Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PUTRA

31400 IPOH

Kertas Kerja Mengadakan Program Bulan Galakan Membaca tahun 2014

Pendahuluan :

Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan
Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”. Pelbagai aktiviti
dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan di seluruh Negara sepanjang
bulan Ogos yang berlangsung sehingga ke tahun 2000. Program ini telah diubah
kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi mengelakkan pertindihan
dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen membaca telah dijadikan sebagai agenda
tahunan bertujuan melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan
menjadikan amalan membaca sebagai budaya.

Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan
pembacaan dan galakan membaca. Oleh itu, SMK Bandar Baru Putra tidak terkecuali dalam
menjayakan aktiviti tahunan ini. Sehubungan dengan itu pelbagai aktiviti telah dirancang
untuk menjayakan Bulan Galakan Membaca 2014.

Matlamat :
Memupuk budaya membaca sepanjang hayat.

Objektif :
1. Menarik penyertaan pelajar dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi
menyuburkan minat membaca.
2. Memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan
membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai
budaya.
3. Memperluaskan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan membaca sebagai
kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas
4. Memupuk minat dan tabiat membaca sebagai gaya hidup masyarakat Malaysia pada
masa kini dan akan datang.
5. Menanam budaya membaca kearah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir
dan kreatif.

Rasional :

Sesuatu bangsa itu berjaya kerana ketinggian ilmunya. Ilmu haruslah dicari, diterokai dan
dipelajari untuk mencapai kemajuan yang diingini. Aktiviti membaca merupakan satu
kaedah yang paling mudah sekali untuk memperolehi ilmu. Oleh itu budaya membaca ini
haruslah dijadikan amalan dan diterapkan ke dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah. Dalam
konteks ini, sekolah merupakan institusi yang paling hampir untuk merealisasikan kempen
membaca di kalangan pelajar-pelajar dan seterusnya menjadikan amalan membaca sebagai
gaya hidup masyarakat pada masa kini dan akan datang.
Tarikh : Sepanjang bulan Julai 2014

Tempat : SMK Bandar Baru Putra

Kumpulan sasaran : Semua warga SMK Bandar Baru Putra, Ipoh.

Jawatankuasa Induk:

Jawatankuasa Induk :
Penasihat :
Pengerusi :
Naib Pengerusi I :
Naib Pengerusi II :
Penyelaras :

AJK

Strategi :

1. Mesyuarat Perancangan
2. Penyediaan Kertas Kerja
3. Pelaksanaan
4. Penilaian
Program yang dijalankan sepanjang bulan:

Tarikh Aktiviti Penyelaras

7 hb Julai (Isnin) Majlis Pelancaran Bulan Galakan Membaca


bersempena Minggu Bahasa Inggeris

Persembahan pelajar

Sepanjang bulan Reading Challenge – Give Me 30!

Pagi Bersama Rakan Pembaca

Anugerah Peminjam Buku Terbanyak


Bulan Mei – Julai
Pengunjung Bertuah

Program Pengampunan PSS

Stamp n Win

Read n Do! – Tang Lung

Puzzle

Jejak Herba

4 pic A word

Knowing is Growing!

Kaligrafi Cina- Tulisan Paling Kreatif

Cari Perkataan Tersembunyi

4hb Ogos (Isnin) Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah


Anggaran Perbelanjaan:

Bil Aktiviti KUANTITI Harga Sumber Jumlah


Hadiah (RM)
1 Reading Challenge – 20 7 PCG BI 140
Give Me 30! 30 5 PCG PSS 150
2 Stamp n Win! 5 10 PCG BI 50
3 Read n Do – Tang Lung
Tempat pertama 1 9 PCG 57
Tempat kedua 1 7
Tempat ketiga 1 6
Saguhati 7 5
4 4 Pic A Word 10 4 PCG 40
5 Puzzle
Tempat pertama 1 9 PCG 57
Tempat kedua 1 7
Tempat ketiga 1 6
Saguhati 7 5
6 Kaligrafi Cina – Tulisan Paling
Keratif
Tempat pertama 1 9 PCG 57
Tempat kedua 1 7
Tempat ketiga 1 6
Saguhati 7 5
7 Cari Perkataan Tersembunyi 10 4 PCG 40
8 Jejak Herba 10 4 PCG 40
9 Anugerah Peminjam Buku 3 17 PCG 51
Terbanyak Bulan Mei - Julai
10 Pengunjung Bertuah 10 4 Sumbangan 40
JUMLAH PCG 492
Sumbangan 40
Panitia BI 190

Penutup :

Penglibatan pelajar dalam program sepanjang bulan akan dijadikan sebagai indicator bagi
menentukan keberkesanan program ini di samping memupuk penggunaan bahasa Melayu
serta bahasa Inggeris dalam membantu peningkatan budaya membaca di kalangan pelajar
SMK BBP.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________ _____________________________

Penyelaras Penolong Kanan Pentadbiran


SMK Bandar Baru Putra SMK Bandar Baru Putra

Disahkan oleh,

_________________________

Pengetua
SMK Bandar Baru Putra

Anda mungkin juga menyukai