Anda di halaman 1dari 2

Indah berbalam si awan petang,

Berarak dicelah pepohon ara,


Pemanis kalam selamat dating,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmutallahi


wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha,

Pn. Marhani binti M. Haniff, Pengetua Sekolah Menengah


Kebangsaan USJ 4.

Yang Dihormati,

En. Baharuddin bin Mamat, Yang Dipertua PIBG Sekolah


Menengah Kebangsaan USJ 4.

Yang Berusaha Bersama,

Pn. Suri Arini binti Samsuri, Penolong Kanan

Pn. Ain Shahrizat binti Mohd Jali, Penolong Kanan Hal


Ehwal Murid

Pn. Junaidah binti Othman, Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Noor Adila binti Shariff, Penolong Kanan Pendidikan


Khas.

Yang Dihormati
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, rakan-rakan guru dan
murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Penutup Larian Fourian SMK USJ


4 Tahun 2022.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah


kurnianya dapat sama-sama kita berkumpul pada pagi ini
untuk menjayakan majlis Penutup Larian Fourian SMK USJ
4 Tahun 2022.

Hadirin Yang Dimuliakan,

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-


sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan
barakah dari Yang Esa.

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan


mempersilakan Ustaz Noor Izhan bin Ismail utk memimpin
bacaan doa.

Dengan hormatnya dipersilakan,


Amin Amin amin ya rabal alamin. Majlis merakamkan terima
kasih Ustaz Noor Izhan bin Ismail atas pimpinan doa itu tadi.
Mudah mudahan majlis yang berlangsung akan terus
terpancar keberkatan daripada Ilahi

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Pengetua
Seterusnya, bagi melengkapkan majlis kita pada hari ini,
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha, Pn. Marhani binti M. Haniff,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 untuk
menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

********************* ucapan pengetua**********************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha,


Pn. Marhani binti M. Haniff, di atas ucapan sebentar tadi.

Penyampaian Kini tibalah masa yang kita ditunggu-tunggu, majlis


hadiah penyampaian hadiah bagi semua pemenang kategori yang
dipertandingkan.

Bagi menyempurnakan majlis, dijemput


_______________________________
Untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan..

Kita mulakan dengan pemenang bagi kategori


__________________
Dimulakan dengan…..
(rujuk lampiran)

Terima kasih diucapkan kepada ___________ kerana sudi


menyampaikan hadiah.

Dari mana asalnya, usah diusul,


Molek budinya menambat hati,
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili pihak AJK Pelaksana Larian Fourian SMK


USJ 4 tahun 2022, merakamkan penghargaan terima kasih
kepada atas semua yang terlibat dalam Larian Fourian hari
ini samada secara langsung mahupun tidak.

Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai