang
mempunyai keperibadian yang unggul.
Yang Berhormat dan sidang dewan yang mulia sekalian,

Kami di barisan pihak pencadang,ingin menyeru seluruh ahli dewan untuk terus
bersama kami pihak pencadang untuk menyokong usul kita pada hari ini. Oleh itu,
semestinya Yang Behormat termasuk pihak pembangkang perlu akur dan menerima
usul ini sebulat suara.

Sekian,mohon mencadang
Penggulungan (Pihak Kerajaan)

Usul: Sekolah Agen Transformasi Sahsiah Murid

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tuan Yang Dipertua, rakan-


rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang
dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Bertemu sekali lagi dalam sesi penggulungan kali ini. Dalam sesi
penggulungan ini saya akan membidas ketiga-tiga hujah pincang yang
telah dikemukakan oleh barisan pembangkang sebentar tadi dan
seterusnya saya akan merumuskan hujah-hujah kerajaan.

Saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh pihak


pembangkang iaitu peranan kekeluargaan membentuk sahsiah
murid. Beliau mengatakan bahawa institusi kekeluargaan merupakan
elemen penting dalam pembentukan sahsiah murid. Saya membidas
hujah ini kerana kita sedia maklum bahawa sekolah merupakan tempat
murid-murid menimba ilmu. Di sekolah murid-murid belajar untuk
memupuk disiplin diri kerana apabila melangkah sahaja ke kawasan
sekolah,murid perlu mematuhi peraturan di sekolah. Disini murid belajar
untuk mengikut arahan dan belajar tentang kepentingan menjaga
kebersihan diri dan murid belajar berinteraksi dan bersosial bersama
rakan-rakan.
        Hujah kedua pembangkang pula ialah Media sosial sebagai medium
pembelajaran murid. Pembangkang mengatakan bahawa murid boleh
belajar melalui televisyen,komputer dan telefon. Saya membidas hujah
ini kerana kita sedia maklum bahawa media sosial boleh menjadi medium
yang berbahaya sekiranya murid-murid tidak menggunakan media sosial
dengan betul. Penggunaan media sosial yang terlalu lama boleh
membahayakan kesihatan. Oleh itu,murid tetap memerlukan pendidikan
di sekolah kerana bahan-bahan yang disediakan di sekolah sudah
pastinya yang berkualiti. Kesihatan murid juga lebih terjaga kerana
murid sentiasa mengamalkan kebersihan dan kekemasan diri ketika di
sekolah. Murid juga dapat memilih sumber pelajaran yang bersesuaian
dengan tahap dan keupayaan mereka.

Tuan Yang Dipertua,

            Beralih pula kepada hujah ketiga pembangkang, iaitu belajar


melalui guru tuisyen atau mengikuti kelas di luar. Pembangkang
mengatakan bahawa terdapat banyak kelas mengikut kemahiran yang
disediakan di luar kawasan sekolah . Saya bidas hujan ini dengan
menyatakan bahawa sekolah menyediakan banyak aktiviti dimana murid-
murid didedahkan dengan aktiviti kurikulum pembelajaran subjek teras
dan elektif. Murid juga belajar menjadi murid yang aktif dan cerdas
melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Murid juga dapat
mengembangkan bakat dan kebolehan mereka sehingg ke peringkat
antarabangsa melalui penglibatan dalam pertandingan dan sukan yang
dianjurkan di sekolah.
Tuan Yang Dipertua,

Seterusnya saya akan merumuskan ketiga-tiga hujah kerajaan


seperti yang telah dikemukakan dalam sesi pertama sebentar
tadi. Hujah kerajaan yang pertama berdasarkan indikator peranan
guru dalam pembentukan akhlak dan sahsiah murid. Guru merupakan
contoh teladan yang baik yang sentiasa berusaha untuk memastikan
murid-murid sentiasa menunjukkan kelakuan yang baik. Teguran, nasihat
dan motivasi yang diberikan oleh guru kepada murid dapat membentuk
murid yang beretika. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin
pemilihan tema Hari Guru pada tahun 2022 iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah
Sejahtera’ amat bertepatan dengan peranan guru dalam menyampaikan
ilmu. Menurut Dr Radzi Jidin,tugas guru di sekolah bukan sahaja
menyampaikan ilmu kepada murid,malah berusaha memastikan murid
mempunyai sahsiah yang baik serta daya saing yang tinggi. Tema ini
dapat dilaksana melalui penjiwaan,penghayatan dan pembudayaan
berterusan elemen nilai murid,kemahiran serta sikap positif yang
diterapkan secara semula jadi di sekolah. Penerapan elemen
SEJAHTERA yang dilaksanakan oleh guru dapat disampaikan melalui
pelbagai aktiviti didalam dan di luar bili darjah.SEJAHTERA
merangkumi 14 elene iaitu Selamat,Seronok,Sihat, Etika, Empati,Jati
Diri,Adab sopan,Harmoni,Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi,Rasional
dan Artikulasi.

Hujah kerajaan yang kedua berpaksikan frasa, pembentukan


sahsiah murid melalui aktiviti kokurikulum. Keupayaan kokurikulum dalam
membentuk sahsiah diri yang baik dalam kalangan murid memang tidak
dapat disangkal. Aktiviti kokurikulum telah banyak melatih murid untuk
menjadi insan yang berani, berkeyakinan tinggi, berusaha dan
mempunyai semangat yang tinggi . Melalui aktiviti kokurikulum murid
telah berani mencuba sesuatu yang baharu, berkeyakinan tinggi untuk
berucap di hadapan khalayak ramai.Murid juga berusaha gigih dan
bersemangat tinggi untuk meraih kejayaan dan pencapaian cemerlang
dalam kokurikulum.

  Hujah kerajaan yang ketiga iaitu berpaksikan frasa, peranan


sekolah dalam membentuk sahsiah murid. Sekolah merupakan tempat
berlakunya perubahan yang baik kepada murid-murid. Kemenjadian
murid merupakan elemen yang sangat dititikberatkan melalui usaha-
usaha berterusan ke arah menjadikan murid yang seimbang dari aspek
Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial.

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tetap


mempertahankan usul yang dibentangkan ini iaitu Sekolah Agen
Transformasi Sahsiah Murid . Jadi, berdasarkan rumusan hujah
mantap yang saya nyatakan tadi, saya memohon usul ini diluluskan oleh
dewan yang mulia ini dengan sebulat suara.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.        

Anda mungkin juga menyukai