Anda di halaman 1dari 4

Perkara Butiran Catatan

Ketibaan Mengumumkan perarakan masuk para pentadbir.


tetamu
Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi nyanyian lagu
Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.

Hadirin dipersilakan duduk.

Assalamualaikum, salam pagi dan salam mahabbah

Yang berusaha, Pn. Lim Yen Leng, Pengetua Sekolah


Menengah Kebangsaan USJ 4,

Yang berusaha

Puan Azlina binti Hussin, Penolong Kanan

Puan Siti Rohani binti Awang, Penolong Kanan HEM,

Puan Sarimah binti Abdul Murad, Penolong Kanan


Kokurikulum,

Puan Tan Cho Yun, Penolong Kanan PPKI

rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi


sekalian. 

Bacaan Doa Selamat ating ke Majlis Pelancaran Bulan


Kemerdekaan peringkat sekolah. Sama-sama kita
panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersatu di sini.
Semoga penyatuan tekad dan semangat ini
senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan
yang berpanjangan.

Hadirin yang dihormati,

Demi memberkati acara dan agenda kita pada hari ini,


marilah kita semua, selaku insan kerdil sifat dan
upaya, dengan sanubari yang bersih, minda yang
jernih, menghimpun segala harapan dan hasrat,
dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan saudara Muhammad Hafiz bin
Muhammad Taib tampil untuk memimpin bacaan doa
pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Amin, Amin ya rabal’alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima


kasih atas pimpinan doa itu tadi
Laporan Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari guru yang
Mingguan bertugas pada minggu lepas. Dengan segala
hormatnya dipersilakan Pn Vanitha untuk
menyampaikan laporannya.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru


bertugas.

Guru Kini di jemput pula guru bertugas pada minggu ini iaitu
Bertugas ________________ untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru


bertugas.

Hadirin sekelian,

Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan


sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik di
sekolah ini bersama melangkah seiring
menggenggam iltizam menjadi warganegara yang
patriotik.

Dengan tema “ Sayangi Malaysiaku : Malaysia


Bersih”, secara rasminya menunjukkan Malaysia
akan meraikan  ulangtahun yang ke-62 , sekaligus
menjadi lambang kematangan negara di bawah
kepimpinan yang mantap, berinovasi serta
berwawasan yang boleh disaksikan menerusi
pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran
yang dikecapi secara berterusan.

Justeru, kita perlu mencerminkan impian dan harapan


serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah
bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman
dan panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini,
terutamanya golongan muda.

Ekoran itu, pelbagai bangsa yang melata di muka


bumi Malaysia, terutama golongan muda inilah yang
mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia.
Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu
memainkan peranan penting untuk mempertahankan
kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang
sedia ada sekarang. 

Ada pepatah mengatakan, nak tengok negara kita


akan datang, lihatlah anak remaja sekarang. Jika
baik, maka baiklah kelak. Jika sebaliknya, maka
bersedialah. Lantaran itu, fikirlah sejenak apa akan
jadi pada negara pada zaman kalian menjadi dewasa
kelak.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian


hadiah kepada 5 orang murid yang telah mewakili
daerah Petaling Perdana dalam pertandingan Kawad
Kaki KRS peringkat negeri Selangor yang telah
berlangsung pada 31 Julai 2019 dan 1 Ogos 2019.
Bagi menyempurnakan majlis, dengan segala
hormatnya dipersilakan Pn. Lim Yen Leng diiringi Pn.
Sarimah binti Abdul Murad untuk menyampaikan
sijil/hadiah.

Dipersilakan
1. Muhammad Harith Danial bin Mohammad 5S
2. Tunku Teja Jewa binti Tunku Mohammad
Sufrizal 4S
3. Nurul Farhana binti Shaharuddin 4R
4. Humairah binti Mohd Jaiz Anuar 2UA
5. Amirah Aleeya binti A. Majid 2UA

Terimah kasih diucapkan atas penyampaian


sijil/hadiah itu tadi.
Ucapan Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan
Pengetua ucapan Pn Lim Yen Leng, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan USJ 4, sekaligus merasmikan
Majlis Pelancaran Hari Kemerdekaan Malaysia yang
ke-62. Dipersilakan....

Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

Gimik Sebagai tanda pelancaran program ini, majlis sekali


pelancaran lagi dgn penuh takzim menjemput Pn. Lim Yen Leng
diiringi Pn. Sarimah binti Abdul Murad utk ke tengah
pentas untuk menyerahkan bendera Malaysia
kepada wakil unit beruniform

Kita mulakan penyerahan bendera Malaysia dengan


1. Pandu Puteri
2. Pengakap
3. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
4. Kadet Polis
5. Puteri Islam
6. Kadet Remaja Sekolah.

Terima Kasih di ucapkan kepada Pn Lim Yen Leng


dan Pn Sarimah binti Abdul Murah di atas kesudian
menyerahkan bendera Malaysia kepada wakil unit
beruniform.

Persembaha Hadirin sekalian,


n
Percayalah, Jika kita seluruh rakyat Malaysia
bersatu padu, apa yang kita nikmati dan kecapi
sekarang ini akan terus berkekalan. Sama-samalah
kita berdoa agar negara dan rakyat Malaysia terus
selamat dan terhindar daripada sebarang bala
bencana.
Bagi menyemaikan rasa cinta kepada negara
Malaysia, diminta semua guru dan murid-murid berdiri
bagi sama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang.

Dipersilakan.

Sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan


Kemerdekaan pada pagi ini. Mohon maaf andai ada
salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita
terus merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan
yang berterusan, terhindar dari segala keburukan,
kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita terus
dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara
tercinta ini.

Sekian, terima kasih

 
.

Anda mungkin juga menyukai