Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PENUTUP ROGRAM ORIENTASI MURID TINGKATAN 4 BAGI TAHUN 2023

Tarikh : 19 Mac 2023 (Ahad) dan 20 Mac 2023(Isnin)


Masa : 10.30 pagi
Tempat : Foyer SMK Seri Lalang
1 Bismillahirrahmanirrahim…
UCAPAN
PENGERUSI MAJLIS Mayang berliut berisi padat,
Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sederap, Sehasrat dan Terbilang


1) Yang Berusaha, Cikgu Saipulsahri Bin Masadar,
Pengetua SMK Seri Lalang.
2) Yang Dihormati, Cikgu Rusita Binti Rahmat,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
3) Yang dihormati, Cikgu Mohd Rozi bin Mat Nor
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4) Yang dihormati, Cikgu Ruhaizat Binti Samsuri
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
5) Barisan Guru Kanan Matapelajaran.
6) Cikgu Aidahani Binti Haji Mohd Jaiz
Penyelaras Program Orientasi Tingkatan 4 bagi tahun 2023
Cikgu Ashyati binti Ashaary serta yang dikasihi para pelajar Tingkatan 4 sekalian.

Bertemu kita lagi dan lagi dalam majlis penutup bagi Program Orientasi Tingkatan 4 bagi tahun 2023. Tahniah kepada semua
pelajar yang telah hadir serta bersama-sama menjayakan program ini. Pasti terlalu banyak input serta info baru yang anda
semua perolehi terutamanya berkenaan subjek-subjek yang akan para pelajar ikuti sepanjang berada di menengah atas. Beri
tepukan gemurah pada diri anda sendiri.
2 Kalau pergi Tanjung Keramat,
UCAPAN Anak Manis jangan diangkat,
Sudilah tuan beri taklimat,
Pekerti baik terus tersemat.

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Yang dihormati, Cikgu Rusita Binti Rahmat, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran untuk menyampaikan ucapan.

(UCAPAN WAKIL PENGETUA)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Cikgu Rusita Binti Rahmat atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi. Semoga input yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar.

3 Para pelajar sekalian.


PENYAMPAIAN
HADIAN Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Cikgu Rusita Binti Rahmat sekali lagi diiringi Cikgu
Mohd Rozi bin Mat untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang soalan kuiz sebentar tadi. Dipersilakan.

(TAKLIMAT GURU KANAN MATAPELAJARAN)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Cikgu Rusita Binti Rahmat atasatas penyampaian hadiah
sebentar tadi.
4 Merdu bertingkah alunan suara,
PENUTUP Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta
Akhir kalam, kami juga ingin barisan guru-guru merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pelajar
yang telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap program ini. Akhir kata, sedikit pesanan daripada saya “ Jangan
pernah takut untuk gagal, tetapi takutlah jika kita tidak mahu mencuba dan berusaha. Dengan ini, tamatlah majlis kita pada
hari ini.
Sekian, wabillahittaufiq.....

Anda mungkin juga menyukai